Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, December 22, 2011

Perubahan Minda

Seorang sahabat telah meminjamkan ibu sebuah buku tulisan DrMAZA. Ibu sebetulnya ada juga sesekali membaca tulisannya di blog. Di awal tulisannya banyak menimbulkan kontroversi pada yang masih berpemikiran konservatif. Namun atas kesabaran dan istiqamah untuk melakukan perubahan, akhirnya pemikirannya diterima. Cara orang muda berfikir barangkali pelik bagi orang-orang yang kolot barangkali pemikiranya.

Ibu masih membaca. Namun ingin ibu kongsikan sajak tulisannya buat semua pembaca blog ini. Sama-sama kita muhasabah diri sendiri. Jika kita dilandasan yang betul, teruskanlah. Namun jika kita tersasar, sedikit atau banyak, berundurlah ke jalan yang benar selagi hayat masih dikandung badan...


YANG BENAR TETAP BENAR

berkata benarlah walaupun sukar
kerana,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar
sekalipun cuba disangkar oleh yang makar
kerna yang benar itu benar, sekalipun ada yang bersikap hambar.

hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alur dan datar
ke hutan belukar dan paya terbiar
ke desa yang pudar dan bandar yang besar

nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota yang mekar
di akhbar tersiar, TV dan radio terpancar
untuk si miskin yang terlantar dan si kaya yang tersandar

cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu ialah obor sabar cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar.

DrMAZA
250108, KT-KL.

3 comments:

Taman Rashidah Utama said...

Terima kasih di atas perkongsian sajak ini. Sebetulnya, aku amat meminati dan menyukai keberanian DrMAZA...

Daddylicious said...

tulisan beliau mmg cukup berisi...

Zakiyah Zainon said...

TRU : keberanian menyatakan kenenaran hidayah Allah, nnt sy kongsikan antara yg menarik

Daddy : berisi pd yg berani menerima perubahan, pd yang konservatif, ianya seperti melanggar adat dan kebiasaan..tapi kupasan beliau menarik kerana berdasarkan situasi semasa

Related Posts with Thumbnails