Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, July 28, 2011

Entry santai

Assalam
Hari ni ibu masih berkursus di UTM tapi ketila entri ni ditaip ibu dah ada kat rumah. Hari ni kursus habis awal sebab petang tadi ada majlis penutup kursus yang ibu ikuti ini.
Habis saja majlis, terus minum petang dan berdesup balik ke Pasir Gudang sebelum jalan sesak. Sampai rumah awal sangat, dalam 530 gitu! Ibu decide nak balik rumah terus sebab nak kemaskan toto yang kakak buat hal malam tadi!

Alkisah, semalam sampai je rumah ibu letak kembar dalam babycourt. Terus angkat toto yang dah berhari-hari tak lipat dan ketuk. Sapu sampah terus mop lantai yang dah naik geli ibu nak pijak! Melekit, dah tak tahan sangat terpaksa la ibu bersihkan juga! Dekat pukul 10mlm baru selesai. Adik dah mengamuk mata dah merah sebab dah ngantuk!
Lepas berjaya bagi anak-anak tido, ibu pun baring sambil melayan kisah-kisah dunia di iphone ni. Tetiba, kakak yg tengah nyenyak bangun. Buka seluar separuh terus mencangkung dan uwarghhhhh.....dia kencing!!!! Mata pejam ok! Ibu terus tadah tangan sambil jerit " kakakkkkkk...awat kencing kat sini???"
Baru kakak buka mata dan terus menagis sambil terus mengencing di atas tangan ibu. Uwarrrghhhhhh......

Oh kakak... Lain kali ngigau la yang best skit. Ngigau bangun mop lantai ka, lipat baju yang dah menggunung balik ka....ni kakak ngigau kencing!

Pagi tadi memamg tak sempat nak kemas. Ibu sorang-sorang. Ayah minggu ni tak balik. Kesempatan balik awal ni, ibu selesaikan urusan pembersihan dan pembasuhan 2 keping toto yang hancing! Dah setel bentang toto baru. Jap lagi nak pi jemput anak-anak.

Penat mengemas, pekena manggi kari! Sedap juga sekali sekala makan macam ni.



Daaaa.... Nanti jumpa lagi! Santai tak entri ibu kali ni? Hehehe

2 comments:

ina said...

hahahha...ngigau kencing...lawakla kakak ni...tp maggi tu mengancam gak..terliur i.

nanne_manja said...

:D ...dasat ler kakak nie...huhuhuhu..seumur hidup nanti digelakkan sebab ibu tadah tangan nak tahan kencing kakak

Related Posts with Thumbnails