Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, January 31, 2011

Akhirnya, ini pilihanku!

Salam...sori yer.
Agak lama blog saya sepi tanpa sebarang entry.
Biasala, bila bermula semester baru memang semua akan mula busy.
Saya pun busy tapi kadang-kadang saya suka buat tak sibuk...relax sokmo.
Bukan malas buat kerja, tapi nak tenangkan hati dan jiwa.
Pada saya, kerja memang tak akan habis sampai la kita menutup mata.
Jadi, buatla setakat yang mampu dan terdaya.
Sila jangan ikut motibasi saya ni yer!
hehehehe
Ini kisah pertama yang nak saya share.
Kisah almari baju yang saya idam-idamkan tu.
Akhirnya....tak dapat juga! hahahahaha
Tapi saya dapat almari lain yang hampir sama.
Apalah yang nak diikutkan sangat dengan apa yang diidam-idamkan.
Kalau saya kaya dan banyak duit memang saya ambik almari tu
tapi sedar diri yang saya ni cuma makan gaji, saya pilihla setakat yang termampu.
Itu pun bergegar tangan masa nak serahkan duit,
2 tahun kumpul dan tahan sabar...uhuk!
Patutnya, Uncle Kam janji lepas raya cina nak pasang.
Tetiba dia call bagitau dah siap. Tapi hari yang dia nak pasangkan tu saya kena outstation.
Saya pun minta dia mai sebelum saya ke Kajang. Dia pun ok.
Dan hari yang dijanjikan, mereka pun sampai.
Saya pula tak boleh nak ambil cuti sebab hari yang sama saya kena buka tender yang masuk.
Terpaksala on off antara rumah dan pejabat.
Mujur encik suami dan mak mertua ada kat rumah time tu.
Bolehla depa tolong tengok-tengokkan.
Waahhh...teruja saya! Besaq tak henggat.
Jangan kata saya, suami saya pun boleh masuk dalam almari tu :P
Ni masa depa tengah dok pasang-pasang. Dua orang saja pekerja yang mai.
Kat bahagian atas tu ingat nak simpan bantal-bantal, beg besaq, tirai dan lain2 selain pakaian.
Kat bahagian baju gantung tu, nak sangkut baju kurung saya dan baju suami.
Saya dah sangkut dah tadi, tapi kan banyak lagi space
hahahaha...
almari bukan main gah tapi baju pulak tak banyak :P
Dekat 3 jam juga depa ambil masa nak siapkan pasang amari saya ni.
Saya terpaksa balik ke pejabat sebelum almari ni siap dipasang.
Bila saya balik, semua dah siap.
taraaaaa....

Nanti saya cerita rak tv idaman kalbu yang memang mengegarkan jantung saya.
Gegar jantung pasai apa??
nanti la saya cerita ok.
Baby abang dok berguling sampai dah ke hujung kaki saya ni.
Adik dah mimpi indah gamaknya dalam buai..abang pula dok pusing-pusing ni.
Sambil-sambil jadi blogger, anak-anak kena tengok jugak :P

Friday, January 28, 2011

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya telah kembali.
Kembali ke rumah setelah 3 hari meninggalkannya.
Kembali menulis di blog setelah 5 hari berlalu.
Ada ka yang ternanti nak baca blog saya ni?
hehehehe
Oklah, saya kembali dengan cerita-cerita yang terkini lagi sensasi.
Bukan gosip yer!
Cerita tentang diri saya saja...
Oklah..testing netbook baru ni!
Nanti saya story..
"ibu...kakak nak baring kat ibuuuu kakak"
ok bye!

Saturday, January 22, 2011

Aksi manja dan mesra

Susunan kerja yang ibu amalkan bila sampai depan pintu gate rumah :

1. Ibu keluar bukak gate pastu masuk kereta balik dan masuk parking.
2. Tanpa matikan enjin keluar kereta, tutup gate kemudian buka kunci pintu rumah.
3. Masuk rumah on lampu dan kipas dulu
4. Pastu, buka pintu kakak dulu suruh dia turun masuk rumah.
5. Ibu angkat adik/abang (tgk sapa tengah menangis angkat dulu) masuk dalam rumah sambil jerit suruh kakak cepat masuk rumah teman adik/abang.
6. Angkat abang/adik pulak.
7. baru angkat barang/henbeg dan lain-lain (keluar masuk rumah ikut kuantiti barang).
8. Baru mati enjin kereta. masuk rumah kunci pintu.
Tu la rutin ibu kalau ayah kerja. Sorang-sorang ibu angkut.
Bahu ibu pun dah rasa padat semacam saja ni
hehehe

Satu hari lepas ibu angkat adik dan abang, ibu keluar kutip baju kat ampaian.
Baju yang ayah selalu setelkan tu!
tengah kutip baju dengar macam baby tersekat² nafas.
Terus lari masuk rumah takut baby tersedak ke, terlekat apa² ka.
Rupa-rupanya, abang dok gelak kat adik.
Adik macam goyang² kepala sambil jerit² terangkat kaki pandang abang.
Lepas tu abang mengekek² gelak pandang muka adik. Adik stop tengok abang gelak.
Lepas tu adik buat lagi. Abang pun gelak mengekek² lagi.
Uwaaaa...dah pandai main dua beradik ni ekk.

Selalu adik yang buli abang, tarik baju abang, gigit baju abang.
Entah macam mana hari tu, abang pulak yang agresif.
Abang gerak² akhirnya dapat capai baju adik.
Bukan main hepi muka abang. Selalu abangkan cool, senyum ala-ala gitu.

Harap sampai besaq la depa ni mesra dan manja² sesama depa.
Maklumla kan, dok dalam perut ibu semua sharing sama² kan.
Agak², sehati sejiwa tak depa ni nanti ekk...

