Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, May 12, 2011

Siri Drama Swasta - Episod terakhir

Kepada yang mengikuti siri drama swasta ini,
ini adalah siri yang terakhir.
Kalau panjang sangat drama pun boring jugak kan?
hehehehehehe
Ibu memutuskan untuk menamatkannya di sini sebab minggu depan,
ibu sudah busy dengan sukan Wilayah Johor dan minggu exam sudah bermula

Sebelum ini, ibu simpan semua cerita-cerita yang telah ibu tulis ini.
Pada staf yang sudah lama di sini, ada yang tahu kisah-kisah yang berlaku ni.
Kebanyakkan staf yang baru di sini, memang ibu tak pernah cerita.
Tapi ada yang tahu ibu dan F berselisih faham.
Sebab apa mereka tak tahu.
Sedangkan ibu pun tak tahu sebab apa ibu berselisih faham dengan F.
Sebab sampai sekarang ibu masih belum dapat kepastian dari F apakan puncanya
dia membenci dan marah pada ibu.

So, this is the reason why ibu decide to write all about this after i kept it for almost 2 yrs.
Kisah ini ibu mula tulis selepas berlaku satu peristiwa.
Ibu di sini menjadi Pegawai perhubungan dan latihan industri (LI) -
nama saja pengawai, bukan ada extra gaji pun ya!
Ibu menguruskan pelajar-pelajar yang akan, sedang dan telah menjalani LI.
Akan LI adalah pelajar semester 2.
Sedang LI adalah pelajar semster 3.
Telah LI adalah pelajar semester 4.

Bagi pelajar semester 4, mereka akan menjalani sesi temuduga.
Di dalam temuduga itu, mereka perlu menjelaskan tentang kerja yang dilakukan semasa LI.
Setiap pelajar semester 4 mempuyai pensyarah pembimbing masing-masing untuk membantu pelajar menyemak draf dan laporan yang mereka hasilkan.
Ibu bertanggungjawab pada semua ini.
Jadual yang disusun oleh penyelaras ibu dan surat yang ibu tandatangani.
Semuanya diedarkan pada 38 orang pensyarah yang terlibat.

Di suatu pagi semasa sesi temuduga berjalan, sahabat ibu H menelefon ibu.
"chekiyah, kau tahu dak interview slot aku dengan F batal?"
"Ha? batal? Tak pun? pasal batal?".
"Ntah la..aku ingat kau tahu. Dia sms aku bagitau batal dan dah bagitau students. Dia cuti. dari gaya sms ni nampak macam dia cc kat aku, Ingatkan dia bagitau kau".
"eh..mana boleh batal. Aku ada, K ada..boleh ganti dia."

Ya..itu yang terjadi. F dengan mudahnya membatalkan sesi temuduga yang telah ibu aturkan.
Mudahnya dia membuat keputusan sendiri membatalkannya tanpa langsung
memaklumkan unit LI yang menguruskan hal tersebut.

Ibu bertanya pada penyelaras ibu samada mereka maklum tentang hal itu.
Tiada seorang pun yang maklum.
Mujur sesi temuduga itu di sebelah petang.

Ibu baca bismilah dang mengucap 2 kalimah syahadah.
Takut, ibu bertindak mengikut amarah lagi.
Kemudian ibu capai HP dan dail nombor F, disambut oleh suaminya.

"Siapa ni?" tanya sang suami.
"saya chekiyah, ofismate F. nak cakap dengan dia boleh", cakap ibu.

"F, aku ni chekiyah. Boleh dak kau call budak-budak yang kau interview petang ni, bagitau interview ada macam biasa" - ibu mengawal suara.

"Aku dah batalkan. Takdak. Aku dan bagitau semua student" - jawab F.

"tak..bagitau, petang ni ada macam biasa. F, jangan la batalkan sendiri, ni kan kerja unit LI, kalau cuti ka apa ka, maklumkanla pada LI. Aku ada, K ada boleh ganti", ibu menjelaskan pada F.

"Che kiyah, kau jangan nak cari gaduh dengan aku!!!", terus F menjerit.
Agaknya memang muka ibu ni muka cari gaduh kot pada F.

"F..bukan gaduh, ni kan kerja unit LI..", ibu masih nak menjelaskan tapi terus dipotong F.

