Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, ibu masih diberi hayat oleh Allah untuk merasai nikmat dan keindahan Ramadhan tahun ini. Ini tahun pertama ibu berpuasa di rumah sendiri yang sebenarnya dah melalui 2 kali puasa. Tapi puasa tahun lepas ibu balik Kedah dan bersalinkan kembar. Jadi tahun ini adalah kali pertama ibu dan ayah berpuasa bersama di rumah ini.

Seperti kebiasaan, ibu akan berbuka sendiri dan bersahur nanti baru bersama ayah ataupun sebaliknya (tapi takat seminggu ni masih sahur bersama). Kerja ayah yang shift entah apa-apa ntah tu terpaksa diterima oleh ibu dengan rela hati. Senang kata, redha saja la... Ibu tak payah nak bercita-cita macam orang lain yang sepanjang berbuka dan bersahur dapat bersama-sama. Tunggu je ayah off, haaaaa...time tu baru dapat. Tapi tu pun mungkin 2-3 kali sahaja sepanjang Ramadhan ini. Tak kisahla kan, asal bahagia....hehehe

Entry ni ditaip takala lepas bersahur sementara menunggu azan subuh. Sahur pagi ni simple (tiap-tiap hari pun simple). Ibu tanya ayah nak makan apa? Ayah kata nak lauk sardin dan telur goreng! Ya Allah, senangkan dapat laki macam ni? Senang hidup ibu. Kena dapat laki yang pepagi buta nak sahur ikan haruan buat bantut..berpeluh ibu! Hehehe...syukur atas pemberian Allah ni.

Bila Ramadhan, terbayang suasana kat kampung ibu memang meriah. Lepas berbuka, saudara mara yang ada akan berkumpul di satu lokasi samada rumah tok, rumah paksu atau rumah mak ibu sendiri. Solat terawih pastu makan more bersama-sama. Selalunya balance berbuka tadi saja.





Sebagai penyeri entry, terimalah gambar anak-anak ibu tengah lepak kat kedai makan di Kg Melayu Geylang sambil prkena dendeng!

Oklah, subuh pun dah masuk ni. Ibu stop dulu. Salam Ramadhan untuk semua. Dan sempena kedatangannya, ibu memohon ampun dan maaf jika ada tulisan ibu yang menyinggung rasa sesiapa, dan termasuk buat F juga yang khabarnya sakit sebab keracunan makanan. Moga cepat sembuh. Pada ibu, usaha untuk bersemuka dan menjelaskan telah ibu usahakan, terserah. Ibu maafkan apa saja tuduhan yang dilemparkan pada ibu tanpa peluang membela diri - pengaib, penambah cerita, suka memburuk dan menjatuhkannya atau apa saja. Kerana ibu yakin seperti F juga yakin, Allah itu ada dan maha mengetahui apa yang ada di hati. Andai kata hari ini ibu mati, ibu berpuas hati sebab telah berusaha menyelesaikannya bagi pihak ibu. Pada pihaknya, terserah!

Moga Ramadhan ini menjadi permulaan hidup yang lebih membahagiakan dan menggembirakan kita semua...InsyaAllah!

4 comments:

Si Kandil Hijau said...

sejak bila stail ada terawih kt umh ? tak tau pun...

Zakiyah Zainon said...

dah lama dah...3-4 tahun mcm tu...lebai yusri dah ada kat kg, kadang2 tak buat sebab pakcik kena jadi imam kat surau kg ketoi..tahun ni lebai sudin ada kot

Si Kandil Hijau said...

patutla ...3-4 thn eden kat sini haa..mmg xtau pun.

Kiswah adik dah beli dua helai kat kak. Tunggu ja la no. Mak suh balik sblm raya. tp bnyk benda menghalang. kptusan peksa yg nk kuaq bln posa gak, visa xsiap dll. huhu..

Zakiyah Zainon said...

Tahun lepas baru mula buat khatam quran time nuzul quran...

Related Posts with Thumbnails