Bantulah dia mencari keluarganya

Cuti Thaipusam, saya dan suami sama² bercuti. Kebetulan sebenarnya, terkena offday dia!
Kalau dah ada kat rumah beramai², saya pun rajin la memasak.
Pagi tu buat sarapan cucur kodok udang kepai.
Tak tau? Jemput² udang geragau..tau?
haaaa..itu la menu saya.
Dah siap buat..alamak, sos cili habis.
Halau encik suami pi beli sat. Balik dia kilek harian Metro sama.

Lepas makan, saya pun belek² la newspaper tu. Sekali terpandang gambar wanita ni.
Ehhh...macam ku kenal!

Wanita ini sebenarnya pangkat toklong dengan saya.
Dia berkahwin dengan sepupu arwah datuk saya, Toklong Jid.
Sebelum saya berkahwin, pernah beberapa kali dia ke rumah saya.
Abah pun pernah bawak kami menziarahi keluarga mereka di Guar Chempedak, Kedah.

Rupa-rupanya, dia mencari keluarga kandungnya yang terpisah sejak dia masih bayi lagi.
Saya telefon mak bagitau hal toklong masuk surat khabar cari mak dia.
Mak saya kata, sejak dulu lagi dia dok cari keluarga kandung dia tapi tak berjaya juga.

Menurut cerita mak saya, masa dia baby lagi,
ibubapa kandungnya yang berketurunan cina telah menyerahkan dia
kepada sebuah keluarga angkat yang juga keturunan cina di Sungai Petani.
Tapi keluarga angkatnya yang pertama tu
telah menyerahkan dia kepada sebuah keluarga melayu.
Dia pun membesar sebagai seorang wanita islam dengan nama Zaiton binti Abdullah.
Kata mak saya, keluarga angkatnya orang Alor Setar.
Mak saya pun dah ingat² lupa kisah dia ni.


Saya kesian pulak baca kandungan ayat dalam surat khabar tu -
"saya berhasrat menatap wajah keluarga kandung yang terpisah sebelum menutup mata buat selama-lamanya"

sedikit info :
Nama bapa kandung : Lee Yong Wah
Nama asal Zaiton : Lee Soot Peng
Hubungi :0175949182 (Zaiton)

p/s:
Moga hasrat toklong dimahkbul Allah...

Friday, January 21, 2011

Lagi aksi buchuk di pagi hari

Pagi² budak2 ni sangat buchuk machamm!
Tapi ibu suka kiss walaupun bau buchukk kepam-kepam tu
Bau tu la yang ibu rindu kat baby selain bau wangi pakai bedak lepas mandi.
Sangat terasa sungguh suci anak-anak ibu ni!

Pakaian wajib masa bangun tido adalah baju berpampers tanpa seluar.
Abang adik sama saja!

Gigih betui ibu ni. Asal bangun pagi mesti nak snap kelaku twin ni.
Adik selalu jaga awai la ni, dalam pukui 5 am gitu. Dah bagi susu dia tak lena jugak.
Kadang² ibu biaq saja dia dok main huha-huha jerit wakweeet sorang².
Abang tetap lena walaupun adik dok main riuh rendah.
Nanti bila dia letih, dia lena la....senang saja ibu jaga!
hehehehe

Untuk info, baby adik dan abang tido atas toto kat bawah.
ibu, sekejap atas katil sekejap atas toto.
ikut mana dan!

Udang lipan

Korang pernah dengar tak nama udang lipan.
Ada jugak orang panggil udang ketak tak salah saya.
Masa saya mengandung kembar, tetiba rasa nak makan udang ni.
Rasa nak makan saja, bukan lah sampai tahap teringin atau mengidam sangat.
Kalau dapat, alhamdulillah.
Kalau tak dapat, tak dak la sampai menangis hentak² kaki guling² nak jugak.
Takkk.....takk

Masa cuti Thaipusam semalam, saya ke Kipmart nak beli kepala ikan mau bikin sup!
Sekali lalu kat stall depan sekali..toiingggg..nampak udang ni.
Ter-stop seketika.
Dok tengok² macam nak beli, tapi mahai sangat, sepiring RM6 tak salah saya.
Dah la tak dak telur. Kecik² pulak tu.
Kalau kat kedah...perrgghhh..siap boleh pilih². Pastu murah tak ingat!
Masaknya senang saja...saya suka rebus lepas tu ratah cicah dengan ayaq asam.

Masa kita dok cari dia langsung tak dak. Sampai setiap gerai yang jual ikan saya tanya.
Tapi jawapan semuanya tak dak, payah nak dapat udang tu dan lain² lagi.
Ada kawan² bagitau jumpa udang ni kat Tesco la, pasar pandan la..
tapi saya tak la gigih nak terjah sampai ke sana sebab saya bukan tahap mengidam
ditambah badan yang memang tak berapa kuat dan gagah macam sekarang.
Tak dapat pun rasanya tak kempunan.

Pernah jumpa kat Melaka masa pi beli ikan kat Telok Gong.
Ada 2 ekoq saja kat terlekat kat pukat.
Ehhh.....saya terus mintak nak beli.
Nelayan tu tanya " makan ke? ambil la"
Apa lagi..saya sapu la...dah la ada telur banyak.
balik rebus bagi mak mentua, biras dan hubby rasa. Baru depa tau sedapnya udang tu.
Rasa macam isi ketam pun ada!

p/s:
nak tau udang ni ada telur kat dak, tengok kat atasnya.
Kalau ada kaler kuning, telur la tu!

