Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, September 7, 2011

Tart gulung terbaek!

Masih dalam mood raya lagi nampaknya. Pada yang tertunggu kisah raya ibu, baju raya, kembar beraya atau seangkatannya, tunggu ekk...

Kali ni ibu nak story pasal kuih raya favourite ibu ni, tart gulung! Ehhh..ayah pun 'hantu' tart gulung. Dan tart gulung terbaek pada ibu adalah tart gulung buatan maklang ibu ni. Setakat la ibu tak pernah jumpa lagi tart gulung sesedap buatan maklang. Ibu pernah beli tart gulung buatan orang lain, tapi buatan maklang ibu ni tetap di hati. Dah sedari azali dibesarkan dengan tart buatannya, apa nak kata lagi..iya dak?

Masa ibu tinggal di Kedah, tiap-tiap kali raya mesti order tart gulung maklang ni. Tidak terkecuali tahun ni walaupun ibu jauh di selatan. Bang ngah, sepupu ibu yang kembar, balik beraya. Call maklang order dah suruh kirim kat bang ngah. Isnin malam lepas, ibu pi beraya ke rumah dia di JB, dapatlah tart gulung ibu ni.



Ibu order 100 biji. Sekotak tu ada 50 biji. Dah maju nampaknya, siap ada kad ditampal kat atas kotak tu. Siap muka lang sekali ada kat kad tu.



Sapa nak order, sila la. Maklang ibu ni memang pakar buat tart gulung. Dia hanya buat tart sahaja, kuih lagi dia tak buat ok. Sekali raya, mau 5000 biji jugak tart gulung yang dia buat.

Apa best tart gulung ni? Sangat lembut dan halus teksturnya tapi bila dipegang tak berderai, tapi bila masuk dalam mulut terasa tepungnya cair.....errmmmmm dan paling penting, intinya banyak!

4 comments:

Ms.Lilies said...

ohhhh aku pun dah ada tmpt nk order secara tetap.....inti tebal, tak manis sgt tak tawar....sodap....

sama plak peveret kita ye c.kiah hihi

Softtouch [Hanim] said...

byk2 kuih raya sy paling suka tart gulung.brp tu cik kiyah?

selamat hari raya maaf zahir batin yer...

Si Kandil Hijau said...

maju dah nmpk gaya tart lang ni.Dah berdaftar tu.
Belilah barang2 buatan org Islam.

Zakiyah Zainon said...

Mimi : klu dah sedap tu tempat tu jugak yang kita tuju walaupun jauh.

Hanim : hehe tak bayaq lagi. Harga anak beranak lain sikit dari harga pasaran. Rasanya dlm 22 kot

Adik : dah maju! Adik shuhada bahagian kuey raya moden!

Related Posts with Thumbnails