Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, May 6, 2011

Siri drama swasta - Part 3

Siri luahan perasaan ibu mendapat sambutan rupanya hehehe
Terima kasih pada yang membaca dan yang meninggalkan komen.
Ibu tak kisah apa persepsi kalian yang membaca.

Tujuan ibu menulis kisah drama swasta ini adalah sebagai luahan hati ibu.
Bila ibu tulis, ibu boleh recall kejadian yang berlaku dan ibu boleh kaji
apa kesalahan besar ibu pada F.
Kalau apa yang F tuduh ibu dulu, ibu dah jelaskan.
Ibu tidak lakukan apa yang dia katakan itu.


Ibu nak cari, ibu dan tahu, kenapa F terlalu marah atau barangkali benci dengan ibu.
Ibu boleh abaikan kebencian F, dan F juga kerana walaupun dia benci ibu, gaji ibu tetap masuk.
Ibu tetap bahagia dengan kawan-kawan dan keluarga.
Ibu tetap ramai kawan di sekeliling ibu yang memberi sokongan dan kata-kata semangat.
Tapi, ibu cuba juga nak selidik, kalau hal itu boleh diselesaikan, ibu cuba selesaikan.
Tapi selagi ibu saja yang berusaha, masalah ini akan tetap begini.
Mungkin sampai bila-bila.


Selepas kes dalam Siri Drama Swasta - Part 1, memang ibu sepi dengan F.
Kalau ibu berselisih dengan F, pandangan ibu seolah-olah kosong,
tiada apa-apa yang ibu nampak.
Ibu juga manusia, sangat tersentuh dengan tindakannya mengelak bahu dari dipegang ibu.
Ibu ni najis mughalladhoh ka? Hina sangat ka?

Pernah F memberi salam pada ibu (sekali sahaja), dan ibu menjawab salamnya.
Ibu tak pasti salamnya ikhlas atau saja nak menguji ibu.
Tapi ibu berfikiran positif, dia ikhlas.

Oklah, ibu teruskan dengan sambungan kepada Siri Drama Swasta - Part 2.
Malamnya di rumah, ibu bersenang-senang dengan kakak (masa tu masih beranak 1).
Bila di rumah, ibu memang abaikan telefon bimbit ibu.
Sekarang, bila beranak kembar ni, lagi la terabai hp ibu tu.
Kadang-kadang ayah yang bising dan dia yang tolong charge kan hp untuk ibu.
Sebab nanti dia nak call, tak dapat :D

Berbalik kepada drama swasta ibu.
SMS dari F ibu terima awal. Lebih kurang jam 630 petang.
Ayatnya yang sungguh indah, tanpa salam atau pembuka bicara.

"Pasal jadual, sampai ke sudah awak tegang dengan saya. Masa awak PJW sendiri tak buat miting, orang bising kat belakang awak. Apa yang awak kata pada saya, saya serah pada Allah"

Oh F! Dia menganggap keputusan ibu memintanya memberikan apa saja
subjek kepada ibu sebagai 'tegang dengan nya'.
Sedangkan, ibu bercakap dalam nada dan bahasa yang merendah sebagai seorang bawahan yang sedia menerima apa saja arahan seorang ketua.

Rasanya ibu tidak balas sms F yang pertama. Kemudian ada sms kedua walaupun ibu tak balas.

"Orang hebat macam awak setakat ambil multimedia dan internet, lepaskan digit macam tu saja. Boleh ajar pemasangan pun tak nak offer diri.Bila orang tanya elok-elok dah melenting, tak rasa malu ke?"

Ohh....sungguh hebat F. Dia tahu apa kebolehan ibu. Dia tahu kepakaran yang ibu ada.
Padahal dia tak tau, kalau ibu tunjuk transkrip ibu, tak dak satu subjek pun yang dia kata ibu boleh ajar tu yang ibu belajar masa kat uni.
Semuanya ibu belajar sendiri bila ibu diberikan tugas mengajar subjek tertentu.
Dan itu memang tanggungjawab sebagai pendidik.
Kalau tak tahu,kena belajar. Never say no!

Dan dia kata ibu melenting juga.
Tapi ibu memang tak salahkan F sebab F memang orang yang terlalu sensetif (pada ibu).
Ada yang pernah bercerita pada ibu
yang dia cuma berpesan cara nak print sesuatu pada F.
Dan malamnya F menghantar sms tidak puas hati kerana berpesan begitu padanya.
Adakah salah kalau kita saling berpesan-pesan?
Adakah salah kita menerima pesanan dan teguran orang lain walaupun
orang itu lebih muda dari kita?

Salahkan kita menerima tegurannya walaupun kita tahu sebenarnya apa yang dipesankan itu?
Itu lah F yang ibu kenal. Dia tidak boleh begitu.

