Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH itu penting!


Oh..saja jer ibu guna tajuk yang hangat disebut² sekarang ni.
Tapi kisah bersih yang ibu nak cerita ni, bukan pasal perhimpunan BERSIH 2.0 ok.
Ini pasal bersihkan telinga adik dan abang. Memang kasik bersih kaw-kaw punya.
Nak bersihkan telinga anak-anak ni, wallet ibu ngan ayah pun agak bersih!
Tak pa la, janji anak-anak sihat kan!

Alkisah, pada suatu masa dahulu, abang dan adik kan demam tak berhenti-henti.
Hari ni abang deman, esok baik. Esok adik pulak demam.
Esok gilir pula abang yang demam hingga last² sekali 2-2 demam.
Demam yang bukan suam-suam dedar badannya.
Ini dah tahap mencecah 39.5 degree.
Mau tak gelabah ibu dan ayah.
Ibu kot yang gelabah lebih sebab ayah lena berdengkur juga hehehe

Bila 2-2 demam, ibu dah pening nak buat macamana.
Sebab sebelum ni, kalau anak-anak demam, memang ibu akan pangku dan tidur sambil duduk.
Ini 2 serentak. Macamana nak pangku!?
Last², mak tok bagi idea, sorang kat tangan, sorang kat celah kaki.
hahahahaha..sila bayangkan ok!

Demam yang lama dan berulang serta selsema yang tak baik².
Pada suatu hari, ibu spot ada cecair keluar kat telinga abang.
Cuak dah ibu takut telinga abang bernanah!
Ibu cium cecair tu, tak berbau.
Ibu bawa abang ke klinik biasa. Doktor bagi ubat titik dan ubat selsema.
2 hari selepas tu, adik pulak keluar cecair yang sama kot telinga!
Adoiii..kembar la katakan. Semua nak sama!

Ibu gogel, jumpa banyak info.
Ada yang kata, cecair tu adalah selsema.
Jangan guna ubat titik dalam telinga sebab itu akan memburukkan keadaan.
Untuk kepuasan hati, ibu dan ayah bawak twin ke Hospital Penawar, jumpa ENT terus.
Senang, puas hati walaupun bayaran agak mahal.

Rupanya telinga abang dan adik ada jangkitan kulat.
Camna boleh naik kulat!?
Doktor kata mungkin susu atau air masuk.
Abang kalau nangis memang laju je air mata masuk ke telinga.
Adik pula sebab selalu tidur dalam buai sambil minum susu,
kadang² puting tu termasuk ke dalam, susu tumpah, habis basah mukanya.

Pergi ke ENT. Doktor India yang sangat baik dan polite sekali.
Doktor Raj Krishnan Lal, suka sangat puji mata abang dan adik yang besar.
Mata ibu yang besau ni doktor tak nak puji pulak hahahaha
" Matanya sangat cantik. Sangat besar. Bijak ni"
Berulang-ulang kami dia sebut.
Trima kasih dokte!

Doktor pun memulakan operasinya.
Di masukkan camera ke dalam telinga abang, kiri dan kanan.
Abang pun terus memulakan nyanyian mesra sehingga satu hospital boleh dengar.
Adik pandang-pandang saja abangnya yang tengah berperang.
Memang sangat lembab dan berkulat.
Doktor kata, kena cuci. Cuci la doktor, janji baik.
Lepas abang, adik punya turn pulak. Sama saja nyanyiannya.
Gini la rupa telinga abang dan adik hasil tangkapan ibu dari tv doktor.


Yang putih-putih tu adalah fungus yang memenuhi salur telinga.
Rupa yang lebih clear macam kat bawah ni.


Doktor kata telinga yang dijangkiti fungus atau kulat ni susah nak diubati.
Susah bermakna ianya ianya memerlukan rawatan yang berterusan.
Perlu ulang rawatan yang sama sehingga doktor betul² sahkan bebas dari fungus.
Fungus ni juga merbahaya kalau dibiarkan sebab
fungus boleh merebak sehingga ke gegendang telinga dan boleh 'makan' gegendang telinga.
Bahaya ok.
Kalau dah dimakan fungus, maka kemungkinan pekak boleh terjadi.
Ada juga kes yang berlaku lelehan hingus dan itu adalah bakteria.
Kata doktor, bakteria senang diubati. Cuci dan boleh masukkan ubat.
Cuma perlu pastikan selsema baik, maka telinga akan baik dengan sendirinya.

Jadi kalau ada lelehan yang keluar dari telinga anak-anak kita,
sila jangan biarkan dan buat andaian sendiri.
Bawaklah berjumpa dengan pakar dengar segera.
Bukan tak boleh doktor biasa, tapi kalau jumpa pakar ni alatan dan kelengkapannnya cukup.
Siap dengan camera segala bagai.
Kita pun boleh nampak dengan jelas apa yang terjadi kat dalam lubang yang sempit tu.
Kalau ada kelebihan la. Kalau tak dak pun, korek² lah simpanan kita tu.
Biarlah berhabis untuk anak-anak kan?!

Hasilnya, telinga abang dan adik kiri-kanan bertampal.
Lepas doktor cuci, dia masukkan ubat kulat dan sumbat kapas, siap plaster.
Sebulan tak boleh kena walaupun setitik air.
Maka bermulalah edisi abang dan adik mandi aci lap-lap dan basuh-basuh badan saja.
Baliknya, terus lena dengan nyenyak.
Penat dan letih gamaknya berperang dengan doktor.


Sebab abang dan adik masih baby,
hanya itu sajalah rawatan yang boleh dilakukan.
Cuci telinga dengan air, masukkan ubat kulat untuk matikan spora,
sumbat kapas, tampal plaster.
Untuk baby, tak ada ubat makan untuk matikan kulat dan spora.
5 kali juga appointment dengan doktor.
Alhamdulillah, akhirnya telinga baby abang dan adik bebas dari jangkitan kulat.

3 comments:

Nurul said...

huhu..agaknya sebab tuh lepas mandi kena tiup tinger anak ek? bg air tak masuk lam tinger..tapi memang bahaya lah...

yantz-yeem said...

info yg berinformasi..bru2 ni anak sy pun nanah kat telinga...tpi doc kata benda ni akan dtg berulang kali...

jom ke blog sy...hanya 4 hari ganjaran terhebat menanti di sana...jgn lepaskan peluang yeah!!!

Mama Kembar 3 said...

alahai siannya abang n adik. cam ngeri plak mama baca nih, sblm ni tak pernah tau pun leh kena jangkitang kuman sbb air mata or susu. thanks for sharing, lepas ni mama pun kena lebih prihatin ni.

Related Posts with Thumbnails