Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, December 5, 2011

Kedekut ilmu?

Satu hari ibu menjemput anak-anak dari rumah mama seperti biasa. Mama bagitau yang petang itu dia menjamu anak-anak ibu dengan chicken chop. Wowweee..kecik-kecik dah makan chicken chop ek anak-anak ibu ni. Ibu ni rasanya dah kerja baru merasa makan chicken chop hehe maklumla..orang kampung!

Mama bercerita tentang chicken chop yang telah dibeli dari jirannya yang baru memceburi jualan pasar malam. Sedap kata mama.

Mama bertanya pada ibu samada ibu tahu atau tak resepi chicken chop. Oh! Sangat mudah itu. Terus ibu berkongsi resepi yang ibu pelajari semasa di kolej lama dulu dengan mama. Mama kata sosnya yang sedap. Hehehe rupanya mama tidak tahu yang serbuk sos itu ada dijual. Ibu terangkan padanya cara-cara untuk membuat black papper sauce tu, tercengang dia melihat penerangan ibu yang ala-ala chef hahaha padahal ibu pernah buat sekali saja.

Mama bagitau ibu yang mama ada bertanya resepi chicken chop dari jirannya yang berniaga itu tapi jirannya enggan berkongsi. Mama meluahkan rasa terkejutnya tentang sikap jirannya itu hehehe takkan takut persaingan kot kata mama. Nak buat makan sendiri saja, bukan nak meniaga pun!

Ibu kata biasala tu. Manusia ni kadang-kadang lupa, ilmu tu milik Allah. Baru ada sikit dah tak nak kongsi. Ada yang kedekut mengenakan pelbagai syarat padahal ilmu tu bukan milik dia sepenuhnya. Kalau ilmu silat kotla kan. Katanya tokguru tak boleh bagi semua takut anak buah lawan tokey hehe.

Pada ibu kalau ilmu yang bermanafaat tu kongsilah tanpa syarat. Allah pilih kita untuk menerima ilmu itu dan menyebarkannya, bukan untuk kedekut atau berbangga-bangga saja. Jangan tidur malam ni, bangun esok pagi hilang ingatan dah! Kedekut ilmu sangat. Sekali Allah tarik balik, sekupang pun tak guna (kata orang Kedah).
Nauzubillah....


Mangsa chicken chop!!

3 comments:

tzar said...

Hahahaha..setakat kuah pun nak kedekut resepi..iskhh iskhhh..

Dik, kalau u buatkan Mama chicken chop, mesti dia suka sangat :D

Zakiyah Zainon said...

kalau i dapat buat pun i memang gembira...bezaman mencari masa yang sesuai nak meng-uli ayam chop hehehe

Zaher said...

jgn jd mangsa chiken pop sudah ...haha

Related Posts with Thumbnails