Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, August 3, 2011

UPDATED : Ya Allah, panjangkanlah umurnya!

UPDATE TERKINI:

Info Terkini dari sahabat yg melawat:
"ALHAMDULILLAH tn guru semakin pulih.Petang tadi (rabu) selepas pulang mesyuarat kat kl saya singgah ziarah tn guru.Kebetulan x ada orang, hanya kak jah aje.Tn guru bercerita doktor berulang kali periksa penyakitnya tapi tidak menemui punca ...semua ok.Akhirnya mrk cakap tn guru over stress.Tidak ada sebarang urat jantung yg tersumbat...cuma tn guru ada bercerita tentang mimpinya malam sebelum tu, mgkin itu petanda ttg penyakit sebenarnya.Mimpi tu amat menarik (ala ninja dgn samurainya). Biarlah tn guru ceritanya sendiri nanti..:)....tanyalah masa kuliah dia nanti. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah tn guru semakin sembuh...


Adik Zahir, jangan lupa kisah mimpi ustaz yang seterusnya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu pernah mendengar satu cerita tentang seseorang ini.
Siapa yang menyampaikan cerita itu ibu sudah lupa.
Katanya, semasa di Mekah ada seorang lelaki Arab hairan melihat seorang lelaki melayu ni
menjadi tumpuan ramai orang.
Kemana lelaki ini berjalan, pasti ramai yang datang berjumpa, berkerumum dan bersalaman dengan lelaki ini.

Lelaki arab ini menjadi hairan dan pelik sendiri.
Adakah lelaki itu ketua mana-mana negara atau orang besar-besar.
Tapi dari gayanya, lelaki itu hanya orang biasa.
Lalu lelaki Arab ini bertanya kepada seorang yang bersalaman dengan lelaki melayu tadi

"Siapa orang tu? Nampak seperti semua orang mengenalinya".

Lalu jawab orang yang disoal tadi..
"Jika kamu ke Malaysia, turun kapal terbang, jika bertanya atau sebut nama Ust Haron Din, pasti semua orang mengenalinya.
Hatta jika ditanya pada burung sekalipun dan jika burung itu boleh bercakap, dia pun mengenali lelaki itu."

Moral cerita - betapa lelaki itu sangat terkenal di Malaysia. Susunan ayat mungkin berbeza tapi itu lah maksud yang hendak disampaikan.

Ibu bukan saudara terdekatnya, sekadar saudara seislam.
Tapi namanya memang selalu bergema di rumah ibu di kampung.
Abang, adik, pakcik dan sepupu telah menjadi anak muridnya secara langsung.
Semuanya sudah menjadi perawat Darul Syifa.
Ibu pun tumpang tuah, Pusat Rawatan Darul Syifa selalu menjadi 'hotel percuma' keluarga jika
tiada tempat bermalam semasa di Kuala Lumpur

Dikhabarkan ketika ini beliau berada di CCU, IJN.
Marilah sama-sama kita doakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada beliau.
Islam masih memerlukan insan sepertinya.
Dengan berkat doa kita yang berpuasa ini,
moga Allah menyembuhkannya..insyaAllah!

No comments:

Related Posts with Thumbnails