Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, July 27, 2011

Refleksology

Minggu ni minggu terakhir ibu kursus kat UTM. Lepas ni ibu dah dapat sijil anatomi, urutan tapak kaki dan tangan dan pengurusan SPA hehehe acana! Cikgu IT tetiba dah tukar bidang jadi tukang urut dan tahun depan insyaAllah ibu akan ikuti kursus urutan holistik pula. Holistik adalah urutan menyeluruh atau satu badan ok! Jadi mak bidan urut pula la ibu hehehe

Sebenarnya, best dapat belajar benda-benda macam ni. Kalau pi mengurut kat pusat refleksologi yang bersepah sekarang ni, at least kita boleh tahu betul atau tak rawatan yang diberikan pada kita. Knowledge tu penting untuk pengguna supaya tak la kita ditipu. Tak le dia main tekan je sebab kaki dan tangan kita ni reflek pada organ yang ada dalam badan kita ni.



Minggu ni full praktikal. Dah naik lenguh lengan dan jari memicit. Tapi seronok sebab lepas tu kita pula diurut. Urut bergilir-gilir.

Oklah, entry ni ibu type di atas katil di dalam bilik latihan takala ibu sedang di urut.

Tq pada yang menyinggah kat blog ibu. Memang ibu tak sempat membuat lawatan singgah dah lama dah ke blog-blog yang selalu ibu buat kunjungan.

Ok, nak menikmati urutan jap ekkk....

Ni terapist i hari ni.. Masih solo, sedang mencari dan lengkap pakej pandai urut..sapa nak masuk line, sila roger ibu ok! Hehe

1 comment:

Faramin said...

che kiah,nak jadi 1st customer boleh?fanaz suka reflexsology!best.hehe

Related Posts with Thumbnails