Thursday, January 20, 2011

Makanan kegemaran kakak

Kakak memang suka makan sayur dan buah-buahan
Payah kan nak jumpa kanak² yang suka akan sayur dan buah ni.
Tapi sejak dah bijak ni, dah pandai memilih sayur² dan buah yang dia suka.
Paling dia tak tolak dari kecik sampai dah besaq sikit ni ialah carrot.
Buah yang paling dia suka - strawberry (demand tak ingat!)
Masa saya mengandungkan kakak, memang saya suka makan strawberry.
Agaknya itu yang berjangkit kat dia dan dia lahir dengan starwberry mark di dahinya!
:P

Masa kecik², waktu maktok jaga dia semasa saya ke pejabat,
memang maktok bubuh banyak sayur dalam moi dia.
Mungkin sebab dari kecik lidah dah terbiasa dengan rasa sayur makan dia suka akan sayur.

Pada saya, nak ajar pemakanan anak² ni senang saja.
Kita yang membentuk makanan dia. Apa yang kita makan dan kita bagi, itu yang dia kenal.
Kalau dari kecik kita kenalkan buah anggur itu bagai jajan, maka anggur itu akan jadi jajan dia sampai dia pandai memilih makanan sendiri.
Kalau dari kecik kita dah kenalkan dia dengan gula², aiskrim, keropok, jadi tak hairanlah kalau makanan tu akan jadi makanan rujinya.
Itu pendapat saya saja, tapi memang saya amalkan pendapat saya itu.
Orang lain mungkin ada cara tersendiri kan!?

Masa saya mengandungkan kembar, malam² saya akan makan carrot mentah selain buah²an.
Saya kan kena alahan yang teruk. Makanan berat memang tak boleh masuk sangat.
Sekarang, stok carrot sentiasa ada dalam peti ais untuk bubur adik.
Dan kakak kembali menjadikan carrot sebagai jajan dia!
Kalau nampak saja ibu buka pintu peti ais
"ibu..kakak nak carrot!"

p/s:
Sekali sekala bagi dia makan coklat, aiskrim, keropok dll tu tak pa..
tapi kan..benda² macam tu bagi sekali saja terus melekat kat jiwa.
tu yang payah tu!

Abang

Pertama sekali, selamat bercuti pada yang bercuti.
Yang bekerja, teruskan usaha anda!
ok..back to my story!

Tiap² hari, samada hantar atau ambik anak² dari rumah pengasuh, adik - ibu letak kat depan.
Abang kat belakang dengan kakak. Begitu la saban hari.
Sambil² drive tu, mata mesti kena jeling² kat cermin dok perati apa abang dan kakak dok buat kat belakang.
Kisah drive sorang diri bawa anak ni memang macam² gaya boleh jadi.
Pegang stereng sebelah tangan pastu sebelah lagi dok suap botol susu kat mulut adik.
Kereta pulak manual. Time nak tukar gear ja, kakak akan tolong pegang sat.
Kalau kakak buat perangai tak mau tolong....sila bayangkan aksi saya sendirian.
Tak mau arrr cerita, sangat membahayakan kesihatan ok!
*Sila jangan tiru aksi saya itu ya!*

Semalam, macam biasa saya jemput anak².
Kata Emi (pengasuh depa), abang dan adik tengah mengantuk sangat² tu.
Lepas mandi dan susu depa tak tidur lagi. Ok la tuh....satgi dalam kereta depa lena la.

Ibu pun memandu macam biasa. Kakak pulak nak air ribena. Semalam dia dah minta, ibu kata esok. Hari ni kena la tunaikan...kesian pulak!
Ibu tinggal kakak & adik² dalam kereta. Kunci. Bergegas ke kedai.
Masuk kereta balik, abang dah mula protes. Mesti boring sebab kereta berhenti kan!
Ibu terus start enjin terus memandu ke rumah.

Sekali ibu pandang belakang...mak aiiiii
bukan main lepak anak ibu sorang ni! Melayan perasaan ka apa?

Selalu dia memang dah duduk tegak. Tak pun sengat mengadap ke luar tengok scenery.
Hani ni sengat ke dalam pulak.
Ni mesti kes protes kereta berhenti masa ibu pi kedai. Ibu pulak tak check balik, terus jalan!
Nasib baik seat belt masih melekat kat badan dia.
Ok latu..janji dia diam sudah la...
Abang duduk senget macam tu sampai la ke rumah.
Kalau dah lenguh pun, dia bukan pandai lagi nak angkat badan dia bagi tegak balik.
Tapi kalau dia tak nangis tu kira dia selesa la kan!?

info abang terkini :
berat dah 7.5kg
dah mula angkat bontot tinggiiiii.
abang sangat terror reverse ok.

Tuesday, January 18, 2011

Terima kasih suamiku!

Entry ini khas buat en suami..Al Halim namanya.

Sedikit intro.
Dia membesar bagai anak manja. Semua keperluan dan kelengkapan diri disiapkan oleh ibunya.
Sungguh bertuah dia. Dari sebesar² pakaian hingga sekecil²nya, banyak disiapkan oleh si ibu. Mereka hanya dua beradik (seibu sebapa) tapi dia bagai
anak tunggal kerana dia seorang dijaga ibu. Adik di Melaka bersama nenek.
Tapi kini, memang dia menjadi anak tunggal kerana adiknya sudah tiada di dunia ini.
Meninggal kerana menjadi mangsa H1N1.
Al Fatihah.

Ok, berbalik pada cerita saya.
Sejak dia berkahwin dengan saya, memang dia kena dera!
Bermula selesai majlis perkahwinan kami di Kedah, dia sudah saya kerah mencuci pinggan.
Bila kami mula tinggal bersama, dia mula mendobi baju kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit saya bagi pelajaran padanya.
Sapu sampah, kemas rumah, kemas dapur, cuci berak kencing anak dan lain-lain.
Masa saya alahan teruk mengandung kembar, saya dera dia masak nasi goreng.
Mungkin itu pertama kali dia buat seumur hidup dia gamaknya.
Makin lama dia makin mahir. Cuma kadang² dia kembali lupa.
tapi segera saya ingatkan dia tentang tanggungjawab bersama.