Dia memberi tahu ada orang mengata ibu sebab ibu tak buat miting pada ibu jadi PJW.
Ibu tak marah orang nak kutuk ibu. Nak mengata ibu.
Silakan. Sebab ibu faham
"selangkah pemimpin melangkah, beribu mata memandang mencari salah dan silap".
Ibu jenis orang yang boleh ditegur kalau ibu buat salah.
Tapi kalau cakap kat belakang, ibu tak tahu.
Dan sorilah, ibu tak dapat mengikut kehendak mereka yang bercakap dibelakang itu.

Selepas 2 sms yang ibu terima, ibu pun membalasnya.
"Ada lagi tak? Kalau tak cukup sms, email ada"
Lebih kurang macam tu la balasan ibu. Ringkas dan padat, sedikit menyengat.

Sekejap saja ibu mendapat balasan dari F.
"sms senang sikit. Boleh tunjuk2 dan mengaibkan aku lagi"

Ibu balas " email senang sikit. Boleh aku print dan tampal" - jahatkan ibu? hehehe

F membalas "Bijak la kau ni, boleh bagi kat pengarah dan kjkk terus"
Ibu saja nak bagi panas F. Balasan ibu pada F.
"tq for the compliment. I never tot dat u have a very good heart .............(ibu dah lupa)"

F membalas "Aku tau kau sayang sangat kkpg ni, kau ambik la. Kau nak hidup lama kat sini, whatever it takes"
Ibu dapat membayangkan wajah F yang mesti bengang dan marah pada ibu.
Ibu senyum sendiri.

Selepas itu, hp ibu diam. Oh! Sungguh aman!
Ibu berfikir. Dia masih beranggapan yang ibu ni suka mengadu pada boss.
Suka mengaiban dirinya.
Mungkin dia tak terfikir, tindakan yang F lakukan banyak menjatuhkan maruahnya sendiri.
Dalam Siri drama swasta part 1, ibu pernah tanya dia dari mana dia dapat
cerita yang ibu ni mengadu pada boss.
F kata ada orang bagitau dia. Sumber yang boleh dipercayai.
Bila ibu tanya , siapa? Dia tak mau jelaskan pada ibu.
Kalau dia bagitau, informer dia tu pun ibu jemput bersemuka sekali.
Biar jelas dan terang. Mudah sangat percaya cakap orang.
Sampai penjelasan ibu langsung tak diterima.
Dia lebih percaya sumber yang boleh dipercayai itu dari tuan tubuh yang dituduh.
Tetap berpegang dan percaya pada informernya.
Pada ibu, kalau kita berakal orang dewasa, tanya dengan tuan tubuh sendiri sebelum
mempercayai cerita-cerita orang.
Tapi dia memilih untuk berakal dangkal. Maka nampak sangat sikapnya kebudak-budakan.
Langsung tak matang dan dewasa setara umurnya.

Dia beranggapan ibu mengaibkan dia.
Apa ya yang ibu aibkan dia?
Tindakan dan sikap kebudak-budakannya yang banyak mengaibkannya sendiri.
Mungkin dia tak terfikir itu sebab F asyik menunding jari telunjuk menyalahkan orang sekeliling
tanpa dia sedar 4 jari lagi menunding dirinya sendiri.

Ibu cuba nak bertanya itu pada dia. Tapi selepas drama part 1, ibu kenal F.
Dia bukan jenis orang yang boleh selesaikan masalah secara berdepan.
Dia lebih suka menyerang orang dengan sms.
Bukan ibu seorang yang pernah kena begitu. Ramai lagi turut mengalami nasib yang sama.

Mungkin ada pembaca yang kata, tindakan ibu sekarang (menulis di blog)
adalah salah satu contoh mengaibkan dia.
Terpulang dan terserah pada pandangan masing-masing.
Pada ibu, ini sesi terapi perasaan ibu. Luahan rasa hati ibu.
Kalau ibu nak buruk-burukkan dia, dari dulu lagi ibu dan buat begini sebab kisah part1, 2 dan 3 ini berlaku hampir 2 tahun yang lalu. Tapi selama ini, ibu simpan.
Kalau luahan kan pun pada rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama dengan ibu.
Ibu boleh dedahkan nama dan gambarnya sekali.
Itu jika ibu nak mengaibkan dan nak menjatuhkan maruah dia la.

Bersambung kembali kisah sms F pada ibu.
Esoknya di opis,pagi-pagi lagi ibu di datangi rakan sekerja, R.

"eh...apa cerita semalam?" - R bertanya.
"cerita apa" - ibu menyoal R kembali.
"ala....semua sms dia hantar kat ko dia forward kat aku"

hahahahahaha...see!!!

Apa maksud F "sms senang sikit, boleh tunjuk2 dan mengaibkan aku lagi"
Siapa yang tunjuk kat orang sebenarnya?. Siapa yang aibkan siapa?
Bila R bertanya, ibu pun bercerita la...
Ibu serahkan pada R untuk membuat justifikasi.
Ibu tak kisah kalau R nak marah ibu atau mengutuk tindakan ibu.