"Aku langsung tak dapat surat atau memo. Ni pun student yang bagitau aku", F mula menyalahkan ibu.

"Ada memo. Hari Isnin dah keluar, W..", ibu nak jelaskan lagi tapi terus dipotong dengan jeritan.

"Takdak!takdak!takdak!takdak! (tak tau berapa kali dia menjerit sebut takdak)" terus F matikan telefon.

Fuhhh!!!!!
Macamana u all nak hadapi staf yang umur dah 36 tahun, tapi perangai macam ni?
Ibu pandang HP dan terfikir "mentalkah perempuan ni?".
Sampai macam tu sekali tindakan dia dalam berbincang dan menyelesaikan masalah.
Menjerit macam budak-budak sekolah rendah.
Budak sekolah rendah pun lagi matured rasanya.

Masa kejadian tu berlaku, seorang penyelaras ibu berada bersama ibu.
"dik, awak bagi memo kat semua kan?".
"Bagi kak, napa?", penyelaras ibu bertanya.
"F kata dia tak dapat memo. Students yang bagitau dia. Siap dia kata akak cari gaduh dengan dia. W dengar kan nada akak cakap macamana".
"Ya ka..Dengar..biasa saja. W bagi la kak. W letak kat semua pigeon hole.".
"Akak tau..akak nampak w buat tu".
Kami berdua ke tempat pigeon hole, dan surat untuk F masih tidak di ambil.
Well.....

Dek kerana tak dapat jelaskan sepenunya pada F, ibu pun sms dia.
"Salam, tlg bagitau pelajar LI yang temuduga petang ni, interview ada. Tlg maklumkan unit LI, jangan buat keputusan sendiri batalkan temuduga".

F membalas.
"Contact sendiri, tu kan kerja LI. Saya memang tak terima surat. Dalam pigeon hole tak de, malah student yang maklumkan saya hal ni".
As usual, F akan salahkan orang. Walaupun dia adalah orang yang 'sekejap ada, selalu tak dak' kat opis.
Masih salah orang lain. Dan tahu pulak F apa kerja unit LI.
Tapi memandai-mandai pulak batalkan tanpa pengetahuan unit LI.

"Baik puan, terima kasih atas profesionalisma dan kerjasama yang diberikan, tq"
Ibu membalas. Ringkas.

Dan F membalas -
"Terima kasih dan semoga tuhan balas apa yang anda buat".

Terdetik di hati ibu, adakah perkara yang ibu buat ini adalah perbuatan jahat kepada F?
Ibu pun membalas, masih berbudi bahasa.
"Doakanlah balasan yang baik-baik ya..yang betul awak dan yang salah adalah saya. Mohon maaf, tq".


Ibu meminta penyelaras ibu menghubungi pelajar yang berkenaan maklumkan interview ada.
Ibu boleh maklumkan semua tu dari awal tanpa perlu meminta F berbuat begitu.
Cumanya, ibu tak nak pelajar ni pening. Orang ni kata batal, orang ni kata ada.
Jadi biarlah sumber yang membatalkan itu memberitahu kembali pembatalan itu.
Sebab pelajar zaman sekarang ni bijak, tunggu masa saja nak salahkan pensyarah jika mereka buat silap.

Lama juga HP ibu diam. Masa kejadian ini, ibu sempat lagi ke klinik bawa baby adik untuk routine check up.
On the way balik dari klinik, ibu dapat balasan sms dari F.
"Ya Allah, orangyang membaca sms ini menggunakan kuasa dan egonya mengaibkan orang lain. Lidahnya untuk berpecah belah. Seandainya Islan agamanya ya Allah, ku pohon tunjukkan lah kifarah dunia sebagai teguran".

Tersentap jugak ibu. Dia masih sama. Menuduh ibu mengaibkannya.Tambah sikit kali ni, menggunakan ego dan kuasa yang ibu ada.
Dan yang paling best, jika Islam agamanya.
Agak-agaknya, F ni anggap ibu ni agama apa yek?

Ibu terus membalas.
"Ok, itulah pandangan awak pada saya selama ini, tq. Moga sejahtera dan bahagialah awak yang mendoakan saya, dilimpahkan rezeki dan sihat tubuh badannya, bahagia dunia dan akhirat, insyaAllah".

