Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, May 9, 2011

Kakak @ Sukaneka PASTI


Dah lama rasanya tak story kisah kakak dan babies.
Asyik dok drama swasta saja.
Kita rehat sat bab drama swasta tu. Nanti ibu sambung.
Kembali dengan kisah anak-anak dulu.

Ahad hari tu, kakak ada sukaneka kat Bukit Layang-layang.
Sebagai sokongan, ibu, ayah dan kembar bersama kakak ke sana.
Ibu bangun seawal jam 6 pagi.
Basuh baju dan buat sarapan untuk bekalan.
Kejut kakak bangun mandi dan siap-siapkan dia. Kembar hanya tukar baju saja.
Nak mandi, masih awal pagi, kesian pulak. Lagipun both of them tengah selesema.

Sampai ke Bukit Layang-layang jam 8 pagi.
Tak jauhh pun dengan rumah. Tak sampai 5 minit naik kereta. Punya la penuh parking.
Rupanya, Bukit Layang-layang sangat busy di hujung minggu.
Penuh dengan orang berjogging dan bersenam robik di sana.
Tambah lagi hari tu dengan kereta ibu bapa yang hadir sempena Sukaneka PASTI.

Sampai sana, terus bawa kakak ke khemah.
Tak lama lepas tu perbarisan akan bermula. Kakak geng hijau.
Ada geng merah, biru dan kuning.
Masa berbaris, ada baca ikrar PASTI dan lagu PASTI.
Baru la ibu tahu ayat-ayat yang kakak dok sebut kat rumah tu adalah ikrar dan lagu PASTI.
Ibu juga berpeluang berjumpa dengan Atun, Alia, Sofea, Irfan dan lain-lain
yang selalu kakak sebut namanya kat rumah.

Hari yang sangat panas. Ibu kata kat ayah, mesti kakak haus.
Kakak memang tak tahan dahaga.
Dok kat dalam rumah pun, berbotol-botol air masak dia minum.
Tapi magic, ibu tanya kakak haus tak? Dia kata tak.
Ibu tanya kakak panas tak? Dia kata ok.
Ohhh...tahan anak ibu bertudung litup di tengah panas yang terik.
Kalau kat rumah, panas sikit terus mengadap kipas angin.

Nanti ibu sambung sukan yang kakak masuk bertanding.
hehehehe

3 comments:

Si Kandil Hijau said...

comei sgguh aihh kakak pakai baju sukan...!

AyuZa said...

comei2..like2 so much

Hamba kerdil said...

muka sebijik mcm akak! :)

Related Posts with Thumbnails