Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, November 14, 2011

Polit-AIK dan polit-IKUS.


1. Kalau ibu yang berumur 30-an ini bertindak mengikut amarah dan rasa, ibu tak pelik jika orang-orang yang lebih dewasa mengatakan ibu tidak matang.
Tapi jika seorang yang sudah lebih separuh abad bertindak mengikut rasa, salahkan jika orang yang muda ini mengatakan orang itu tidak matang?

2. Kalau ibu yang baru 10 tahun mengenal dunia kerja bertindak menjatuhkan hukuman kepada pegawai bawahan ibu tanpa memberi hak kepadanya membela diri, memberi penjelasan dan menerima saja dakwaan pihak lain -ibu dikatakan bertindak mengikut perasaan dan tidak profesional, ibu terima kerana ibu memang mengikut darah muda.
Tapi jika seorang yang sudah berpuluh tahun berkerja dan berpengalaman, terus menjatuhkan hukuman tanpa OKT (orang kena tuduh) diberi peluang membela diri, salahkan jika orang muda ini mengatakan orang itu kurang atau tidak profesional?

3. Bersikap dewasa bukan terletak pada angka UMUR. Itu pandangan ibu. Cara dan tindakan penyelesaian terhadap sesuatu masalah itu akan melihatkan kematangan, menetukan kedewasaan.

4. Tahniah pada yang berjaya menghalang orang lain mendapat ilmu. Ibu pasti, anda membaca tulisan ini. Kisah anda saya simpan. Kerana kisah itu adalah kesalahan dan kelakuan buruk anda sendiri. Ingat pesanan ini :

Kita berani kerana kebenaran bersama kita, maka jika mereka menjaja pembohongan dan pengkhianatan, itu membuktikan bahawa mereka sedang TAKUT.

5. Teruskan menipu dan membuat cerita. Tipulah untuk kali pertama, kerana anda perlu menipu untuk kali kedua untuk menutup penipuan pertama, dan anda perlu menipu untuk menutup penipuan-penipuan yang sebelumnya.

6. Gunalah kuasa SEMENTARA yang Allah bagi itu untuk menjahanamkan orang lain. Gunalah kuasa dan pangkat yang Allah PINJAMKAN itu dengan sepenuhnya sementara masih ada peluang, sementara Allah masih sayang memberikan anda dengan ujian kesenangan dan kemewahan.

7. Ibu tahu dan yakin, ada tangan dan kuasa gelap yang sedang berusaha memulihkan kisahnya yang telah terbongkar. Ingat, bila anda menunding jari menyalahkan orang lain, 4 jari lagi menunding kepada diri anda sendiri. Semakin anda marah dan mengamuk kepada orang lain, semakin terserlah kekurangan dan kelemahan sendiri.

8. Semua pasti akan mengikut arahan anda kerana anda seorang ketua dan berpangkat, tapi bukan kerana orang menghormati anda.

Sekian, luahan rasa seorang polit-IKUS muda (barangkali mengikut rasa).

18 comments:

Anonymous said...

kiah, awak ada bela hantu raya ke? Boleh jadi informernya? macam konfem je tuduh orang.. macam dah point seseorang je. Banyak pahala orang tu... bagus2x teruskan usaha...

Zakiyah Zainon said...
This comment has been removed by the author.
Zakiyah Zainon said...

anon: saya mengatakan secara terbuka dan tidak menujukan kepada sesiapa. Jika ada yang terasa, mungkin kita sebahagian hantu raya itu. saya tak minta disokong kerana saya menulis atau bercakap atas apa yang saya yakini...

Anonymous said...

Herm..friends,kdg2 kita fikir n nampak org lain yg sdg diuji..tp kdg2 adakah kita pikir mungkinkah Allah SWT sdg menguji kita...Khilaf org jgn disingkapkan sgt coz selalunya khilaf kita sendiri yg kerap tersingkap..Baliklah kepada pegangan kita..hanya Allah SWT yg tahu segalanya w.pun sebesar zarah kuman di hati.

Zakiyah Zainon said...

anon: saya tahu saya diuji. Terima kasih atas pesanan.

Yup, saya sangat bersetuju. Khilaf orang jangan kita bukakan, kerana kesilapan sendiri akan lebih terserlah kelak, apatah lagi jika kita adalah orang atasan.

Selalulah memberi teguran jika kita nampak ada kesilapan, tapi jangan pulak melenting dan emosi bila kesilapan kita ditegur orang.

Waallahualam

Anonymous said...

bagus-bagus aku suka....teruskan perjuanganmu..

trapperjam said...

Well said c.k.

merubesttau said...

dasat ahhh che kaih londeh ni..

Anonymous said...

apa maksud tu merubesttau..? kain sapa yg dok dilondehkan tu...kisah org melayu ni..besa le tu...org agama lain dok gelak je..tengok melayu makan melayu...teruskan usaha..aku suka..

Zakiyah Zainon said...

Hahaha...asyik nak melondeh!
Typo tu... Kaih = kiah.. Kiah londeh adalah watak dalam sebuah novel shahnon ahmad..
Botak, aku masih seperti dulu!

Taman Rashidah Utama said...

Selagi ada waktu...
selagi ada rindu...
biar beribu batu...
ingin aku bertemu..
(selingan jap)

Taman Rashidah Utama said...

Alamak....selingan salah blog la. I nak selingan kat blog AWIE WINGS...

Zakiyah Zainon said...

X pe, silakan TRU...

Anonymous said...

Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Anonymous said...

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

Anonymous said...

aku ingat org ni mcm kene kejutan tau..tk penah pegang kuasa..kesian..dulu tk dpt semua,skrg ni semua dpt..pd hal benda yg dibuat tu salah..jgn lh nk menegak kn benang yg basah..jd lah jaguh utk benda yg benar..ini blm ape2 dh melatah..kelakar siot..mcm budak2 kecik..kiah kredit 10 utk entri hang..:)..peace no war..

tzar said...

manusia..manusia..selagi bernama manusia, gitu ajalah perangainya..

pasakbumibimasakti said...

sekuat mane kita pasti ada yg lebih KUAT, sehebat mane kita pasti ada yg lebih HEBAT,sebesar mane kuasa kita pasti ada yg lebih berKUASA
-RABBULALAMIN-

Related Posts with Thumbnails