Selepas itu F tidak membalas apa-apa.
Adakah dia terkedu dengan doa ibu padanya.
Ya..doa itu ikhlas dari hati ibu. Hati ibu yang sangat tersentuh.
Rupanya ada jugak orang yang mendoakan ibu begini.
Mungkin F akan bertepuk tangan dan gembira jika ibu ditimpa masalah dan musibah Allah.
Kerana doanya agar ibu diberi kifarah bukan hidayah.
Ibu tak menganggap ibu sentiasa betul. Kita hamba yang tiada sifat maksum.
Memang ada dan tak boleh lari dari melakukan salah dan silap.
Dan Allah akan menegurnya dengan ujian-ujian yang diberikan pada kita.
Tapi doanya yang sebegitu sangat menyentak hati ibu.

Mujur hari tu ayah off day. Memang dah janji dan lunch dengan ayah.
Tepat masanya ibu jemput ayah dan kami makan bersama-sama sambil ibu meluahkan
perasaan pada ayah.

On the way balik ke pejabat, ibu dapat sms dari H (yang memaklumkan interview dibatalkan).
"Zakiyah, napa F serang aku?"
Ha...pulak?
"Jap, aku ontheway balik, jap lagi aku jumpa ko".

Sampai ke opis, ibu terus bertemu H.

"F call aku marah-marah. Kata aku macam-macam. Batu api la, tua tak sedar diri la, tua buat la cara tua..macam-macam la. Aku tak boleh cakap apa. Aku biar saja, lepas tu dia letak telefon".
F tetap sama dalam menyelesaikan masalah.

H pulak yang menjadi mangsa. H adalah partner F dalam sesi temuduga yang dibatalkan tu.
F sms H bagitau interview batal. Dan H bagitau ibu.
F marahkan H sebab bagitau ibu. Sebab tu H pun kena serang.

H tunjukkan sms yang F hantar.
Ayatnya lebih kuang sama dengan sms kepada ibu -

"Semoga tuhan balas apa yang anda buat"
"Interview tu antara awak dan saya. tak payah la nak bagitau orang lain"
smsnya panjang lagi, tapi itu yang ibu ingat. Seolah-olah semua orang membuat aniaya padanya.

H ada menunjukkan sms yang dia hantar kepada F, panjang tapi ibu lupa ayat sepenuhnya,
antara kandungannya -
"Salahkan saya bagitau zakiyah, pegawai yang bertanggungjawab terhadap LI"

H kata, lepas tu F terus tak balas. Mungkin F sudah kembali waras dan boleh berfikir.
Mungkin dia baru tersedar yang ibu adalah orang yang perlu dimaklumkan dan orang yang sepatutnya memutuskan segala keputusan yang berkaitan.

Yang paling ibu tak tahan, dia memarahi H dengan kata-kata
"tua buat cara tua, tak sedar diri, jangan jadi batu api"

heheheh nak gelak besar pun ada.
Rasanya H cuma tua setahun kot dari F.
Agak-agak tindakan F tu seperti orang yang sudah tua tak?
Seperti yang pernah ibu katakan, F tak sedar kesalahannya sebab dia asyik menunding jari menyalahkan orang sekeliling, tanpa dia sedar, 4 jari lagi menunding kepadanya.

Dan selepas kejadian ini, tiada satu kata maaf pun dari F walaupun esoknya F berselisih dengan ibu sebelum ibu bertolak ke Pesta Buku.
Mungkin sampai bila-bila F tidak akan mengucapkan kata maaf kepada ibu.
Kerana F adalah sentiasa betul dalam bertindak.
Ibu yang selalu salah kan?

H ada bercerita, dia ada berjumpa I di bilik berkaitan pelajar SMK.
Tiba-tiba I mendapat panggilan telefon.
Tapi I tak menyambutnya sebab I tengah berbincang dengan H.
H menyuruh I menjawab bila nombor yang sama masih menghubungi I.

