Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka 9 Ramadhan

Berbuka semalam, ibu mula gelut-gelut masak. Sampai rumah dah pukul 6, terus turun kereta. Sambil jalan masuk rumah "Ayang, tolong angkut baby ekkk... Ibu nak mula masak".
Tanpa tukar uniform hatta duduk sekejap pun terus menonong masuk dapur. Dah pesan kat ayah, daging dan ikan keluarkan awal-awal. Mula siang ikan cencaru dan potong daging. Sambil-sambil tanak nasi. Tanak pakai dapur letrik, senang!

Siap basuh ikan, lumur garam dan ke tepi sat kamu. Pulun bab nak masak kurma daging pulak. Kupas bawang, halia, kentang dan siapkan bahan tumis. Cheawwww.....siap tumis. Tetiba rasa sikit pulak daging ni. Kang tak cukup ayah nak bawak bekal ni. Korek ayam dalam freezer, belasah! Kurma daging dan ayam...



Cencaru bakar, cepat je membakonya kat atas pan roti canai tu. 10 minit siap! Sambil-sambil potong cili buat cili potong kicap!



Cili potong, kicap, limau kasturi dan bawang buat pencicah ikan bako!



Masak kurma yang asalnya daging tapi lepas daging dipotong dan nampak macam sikit, ibu mix dengan ayam.

Sekian menu berbuka semalam. Malam ni apa pulak?
Oh! Ibu masih menggaru kepala kat surau ni sambil cari idea!

2 comments:

Nurul said...

ahaha...kelam kabutkan orang bekerja nak nyiapkan juadah berbuka. Sebab tuh aku standby dah awal2 kupas bawang semua bagai, stok untuk seminggu. Balik2 je terus ricir2 bawang tuk masang. Jimat sikit masa

Zakiyah Zainon said...

aku plan nak buat cam tu jugak, tapi asal weken saja dah balik singapore...hari kerja, malam dah lepas berbuka, lepak dah...terawih pun pukul 4 pagi hahahhaa

Related Posts with Thumbnails