Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, December 29, 2011

All is Well


Sesiapa yang menonton TV3 malam tadi mesti tahu - All is Well. Filem hindi 3idiots yang penuh kelainan dan kritis sebenarnya.

Sebagai ibu bapa, selama ini istilah anak-anak berjaya adalah - menjadi doktor atau engineer. Kita bermati-matian menghafal istilah itu dan ini hanya semata-mata hendak mendapat pekerjaan yang bagus-bagus dan kemudian dikatakan - telah berjaya!

Sebagai pendidik, kita juga perlu mengkaji sistem yang sedia ada. Adakah dengan menghasilkan ramai doktor dan engineer, maka institusi itu boleh dilabelkan - berjaya dan terkemuka!

Walaupun filem sinis ini dihiasi dengan aksi-aksi lucu, romantik, nakal mempermain pensyarah dan lain-lain, namun simbolik cerita ini perlu di gali, bak kat Kak Ogy!

Nak memetik kata-kata Ranchordas Chanchad yang dilakonkan oleh Amir Khan -

Hati kita ni sebenarnya pengecut!
Kita kena takutkannya selalu supaya jadi berani!

Pada yang menonton malam tadi, jangan lupa saksikan sambungan filem ini malam nanti di TV3 jam 10 malam ;)

p/s:
hati malam tadi berbelah bagi, mana satu idaman kalbu!?
TV2, filem tamil robot Rajinikanth.
TV3, filem hindi Amir Khan.

1 comment:

intan5 said...

haa suka muvi ni. mmg the best!
boleh jadi pembakar semngat utk teruskan usaha nak berjaya.

btw first time singgah cni. tgk tajuk2 post pun cm best. nak explore ye!

Related Posts with Thumbnails