Kami memang saling 'kutuk mengutuk' (menegur tindakan masing-masing) hingga kini..
Ibu boleh terima dan hingga kini ibu tetap berkawan baik dengan R.

Adakah ibu mengaibkan F? Sila beri pandangan anda?
adakah yang sudi?

Later, ibu sambung part 4 pula...;)

15 comments:

Anonymous said...

Eeeee.. sabo je lee yee... kita same je ckiah... aku ade sekali jd gak kes mcm ni.. ngan ofismaten yg rpt sgt ngan aku ... aku bersemuka n dia pun terus trg ngan aku... mmg kite akan kuciwa bila kawan kite sendiri x percaye ngan kite.. tp alhamdullilah bile aku trgkn perkare sebenarnya ... dia pun terima penjelasan aku... n kami anggapkn ini dugaan dlm persahabatan... tp kalu sebelah pihak je yg nk berdepan n lg sorg mengelak ... jadi la mcm kes hang ni... IJAN

Huszaini said...

alaaa.. tak abis lagi ker.... cepat sambung part 4 yer.. hehehhe

cakap laa dengan F suruh dia buat blog gak.. nak gak baca dari sudut hati dia.. hee... :) baru adil buat penilaian... lagi best kalau ada blog si R hehehe

Zakiyah Zainon said...

ijan: tu masalah aku, aku dah jelaskan tapi dia lagi percaya cakap informer dia.
maksudnya aku ni tak boleh dipercayai langsung la..memang jahat..




huszaini: banyak la drama yang berlaku,sebab kenapa drama swasta ini didedahkan tam sampai lagi heheheheh

banyak watak dalam ni ada blog masing-masing...

mama syg said...

che kiey...lau ko nk tau ni lah name nye yg P.RAMLI cakap :"DAH TUA PUN BODOH!!"tu la org nyee..
naik geram plak aku bile membace nyee..haissss.sib baekkkkk laa mak dah jauhhh da..ahaksss

Nurul said...

takder mana aib pun sbb aku tak kenal pun saper F tuh :p

ina said...

uisshh..sabar ina menanti part 3..xsia2..tp mcm kenall plk watak yg suh cara print tu..hihihi...akak ni mmg blh jd scriptwriter terbaik la..semua watak..wat org berpk..mm..sape plk si R tu?...jeng jeng jeng..hahaha..ok cont part 4.

Zakiyah Zainon said...

mama: kita doakan moga dia kembali berfikiran setara dengan umur...







nisri: sebab ko cakap cam tu..aku lega..ko kan orang baik2..





ina: hehehee..sapa pernah melaluinya pasti akan tau watak-watak yang terlibat..kalau tersasar maklumat, sial betulkan ok supaya tak jadi fitnah ;)

Ms.Lilies said...

skrg sapa lg drama?
hahaha....mencik lak aku baca org pesen cenggini

gerhana luka said...

cik kiah, pada aku la yg berfikiran normal ni tak mengaibkan pun sbb aku tak tau sapa org dlm watak2 tu, cuma dpt bayangan dr imajinasi sdr je... tapi kalau aku jd diri ko la lama dah aku buat cam ni xde tgu sampai 2 thn. tersiksa mental ngan org cam F tu. Org kata kalau umur seseorang tu dah 30 tapi perangainya masih tak berubah maknanya sampai ke tua la perangainya akan tetap cenggitu... susah untuk berubah.. wa'allahua'lam.

Zakiyah Zainon said...

mimi: sabauu...sabauu heheheh





gerhana luka:yang aku dgr kalau 40 tak berubah, orang tu akan kekal macam tu...F ada lagi moreless 3-4 tahun nak jejak 40 hehehehe...doakanlah yang terbaik untuk dia...insyaAllah

Softtouch [Hanim] said...

pnjangnya drama ni yer cik kiyah...pasal opis ni mmglah buat sakit ati je cik kiyah..sy plak mmg xleh buat blog sy ni tmpat luahan perasaan takut ada yg mnyampai...kdg2 kan sy rase mcm nk bhenti kerja je kalu ken2 opis buat hal..tp sabar jelah kan hati ni...

Zakiyah Zainon said...

hanim; hajat nak lepaskan perasaan, tapi kalau F baca pun saya suka, biar dia pulak nilai dan kaji..asyik menuduh orang saja, nilai pulak kelaku sendiri :D

noora said...

tu diaaaaa............
haa..part 4 plak..ceciter..ceciter (sambil kunyah pop corn)..
ina, aku pun mcm kenai je psl print2 tu..R tu aku mcm kenai aja..tp nk kena kompemkan dlu ngan kak kiah..nnti silap susah lak kang./.ihihih

nanne_manja said...

kiah..ko kena buat pertandingan teka teki siapa F dan siapa R...hehehehe..hadiah mesti ada..mesti ramai nak jawab...bila lagi nak buat contest kan???

noora said...

tettttttttttt..saya org petama nk jwp..adiahnya kasik gempak2 sikit ye kak..hhahahah

Related Posts with Thumbnails