Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, May 5, 2011

Ibu di INTAN Bukit Kiara




Minggu ini, ibu berada di sini.
Alhamdulillah, dapat juga ibu tenangkan perasaan yang bergelora.
Lebih damai hidup di kawasan hutan yang hijau.
Walaupun banyak monyet, lagi tenang dari bersama manusia yang akal macam .........

Isnin, kita semua bercuti ganti sempena Hari Buruh yang jatuh pada hari Ahad.
Selasa, seawal 330 pagi, ibu sudah bangun.
Bersiap sebab ibu dah berjanji dengan driver untuk bertolak jam 5 pagi.
Ibu managed to settle everything before 5 am.
Tapi ibu takut nak buka pintu. Nak angkut anak-anak satu persatu.
Mujur semalam ayah dah tolong masukkan separuh barang sebelum dia pergi kerja.
Pukul 5 pagi baru ibu buka pintu.
Mata liar memandang. Cepat-cepat angkat kembar yang memang dah jaga dari awal lagi.
Kalut-kalut angkut kakak dan barang-barang. Kunci pintu rumah, buka gate.
Gerak ke rumah pengasuh.

515 pagi ibu sampai ke kolej. Driver dah siap menunggu.
Ambil barang di opis, terus bergerak ke Kulai mengambil sorang lagi kawan.
Lepas azan subuh baru kami bergerak di masuk ke hiway.


Ibu sampai agak lewat di INTAN. Tapi ibu dah call urusetia maklumkan kelewatan ibu.
Uruskan bilik kemudian masuk ke bilik kuliah.
Malam pertama, pukul 8 malam ibu dah nyenyak.
Sakit bahu dan tengkuk membawa ke mata dan kepala dah 3 hari melanda.
Bila ibu bersembang dengan seorang peserta kursus yang berkelulusan "nursing",
dia kata itu adalah sign of stress.
Dan ibu bersetuju. Memang ibu sangat stress sebelum ke sini.

Esoknya dapat sms dari pengasuh.
Kembar tak tidur sepanjang malam. Sampai suami pengasuh terpaksa mc sebab tak cukup lena.
Kesiannyaaa.......
Ini pertama kali kembar berpisah dengan ibu selepas mereka dah mula kenal orang.
Dulu, masa mak bawak balik Kedah, kembar masih kecil. Tak dak masalah.
Sekarang kembar dah mula kenal orang. Memang masalah.

Hari ni hari last. Kami ada simulasi yang akan dinilai.
Enjoy juga bila berkursus dengan orang-orang yang tak sama pengurusan dengan kita ni.
Berjumpa orang dari pelbagai bidang.
Banyak kisah yang dapat di share dan disembangkan.
Yang best di INTAN ni, wifi di mana-mana.
Dalam bilik pun ada connection!
Memang aman rasanya dunia


Esok, Jumaat, ibu kembali ke dunia asal!
Oh...ibu mengharapkan yang indah-indah.
Ibu sangat rindu pada anak-anak dan juga ayah :P

Wajarkan!?

2 comments:

gerhana luka said...

cik kiah aku tak pernah tinggalkan anak tak tau camane rase agak2 aku mau tak jadi keja dibuatnye dok risaukan anak heee...

Zakiyah Zainon said...

sangat sengsara berpisah dengan anak-anak, dok terbayang-bayang muka depa yang sok senyum...

Related Posts with Thumbnails