Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 9, 2011

Abang merhabat dah!

Kalau adik manja dan ramah (macam ibu..eceh!), abang pula lebih takutkan orang. Tapi abang tak takut mencuba dan berani. Budakkan..mana ada istilah takut dalam diri. Segala mak nenek nak dicubanya.

Perkembangan abang agak aktif berbanding adik walaupun adik yang mula meniarap dan merangkak dulu. Bila sampai umur 'dapat kaki' ni, nampak abang dulu berdiri. Adik macam buat2 dunno lagi tapi ada juga sekali sekala dia acah-acah berdiri lepas tangan.

Dalam tak berapa nak boleh berjalan lagi tu, abang dah mula tunjukkan bakat yang lain. Sejak Ahad lepas, dia dah mula memanjat atau merhabat kata orang Kedah. Tak putus asa tu. Sofa dan meja kopi sudah berkali-kalu berjaya ditawan. Lepas tu suka-suka hati julur kepala dulu ke bawah. Sangat bahaya ok. Dah ibu pulak yang tak berani nak tinggalkan abang sendiri!

Ini aksi ntah yang kali ke berapa. Lepas ni bahu ibu berketul-ketul la sebab dok rescue angkat abang. Ni belum cekap berjalan lagi. Nanti dah betul2 lulus, serentak adik abang berjalan, mau slim ibu. Tak payah pi Slim World ka Marie France Bodyline ka. Jaga kembaq saja.


Step1 : Buka kaki luas2 macam contoh kat atas.


Step 2 : lonjakkan badan. Tangan perlu ada tempat yang nak dipaut.


Step 3: Angkat 2-2 kali dan anda sudah berjaya.



Step 4: Lambai kat ibu yang dok tunggu dan tepuk tangan sambil tersenyum suka.

4 comments:

Zaher said...

haha..."meghabat" ok................

raya ni ma i la meghbat tangga kayu kat kedah plak...

Si Kandil Hijau said...

huyeaayy...jom simpan brg2 kat umh!

gerhana luka said...

Cik Kiah, selalu tengok gambar twin tak berbaju. Jangan amalkan tak berbaju selalu ya kesian kat dia kecik lagi ibarat mak mertua saya kata paru2 baby belum berkembang sepenuhnya jangan biarkan terbuka kena kipas angin nanti paru2 sejuk takut kena penyakit. Kalau selalu tak berbaju takut nanti kecik2 dah kena sedut pam pulak. Saja nak bagi nasihat jangan ambik hati ya nak share apa yg patut je.

Zakiyah Zainon said...

tq..tak kecik ati pun hehehehe
sebenarnya tak berbaju ni time nak mandi hehehe suka buka baju awal bagi kering peluh, lepas tu angkut mandi...
dan memang suka ambik gambar depa pakai pampers hehehe...

Related Posts with Thumbnails