Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, May 4, 2011

Makan ka mentakedarah!?

Kalau dah tajuk macam tu, mesti dah boleh agak ceritanya pasai apakan?
Mestila pasai makan. Makan yang tak ingat dunia!
Minggu lepas PizzaHut ada buat 50% untuk selected menu tapi mesti dine in.

Maka pada suatu hari yang indah, Kak Yani dan Syikin telah mengajak ibu ke sana.
Tapi yang nak makan tu sebenarnya Ida, si mak buyung!
Kerana orang mengandung yang nak makan pizza, terpaksa la kami yang lain ni
bersetuju sahaja.
Terpaksa ok! hehehe

Pukul 1 kami sampai di Pizza Hut.
Menu 50% hari tu adalah spagetti, tapi lain pulak yang kami order.
Kami order personal set untuk lunch.
Setiap sorang order pizza yang berbeza. Ida tambah BBQ chicken wings.
Kak Yani dan Syikin tambah spegeti.
Ibu dan Ida tambah salad.
Hambik!

Hirup sup dan cicah dengan roti diselang seli dengan menyuap salad ke mulut.
Perut dah terasa sengkak!
Satu persatu pizza sampai.
Tengah menyuap pizza, spegeti dan chicken wing tiba.
Semua dah tarik nafas. Semput!
Tadi rasa macam tak cukup. Tu la..tamak lagi!:p
Tapi makan tetap makan ok. Slow and steady. Relax-relax sat sambil menyandaq.
Suap lagi diselang seli dengan gosip-gosip antarabangsa yang terkini.
Wajib tu!

Kak Yani sedang memintal spegetinya!
Berjaya jugak di licinkan walaupun tak semuanya habis.
Yang dalam pan tu dibungkus bawak balik.
Makan yang sangat menyenakkan.

Seminggu ibu cirit birit, terasa badan sangat ringan dan kurus.
Seluar jeans ibu pun longgar, perut kempis.
Tapi hanya 2 hari ibu makan pizza, perut kembali 'bunc' dan seluar hari tu dah ketat!
2 hari berturut-turut ibu makan pizza. Esoknya ibu dan ayah pi makan pizza lagi.
Semalamnya Ida yang mengidam, esoknya ayah pula nak lepas garam!
Ibu yang jadi mangsa..redha saja laaa...
eceh!

7 comments:

mala said...

assalamualaikum - dah lama tak dine in kat PH..

besi said...

cik kiah..makan2 ya

azieazah said...

hehehe

ecehh cehhh... lepas geram tapi kita yang baca yang ikut geram sama.

Betul Pizza Hutt ada offer best tapi saya pun tak try lagi.

Biasanya kalu nak makan pizza ni, memang tak leh banyak, sebab ianya cukup mengenyangkan.

noora said...

mmg syok hari tu..sampai la duit baki ade kat saya lg ni..jgn lupe ingtkan saya tawwwwwwwwwww...bile mau pegi lg?/saya mcm ketagih plak mkn salad tu..best aaaaa..sbb xpenah pun mkn salad sblm ni kt pizza..

Huszaini said...

eceh eceh ecehhh!! penuh dengan alasan nak makan! kekekee

Zakiyah Zainon said...

mala: sekali sekala boleh la..kalau selalu kopak heehe



besi: melayan ibu mengandung hehehe




Kak AA : memang, pizza cepat kenyang tapi iblis dok goda..iman lemah, tergoda jua :P

Zakiyah Zainon said...

syikin; laa....tak penah makan salad ekk sebelum ni..akak pulak, tu la hidangan wajib..crazy denan thousand island..masa mengandung siap beli sos tu, buat sendiri :D







huszaini: i terpaksa ok...hehehehe tetap nak salahkan orang :P

Related Posts with Thumbnails