Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, February 28, 2011

Abang hero - sedut kahak

Baby abang sejak lahir memang ada bunyi lendir masa dia bernafas.
Jadi, kalau dia selsema, bunyi kahak tu sangatlah merimaskan orang-orang sekeliling.
Nak bawak dia pi sedut kahak macam kejam sangat rasanya (time tu).
Biarkan saja. Kalau time dia selsema, doktor pun bagi ubat cair kahak.
So bertahanlah abang dengan cara tu.

Dah masuk 7 bulan ni, kahak abang makin banyak.
Time dia batuk, bunyi kahak yang dah cair tu sangat menggeramkan ibu.
Kalau orang dewasa mesti dah tau nak buang kahak tu macamana.
Ini kan budak kecik, dok tersangkut la kat tekak dia tu.
Kalau meleleh kot hidung tu, memang ibu hisap dan sedut dengan jayanya!
Ibu ni risau. Takut kang masuk ke paru-paru! dah satu masalah baru pulak.

Dah tetap hari nak bawak abang ke Hospital Penawar untuk minta doktor sedutkan.
Sekali abang demam pada hari yang sama. Demam yang membawa dia demam campak tu.
Khamis, ayah off. Ibu EL, senang la bergerak.
Adik dah kakak dah selamat pos ke rumah pengasuh.

Doktor check dada, tekak - semua ok tapi banyak lendir.
Tak dak infection. Alhamdulillah. Bincang pi bincang mai, doktor kata ambik 'nab'.
Lepas nab, sedut lendir yang banyak tu.

Masa ambik nab, abang menangis sat saja. Lepas tu lepak atas ibu.
Dah letih gamaknya nak be'rhempaih' dengan ibu.
Akhirnya, abang pasrah.
Time sedut lendir tu, meronta-ronta jugak dia.
Sori sayang, ibu kena buat jugak prosedur tu untuk abang.
Tru-reading, suction ni tak sakit cuma rasa tak selesa saja sebab ada wayar halus yang dimasukkan ikut hidung atau tekak.
Nampak banyak sangat lendir abang yang lalu kot wayar tu.
Now, ok la skit. Tak dak lemaih sangat bunyinya!

Thursday, February 24, 2011

Garu-garu daun semambu

Mula-mula, layan dulu gambar kakak dok buat rawatan kat baby abang.
Kesian abang, ibu tau mesti badan abang gatai me'rhenyam-rhenyam' kan?
Tapi apa la ibu boleh buat nak hilangkan sengsara abang tu.
Kalau boleh tukar sakit abang tu mai kat ibu, dah lama ibu ambik.
Biaq anak-anak ibu sihat sokmo.
Ibu tanggung sakit tu tak pa.
uhuk!

Berita abang kena campak tersebar di kawasan kejiranan rumah pengasuh
setelah ibu kepoh nak cari daun semambu.
Masa ibu nak balik dari ambik anak-anak, ibu Yam (pengasuh lama kakak) tahan kereta ibu bagitau kat rumah kakak dia ada.
Tak jauh dari situ. Ibu pun penah sampai kat sana, terus ibu pi rumah kakak ibuYam.
Kepak banyak-banyak buh dalam bonet kereta. Nak bagi kat pengasuh sama buat mandi.

Balik rumah ibu pe'rhelai' daun semambu tu masuk dalam plastik.
Kesian tengok abang dok berguling-guling tahan gatai barangkali.
Badan abang lentok macam udang kena bakaq versi reverse.
Ibu cari ilham, macamana nak garu badan abang ni?
tetiba...toingggg ilham datang dalam kalut-kalut abang menangis
dengan kakak nak buat homeworkla..nak kencing la...
ibu kepak ranting-ranting yang kecik tu, pastu susun dalam 5 ranting then ikat.
Pastu, garu-garu belakang dia. Diam kesedapan penuh nikmat!


Terus minum susu sampai 2 botol. Sedap sangat la tu kena garu.
Kakak pun siap berenti buat homework sebab nak tolong ibu garukan adiknya!

Wednesday, February 23, 2011

Kakak belajar apa hari ni?


Tetiap hari, dalam kereta time nak balik rumah, ibu akan tanya
"kakak belajar apa hari ni?"
Kakak akan kata " belajar abcdefg....." sampai z dia akan baca.

Tapi kalau nak tau apa yang dia belajar, malam-malam time dia buat homework
atau dia leka main, akan keluarla apa yang dia dah belajar.
Ada doa. Ada lagu. Ada ayat-ayat lazim.
Tapi satu malam tu, tengah ibu dok layan abang dan adik sambil kakak buat homework,
ibu dengar dia macam cakap "syurga itu di bawah tapak kaki ibu".

Ibu pun tegur la " ooo...cikgu ajar kat sekolah ekkk..lagi?"

Kakak pun sambung....tapi bunyi macam slang2 yang kureng skit ibu nak faham.
Jenuh ibu dok mencari nak baca kat kakak balik apa yang dia sebut dalam ayat yang lebih baik.
Ayah lagi la terkebil-kebil tak tau apa kakak sebut.

