Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, May 2, 2011

Siri drama swasta - Part 2

Sambungan. Sila baca Part 1 untuk lebih faham.

F melarikan diri semasa ibu bersemuka dengannya.
Jadi masalah kami tidak selesai.
Ibu memang tak suka hidup bergaduh dengan orang, apatah lagi kalau orang itu adalah kawan.

Ibu jenis bersemuka untuk selesaikan masalah.
Ibu juga pernah berselisih faham dengan Z yang jug arakan sekerja.
Hal itu berlaku bila ibu tegur pelajar yang berpakaian seksi semasa
rehearsal Beauty Show.
Ibu menegur atas kapasiti ibu sebagai guru dan orang Islam.
Mana mungkin ibu sanggup melihat anak didik ibu berjalan dengan bangga dan mendada
di tengah-tengah mall dengan pakaian separuh dada,
dengan pakaian terdedah di belakangnya.
Itu bukan ibu kalau ibu diamkan diri melihat anak-anak murid ibu begitu.
Ibu bukan terlalu alim. Ibu cuma insan biasa yang masih tahu batas agama.
Kerana mulut anak murid yang sungguh kurang ajar,
ibu menarik diri dari menjadi mc.
Ibu tak nak bersubahat.

Z merajuk dan mungkin marah dengan tindakan ibu.
Program Beauty Show itu adalah programnya.
Ibu menarik diri setelah ada pelajar yang menjerit di depan ibu dengan kata-kata-

"ini program kami. Mak bapak kami pun tak marah kami pakai macam ni!"
"Ok..ini program awak. saya quit!" ibu terus menarik diri.

Ibu tak pasti apa yang pelajar ini ceritakan pada Z, tapi ibu sudah patah hati.
Program berjalan dengan orang lain yang menjadi mc.

Minggu depannya Z cuma senyum kelat bila berjumpa ibu.
Ibu tidak boleh hidup begitu dengan kawan yang baik dengan ibu sebelumnya.
Apatah lagi ibu kenal kakak Z juga dan ibunya.
Ibu bersemuka dengan Z.
Ibu luahkan rasa dan dia pun meluahkan ceritanya.
Kami dapat satu titik keputusan, kerana mulut pelajar yang memutarbelitkan cerita.
Lepas ibu jelaskan, Z faham kenapa ibu menarik diri.
Dia tak sangka yang pelajarnya boleh berkata-kata sebegitu kepada ibu.

Masalah kami selesai kerana kedua kami bersedia di situ untuk menyelesaikan masalah.
Tapi masalah ibu dengan F masih berlarutan hingga kini kerana
hanya ibu yang suka bersemuka sedangkan F lebih suka mengelak.
Ibu dan Z kembali akrab dan lebih mesra.
Kerana kami lebih kenal antara satu sama lain selepas perselisihan itu.

Berbalik kepada masalah ibu dengan F.
F dilantik menjadi KP untuk program ibu. Kami sama bidang.
Yerlah...kami pernah sekelas kan masa di maktab.
Dia memang baik. Lembah lembut. Bercakap kadang-kadang tak jelas butir katanya.
Berbeza dengan ibu. Kasar, satu dewan boleh dengar suara ibu kalau bersembang.
Ibu tak jahat tapi agak nakal adanya!;)

Semasa F menjadi KP, dia mempunyai hak untuk menyusun jadual waktu.
Dia ada hak untuk tentukan siapa mengajar subjek itu dan ini.
Tapi kami ada prosuder kualiti yang mesti dituruti.
Setiap pensyarah perlu mengisi borang dan memilih subjek yang hendak diajarnya.
Ibu pun turut mengisi. Ibu pilih subjek yang agak mudah.
Lagipun, sejak di kolej baru ibu selalu mengajar subjek yang susah.
Mohon sajalah, kalau tak dapat pun ibu tak kisah.
Ibu memilih subjek Internet dan Asas Multimedia tak salah ibu.
Internet senang la. Asas Multimedia tu susah juga sebab ibu kena belajar dulu sebab ibu memang langsung tiada asas.
Borang yang telah diisi di hantar.

Tiba-tiba, di suatu petang yang hening, ibu mendapat panggilan telefon.

"che kiyah, aku ni F. Boleh tak kau pilih subjek apa ko nak ajar?"
Oh....aku dah isi borang kan?! Malas nak pikiaq panjang.
"Gini la F..ko bagila aku subjek apa pun..aku tak kisah. Aku malas nak pilih-pilih. Kang timbul masalah lagi" - bab jadual memang ramai bertelagah.
Ibu ambil jalan mudah, bagilah aku subjek apa pun!
"Tak boleh..kau kena pilih jugak". dia mendesak.
"Aku dah isi borang kan? Dah tak dapat, kau bagi la subjek apa pun. Kau kan ketua. Aku tak kisah. Aku malas nanti gaduh-gaduh nak subjek."
Dia terus mendesak. Ibu ulang ayat yang sama dan ibu letak telefon.

Dan malamnya..ibu menerima sms bertalu-talu dari F.
Apa kandungan smsnya..nanti ibu dedahkan

tunggu sambungan seterusnya


7 comments:

gerhana luka said...

alahai... saspen tul nak baca part 3 plak...

ina said...

seronok la baca drama swasta..tak sabar nak tunggu part 3.hihih

noora said...

tu la pasai..cpt sket update part 3 (sambil mkn pop corn)..

pandai ye main letak alphabet..sungguh menggelirukan..ahaks..i like

Huszaini said...

arghhhh!!!! kena tungguu minggu depan plak!!! kekekeke

Zakiyah Zainon said...

tuan tanah tengah kursus kat INTAN bukit kiara...sabaq sat naaa...hehehe

nanne_manja said...

rileks ler kiah...jangan emo sangat...esok2..dia baiklah ngan ko...tak ke mana pun sebab kita nie nak tak nak,suka tak suka, akan bekerja sama-sama...sebab dah sama-sama satu tempat keja..chill babe!

Zakiyah Zainon said...

kak yani...memang nak tak nak, suka tak suka kami kena bekerjasama..tapi kalau dia tak boleh bagi kerjasama dan buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan aku (urusan yang berkaitan)..tu yang payah!
nampak sangat dia tak profesional..tapi cakap "aku profesional"..jangan NATO..show me plz..

Related Posts with Thumbnails