Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, May 10, 2011

Siri Drama Swasta - Part 4


Bismillahirahmanirrahim.
Sebenarnya, berkali-kali ibu dah type untuk kisah seterusnya.
Tapi ibu padam balik.
Ibu nak menulis sesuatu dari perspektif dan pandangan ibu tanpa menceritakan hal peribadi F.


Ya..ibu tahu kisah peribadinya.
Ibu tahu sedikit sebanyak masalah yang membelenggu hidupnya.
Dulu, ibu pernah menjadi di antara tempat F meluahkan perasaan dan deritanya.
Perasaannya dikejutkan dengan satu demi satu peristiwa yang besar.
Satu demi satu terbongkar, dan sesalannya selepas itu turut diluahkan pada ibu.

Situasinya mudah, lebih kurang begini:

Bayangkan, jika anda mempertahankan seseorang dan tidak mempercayai
apa yang disampaikan orang, dan tak lama selepas itu anda tahu yang kisah itu benar.
Apakah perasaan anda selepas bermati-matian mempertahankannya dan menafikan kisah itu,
tiba-tiba orang itu sendiri mengakui yang kisah itu betul.

Hancur kan hati?

Ibu pernah menasihati F yang terduduk seketika dikerusi bilik ibu ketika ibu mengajukan soalan suatu ketika dulu.
Itu telah terjadi, memang ada pilihan.
Teruskan atau hentikan.
Tapi, sudah terlanjur membuat keputusan, hidup mesti diteruskan.
Pilihan dalam hidup bukannya 'hari ni suka kita ambik, esok marah kita boleh buang'.
Hadapi dan cubalah atasinya sebaik mungkin.
Ayat-ayat ibu tidaklah tersusun seperti di atas tapi maksud ibu begitulah adanya.
Dan F menghadapinya dalam keadaan tertekan.
Dan itulah yang mempengaruhi seluruh kehidupannya selepas itu.

Maaf, setakat itu saja ibu boleh kongsikan masalah F.
Ibu boleh dedahkan banyak lagi, tapi itu bukan ibu.
Seperti jenis apa ibu ini, jika hal peribadinya ibu jaja di sini.
Itu masalahnya.
Dan kita semua ada masalah tersendiri dalam rumahtangga kita.

Berbalik kepada kisah ibu dan F.
Ibu akui F yang ibu kenal dulu adalah orang yang baik.
Semasa ibu kenal F di maktab, dia sangat pendiam. Senyap duduk di depan kelas.
Sedangkan ibu dan kawan-kawan, bising di belakang.
Kalau F dan kumpulannya, jenis bersungguh-sungguh di dalam tugasan.
Tapi ibu dan kawan-kawan, bersedia ala kadar.
Cuma lebih bersiap sedia dengan bahan-bahan untuk di'goreng' semasa presentation.
Alhamdulillah.
Kebanyakkan group ibu yang kaki bising adalah pelajar yang lulus cemerlang.

Semasa ibu baru di kolej ini, F juga ada membantu ibu.
Ketika itu, ibu mendapat 3 subjek yang berbeza untuk kelas yang sama.
Bayangkan 3 kali ibu akan berjumpa pelajar yang sama cuma untuk subjek yang berbeza.
Masa tu, ibu masih baru di sini.
Style ibu bila ditempat baru, kita lihat dulu gelagat orang-orangnya macamana.
Tak bolehlah terus saja membangkang walaupun apa yang mereka buat itu tidak kena.
Cuma, ketika itu ibu luahkan ketidakpuasan hati ibu pada F.
Kemudian F cuba membantu ibu. Dia menawarkan diri mengambil 1 subjek.
Memang ibu sangat berterima kasih.
Jika tidak, tak terbayang macamana ibu terpaksa belajar semua itu sebelum masuk kelas.
Semuanya subjek baru yang tiada nota.

Bila ibu kenang jasa F pada ibu, ibu kesian kan dia.
Mengapa dulu dia boleh menjadi seorang yang sangat memahami dan berbudi.
Sangat berstruktur dan menghormati orang dalam bekerja.
Mengapa kini dia jauh sekali dengan orang sekeliling di sini.
Ramai staf yang menjadi mangsa 'semburan'nya yang tanpa usul periksa.
Dan kerana sikapnya itu, dia semakin dijauhi.
Bukan dibenci, tapi dijauhi kerana sifatnya sendiri.
Silap sikit kena sembur, kalau bercakap tak sedap pada telinganya, dapat sms.
Kadang-kadang bukan salah cakap pun. F yang merasakan sebaliknya.
Padahal pada orang lain hal itu adalah biasa.
Seperti yang ibu jelaskan sebelum ini, F terlalu sensetif.

Pada ibu, jika ibu merasakan diri ibu disisih, dibenci, dianiaya oleh semua orang
dan sekeliling ibu salah dan jahat sehingga membuatkan semua orang 'tidak suka' pada ibu, adakah benar tanggapan ibu yang semua orang itu salah dan jahat.
Adakah ibu yang betul hinggakan semua orang membenci ibu?
Renung-renungkanlah.