Pastu ibu ulang balik ayat yang kakak sebut dan tanya dia - ni ka yang cikgu ajaq?
Dia kata ya! Hahahahaha
mengaji hadis anak aku rupanya...

Siap dok ulang macam yang ustazah dia sebut (rasanya) dalam intonasi mengajar u!

hadis yang pertama
"Sesungguhnya, setiap amalan itu dinilai dengan niat"

Cayalah kakak! Tak sia-sia ibu hantar kakak pi sekolah kan!
Ibu siap rekod apa yang kakak baca tu.
Tapi hadis dia bercampur-campur pulak dengan syurga di bawah tapak kaki ibu.
Budak-budak la katakan.....

Tuesday, February 22, 2011

Adik - 7 bulan

Picture kat atas adalah gambar adik yang latest. Masa ni kat rumah ayah di Singapore.
19 Fabruari, abang dan adik dah 7 bulan.
Adik dah memang laju mengesot ke depan.
Dah kuat menjerit dan pandai menyembang sorang-sorang atau dengan orang.
Memunggah pun terror dah.
Pandai bawak diri tambah-tambah lagi time abang demam.
Macam dia tau ibu bagi lebih perhatian kat abang..
Gigi bawah dah tumbuh sebatang tapi ibu belum manage nak ambik gambar gigi sulung adik tu.
Dan adik pun dah pandai pegang botol susu yang besaq tu.
Tapi ikut mode pulak...

Harap adik terus sihat dan ceria!!!

Monday, February 21, 2011

Abang demam campak

Rasanya semua yang ikut blog ni maklum, baby abang tengah demam.
Kisah abang mula demam kat sini.
4 malam ibu huru hara.
Malam ke 2, abang demam, ibu dah jadi 'neng yatimah'.
Ayah pi keja, adik pun demam 'suam-suam' naik gigi. Kakak buat feel tak mau tido.
Suruh lena, dia kata " kakak nak sleep dengan ibu kakak".
Yang ibu ni dok peluk abang, panas dah 39 degree.

Last-last, call encik suami. Dia baru sampai opis.
Potpet-potpet, ayah balik padahal baru je sampai tempat keja.
Tu la..tadi aku kata tak yah pi keja, ayah kata kena pi jugak. Kan dah kena balik heheheh
Ayah sampai rumah pukul 1++am. Masa tu suhu abang dah turun skit around 38.
Tak turun sangat suhu walaupun dah bagi ubat.
Ayah ajak pi klinik..ibu kat nanti dulu.
Siap lena seround sambil duduk peluk abang.
Sejak abang demam, memang ibu tido duduk peluk abang kat atas dada.

Pukul 3++ am, check suhu abang...39.7 balik.
Gerak ayah. Jom pi klinik.
Pepagi buta, mengangkut anak-anak masuk kereta. Takkan nak tinggai kot.
Kakak ngan adik pun ikut sama pi klinik.
Ibu bawak abang jumpa doktor, ayah tunggu kakak ngan adik dalam kereta.
Doktor pulak tengah lena. Yerlah..dah tak dak patient, lena la kan..buat apa lagi.

Pumpang-pumpang..cucuk ubat kot m*ntot.
Doktor suruh buat rawatan sponging. Katanya dalam sejam suhunya boleh turun 1 degree.
Saya kata, saya dah buat dari pukul 10..sama saja.
Doktor kata buat lagi. Yer lah..apa lagi nak buat!

Hari Jumaat, ibu balik Singapore. Sana ada nenek boleh bantu2 ibu jaga baby.
2 malam pula huru hara dengan nenek. Sekali dengan nenek tido lepak dengan ibu.
Petang Ahad, badan baby dah ok. Panas dah hilang,
Maghrib sampai ke Pasir Gudang, belek2 muka abang sebab nampak banyak ruam halus.
Arrghhh..campak sekam ni!
Patutla panas badannya bukan main lagi.

Muka abang yang dah menggerutu dengan campak halus.
Ondway nak pi klinik ni.

Saturday, February 19, 2011

Buat Kimi Meletzzzz

Hujung bulan lepas,
Kimi (pensyarah sambilan) membuat keputusan tidak menyambung kontrak di kolej saya.
Beberapa hal menyebabkan dia membuat keputusan begitu setelah hampir 2 tahun
bersama kami di sini.
Tak pa dik...ko terror make up pengantin, ko terror jahit baju, langsir..
mesti lagi masyuk income ko!
Nanti jangan pulak ko tak kenal akak yer dik!
Akak akan kenang jambul meletzz ko tu dik. Dan jangan lupa... 'janggutttt' ok!

Asal ada jer orang 'tala' camera, minah-minah ni pun inteprame!
Apatah lagi bila saya sound "cepat..sapa nak masuk blog akak!"
Kimi, the only guy yang ada dalam gambar kat atas.
Bersama (dari kiri) Khalis, Mastura, Awa dan Raihan (belakang).

