Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, October 13, 2011

Bukti buat kerja!

Ibu berkhidmat di kolej komuniti (kk) sejak 2002 sebagai GSTT. Tahun 2005 ibu dilantik ke jawatan tetap DG. Tahun 2008, skim DH untuk pensyarah kk dan dipindah dibawah kementerian pengajian tinggi.

Julai 2008 ibu berpindah ke kolej baru. Kerja rencam! Mengajar saja pernah, pegawai pengambilan pernah dan kini pegawai perhubungan dan latihan industri. Bayangkan, dalam sibuk mengajar, tugas mengurus tetap dipikul.

Julai 2010 ibu menerima tugas pegawai LI. Mula kerja biasa. Kini kk mula berkembang dengan program smk dan kebolehpasaran graduan.

Seminggu balik lewat siapkan bukti ibu buat kerja. Cakap mulut tak aci ok. Ini hasilnya dan ibu divalidasi hari ni.



Panel tanya itu ini.
Ibu tunjukkan kerja yang ibu buat.
Oh! Itu tak boleh! Tu memang kerja awak sebagai pegawai li! Tugas lain yang awak buat selain itu.

Ibu bagi lagi.

Tak boleh, itu awak dijemput. Lain-lain taklimat/tugas yang selain tugas sebagai pegawai li?

Ha?? Oklah.. Next time, surat lantikan ibu pegawai li, ibu buat kerja pengarah la..terus naik 52!!!

Deyyy....macam ni punya skrip validasi pun ada ka???

Pasrah! Ada rezeki adala, kalau semua kerja ibu buat selama ni tak dikira sebagai kerja...i makan gaji buta la ekkk.....

7 comments:

nanne_manja said...

huhuhhu..diaorang nak u sengsara kejap aja..ntah-ntah u insan terpilih utk naik 44..aminnnnn

Zakiyah Zainon said...

Aminn...
Tp sistem kita ni ada sikit pelik, validasi tugas sbgai peg yg dilantik @ nak validasi tugas org yg kita buat! Toinggg

Rizziela said...

saya teringin nak mengajar..tapi x ada peluang

azieazah said...

Aduhhh boleh sakit jiwa camni. Seksa gak tu

Zakiyah Zainon said...

Rizziela: didik anak2 tu sama sj hehe

Kak AA: tu la kak, pening saya. Kita ni sibukla siapkan dokumen teras utama kerja kita tp dia tanya kerja2 yg bukan bidang tugas kita..

k.liza said...

Salam adik ku che kiah... maybe apa yg mereka cuba nilai adalah dlm term of quantity of work.. yg maksudnya-Kebekesanan pekerja melakukan tugas-tugas asas dan keupayaan menyempurnakan tugas-tugas lain atau sampingan dengan sempurna. nie lebih kpd kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi .
Then quality work means-Pekerja menjalankan tugas dengan penuh efektif dan tepat mengikut tahap dan mutu yang telah ditetapkan tanpa sebarang aduan atau komplen dari mana-mana pihak. So 2-2 nie berbeza kan.... akak just share my knowledge dlm pnilaian prestasi, one of HR work... so maybe ada yg harus difikir utk kmajuan akan dtang..tgk2 apa sumbangan luar bidang tugas yg dinilai..then tackle laa bab tu tanpa tinggal tugas asas kita.. just think positive..akak doakan adik bjaya..:)

Zakiyah Zainon said...

Kak liza, tugas sampingan dan sumbangan tu mmg ada. Masalah penilaian teras utama ada bidang tugas, tp bila kita bgtau bidang tugas dan apa yg kita buat, dia kata itu tak diterima padahal tengah menilai tugas utama ni, tu yg pening. Tapi org tau depa provoke saja sbb mmber lepas tu dia tanya pula, awat x buat tugas yg mcm org buat..
Org yg validasi tu tak faham cara kerja kolej komunitu yang kena serba boleh buat hehehe depa geng politeknik yang mmg sepenuhnya kerja untuk institusi sedangkan kolej komuniti bertugas untuk komuniti, x cerita lagi tugas utk politik hehe

Related Posts with Thumbnails