Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, June 3, 2011

Hari ini dalam Sejarah - 9 Tahun sudah

Pada tarikh ini, 3 Jun, 9 tahun yang lalu,
ibu melaporkan diri sebagai seorang pendidik di sebuah kolej milik kerajaan yang baru ditubuhkan pada ketika itu.
Penubuhan kolej itu pada 1 Julai 2001, dan ibu melaporkan diri pada 3 Jun 2002.
Dengan tawaran gaji RM1588.70...cukup mengujakan!

Masih lagi ibu ingat, abah yang menghantar ibu dengan motorsikal.
Anak orang biasa, kereta pun tak ada. Punya motorsikal sudah cukup baik.
Abah balik setelah menghantar ibu dan petangnya ibu balik dengan
menumpang kereta Ustazah Umi - staf di situ. Selepas itu, ibu terus menumpang
Ustazah Umi pergi dan balik
Sehinggalah ibu memiliki kereta sendiri - Kancil 2nd hand.
Kadang-kadang, ibu menumpang Kak Mawar yang juga rakan sepejabat ibu.

Tiada niat untuk membanggakan diri, tapi ibu sempat mendidik
keluaran pertama sejak KK ditubuhkan.
1st batch masa itu, hanya 2 kelas.
Ibu merasa susah getirnya mengajar tanpa alatan yang lengkap.
Tiada bangunan sendiri dan menumpang di sekolah.
Dengan keperluan yang ada, ala kadar saja.
Tapi itu semua tak menjadi masalah, ilmu tetap kami sampaikan sebaiknya.
Lebih berbangga semasa majlis konvokesyen, melihat anak didik naik ke pentas.
Terasa penat selama ini berbalas.

Sebahagian anak-anak didik, rasanya ni 2nd @ 3rd batch kot.

Mula bekerja, ibu pun mula outstation ke sana sini.
Tinggal dan makan di hotel-hotel yang sebelum ini tak pernah ibu rasakan.
Naik kapal terbang yang sebelum ini ibu hanya pandang dan dengar cerita orang.
Berjalan hampir ke seluruh negara menghadiri mesyuarat, kursus dan seminar.
Memang sangat teruja dan menggembirakan. Tapi selepas beberapa tahun, ibu mula bosan.
Kalau dapat surat kena outstation, aduhhh....sangat malas.
Mula teringat kelas yang terpaksa ditinggalkan dan perlu diganti.
Tapi dek kerana tugas, ibu gagahkan diri.

Senimar di Sarawak yang memberi peluang ibu naik bot di Sungai Sarawak bersama rakan-rakan

9 tahun ini juga ibu berpeluang melakukan aktiviti yang ibu suka buat masa remaja dulu.
Ada kursus yang memberi peluang ibu mendaki gunung. Ini memang mengujakan.
Mendaki adalah kegilaan ibu semasa di universiti dulu.
Berpeluang menggalas kembali beg ibu dan menjejakkan kaki ke hutan adalah nikmat pada ibu.

Ini kursus yang paling ibu suka - Kursus kerja Berpasukan.

Sukan juga adalah kegemaran ibu sejak dari sekolah rendah lagi.
Semasa di sekolah dan universiti, netball dan volleyball adalah bidang ibu.
Dengannya, ibu berpeluang berjalan serata Malaysia hingga ke luar negara.
Bekerja dikolej, ibu berpeluang menjadi pegawai pengiring untuk sukan - sehingga kini pun.
Menjadi jurulatih dan juga pernah sebagai pemain kerana tak cukup pelajar.
Dapat main!!! Wahhh...memang betul-betul ibu lepas gian.

Juara Sukan KK pertama di Kuala Kangsar. Mana ibu?

2nd place Sukan KK ke 2 - ibu dapat lepas gian, posisi C.

Semasa ibu di kolej lama, kami ada menerima kunjungan pelajar kolej dari Thailand.
Petangnya, mereka meminta diadakan perlawanan persahabatan.
Lelaki - Bola sepak. Perempuan - bola tampar.
Menggelupur ibu dapat peluang bermain dengan pelajar-pelajar tu.
Last-last, ibu yang control satu court hehehe

Ibu berbaju biru. Letih cover satu court. Enjoy walaupun kalah.

Jadi cikgu ni ada yang best ada yang tak best. Adatla kerja apapun kan.
Paling best bila ada aktiviti pelajar, ibu dapat ikut sama.
Kena pula kalau aktiviti tu adalah outdoor. Perghhh..memang kena dengan jiwa.
Kena lagi masa tu ibu bujang dan tiada masalah untuk keluar ke sana sini.
Memang tak lepas peluang.

Berkayak di Timah Tasoh.

Lepas gian. Siap urusetia kenakan ibu, saja gantungkan ibu kat tengah2.

Atas bot, Kem JPP di Pulau Pangkor.

BBQ time. Camping di Sg Sedim. Berkain batik semasa camping adalah trademark ibu.

9 tahun ini juga memberikan pengalaman pada ibu berurusan dengan
pelbagai lapisan masyarakat.
Dari orang kampung yang biasa sehinggalah kepada yang bertaraf raja.
Paling beharga, bila ibu berpeluang menjadi mc untuk fashion show tertutup khas untuk
DYTM Raja Muda Perlis yang sudi mencemar duli melawat kolej lama ibu.
Masih ibu ingat, semasa ibu menuturkan skrip ini -

"Mengadap kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuaku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun.
Patik mohon perkenan ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku untuk memulakan majlis.
Ampun Tuanku"

Takala itu, ibu bertentang mata dengan DYTM Raja Muda yang
duduk tak sampai 5 meter pun dihadapan ibu,
dan dia menganggukkan kepala sambil tersenyum memberi izin.
Berdiri bulu roma rasanya.
Sejak itu barulah ibu terasa aura ungkapan yang selalu ibu ucapkan selama ini dek
kerana ikut-ikutan dari filem-filem melayu hitam putih.

Banyak lagi kenangan yang hendak ibu coretkan di blog ini supaya ibu tak lupa.
Berpindah ke kolej baru, pengalamannya lebih kurang sama.
Rutin kerja ibu tidak banyak berbeza dengan ditempat lama.

Pengalaman sambung belajar bersama rakan-rakan kolej lain
di maktab juga banyak kenangannya.
Ada yang dulunya pahit, tapi kini semua itu sangat indah untuk di kenang.

Ibu berharap 9 tahun ini dan mungkin 20 tahun akan datang,
ibu masih punya semangat dan umur untuk meneruskan kerjaya ini.
Ibu berharap semua ilmu yang ibu sampaikan 9 tahun dulu dan yang akan datang,
adalah ilmu yang bermanafaat kepada semua.

Ohh...lambat lagi nak pencen! :P

5 comments:

d'nuraini said...

tue muka saya kan puan??

Zakiyah Zainon said...

a'ah...kat belakang saya tu ;)

d'nuraini said...

tima kasih puan...utk segalanya...

Zaher said...

9 thn dah...xlma lg buleh apply ds44 plak...naik gaji ahak2

azieazah said...

Pengalaman mahal yang tidak sama ditulis dgn perkataan. Menjadi kenangan terindah dan manis sekali...

Semoga terus cemerlang.


Asal JumAAt jer, Sedekah Pisang...

Related Posts with Thumbnails