Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 28, 2011

Abang dan Adik

Abang dan adik sudah 1 tahun 4 bulan. Sekejapkan masa berlalu. Saban hari ibu pejam mata harungi saja masalah yang datang dalam membesarkan kakak dan kembar. Setelah berusaha mengatur perjalanan hidup agar terurus, ibu berserah dan redha saja akan ketentuan Allah yang akan berlaku selepas itu.

Ibu jauh dari saudara-mara. Memang betul-betul hidup berdikari, berdiri di atas kaki sendiri dalam membesarkan anak-anak. Bertuahlah pada sesiapa yang dekat dengan ibubapa dan adik beradik, banyak tangan yang boleh membantu meringankan beban.



Abang yang makin bijak. Sudah pandai mengikut ibu mengalunkan zikir walaupun hanya bunyi aaaa..aaaa...sambil menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan. Kalau nak tidur, mesti kena ada alunan zikir sambil berguling-guling di atas perut ibu. Dah pandai peluk bantal dan tutup muka bila dah lena hehehe...



Adik masih lagi seperti adik. Manja yang terlebih sikit dan nak menang saja. Dah pandai mengusik abang. Adik masih tidur dalam buai tapi tidak sekerap dulu. Kalau lambat sangat nak lena dan ibu dalam keadaan banyak kerja, masuk je dalam buai. Sekejap saja, lena lah dia.

Doakan moga ibu terus kuat dan sihat untuk menjaga dan mendidik anak-anak ibu ni. Memang jadi ibu zaman sekarang perlu kentalkan?

3 comments:

Rizziela said...

sama macam twin saya gak..si adik agak manja berbanding abang yg agak berdikari buat masa ni

Si Kandil Hijau said...

bila la nak buleh jumpa bebudak ni haa...

ibu Fazhan's said...

Twins ina plak 1 thn 3 bln... sama mcm twins k.keyah..si abg cool dan survive tp si adik manja n asik nk menang...lg 1 twins sy ni kuat gaduh la...si abg dh berlari ke sana kesini, si adik sampai skrg merangkak je.. tp sbnrnya srnk besarkan kembar...walaupun perlu bnyk sabar

Related Posts with Thumbnails