Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, May 13, 2011

Kakak bersukan

Ahad lepas, kakak terlibat dengan sukaneka.
Sebagai sokongan, ibu, ayah dan kembar pagi-pagi lagi dah bangun
bersama-sama kakak ke Bukit Layang-layang.

Sukan yang kakak masuk adalah Bawa bola pingpong dalam sudu hehehehehe
cikgu siap pesan kat ibu suruh berlatih.
Tapi ibu tak sempat sayang, sori sangat-sangat.

Time kakak lawan ni, ibu jaga adik dan abang.
Ayah berada di gelanggang standby nak ambik gambar kakak time berlawan.
Bila ayah balik ibu tanya " kakak menang tak?"
"kalah". hahahaha
Ibu pun tengok gambar. Mak aiii..memang kalah la anak ibu.
Tengok size pun dah kalah.

Tapi ayah kata kakak sorang saja yang ikut rules.
Budak-budak lain semua tangan lepas bebas.
Kakak saja yang tangan kat belakang.
Ni mesti kes ajaran pertama cikgu. Tangan kat belakang.
Kakak memang macam tu. Ajaran pertama yang dia dapat, itu lah yang dia pegang.
Kalau dah ubah balik, kena cari alasan yang betul-betul berasas dan buatkan dia terfikir
"ooo.....yang ibu cakap tu betul"

fuhhh..susah mendidik anak ni. Kena beri ajaran yang baik-baik saja.
Kalau terbuat perkara yang salah, kena cepat-cepat betulkan.
Jangan sampai dia sedar kejadian salah yang kita buat tu.
Kalau kakak nampak ibu buat salah, dia terus tegur.
Dan sebagai ibu, terpaksa la ibu mengakuinya dan say sorry.
Tak salahkan mengakui kesalahan kita dengan anak-anak.

Oklah...ni aksi kakak masa bawak bola pingpong dalam sudu.
Terasa kembang hati melihat anak dah besar.
Lepas ni sekolah rendah, sekolah menengah, masuk uni, kawen..
hehehehe..jauh benau ibu berfikir ekk..

-Ya Allah, bimbinglah kamidalam mendidik anak-anak untuk menjadi hambamu yang bertaqwa-

1 comment:

AyuZa said...

tengok saiz mmang kecik daripada yg lain..

Related Posts with Thumbnails