Ibu akui, ibu ada juga bersikap kebudak-budakan dalam menyelesaikan masalah dengan F.
Pernah suatu hari, ibu mengikut hati yang geram.
Mendatangi F di tempatnya dan terus bertanya dengan nada yang marah.

"F..kau ada tulis modul Penulisan Blog ka?"
"Ada..sebelum kau datang KKPG lagi". Jawabnya. Entah betul atau tidak. Wallahualam.
"Dah tu, pasal nama aku terus kena padam. Aku pun tulis juga".
"Mana ada padam". Jawab F.
"Tu...N siap padam nama aku. Dia kata kau yang tulis".
"Mana ada padam" Ulang F.
"Bengong!". Ibu meninggikan suara dan terus meninggalkanya terkapa-kapa.
Ya..ketika itu ibu sangat geram. Ibu pun sama bodoh rasanya.
Bertindak ketika hati masih panas.

Ibu berjumpa dengan I, orang yang membuka pintu kolej masa ianya mula beroperasi.
"I..hang yang buka pintu kolej ni kan? Sebelum aku mai sini, ada dak sapa-sapa yang ajar kursus blog kat sini?", tanya ibu.
"Tak dak. Aku pernah nak buat, tapi tak jadi sebab tak dan nak buat modul", kata I.
"Aku bengang ni. Aku yang mula ajaq blog kat sini, aku tulis modul. Bila aku hantar modul aku, N kata F yang tulis modul ni. Siap nama aku kat senarai tu kena liquid lagi".

Ketika itu memang ibu tersangat geram.
Pada ibu, kalau F ada menulis modul yang sama dengan ibu, jangan la sampai nama ibu terus dipadam. Gunakan akal.

"Ini modul yang saya tulis. Sama dengan che kiyah. Tapi modul ni tak pernah gunakan lagi. Saya nak hantar boleh dak?"

Mesti N takkan padam nama ibu dan akan masukkan nama F sekali.
Gila la si N kalau menolak hasil kerja orang lain.
Jangan la sampai hasil kerja ibu langsung ditidakkan.
Terpaksa pulak ibu jelaskan pada N yang ini memang hasil kerja ibu sebab N adalah staf baru.

Memang hal itu hal yang remeh. Tapi penyelesaian F tu yang ibu kesalkan.
Tindakan dia yang seolah-olah ada saja yang tak kena dengan ibu.
Ada saja benda yang dia nak 'angin'kan ibu.
Dan ibu pun kesal jugak dengan tindakan bodoh ibu tu.
Tapi ibu dalam keadaan gerammmm sangat.
Kenapalah F yang suka buat pasal dengan ibu. Kalau orang lain, senang ibu berbicara.

Selepas kes itu, muncul satu kes yang membuatkan ibu mula menulis siri drama swasta ini.
Kejadian itu benar-benar membuktikan F memang suka mencari pasal dengan ibu.
Suka nak menyakitkan hati ibu.
Kalau ibu ceritakan pada sesiapa pun, ibu yakin semua orang akan menyalahkan tindakannya.

Bukan bermaksud ibu ni gila kuasa. Tidak!
Tapi hal itu adalah dalam bidang kuasa ibu. Apa guna ibu dilantik sebagai ketua.
Ibu yang putuskan, ibu yang tentukan.
Jadi jika ada sebarang masalah, ibu lah orang yang perlu dimaklumkan.
Jangan buat keputusan sendiri tanpa langsung memaklumkan ibu yang bertanggungjawab menguruskan hal itu. Sesiapa pun ibu rasa akan tercabar.


Nak cerita kat sini ka?
Nanti la, ibu sambung part 5..dan mungkin itu part yang terakhir ;)

Pada yang baru membaca kisah ini, sila ikuti episod sebelumnya


p/s:

sorila pada yang nak membako tu hehehehehe
saja ibu nak buat suspen!
sila setelkan soalan exam ya, walaupun anda kalut dengan drama swasta ini!

5 comments:

wiznie's BLOG said...

waduhhh..panjangnya..
dah jadi cerpen...leh anto mane2 magazine ni..hihihi

nanne_manja said...

:D...part ni takkan berakhir dengan ko kiyah..maybe akan bersambung (oleh kawan-kawan lain) jika F tak ada keinginan untuk berubah untuk lebih "mesra" kawan-kawan...ntahlah..susah nak telah sikap manusia..:D

Zakiyah Zainon said...

wiz; rupanya panjang ni la kata-kata2 yang aku ucapkan menyesali apa yang berlaku...dah taraf novel ni :D







kak yani: doakan semoga dia diberi petunjuk oleh Allah, mungkin dia nak berubah tapi tekanan hidup menyebabkan dia terus prejudis dengan semua orang,
takpa..biarla aku jadi mangsa F, biarlah korang tetap baik dimatanya..asalkan korang semua kenal siapa aku yang bernama che kiyah ini, janji kita tetap boleh bekerjasama kan;)

Huszaini said...

walaupun tak kenal cik kiyah... ubat tenang bagi segala peristiwa kat atas nih adalah shopping.. sila ambil 3 kali seminggu.. kalau kronik.. sehari sekali! hehehe

noora said...

setia menunggu utk siri yg seterusnya..

Related Posts with Thumbnails