Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, September 17, 2011

Rumah Separuh Terbuka

Hari ni ibu buat rumah-separuh-terbuka hehehe

Kat Johor ni terutamanya neighbourhood ibu ni, ibu perasan kalau ada yang buat open house mesti besar-besaran. Siap pasang khemah. Jiran ibu kata memang macam tu style kat sini.

Kalau orang Kedah, bila datang musim raya, setiap hari rumah adalah sentiasa terbuka. Datanglah bila-bila masa pun, pasti dijamu dengan apa yang ada. Kalau mak, paling takdak apa, mesti dijamu dengan nasi berlauk walaupun sekadar ikan pekasam, ulam-ulaman, sambal belacan dan sayur air.

Ibu belum bersedia nak buat rumah terbuka. Ibu buat separuh-terbuka. Siap masak baru sms kawan-kawan dan jiran-jiran yang rapat. Tak berani nak war-warkan awal-awal takut tak sempat nak siapkan masakan sebab Ibu memang se'pesen' dengan mak - suka hidangkan tetamu dengan masakan sendiri.

Dalam kalut, hari ni ibu masak laksa-kuah laksam, rendang kerang dan nasi himpit. Diserikan dengan kuih raya yang baru dibuka.

Terima kasih pada yang sudi datang. Harap tak serik datang lagi walau ada yang terkurang.

3 comments:

mala said...

assalamualaikum & selamat hari raya - kat sini pun mcm tu jgk. semuanya siap khemah, buffet ala hotel lagi. siap ada door gift lagi. hehehe semua nya bertaraf Doktor & Datuk - Datin... hehehe kita tak bukak2 house pun. sapa-sapa nak mai ... makan lah apa yang ada.

azieazah said...

Wahhh ada Rendang Kerang dgn Nasi
Impit tu pun dah kira hebat dah tuuu...

nanne_manja said...

hasben i siap tanya, apasal tak tapaukan untuk dia..hehehehe..tak kuasa nak layan :P

Related Posts with Thumbnails