Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, August 6, 2011

Operasi BERSIH 2.0

Ibu sekeluarga dah sampai di rumah nenek kat Singapore. Adik masih nyenyak dalam buai. Tinggai abang lagi ni dok guling-guling tepi ibu!

Ok, back to the topic! BERSIH 2.0

Jangan salah sangka ok. Ibu bukan peserta perhimpunan BERSIH. Terkena pula update hari Sabtu, tajuk pula ada bersih hehehe saja buat tajuk kontroversi.

Ini kisah operasi bersih yang diketuai oleh dua kembar ibu ni. Abang dan adik dah pandai 'bersih'kan rumah. Lepas ni ibu kena ikat semua pintu kabinet dapur sebab twin dah tau yang papan selama ni depa dok pegang dan bergayut adalah pintu.



Ini gaya abang yang sedang membuat tinjauan "apa yang boleh abang selongkaq ni". Pintu sebelah tu ibu dah ikat. Cari tali tak tau tang mana, plastik pun ok lah! Janji ikat. Kreatif kan ibu? Hahaha



Kemudian depa berdua berduet bersihkan kabinet ibu. Bersepah tupperware yang ibu susun dalam tu. Sebenarnya stool kayu tu ibu letak kat depan pintu untuk halang depa buka pintu. Tengok-tengok dok kat tepi dah. Kuat juga tenaga twin ibu ni rupanya!




Bersemangat tuh! Siap angkat stool plastik tu ke tepi. Lepak bukan main depan kabinet ibu ekkk... Nak kena pasang pagaq jugak ni, tapi kang memang riuh rendah la depa dua ni bernyanyi nak masuk dapoq. Sebelum ni letak dalam babycourt pun bukan main bebai. Siap hempas-hempas badan lagi. Tapi ok la, ada tilam dalam babycourt tu. Tadah telinga saja la kan!

Aksi ni berlaku pagi tadi. Dua-dua berpampers saja. Adik dah mandi, abang belum lagi. Ibu baru lepas suapkan depa nasi, tu yang saja bogelkan dulu. Siap operasi bersih tu, ibu bau masam. Adik 'yak-yak' rupanya. Sambil operasi pun adik buat projek lain ekk....

3 comments:

TieqA ROdZuAN said...

wah....dah besar da abang n adik. =) windu la. raya nnti leh jumpe dierong x?

Softtouch [Hanim] said...

oooo dah bsar dah kembar tu..cute je mngemas...tgh mlasak skrg dornag nikan cik kiyah..

Anonymous said...

Tieqa: insyaAllah hari raya baru bertolak balik melaka, abg halim kerja sampai pg raya...



Hanim: dah besau dah.... 19/7 hari tu dah setahun

Related Posts with Thumbnails