Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, November 30, 2011

Lain Padang Lain Belalang?

Ibu orang utara, bertemu jodoh dengan orang Singapura. Bagaimana bertemu? Errmm...nantilah ibu cerita ekkk

Berbalik pada topik. U all paham kan tajuk entry ibu kali ni? Bila mendapat pasangan yang berlainan negeri, ada banyak juga perbezaan dari segi budaya dan bahasa walaupun masih serumpun adanya.

Kalau adat tu, kami masih boleh cover-cover lagi kalau tak tahu. Tapi kalau bab bahasa, hehehe loghat negeri memang jadi masalah. Tapi ibu masih ok rasanya, yang banyak hadapi masalah adalah ayah. Dia memang kurang faham loghat kedah apatah lagi dia memang selalu berbahasa Inggeris dengan kawan-kawannya.

Satu kisah lucu semasa kami berPJJ satu masa dulu. Seperti kebiasaan, lebih kurang 2-3 bulan sekali, ayah akan turun ke Kedah melepas rindu..eceh!

Ayah memulakan cerita pada ibu. Perbualan kami lebih kurang macam ni la...

Ayah : Tadikan masa abang jumpa dengan abah, abah tanya. Mula abang tak faham..

Ibu : Abah tanya apa?

Ayah : Bila balik?

Ibu ketawa...

Ayah : Itulah..abang terdiam. Dok kata kat dalam hati, aku baru sampai abah dah tanya bila nak balik.

Ibu terus ketawa.

Ibu : Abang jawab apa? Faham tak maknanya?

Ayah : Itula...Abah tengok abang blur kot dia pun tukar soalan - Bila sampai?

Sejak itu ayah dah dapat satu ilmu baru hehehe Memang ada perbezaan makna dan penggunaan perkataan mengikut tempat.

Kisah kedua berlaku semasa ibu dalam van pulang dari kursus bersama kawan-kawan. Entah macam mana terkeluar topik bahasa dan loghat.

Ibu : korang kalau sebut perkataan bangsat, makna apa?

Kawan A: Makna tak elok la..

Ibu : tak elok kan? Contoh kalau marah orang - macam bangsat! Tapi kalau loghat kedah ada makna lain.

Kawan B: ya ka? Makna apa?

Ibu: lebih kurang macam orang merantau. Contohnya, dia tu pi membangsat dulu kat sana...ikut ayat la..Dia tu orang bangsat kat sini maksudnya dia tu orang luar yang merantau kat sini...

Kawan A, B, C : uiikkkk....keras tu!!!

Lain padang lain belalang. Kata orang, kalau orang kedah bercakap dengan orang sarawak jangan sesekali cakap "boleh pinjam gerek hang?". Boleh kena penumbuk katanya sebab gerek tu bermakna awek atau kekasih. Betul ke? Tapi kalau kat Singapore, depa selalu sebut 'gerek seehhh'. Lain pulak maknanya kan..hehehe

Itu hanya sedikit contoh yang ibu berikan. Jadi bila kita berkawan, bergaul dengan orang yang lain loghat bahasanya, jangan cepat tersentap atau berfikiran negetif bila sesuatu yang dituturkan orang lain agak kasar pada kita pada fahaman kita. Mungkin dia tidak bermaksud begitu kerana mengikut loghatnya, perkataan itu biasa-biasa sahaja.

Yang penting, jangan terus melenting. Saling belajar untuk faham loghat orang lain. Sentiasa berfikiran positif dan jangan sensetif tak kena tempat hehehe kata 1Malaysia...iya dak?

4 comments:

ibu Fazhan's said...

A'ah betul... kalau dari segi nama masakan pun sama..mcm ina hb org selangor, dia suh msk gulai..ina msklah gulai..bila siap dia ckp ni bkn gulai ni kari..kalo gulai kuahnya warna kuning... hb nk mkn msk asam.. ina msk bila dh msk dia ckp ni msk taucu kot ni..msk asam dia tu rupanya bg kita org utara ni asam pedas.. mcm2 lah..tp tu msa ru nikah, skrg da ok dh...dh x tersalah menu dh..hehehehe

wiznie said...

dialog yg atas td pun pernah terjadi jugak pd aku. wlpun dua2 org pantai timur..hubby org phg. soalan bila balik? tu la..hahaha gelak besar aku bila hubby citer..

Cik Olive said...

heheh btoi2...kt opis aku nie word SEGAN..aku slalu 'ckp segan la nak tutup pintu tu nnti depa bukak balik' maka org key ell nie kata 'kenapa nak malu pulak...pegi tutup je..' maka disitu baru daku tahu segan org key ell merujuk kepada MALU while segan org kedah merujuk kepada MALAS

Zakiyah Zainon said...

hehehe..itu la kan...banyak sebenarnya
bila dah banyak berkawan ni, mmg2 loghat kita kena paham..

Related Posts with Thumbnails