Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, December 6, 2011

La Tahzan!

Pagi tadi ibu bersembang dengan seorang rakan sekerja. Dah lama ibu tak bersembang dengan beliau. Sejak dua menjak ni memang ibu elakkan diri untuk bersembang dengan orang-orang sekeliling. Takut mereka terkena tempias badi ibu. Kawan ibu datang ke bilik ibu dan kelihatan bermurung.

Ibu bertanya "Apa cerita terkini? Lama tak sembang dengan ko?"
Dia terdiam. Merenung ke gadget canggih miliknya yang diusung ke sana sini.

Dia mula bercerita. Oh! Ibu sedikit terharu. Ibu nampak kehampaan dalam raut wajah dan percakapannnya. Ibu pun terkilan mendengar ceritanya. Pada ibu, dia selayaknya mendapat peluang itu.

Ibu berkata "Sabar...insyaAllah, rezeki ko kat tempat lain. Allah dah atur tu".
"Itu laa....kerja lah macam biasa", balas nya pada ibu.

Beliau bercerita lagi, sebelum mengambil tindakan seterusnya dia ada membuat Solat Istikarah memohon petunjuk Allah. Dan katanya, selepas 2 malam melakukan hal yang sama, hatinya berdetik dalam nada yang serupa - Redha!

Ibu merasa tabah dan kagum dengannya. Ya sahabatku..jangan bersedih. Percaturan Allah itu tidak terjangkau di fikiran kita! Kalau kau permata, ke mana kau pergi kau tetap berharga. Tapi jika kau adalah kaca, digilap sekerap manapun, kau tetap kaca yang tiada nilainya!

La Tahzan...sahabatku!

8 comments:

Sofya said...

hebat kata2 awak... pinjam ya..

Zakiyah Zainon said...

silakan sofya...saya bersyukur kalau tulisan saya menjadi inspirasi pada orang lain..dapat juga pahala kan..hehehehe

azieazah said...

Menumpang semangat yang ada, meminjam pendorong yang setia... menggunakan inspirasi yang dikongsi di sini.

zakiyah a.k.a che kiah said...
This comment has been removed by the author.
Zakiyah Zainon said...

kak AA: alhamdulillah kalau gitu adanya. sama2lah kita memberi semangat antara satu sama lain ;)

Anonymous said...

Tumpang kata..seronok baca blog yg penuh cerita kehidupan..ada plot2 tertentu..n ada sesi muzakarah..sesi ilmiah..tahu akan realiti..dapat santapan rohani scr x langsung..makin mdekatkan diri kita dgn Allah SWT..suka2..

tsunamidihatiku said...

Pada pendapat aku,dia nie menulis berdasarkan pemerhatian dia @ pengalaman dia..Kenapa nak mereka-reka plot pulak??Ingat nie buku cerita yang merekacipta cerita ke?

tsunamidihatiku said...

Salute kat kawan awak, redha dengan ketentuan ALLAH. Bukan semua orang boleh redha dengan ujian ALLAH..Tapi kawan awak nie memang bagus..Memanglah dia nie "permata" ALLAH.

Related Posts with Thumbnails