Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, August 4, 2011

Kisah Nuffnang

Assalamualaikum dan Hi..
Saya Che Zakiyah Zainon atau lebih mesranya dengan panggilan Che Kiyah.
Terima kasih Nuffnang kerana memilih saya sebagai featured blogger untuk bulan ini.

Hahahahahah...sila gelak ok!
Ayat intro berangan ibu nak jadi Nuffnang featured blogger :P
Impian kekdahnya!

Lama ekk ibu tak kisahkan apa-apa pasal nuffnang ni.
Actually ibu dah lama tahu yang blogging ni boleh dapat duit.
Ibu mula dengan fotopages dan kemudian ke blogger tapi time tu malas nak explore nuffnang ni.
Lepas tu masa tahun lepas, time mengandungkan kembar,
ibu buat blog yang baru (sebab blog lama dah bersawang) dan terus ibu pun register nuffnang.
Jadi mulalah blog ibu dapat earning dari nuffnang.
Asal keluar iklan baru je..."yeahhh..suka..suka. Nuffnang pilih aku"
Tapi lama-lama dah makin kurang dan pernah terus tak dak iklan..uhuk!
Berdikit-dikit sangat. Yerlah...blog yang gitu-gitu aja kan.
Nak update entry baru pun ikut mood.

Sebab dah give up lambat dan jarang dapat buffered earning,
ibu pun dah lama gila tak buka website nuffnang.
Nuffnang kan syarikat yang uruskan iklan-iklan dari syarikat-syarikat yang gah dan besar,
So iklan pun mesti dia akan letak dekat blog yang ramai visitors
Takat blog ibu yang disinggah oleh kawan-kawan opis ni, apa la sangat kan?

Kadang-kadang memang terasa yang Nuffnang ni memilih kan?
(sori nuffang... luahan rasa yang ikhlas dari blogger picisan macam i ni hehe)
Tapi yerlah, kena la sedar diri kan, kalau tak boleh nak bagi komitmen untuk join event,
hatta meng'update' blog pun tak selalu, tak payah la mengharap lebih-lebih kan?

Bukanla tujuan utama ibu berblog ni nak kumpul duit,
tapi kalau boleh dapat sambil-sambil duduk saja, apa salahnya kan.
Iya dak?

Tapikan...betul ke Nuffnang ni memang pilih 'bulu'?

(Berdoa lepas ni Nuffnang baca luahan hati ibu ni, pastu dia pun letak banyak iklan hahahahaha)

2 comments:

HappyIrfa said...

salam che kiyah..:-)

saya lagi la buta psl nuffnang..
duk la bukak akaun tu tgk bape sen duit yg ada.lambat sungguh nak boleh claim//dulu2 tulis blog sbb suka2..kalau boleh buat duit apa salahnya kan?

Zakiyah Zainon said...

hehehehe...
tu la..dulu dok menunggu jugak..dengar orang dapat beribu2, hati pun teringin juga...tapi tu la..tak la mengharap sangat, tapi kalau dapat, seronok kan, ada juga duit tepi kiri kanan hehehe

Related Posts with Thumbnails