Kadang-kadang saya tak sempat nak kemas dapur.
Ada periuk atau belanga kotor, dia cucikan.
Macam tu la kan adat hidup berumah tangga, sama² uruskan.
Bukan semuanya jatuh pada isteri seorang..ye tak?

Pagi tadi, saya jalankan mesin basuh.
Bergegas ke pejabat, terlupa nak bagitau dia perihal baju yang sedang dicuci.
Saya sms dia, takut dia tak jengok belakang, masam pulak baju dalam mesin tu.
Ini mesej saya. Pendek tanpa menyuruh. Bagitau saja!

Sejam kemudian saya terima balasan darinya.
Perghhhh..memang terbaiklah. Memahami isterimu ini
heheheheh

Mesejnya seperti berikut:

Berdekah² saya gelak di pejabat.
Nampak sangat banyak benda yang saya sepahkan kat dalam sinki kan?
Nasib baik ada suami yang rajin macam ni.
Ni yang bertambah-tambah sayang ni.
Rajin le lagi yang...

p/s:
Rasanya kebanyakkan isteri berperasaan seperti saya, mahukan suami yang rajin membantu
dan ringan tulang tanpa perlu disuruh
Berbunga² hati gembira dan suka macam dapat gelang emas besar.
Tak payah kan nak bagi hati isteri gembira, rajin tolong saja jawabnya.
Tapi..kalau dapat set barang kemas + suami yang rajin, lagi gembira gamaknya
hahahahahaha
isshhh..buat susah² saja...:P

Monday, January 17, 2011

Ben 10

19 Januari ni, kalau ikut perkiraan, abang dan adik dah 6 bulan.
Sabtu lepas, ibu dah mula bagi abang dah adik makan bubur.
Bubur tu ibu baru campur dengan carrot. Abang dan adik jugak minum jus buah..sikit jer
Lepas ini ibu campur ikan pulak dalam bubur tu
baru yummy kannn!?

Yang makan dengan jayanya adalah adik.
Abang seperti biasa tetap cool and steady. Makan ala-ala penuh sopan.
Adik..asal habis dalam mulut, dah ternganga² cari.
Kalau ikut 'nak' si adik tu, mau habis semangkuk tu dia sorang.
Ibu bukan tak nak bagi banyak², kena try-test-tengok dulu macamana
Takut jugak. Kang sembelit pulak.
So far, alhamdulillah..abang dan adik masih 'hun' dengan jayanya!

Inilah gaya 2 hero ibu yang mula makan bubur di dalam mode Ben10.

Sunday, January 16, 2011

Kursus Singkat di hari Jumaat

Bermula dengan penemuan bungkusan spegeti yang terbiar di pejabat,
akhirnya terjadilah acara masak memasak ini di rumah saya.
Tambahan pula, ada adik² yang nak belajar cara memasaknya.
Maka hari dan tempatnya ditetapkan.
Jumaat di rumah sewa Mastura dan Khalis, akhirnya bertukar ke rumah saya.
Sebab rumah saya ada oven. Boleh pakej masak lasagna sama.
I ok saja...setahun beli oven tu baru 2 kali guna, tu pun buat bakar ikan saja.
Kalau orang lain yang otak bisnes, mesti dah balik modal pun!

Hari Jumaat yang dijanjikan, ada sesi bergambar pulak kat opis.
Lepas tu ada mesyuarat untuk konvokesyen. Tengah meeting, kami dah tak keruan.
Barang banyak lagi tak beli. Dah pukul 12 meeting tak habis lagi.
Bila nak boleh makan ni???

Selesai meeting, kami bergerak mengikut tugas masing-masing.
Kak Yani, Pah dan Mastura ke KipMart beli barang-barang.
Saya terus balik rumah, rebus spegeti dan potong bahan² yang sedia ada kat rumah.
Dapur saya rosak sebelah. Kena la rebus spegeti dulu. Kang lambat pula nak masak kuah!

Team pasar pulang. Terus bergegas potong memotong.
Sambil² tu saya tunjukkan cara² buat spegeti. Kak Yani tokey masak lasagna.
Mudah saja sebenarnya. Mahu buat atau tidak saja. Rajin atau malas!
Spegeti siap dulu. Acara makan bermula. Lasagna dan salad buah pun ada.
Memang lunch 'omputeh' adanya. Sementara tunggu potong daging selesai (kena beli chopper ni)
Spegeti yang dah siap dimasak saya hidang di atas sapra yang paling mahal - surat khabar lama
Saya makan dulu sebab perlu pulang semula ke pejabat. Ada mesyuarat KSP pulak.
Pejabat dengan rumah saya dekat saja. Mujur la!
Terpaksala saya tinggalkan tetamu di rumah meneruskan perjuangan yang belum selesai.



Selesai mesyuarat KSP, tunggu dulu jam pukul 5. Sekali harung ambil anak, terus balik ke rumah. Ada juga yang terpaksa balik ke pejabat atas urusan yang 'urgent'.
Kat rumah tinggal mereka yang sememangya 'free' pada hari Jumaat.
Lepas ni payah la kita nak buat kursus memasak ni lagi, minggu depan kelas dah mula!

Resepi, later i type ok! I bab spegeti dah master, lasagna ni jarang² dicuba.
Rasanya, semua dah tau kot buat lasagna dan spegeti.
Malu pulak dengan yang lebih pakar hehehe
:P

p/s:
Nanti isi borang penilaian kursus pendak, dah boleh buat data ni!

