Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 16, 2011

Malaysia oh Tanah air ku

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku.....(dah lupa, sila sambung sapa yang tau ya)

Siapa punya kerja ek?
Nak kata TAHNIAH, entah la..
Nak kata SALAH, ada jugak betulnya...
Laman web yang sepatutnya dan paling awal disekat, tak pulak di ambil tindakan.
Tu yang ada geng² meroyan ni mula mengganas!

Kadang-kadang, tindakan orang-orang atas kayangan ni ada jugak yang biulnya!
Yang tak masuk akan dan tak berapa nak ada logiknya.
Yang baik untuk rakyat, baguslah. Terima kasih dan tahniah!
Itu memang tugas anda, menjaga dan membela nasib rakyat.
Bela dan bela ok!

Yang tak berapa logik tu, contohnya kontrak selenggara FB sampai berjuta²..apa cer?
Adik i darjah 5 pun pandai buat FB sendiri.

Portal 1pengguna sampai berjuta² tapi guna templet sedia ada..apa kes?
Bergunakan portal macam tu untuk seluruh rakyat Malaysia.
Makcik Leha kat kampung, ada internet ka?
Nak on komputer pun tak tau nak tekan tang mana!

Ada Giant dan tesco ka kat Kampung Cerok Ketiak nak compare harga barang.
Takat shopping kat Kedai Tok Mat, ada ke perbandingan harga dengan kedai kampung sebelah.
Itu yang pada saya tak masuk akal dan sedikit biul.

Kang kalau tulis banyak², katanya pembangkang hehehehe
Tapi kalau tak dak pembangkang, payah jugak.
Kang dirasakan semua yang dilakukan tu betul dan tak salah.
Kurang-kurangnya, selagi ada yang menegur, bermakna masih ada yang sayang kan?

Jom berubah!! Ada berani?

2 comments:

Faramin said...

che kiah,setuju..budak darjah 5 pun pandai dah maintain fb sendiri.pelik kan,nape sampai juta2.haish.

azieazah said...

Perubahan itu perlu dan penting. Tanda maju. Tapi kalu berubah pada jalan tak kena gaya, nanti dipertikaikan pula.

Rakyat dah makin bijak. Belajar teknologi juga...


Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

Related Posts with Thumbnails