Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, September 22, 2011

Marhaban dan ziarah raya

Ibu tengah 'nebes' ni. Malam ni marhaban dan ziarah kat lorong rumah ibu. Tahun lepas lorong rumah ibu giliran nombor 1, tahun ni giliran last sekali. Mesti ramai datang sebab malam last ada makan-makan. Khemah dah siap pasang. Nebes! Nebes!

Bila ada ziarah maka rumah perlu kemas dan suci bersihkan? Mujur ayah cuti hari ni. Segunung baju ayah dah lipat tanpa perlu ibu suruh. Itu yang ibu nak hehehe...
Rumah memang dah siap sapu dan mop sejak adik selsema. Makesure tak berabuk. Balik kerja tadi, kemas meja makan, top up kuih raya dan bancuh air tambahan walaupun air kotak ibu dah sediakan. Takut tak cukup. Nebes! Nebes!



Ni ha curtain sponsor nenek. Tali sangkut tu main sangkut kat grill hahaha belasah! Ibu panggil curtain mak datin sebab ada ropol-ropol. Kalau taste ibu hehe simple, jahit tegak, sudah! Habis cun dah tu...

Ok! Sambung nebes balik. Adik dah bobok. Abang dok main-main tepi ibu. Kakak dan ayah dah pi berkumpul depan rumah ketua lorong.

Ibu nak tunggu depan gate! Kang orang tak masuk kalau tuan rumah tak jemput. Nebes! Nebes!

3 comments:

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

hahaha..jgn lupa duit singgit2 utk budak2 yg datang marhaban..selamat hari raya che kiyah...

azieazah said...

Bestnya ada acara budaya macam tu. Meriahhh!

Zakiyah Zainon said...

Kak ina : mmg x ckp duit singgit hehe kesian yg last2, dah out of stock lansung

Kak AA : budaya kat johor mmg mcm gitu, time marhaban ni mmg meriah, masuklah rumah mn pun x pa, kenai ka x kenai ka...

Related Posts with Thumbnails