Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, November 25, 2011

Tumpang tuah

Satu sifat ibu yang memang sangat ibu pasti - ibu tidak suka menumpang kelebihan orang lain, menggunakan pangkat atau kedudukan orang lain untuk menaikkan diri sendiri. Ibu sangat pasti yang ibu tak suka akan hal itu.

Dari zaman sekolah, uni dan sudah bekerja, sifat itu masih ada pada ibu. Ibu kadang-kadang kagum dengan kawan-kawan yang kamceng dengan pensyarah sampai boleh duduk di kerusi dan menggunakan pc pensyarah. Ibu pulak, kalau boleh lari, nak saja mengelak dari jumpa mereka di luar kelas. Kalau hantar assignmet, mesti time petang bila pensyarah dah balik hehehe

Hinggalah zaman bekerja, ibu masih sama. Ibu tidak suka sikap membodek bos walaupun ibu pernah dituduh mengadu hal pada bos. Padahal, itulah perkara yang paling ibu tidak suka buat. Ibu hanya melaporkan urusan dan hal yang berkaitan kerja. Kalau bersembang pun, cuma sembang kosong yang tidak memberikan keuntungan pada ibu pun.

Ibu memang orang biasa-biasa. Orang kampung yang tiada harta. Tapi ibu bersyukur kerana ibu ditemukan dengan kawan-kawan yang dari keluarga berpangkat dan berada. Kadang-kadang, ibu segan sendiri takut yang kata ibu menumpang kemewahan sebab mereka memang sangat tidak berkira dengan wang ringgit.

Sekadar berkongsi, ibu pernah sebilik kepada cucu seseorang yang berpangkat Tun yang sangat terkenal di Parlimen Malaysia. Ibu memang cuak bila suatu masa ketika ibu ke kl, x-roommate ibu menjemput untuk makan malam di rumahnya di Bukit Tunku. Terfikir, macamana ibu nak gaya laku ni. Rupanya, hidup mereka sangat sederhana, makan dengan tangan, hidangan lauk pauk pun sama, sangat merendah diri bila berbicara.

Ada juga kawan-kawan lain yang ibubapanya berpangkat dato dan berkepentingan dalam negara tapi kehidupan mereka memang sederhana dan merendah diri. Hinggakan ibu yang serba kekurangan ni tidak pernah berasa tersisih bila berada di kalangan mereka. Dan yang penting ibu tak pernah menggunakan kelebihan itu dengan menjaja nama-nama mereka yang berpangkat itu walaupun hubungan yang ada boleh dikatakan lebih kekeluargaan.

Kadang-kadang ibu pelik sendiri, kenapa kita yang biasa-biasa ni suka sangat mendabik dada bercerita itu dan ini kehidupan orang kaya. Padahal orang-orang yang kaya, berpangkat dan berharta sangat merendah diri dan malu untuk mencanang kelebihan yang dimiliki mereka.

Memang ramai orang yang suka menjaja-jaja nama-nama dato atau orang yang berkepentingan, baik dengan dato itu, kenal dengan dato ini untuk meletakkan diri masing-masing lebih tinggi dari orang lain. Lawak pun ada bila ada nama orang yang disebut itu adalah orang yang ibu kenal sekian lama. Pernah makan semeja, tidur serumah bersembang gelak ketawa anak beranak. Tapi ibu diamkan, biarlah..kita dengar saja cerita dan sembang itu kerana orang itu juga mungkin kenalannya.

Ibu nak ibu dikenal bukan kerana ibu kenal 'mereka-mereka', tapi biarlah ibu dikenal melalui performance dalam kerja. Dan bila berjumpa -"laaaaa.....che kiyah ka? Uncle/Untie ingatkan sapa tadi!". Biar mereka yang suka mencanang kenal orang itu dan ini tercengang dan tahu yang ibu tidak suka menumpang..

Saya hanya orang-orang biasa....

12 comments:

Acik Erna said...

assalam chekiyah..
alhamdulillah..begitulah sepatutnya sifat kita kan..alhamdulilah chekiya mempunyai sifat2 terpuji begitu..

Zakiyah Zainon said...

Waalaikumussalam...
Biasa-biasa saja acik..sebagai manusia kita tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Mana yang boleh diperbaiki, kita baiki, insyaAllah

azieazah said...

Memang ramai orang terkenal dan berpangkat Dato’ ni yang sangat merendah diri.

Malah tak segan pula terus berkawan dgn kita yang biasa-biasa.

Kita terasa berbesar hati, kan?

Zakiyah Zainon said...

Btul tu kak, sgt besar hati dgn layanan depa. Tapi saya mmg segan, tkt dikatakan nak tumpang nama dan glemer

Anonymous said...

Just to share...Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

trapperjam said...

pengampu angkat bodek camtu c.k :)

Anonymous said...

nk berlagak tp tk sedar tgh memperbodohkn diri sendr..aku soköng ngn cara hang kiah..

Anonymous said...

kiah bile hang tulis ttg rasuah ke..mkn suap ke..atau ape2 yg berkenaan..aku suke nk ikut perkembgn hang..same2 kite berkongsi..saudara mu..peace no war..

Anonymous said...

udah udah sahabat2ku..dunia ni pentas lakonan ja...ingat mungkar nangkir dok mencatat tu..jom cari keredhaan yang SATU..toksah dok pening dgn kerenah manusia yg x habis2 dok rasa depa lebih HEBAT dr Allah SWT.

Zakiyah Zainon said...

Saya menulis sbg ingatan kepada diri saya dan sesiapa yg sudi diingati.. Niat saya Allah tahu. Btw, mungkar dan nangkir malaikat yang menyoal di dalam kubur. Raqib dan atib yang mencatat amalan...

Anonymous said...

Alhamdulillah..ada ilmunya..syukur..teruskan usaha..hidup Kiah..

Chekiyah said...

Anak sy yg umur 4thn yg ajar saya..alhamdulillah

Related Posts with Thumbnails