Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, July 29, 2011

Trip ke Wak Rado

Ibu dah selesai kursus di UTM. Paginya ibu exam teori refleksology dan lepas tu terus exam amali. Markah dah lulus dan sijil dah dapat. Alhamdulillah....


Ni kertas exam tadi pagi.

Oh! Tajuk entry lain sibuk cerita lain kan! Hehehehe... Sebenarnya dah lama ibu mendengar akan kehebatan rasa satay wak rado ni. Dengar cerita, katanya beratur orang kat kedainya nak beli satay. Ibu tak tau mana kedainya cuma tahu kawasan saja. Dan memang tiap-tiap hari ibu akan melalui kawasan tu bila balik dari kursus cuma tak dapat la nak singgah sebab dah malam.

Kesempatan habis kursus awal ni ibu gunakan sepenuhnya. Lepas lunch kat UTM, ibu, siti dan KJ (bukan Khairy Jamaludin ok!) ke Jakel untuk sesi beli-beli persiapan raya. Tapi ibu kena pi lagi sebab curtain readymade yang ibu nak beli tu tak sampai lagi stoknya! Lepas sejam lebih kami pun decide nak balik ke PG. Tetiba ibu teringat pula kat satay wak rado ni. Terus KJ tukar arah jalan kami ke rumah kakaknya yang memang dekat dengan satu lagi cawangan satay wak rado.



Memang terbaik. Kami tapau sebab Siti puasa. Lagipun time tu dah dekat pukul 5. Sementara siap order dah 530 petang. Lewat nanti sangkut jem! Ibu order 2 set satay ayam 10, satay daging 10, dan soto nasi untuk anak-anak. 1 set satay tu ibu bagi kat mama, pengasuh anak-anak buat buah tangan.

Oklah, nak type lagi tapi kakak dah merajuk sebab ibu dok ngadap iphone. Tengah ibu nak blogging dia pula rajin nak baca buku. Terpaksa la layan dia kan....

Jumpa lagi.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails