Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, August 5, 2011

Resepi Mee Siam version Che Kiyah

Memandangkan ada yang dah hampir pecah kepala menghantukkan kepala
masing-masing ke dinding sebab nakkan resepi mee siam ni,
nah, ibu perturunkannya kepada kalian yang dah kecur air liur tu.
Tapi resepi ni adalah version ibu.
Ibu ni nak kata terror bebenau memasak tu idak le,
tapi alhamdulillah selama dok memasak dari time zaman camping sampai sekarang ni,
masih sedap dah habis licin dimakan.
Boleh kira terror tak tu?
hahahahahha

Sekali lagi di ulang, resepi ini adalah versi che kiyah setelah di edit-edit dengan
resepi yang di gogel.

Ada 2 bahagian, satu kuah dan satu lagi mee nya.
Hidangan untuk 3-4 orang makan.

Resepi Kuah:

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering @ 4 sudu besar cili boh - nak pedas, tambah lagi
Segenggam udang kering - rendam (lagi banyak lagi sedap)
8 sudu besar taucu - basuh sebab terlalu masin dan picit kasi hancur sikit
Segenggam Kacang tanah
(lebih pun ok..kuah lebih sedap tapi jangan over banyak dah kang jadi kuah kacang pulak)
Air asam
Gula dan garam jika perlu sebab taucu dah masin ok!


Cara-caranya:

Bawang besar, bawang putih, cili di blender.
Kemudian tumis hingga naik minyak yakni cili masak.
Tapi ibu blend bawang dan cili serentak dengan kacang tanah.
Pastu tumis sekali dalam minyak yang agak-agakla dengan bahan - 6 sudu besar ok kot.
Kalau yang blend kacang asing tu, lepas bahan tumis naik minyak, masukkan kacang tanah yang di blend.
Lepas tu masukkan air asam, taucu dan gula. Tambah air jika terlalu pekat.
Rasa dulu ok baru tambah garam sebab taucu adalah tersangat masin.
Sila basuh taucu untuk elakkan masin yang berlebihan.
Rasa kuah perlu masam dan manis.
Adjust le air asam tu ekk
Untuk dapatkan masam yang ibu suka, ibu tambah
pati ais limau nipis yang dah siap dalam botol tu disamping air asam jawa juga.
Masak kasik mendidih, rasa kena dengan selera, siap la kuahnya!

Resepi mee;
Sebungkus bihun di rendam.

Bahan menumis bihun;

Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam udang kering
cili kering @ cili boh (ikut tahap ketahan pedas masing-masing)
10 ekor udang saiz besar di kopek kulit
Taugeh dan kucai (jika suka)

Cara-cara;
Blender bawang besar, bawang putih, cili dan udang kering kemudian tumiskan.
Bila cili dah masak, masukkan udang diikuti dengan bihun.
Kacau bagi sebati kemudian masukkan taugeh dan kucai.
Masak hingga bihun masak.

Cara makan:
Masukkan bihun yang siap digoreng dalam pinggan.
Masukkan kuah.

Aksesori tambahan:
telur rebus, limau kasturi, tauhu goreng dipotong halus, kucai.

Pada ibu, hidangan ini sihat sebab kurang minyak dan tidak menggunakan santan.
Pada yang nak diet, boleh la cuba.
Satu lagi, kulit udang yang dikopek jangan buang. Basuh dan rebus.
Ambik air rebusan tu masukkan dalam kuah.

Ibu memasak ni menggunakan instict. Ibu memang tak pandai nak bagi resepi
berapa sudu, berapa biji, berapa liter..sangat tak pandai.
Selama ibu masak ni memang ibu agak-agak mengikut perasaan ibu.
Jiwa dan menjiwai gitew... :p


Ok. Selamat mencuba.

1 comment:

Nurul said...

Same dgn cara mak saya masak mee siam :-)

Related Posts with Thumbnails