Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 16, 2011

Minyak kelapa dara dan kulit mak dara

Kulit ibu adalah jenis yang tak banyak songeh. Tak cuci muka seminggu pun ok lagi. Pakai barang kemas tipu pun tak gatal, tak naik bintik-bintik merah. Senang cakap, kulit murahan, tak banyak kos nak menjaganya.

Tapi sejak tak berapa menjak ni, part tapak tangan ibu bukan main sensetipnya! Bukan keseluruhan, satu bahagian kecik saja kat ibu jari. Dia jadi kering, gatal dan bila digaru pecah dan pedih sangat rasanya.

Dok sapu lotion everyday. Tapi tetap kulitnya keras dan menggerutu. Yerlah kan, hari-hari buat kerja rumah, mana la kulit tak kematu kan? Hehehe saja statement nak kata diri rajin :p

Masa kursus refleks kat UTM tu, tetiba kulit ni jadi ok dan luka pulih. Dalam masa 2 hari kulit kembali lembut. Rasanya sebab tangan time tu dok main minyak saja kan, so terover moisture kot.

Tapi balik saja kursus, part yang sama kembali menggerutu. Kembali kering, pecah dan ohhh...sangat pedih bila terkena air.



Burukkan rupa jari yang kematu menggerutu. Sangat pedih bila kena air. Sapu lotion pun dan tak jalan.



Kat opis, ibu ada beli minyak kelapa dara. Dah lama beli tapi dok simpan saja dalam drawer. Isnin sampai je opis terus sapu minyak kelapa dara kat bahagian yang kering dan sakit tu. Asal nampak kering, ibu sapu balik minyak tu.




Alhamdulillah, lepas sapu minyak tu, kulit makin ok nampaknya. Malam tadi dah tak pedih lagi. Pagi ni still continue sapu minyak yang sama and it is look better!

Baguskan minyak kelapa dara ni!

5 comments:

Nurul said...

oh..adakah ini bermakna saya juga perlu beli minyak kelapa dara? huhu..

azieazah said...

Memang lah bagus. Dia buat kulit jadi gebu macam anak dara.! hehehe


Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

Zakiyah Zainon said...

nisri: bagus minyak kelapa dara ni, buat minum pun boleh, antioksida tapi cari yang diproses melalui cold press kot nama dia..ko kan lagi terror bab2 ni heheheh





kak AA: hahahahahaha....jadi anak dara ekkkk...:P meletzzzz...:D

Si Kandil Hijau said...

jd mcm tangan abah...

Sharifah said...

Salam sis. Kalau nak beli minyak kelapa dara TROPIKA.. bleh beli drpd saya... wangi sangat2 bau lavender.. mesti terpikat dgn bau harum semerbak. Tak percaya itu minyak kelapa dara tau..

kalau nak tahu produk2 saya boleh LIKE page saya di www.facebook.com/healthybabyskin

atau call /sms / whatsapp 0122170224 sharifah. tq!

Related Posts with Thumbnails