Saturday, January 15, 2011

Kakak kena ngorat


Ya..anak dara saya yang 4 tahun tu dah kena ngorat.
Yang mengoratnya pun budak 4 tahun jugak!
Adoiii...budak kecik zaman sekarang ni dah ada perasaan suka.
Dah tau sebut awek cun, kawen dan lain² yang seangkatannya.

Alkisah, kakak ke sekolah dengan jiran sebelah rumah babysitter, Ubai gelarannya.
Sekelas mereka. Saya yang minta begitu.
Senang, nak ke sekolah pengasuh Ubai yang menghantar dan menjemput mereka berdua.
Satu hari pengasuh kakak bercerita. Katanya dia sembang² dengan ummi Ubai.
Si Ubai ni cakap kat umminya tak mau duduk rumah cik Ana(pengasuhnya).
Dia nak duduk rumah Cik Emi (pengasuh kakak).
Sebabnya rumah cik Emi ada awek cun (kakak la tuh!) Pastu siap cakap si Cica dah tak lawa. Faaqihah lagi lawa. Cica tu anak buah cik Ana yang juga dijaga bersama Ubai.


Lepas tu, ada satu hari semasa nak jemput anak²..budak² kecik kat situ main masak².
Masa saya masuk ke rumah Emi, Ubai ada kat depan pintu.
Lepas tu anak sulung Emi, Adam yang umur 6 tahun bagitau
"cikgu..cikgu...ubai cakap dengan Adam tadi, nak ajak Faaqihah main kawen².
Terus si Ubai tu tolak lengan Adam macam protes sambil kata...tak laaa!
Muka dah malu² nak pandang saya!
ambooiiii...pandainya budak² zaman sekarang kan!

Masa memandu pulang ke rumah, saya berfikir.
Masa saya umur sebaya mereka, ada tak perkataan cun, kawen, awek di minda saya.
Rasanya tak kot!
Dah dewasa, nak sebut kawen pun malu...takut orang kata gatai!
hehehehehe

Lagi gaya tidur terkini!

Pemandangan begini setiap pagi adalah perkara biasa.
Selimut tu bukan sebab apa, seluar dah takdak. Lencun kena kencing sebab tido meniarap.
Lepas tukar pampers, ibu biar tak dak seluar, selimut terus.
Esok pagi nak pi rumah babysitter, baru ibu pakaikan.

Cuba teka? Gaya tidur sapa yang macam ni?
Adik ka abang!?
ada 2 saja..tak adik, mestilah abang...
heheehehe.
saja nak buat teka²

Lahaaiii...boleh nafas ke tu yang!?

Friday, January 14, 2011

Adik

Ini budak kalau gelak mengekek-ngekek.
Kalau nangis boleh pecah rumah!
kalau batuk @ bersin boleh terangkat bumbung. Macam ayah daaaa...

Berat dah 6.5 kg.
Hidung tak berenti² lagi selsema.
Dah nak masuk 6 bulan, tapi injection baru 2 kali.
Tak sihat memanjang...camna nak pi injection!
Ibu dah stop bagi makan ubat. Now pagi² ibu bagi makan madu pulak.
Tak banyak, celup hujung jari anak, suap ke mulut depa.

Family outing!

Bukan tak pernah outing sekeluarga, selalu....tapi ni first time bawa babies pi shopping.
Nampaknya ini mungkin pertama dan terakhir. Tunggu sampai depa dah besaq sikit baru ibu berani bawak lagi.

Selasa lepas, Johor cuti sempena hari Hol. Kebetulan ayah pun off day hari tu.
Kebetulan lagi, barang² kat rumah dah kering.
Jadi kami pun membuat keputusan berani keluar beramai-ramai ke Tesco untuk membeli belah.
Stroller kembar hadiah sepupu kami Mr. Boboy, diusung masuk kereta.
Bonet tak lepas yer...letak kat belakang seat driver.
Eh...boleh pulak! So, cancel la nak tukar kereta!
Pakai je la MyV ni sampai lunyai
hahahaha

Keluar rumah terus ke kedai cermin mata, collect spec untuk ayah. Dan rabun dah dia.
Tapi tak mau buat² jugak. Akhirnya, ibu belanja ayah as his birthday present!
Boleh la kan....birthday ibu tahun ni ayah nak beli peti ais besar kan?
oppsss... :D


Lepas tu pi makan kat McD. Ayah nak makan properity burger. Ibu menurut saja.
Time makan tu baby dah resah gelisah dah dalam stroller. Susu dah habis.
Ibu pulak tak bawa spare sebabnya tadi ibu buat penuh botol 8oz tu
dengan harapan bertahan sampai habis shopping.
Ni baru acara makan², susu dah habis.
Lepas makan terpaksala pusing balik ke rumah walaupun Tecso dan depan mata.
Mujur rumah dekat. Jadi satu kerja pulak pi mai-pi mai gitu ek!

Masuk Tesco,baby masih ok..bertahan.
Ramai yang pandang berkali² bila tengok saya surung baby kembar. S
Siap ada yang puji². Kembang kuncup hidung ibunya walaupun babies-nya yang dipuji.
Hahahahaha..sila ketawa ya!

Panas sekejap saja, tak lama lepas tu baby adik mula 'menyanyi'.
Abang pulak dah guling² nak meniarap - nak tidur la tu. Adehhh...kelam kabut dah ibu.
Akhirnya, sebelah tangan ibu dukung adik, sebelah tangan lagi tolak stroller.
Sila bayangkan! Rasa macam hulkhogen dah!
Cepat² suruh ayah bayaq...dah! Jom balik! Lenguh dah ibu.

