Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, July 19, 2011

Memori


19 Julai 2010, ibu selamat menjalani pembedahan melahirkan kembar lelaki.
Ibu namakan FAAIQ untuk abang dan FAAID untuk adik.
Nama yang ringkas tapi bermakna.
Ringkas supaya senang ibu nak isi borang.
Untuk abang dan adik juga nanti, tak payah nak tulis panjang-panjang hehehehe

Kita balik ke rumah mak tok. Ibu berpantang di sana.
Abang dan adik sangat baik. Tidur senntiasa nyenyak dan lena.
Sekali sekala bangun di tengah malam nak menyusu.
Tapi abang dan adik pernah juga tidur di wad bersama-sama.
Walaupun adik yang teruk jaundisnya, tapi doktor benarkan dua-dua tidur di hospital bersama.
Mana sanggup ibu nak tinggalkan sorang kat rumah sorang kat wad.
Senang cerita, ibu angkut 2-2!

Bila dah makin besaq, abang dan adik tak selalu tidur bersama.
Abang lebih suka tidur lepak dengan ibu dan kakak.
Tapi adik, mesti kena masukkan dalam buai.
Kalau tak, adik akan selongkaq satu rumah. Sampai dah betul-betul letih, baru adik lena.
Nak jimatkan masa dan tenaga ibu, ibu masukkan adik dalam buai
hehehehe sat saja, adik dah nyenyak!

Pengalaman ibu menyusukan abang dan adik serentak.
Dulu boleh la. Sekarang dah tak sanggup ibu.
Dukung sorang pun dah rasa mengah. Macamana nak peluk 2-2 kiri kanan macam dulu.
Abang dan adik menyusu ibu sampai 6 bulan saja.
Lepas tu dah sepenuhnya susu formula. Sedih jugak ibu. Tapi apakan daya.
Ibu tak tau macamana nak susukan 2-2 bila menangis serentak.
Senang cerita, ibu sumbat botol serentak 2-2.

Kakak sangat sayangkan abang dan adik.
Walaupun kadang-kadang kakak tolak kepala abang dan adik, tapi nanti kakak kata 'sori...sori'.
Masa mula-mula ada adik, kakak sangat teruja.
"banyaknya baby..." hehehehehe
Kakak selalu sebut "kakak ada 2 baby".
Sejak ada adik, kakak mesti nak tidur dengan baby.
Sekali sekala datang angin manja, baru nak peluk ayah dan ibu.
Tapi bila dah hanyut, pusing sini sana, nanti berguling juga dengan abang atau adik.
Tapi bila dah besar ni, abang selalu jadi peneman lena kakak.
Sebab adik tidur dalam buai.

Saat abang dan adik sakit adalah saat yang paling mencabar.
Sorang demam, ibu boleh tahan. Abang baik, adik pula demam.
Adik baik kakak pula ambik turn.
Bila 2-2 demam, ibu dah mula gerun.
Alhamdulillah, ibu berjaya harunginya setakat ini sambil berlinangan air mata.
Jadi ibu kena tabah. Kena kuat,
Walaupun menangis tapi tak bermakna ibu lemah.
Dan ibu yakin, Allah hanya menguji pada hambanya yang mampu mengharungi.
Bila datang ujian, ibu hadapi saja dengan tenang walaupun sekali sekala kelam kabut
hehehehehe standard arrr...

Bila dah makin besar, dah makin bijak, dah pandai main chuk-chak, dah pandai pungah2.
Memang rumah ibu dah macam tongkang pecah.
Tak pa, janji anak-anak ibu ada dengan ibu.
Daoat tengok abang dan adik senyum, dapat dengar kakak yang dok pot-pet,
hati ibu dah tenang dan lega.
Walau macamana penat balik kerja, hilang semuanya!

Hari ni 19 Julai 2011, abang dan adik dah setahun.
Pejam celik-pejam celik, ibu dah berjaya membesarkan kembar ibu yang dulu comey lotey.
Tapi la ni pun tetap comel jugak! Dah makin hensem pun!

Ayah mc hari ni. Nanti malam ayah beli kek.
Kita makan sama-sama.
Tapi abang dengan adik boleh makan sikit saja sebab manis!
Yang lain ibu, ayah dan kakak la yang habis kan!
heheheheh

Happy Birthday FAAIQ dan FAAID.
Melahir dan membesarkan kalian adalah pengalaman yang tak ternilai.
Kalau orang tanya macamana ibu jaga sorang, memang tak boleh ibu nak ceritakan.
Ada perit, ada pahit, ada perit! Tapi semuanya tetap manis!

Syukur, alhamdulillah kerana Allah memberikan ibu merasai pengalaman indah ini!

7 comments:

d'nuraini said...

seorang ibu yg tabah & sabar mengharungi semuanya...sy kagum ngn puan.. (^_~)

selamat hari lahir FAAIQ & FAAID ...semoga menjadi anak yg s0leh utk ibu & abah...

Huszaini said...

Happy birthday! Sama besdey dengan mak saya laa!!

azieazah said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran to FAAIQ & FAAID, moga menjadi anak yang cemerlang...

Saya masih ingat, saya pernah komen pasal almari baru budak2 ni.

Jangan sampai budak2 ni ilang nyorok dalam almari sendiri. hahahahah

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

azieazah said...

Tambah skit lagi:

Nanti bila dah besar skit, kakak pun kalah kena buli. hehehehe

Huszaini said...

As salam tuan tanah

jom join gathering kembar

http://amrafahan.blogspot.com/2011/07/gathering-beraya-dengan-geng-kembar.html

noora said...

hepi besday ye baby adik n abg..muahs muahs dr ummi

juliaakmal said...

tahniah buat si ibu .....bestnya kalau saya dapat kembar...

Related Posts with Thumbnails