H kata dengar I sebut
"Ha...kak F, ingatkan sapa"

Lepas tu H dengar I sebut,
" Tak baik salah sangka, kami bincang pasal lain"

H bagitau ibu, rasanya F mesti telefon I nak mengadu kes yang berlaku antara dia dengan kami.
Tapi terkena pulak masa dia menelefon I, H berada di situ.
I memang berkecuali. I staff baru. Ibu kenal I sebab dulu I duduk dibelakang ibu.
Tapi sepanjang I dekat dengan ibu, ibu tak pernah pun bercerita kisah ibu dengan F pada I.
Dan kini, dia menelefon I, orang terkini (mungkin) yang menjadi tempat dia meluahkan perasaannya.
Nampakkan, siapa yang mengaibkan siapa?
Bukan orang lain, tapi diri F sendiri yang membuka pekung di dada.

Ibu berharap, jika F membaca segala catatan yang ibu tuliskan ini, F dapat berjumpa dengan ibu.
Selesaikan apa yang tidak kena antara kita.
Berbincang dan bertindak seperti orang yang matang dan dewasa.
Ibu sehingga kini masih tertanya-tanya, punca F membenci ibu.
Apa kisah yang ibu ni mengaibkan dia?
Siapa yang memberitaku F yang ibu ni mengadu pada pengarah dan KJ?
Semua tu tak terjawab.

Ibu halalkan semua yang ibu telah berikan pada F.
Ibu redhakan semua pertolongan yang pernah ibu hulurkan pada F masa dia kesempitan.
Jika ada salah ibu pada F yang 'tersangat' besar itu yang ibu sendiri tak tahu dan tak sedar,
ibu memohon ampun dan maaf.
Dan ibu mohon supaya F halalkan pertolongan F pada ibu.
Sesungguhnya, ibu maafkan dan halalkan apa saja yang F buat pada ibu.

Seperti yang pernah ibu katakan pada F
"Semua yang betul itu adalah awak, dan semua yang salah itu adalah saya".

Pesanan ibu pada F, muhasabah diri.
  1. Tenung dan cari kesalahan kita adalah lebih baik dari asyik menyalahkan orang.
  2. Mengaku salah tidak menunjukkan kita bodoh, tapi terus berasa benar dan betul selepas berbuat salah lebih menampakkan kebodohan kita.
  3. Belajar la untuk bekerja dan menghormati kerja orang lain sebab kita berkerja dalam pasukan, bukan sorang-sorang.
  4. Belajar untuk terima pandangan orang lain dan jangan selalu merasakan diri betul.
  5. Belajar menerima teguran orang lain walaupun orang itu lebih muda dan junior dari kita. Tak nampak bodoh, tapi nampak lebih menghormati orang sebenarnya.
  6. Buanglah pemikiran awak yang semua orang suka bersembang perkara buruk tentang awak.
  7. Buanglah prejudis awak pada orang.
  8. (ada sapa-sapa nak bagi nasihat pada F dan ibu, silakan)
Bila selalu bersangka baik, hati akan selalu tenang.
Sesungguhnya ketenangan itu bukan boleh dibuat-buat.
Tenang itu akan kita dapat bila redha ibubapa dan Allah datang seiring.

Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri.

8 comments:

Ms.Lilies said...

ooo c.kiah....masa aku baca yg part dia terjerit2 tu automatik otak aku ckp...

'mental ke hapa pempuan ni'

hahahaha....sekali ayat ko pun gitu gak


bleh stress wo kalo aku

Ciklinn said...

ha ko pjg lebar... kalo dia tak paham gak tak thulah... sabo yer puan

mama syg said...

ahakss..
susah lau org yg tak nampak salahnye sndirik..haissss...
semoga Allah bukakan hatinya...aminn

Solehah said...

saya pun berhadapan dengan orang macam ni. tapi saya diamkan saja.memang saya tak contact dia langsung sekarang. rasanya itu yang terbaik untuk saya.sabar ya kak. ego mereka tinggi, selalu rasa diri mereka betul.

Huszaini said...

nak nasihat cikkiyah nih..

buat apa laa buat drama ni sampai episod empat jer? buat laa lagi... banyak2 hehehe

kebenaran pasti datang satu hari nanti InsyaAllah

Softtouch [Hanim] said...

F mmg mental...heeeee

sabarlah cik kiyah....

Anonymous said...

kat unit li kami pun ada drama yg lebih kurang cam ni.. jgn dilayan.. nanti kita lak yg mental.. hehehe... baik layan anak-anak chomey kita tu...

Anonymous said...

Ok jugak ni... rasanya letak je gambar F tu siap dgn nama sekali.

Related Posts with Thumbnails