Sampai rumah dah 6 petang. Ibu janji nak masak spegetti hari ni.
Sampai je rumah terus siapkan menu yang dah dijanjikan untuk keluarga.
Lepas makan, lepak jap tengok tv. Baby abang dan kakak dah lena keletihan.
Tapi baby adik pulak buat perangai. Tereyak tak berenti².
Sudah!! Nak didukung memanjang.
Asal ibu duduk atau baringkan dia, menangis macam nak pecah rumah.
Mata tajam merenung ibu macam minta bantuan.
Dah macam² ibu buat, buka baju, pampers kot² kena gigit.
Sapu minyak angin merata badan. Nok kembung pun perut!
pening...pening...mujur ayah ada sama.
kalau ibu sorang, mau dah ibu call jiran sebelah mintak tolong!

Tiktok-tiktok, tengok² jam dah pukul 2 pagi.
Mak aiiii...esok ibu ada pendaftaran pelajar baru. Pastu ibu kena jadi mc.
Mau sora tak dak ni esok!
Ibu solat isyak, ayah pulak dukung adik. Dengar ayah pasang quran dari i-phone dia.
Lepas solat, ibu ambik balik adik. Baringkan dia..terus nenyak berteman alunan bacaan quran.
tengok jam dah nak pukul 3 pagi.
errrmmmm....
Agak-agak..apa yang buat adik jadi macam tu tadi?
hehehehehehe

p/s:
ingatkan balik pukul 6 petang ok la...ada jugak yang mengikut gamaknya!
ehh...yer ker?

Thursday, January 13, 2011

Berbaloi tak??

Tadi time rehat ada appointment dengan tukang buat almari baju.
Uncle Kam namanya. Kawan saya yang rekomenkan.
Katanya dia ada kilang buat sendiri. Boleh dapat lebih murah (tapi tak la murah sangat!)

Uncle tu sampai, terus saya bawak dia ke bilik untuk ambil ukuran.
Jangan bimbang...kami tak berdua saja time tu.
Suami masih ada kat rumah tengah siap² nak pi keja.
Kawan sepejabat saya pun join sama- Ina, Kak Yani dan Pah (tukang mintak kurang).
Kawan² saya ni pun tengah survey² jugak nak buat kat rumah masing².

Asal hajat nak suruh buat quotation dulu. Tetiba...ermmmm!
Arghhhh...malas la nak banyak² survey!
Saya ok saja dengan dia. Dah siap ukur bilik saya tanya pula pasal kabinet tv.
Terbekenan pulak nak buat kabinet tv yang siap melekat kat dinding.
hehehehehe

Campur tolak darab bahagi, total cecah RM4K jugak la..
Encik suami cepat² keluar rumah pi kerja bila saya bagitau harga
hahahahaha
jangan lari yer ayah....nanti ibu claim balik
~lalalalalala~

Almari baju 10 kaki panjang. Tinggi sampai ceiling.
Rak tv tu simple saja. Panjang 6 kaki.
Lebih kurang macam kat bawah ni tapi tak dak panel besaq kat tengah tu.

-image hasil gogel-

tv saya plan nak letak saja, tak gantung.
Pastu rak yang kiri kanan tu ada jugak. Satu lagi rak buat panjang.
Sama panjang dengan rak tv tu.
(imaginasi nak deco macam² dalam otak ni hahahaha)

Petang dok terpikir, berbaloi ka aku buat ni?
Kalau beli rak biasa, pastu beli panel tu kat Ikea..baru berapa kos!?
Tapi bila aku nak pi Ikea? Pasang sendiri belum tentu cun dan kemas.
Call en suami. Dia kata ok..proceed saja.
I pun ok laaa...

p/s:
Lagi sebulan siap la almari ni. Ibu pun kena la siapkan duit!
Mujur dividen ASB dah dapat...cukup la cover kos untuk kali ni.
Kena himpun duit balik untuk buat yang lain pulak.
Gini la cara orang tak mampu...setahun satu barang
hehehehehe

Kakak dah pandai tulis!!

Seperti semua maklum, sapa yang baca blog saya ni mesti tau, kakak dah ke sekolah.
Sekolah PASTI saja pun!
Dia tengah semangat nak sekolah, mestilah ibu galakkan dia kan?

Sekarang, malam je mesti buat homework. Rajin anak ibu ni.
Semalam dia dah mula menulis ABC. Teruja ibu tengok.
Mula dia tulis main tarammm saja. Ibu padam semua, ajak dia tulis balik.
Mula ibu pegang tangan dia sama masa nak tulis, tak bagi ko!
"Kakak nak buat sendiri!" - ambooiiii!
Ibu pegang juga..pujuk², baru la dia ok.

Akhirnya baru la betul² jadi walaupun perut 'b' tu ada yang buncit dan kempis sedikit.
Bila dah ok, ibu lepaskan dia tulis sendiri. Asal siap je satu, ibu kata cantik!!! yeaahh..jadiii!!!
Dia gelak suka gembira dan mesti buat - yessss!!! Siap dengan gaya sekali!

Tengah tulis² tu kakak buat request dengan muka dia yang penuh simpati.
"ibu..ibu..nanti ibu beli meja kat kakak tauuu..macam kat sekolah kakak tau"
yerla sayang..nanti ibu belikan.
Ciyan anak ibu, tulis sambil meniarap kat atas lantai!

Sup tulang merah

Ahad lepas, adik mak mentua saya a.k.a paklang buat kenduri kawen anak bujangnya, yakni sepupu suami saya. Maka bertandanglah saudara-mara dari Malaysia ke Singapura.
Keluarga Makteh saja yang sampai. Keluarga makndak dan mak long tak dak wakil.
Cuma kirim duit saja!

Kenduri kat Singapura ni lebih kurang sama dengan wedding kat kampung.
Cumanya, kat sini terpaksalah majlis dibuat kat dewan terbuka yang memang disediakan oleh housing board untuk acara² begini.
Makan semua catering, ada DJ dan sesi karok sampai majlis tamat hehehe

Usai jamuan kenduri, kami bergerak ke Beach Road!
Kalau saudara-mara ke sini, mak mentua saya selalu bawak makan sup tulang merah kat sini.
Tak pun dia siap² tapau makan kat rumah. Tapi ni dah alang² ada kereta, pakcik (adik mak mentua) pun ada, maka beramai² kami memeriahkan sesi makan sup tulang merah.

Mula order 2 set yang setiap set ada 15 ketul tulang.
Tak cukup ko! Masing² tak puas lagi, order lagi satu pinggan.
Kesian jin...habis makanan dia manusia makan hahahaha
Saya makan 2 ketul saja. Bukan tak suka, tapi makan bendalah ni kena lapang fikiran, tak dak gangguan, baru feel. Tapi ni haa...baby dah menyanyi² lagu boring.
Terpaksa la ibu bekorban..uhuk!

Lepas pekena sup tulang merah, kami buat sesi meronda kat Orchard Road.
Ingat ada lampu lagi. Sekali dah dibuka pun.
Dah mula naik pulak lampu² tanglung...kan CNY dah dekat.
Jadi tak berkesempatan la makteh dan anak²nya nak t engok lampu yang cantik kat situ.

Sampai rumah, terus siapkan anak². Kami berlima bergerak balik ke Pasir Gudang.
Isnin dah kerja. uhuk!

Wednesday, January 12, 2011

Testing

Cubaan dihening pagi... Baru berjaya tidurkan baby adik yang mengamuk!
Cubaan juga update blog via iphone laki ku.. Kalau berjaya memang i buat harta muahahaha

Monday, January 10, 2011

Mainan baby

Ibu baru beli mainan untuk baby.
Kesian nengok adik dok tarik² baju sendiri nak main.
Kadang² baju abang pun adik tarik.
Penah ibu bagi elmo kakak, bukan main menjerit dak menggigit elmo tu..
hehehehe

Jumaat lepas, time rehat ibu berdesup ke Jusco Permas dengan geng 'ngulau' - Kak Yani.
Sambar mainan yang gantung² 2 jenis.
Satu macam tukang khemah tu, satu lagu yang ada toto, gantung² jugak mainannya.
Sambil² tu sambaq baju anak² 2-3 pasang.
Maklumala..ayah baru bagi cash kat ibu.
Tebal juga heehehehe..
tu yang ibu sambaq sesedap rasa tu :P

Balik rumah petangnya, ibu pasang. Kakak yang tak sabaq² nak main.
Abang tertido dalam perjalanan balik. So, adik la yang main dulu.
Menjerit huawaaahahaha memang tak ingat².
Seronok kemain nampak dia.
Kakak nyelit sama. Mula² main sama² la...share katanya!
lepas tu adik dah kat luar, dia yang dok bawah mainan gantung tu!

Bila abang bangun, ibu letak abang kat mainan tu.
Dia jeling gitu² saja macam tak dak perasaan.
Memandang mainan yang ibu beli tu bagai angin lalu
gitu sajaa....
adeehhhh..abang..abang
memang cool betui la korea ibu sorang ni!

Sapa adik sapa kakak ni?

p/s:
abang tengah tak berapa nak sihat...batuk je time tengah malam.
kadang² sampai muntah susu yang baru dia minum
uhukk! ciyan anak ibu!

Saturday, January 8, 2011

Helikopter baby

Kaya tau babies i ni.
Kecik lagi dah ada helikopter sorang sebijik...hehehe
Tapi mainan punya la.
Hadiah dari Kelab kebajikan tempat kerja saya ni.
Baru pasang bateri sebijik dulu.
Sangat berguna ok.

Time saya nak buat kerja dan babies ala² merengek minta dibelai dan didukung,
pastu kat rumah tak dak orang yang boleh tolong,
saya pasang heli ni.
Nanti bunyi dia kuat pastu siap dengan lampu liplap dia segala bagai.
Babies pun rhalit la merenung heli tu.
Boleh la saya selesaikan kerja.
Kakak ada, dah boleh harap tolong observe kan heli tu takut jatuh tangga
atau dah bergerak jauh dari adik-adiknya.

Nanti lama², kaki tangan depa terangkat geram macam nak terkam tangkap heli tu.
Adik akan menjerit sambil membulatkan matanya yang sedia bulat tu.
Abang ala² tak dak perasaan sangat, tenung² dalam penuh kesabaran dan relaks
sampai meleleh² ayaq liuq!
hehehehe

Demam sekolah!

Khamis 6 Januari 2010

Jam dah hampir 5 petang. Time² tenat macam ni memang bersemangat nak kerja.
Lambat panas la katakan. Tetiba handphone saya berbunyi - suara kakak masa baby.
Segera saya capai dan tengok sms yang masuk.

"Salam..cikgu, kakak demam ni. bangun tido nangis.
Rupanya panas sangat badan dia ni.."

Terus tinggal pc, capai handbag dan kunci kereta, berdesupp ke rumah pengasuh yang tak berapa jauh dari pejabat saya.
Sampai saja, nampak kakak terbaring. Mata dah berair merah.
Kakak pulak, nampak muka ibu kat pintu, terus 'sebek' nak menangis - manja dia memang tak hilang walaupun dah ada adik.

Tinggal dulu kembar kat pengasuh, terus bawa kakak ke klinik.
Sempat lagi ibu dan anak berposing kat klinik sementara tunggu giliran jumpa doktor.
Saja nak hiburkan kakak sebab dia dah nak nangis² - sakit kepala kot.

Selesai jumpa doktor, tunggu ambil ubat. Minta sekali ubat selsema untuk adik.
Baby adik pun dah mula selsema. Isnin lepas abang batuk.
Adehhhh...letih ibu bila anak² tak sihat ni.
Bukan letih tak cukup tidur saja, letih risau yang banyaknya!

Nak balik ibu tanya - "kakak nak makan apa?"
Kakak kata " kakak nak makan bubur FC " - Fastfood yang dia tau KFC saja.
Pizza = FC. McDonald pun FC. Layan kan saja la...
Drive tru, bubur besar satu.
Terus balik ke pejabat punch out, dan ke rumah pengasuh jemput babies.

Balik rumah, tampal koolfever. Mula dia nak bukak sebab geli katanya.
Padahal kecik² dulu, benda tu la yang ibu tampal kat dahi kakak kalau kakak demam.
Saya kata " kalau bukak nanti kakak tak baik demam, tak boleh pi sekolah"
terus dalam paksa rela, pakai bendalah tu sampai ke pagi sebab nak ke sekolah.
Bagussss...semangat anak ibu nak ke sekolah!

Sampai rumah cucuk termometer kat telinga. 39 degree ko!
Patutla berair mata. Panas sangat tu. Tapi bubur besar tetap licin. Bila suhu dah makin turun lepas makan ubat, siap request nak makan roti dengan baked beans.
Tapi ibu tau kakak bukan suka sangat baked beans tu, ibu ganti dengan scramble eggs..
last², roti buang tepi, makan telur macam suap nasi.
Tak pa kakak, janji kakak sihat.

Tengah malam, suhu badan dia saya monitor. Asal jaga, cucuk termometer kat telinga.
Alhamdulilah, paginya suhu dah 37 degree. Dah suam² badan dia.

Baru 3 hari sekolah, dah demam. Demam suka sekolah gamaknya!
hehehehe

Friday, January 7, 2011

Lampu di Orchard

Newyear 2011, saya di Singapura.
Rasanya sejak berkahwin, macam every newyear mesti saya ada kat sana.
Tapi tahun ni saya berjaga masa countdown.
Selalunya..jangan harap. Sejak dah beranjak dewasa ni, dah tak tunggu bunga api.
Asal jaga jer, tv dah selesai semua event tu..hehehehe

Tahun ni, mak mertua saya ajak ke Orchard. Saya pun baru 2 kali ke sana.
Tu pun jalan² cuci mata sambil melenguhkan kaki :P
Orchard ni tak masyuk sangat ngan jiwa saya yang serba sederhana.
Kalau orang yang kaya, suka barang² branded..haaaa..sesuweyyy!

Okla..dah lama tak ke sana. Ajakan mak mertua ku itu, ku terima dengan rela.
Boleh tengok lampu yang dipasang sempena Krismas dan tahun baru.
Itu jer yang saya mampu! hehehehe
Cantik dan meriah. Dah pukul 10 masih ramai orang kat situ.
Holiday la katakan..

Kakak kata
" ibu, ada twinkle-twinkle little star besarrrrr, kakak nampak!"

Kakak dah sekolah


Selasa 4 Januari, kakak dah mula ke sekolah.
PASTI, belakang rumah sewa saya dulu, bertemu dapur dengan sekolah kakak.
Senang, dekat dengan rumah pengasuh sekarang.
Pergi-balik dah tak perlu risau sebab dah ada yang menghantar dan menjemput.
Kakak sekolah sesi ke 2 - 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

Selasa lepas ibu cuti, ayah kerja petang. Bolehla seisi keluarga hantar kakak ke sekolah.
Bila kakak ke sekolah, terdetik di hati - sunyi!
Baru satu hari dia tak dak, 3 jam sajapun, sepi rasanya.
Kalau boleh saya nak anak-anak sentiasa dengan saya.
kalau boleh laaa...kalau!
Rasanya semua ibu nak macam tu kot!

Walaupun anak² sudah dewasa, mereka tetap baby pada saya sampai bila².
Berat rasanya nak lepaskan anak² untuk membentuk dunia mereka sendiri.
Takut pun ada...
takut...bila mereka mula melangkah dengan dunia mereka,
mereka akan semakin lupa pada saya!

boleh..fikir sampai ke situ :P

Wednesday, January 5, 2011

Abang Demam Rindu

Lepas family saya balik ke Kedah, ini budak mula mengamuk.
Semua tak kena. Nampak sangat dia ni macam resah gelisah gitu. Main pun nak tak nak. Senyum pun ala-ala saja. Nak tidur lagi bertambah resah gelisah dia tu.
Semua nampak macam dia sangat tak selesa.

Esok pagi badan dia panas² gitu.
Malam mula batuk². Lahaiiii...abang dah demam rindu ka?
Hari tu ramai melayan dia.
Bila semua dah balik harus la dia rasa kehilangan gamaknya.
Ibu pun rasa sunyi, bang!

Now dah ok dah.
Seminggu jugak la anak bujang ibu ni gundah gulana.
Ni kalau bagitau geng² kedah, ada pulak rombongan mai sini gamaknya!
hehehehehe

Belum terlambat rasanya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, masih bernafas tika dan detik ini. Tahun baru menjelma.
Bilangan umur bertambah barangkali, tapi semakin ia bertambah semakin kita menghampiri mati.
Moga tahun² yang mendatang, Allah terus tetapkan dan tingkatkan iman saya pada-Nya.
Allah terus beri kekuatan pada saya untuk menjalani cabaran dan dugaan dalam hidup.
Moga Allah terus memberi petunjuk pada saya dalam melakukan apa jua perkara.
Amin...

p/s:
Baru kembali bekerja setelah 5 hari bercuti.
Jumaat - public holiday M'sia menang.
Sabtu & Ahad - cuti weekend.
Isnin & Selasa - cuti jaga anak. Pengasuh balik kampung.
Related Posts with Thumbnails