Dalam picture tu, sorang je yang dah berkahwin, Mastura (tengah pening2 mabuk la ni).
Khalis bakal tukar status pada 11.11.11 ini.
Raihan dah berboyfren tunggu masa nak ikat kot.
Awa tu masih free. Bagus sapa dapat Awa ni, dia cikgu rambut.
Rambut saya, dia le yang cuci dan guntingkan.
ecehh..sempat lagi aku promote yer..
jangan marah yer awa.
eh..sedap asam pedas ikan patin hari tu!
tochey

Serius


Petang-petang, balik ibu angkut dua-dua lepak depan tv dengan kakak.
Kalau ibu nak turun bawah, ibu pesan kakak jaga adik.
Siap suruh kakak jadi pagar (kakak baring halang baby ke tangga).

Apa depa dok diskas pun tak tau?
Serius bukan main.

Friday, February 18, 2011

Pesta Layang-layang


Sebagai rakyat Malaysia yang berpengetahuan
mesti anda tahu kelaziman penganjuran Pesta Layang-layang Antarabangsa.
Pada saya pesta ini dinanti-nantikan sama seperti PC Fair atau Book Fair.
Bagi orang-orang Pasir Gudang, pesta ni macam feeling nak sambut raya pun ada.
Rasanya, saya dah sedar tentang kewujudan pesta layang-layang di Pasir Gudang ni
sejak saya masih sekolah rendah lagi.
Apatah lagi sebelum itu, saya pernah ke Pesta Layang-layang Antarabangsa yang pernah diadakan di kawasan saya bersama arwah Tok Wan suatu masa dulu.
Moment bersama Tok wan itu masih saya ingat.
Entahlah, apa mimpi Tokwan agaknya tiba-tiba mengajak saya ke sana.
Bukan semua anak cucunya akan dapat layanan sebegitu!

Setiap tahun di bulan Februari Bukit Layang-layang,
Taman Bandar Pasir Gudang menjadi lokasi.
Cuma tahun lepas sedikit kaciwa. Pesta ini diubah ke Bandar Dato Onn.
Tahun ini kembali semula ke tempat asalnya. Rasanya, 'ubah angin, di sana tak menjadi kot.
Orang dah sedia maklum, pesta layang-layang mesti di Bukit Layang-layang.
tetiba ubah ke tempat lain, macam pelik barangkali.

Tahun pertama di sini (Julai 2008) saya terlepas time sudah.
Tahun kedua, saya tak berpeluang ke sana (padahal dekat saja :P)
Tahun 2010, lagi la tak ke sana sebab buatnya di Bandar Dato Onn .
Tahun 2011, baru berpeluang ke sana membawa anak dara saya yang sorang tu.
Kesian rasanya kalau saya tak memberi peluang pada kakak merasai 'rasa seronok'.
Yerlah...asyik terkurung saja di rumah dengan saya.

Sempena saya EL sebab baby abang demam, saya membawa kakak ke sana.
Tinggal abang di rumah dengan ayah. Baby adik dengan pengasuh.
Bawak kakak ke sana jam 5 petang dah.
Layang-layang masih banyak walaupun masa dah 'time'. Punya la dia suka.
Dalam kereta lagi dah ' ibu...ibu..kakak nampak layang-layang fish'
'kakak nampak turtle' . 'kakak nampak belon upin'
Semua dia nampak!

Muka kakak yang baru bangun tido. Emi (pengasuh) kata selalu bangun mesti menangis.
hari ni bangun terus ok bila bagitau ibu nak bawa tengok layang-layang.
Mata kakak menjeling sakan...apa tak nya, belon la...rama-rama la...tikus la
semua jenis mainan depan mata.
Jenuh ibu rekacipta cerita tak mau bagi dia nak benda-benda tu.

Pada yang ada di kawasan berhampiran, jemputla ke Pesta Layang-layang.
Hujung minggu ini mesti ada macam-macam.
Kalau miss yang ni, kena la tunggu pulak Februari tahun depan :P

Main masak-masak

Ibu cuti umum Maulidurrasul. Ayah pun cuti juga. Tapi bukan sempena Maulud Nabi.
Terkena offday-nya. Singapore! Mana ada public holiday banyak macam kita ni.
Bila ibu dah ayah cuti serentak, ibu pun rajin la nak main masak-masak.
Mulanya terpesona dengan resepi ayam panggang kat blog TTM,
lepas tu terfikir, kalau buat nasi ayam, kena laa..
Lagipun dah lama tak main masak-masak cam gini.

Balik keja hari Isnin, beli bahan-bahan.
Gigih tawaf kedai Lee Heng padahal tengah letih posa (fisrt day ganti).
Siap, terus ambik baby, terus pusing stereng balik rumah.
Malamnya dah mula siapkan ayam tu.
Nak sedap punya pasal, nak marinate semalaman.
Tapi gila kalut busy. Twin buat perangai. Ibu kalut nak berbuka puasa.
Last-last, berbuka sambil merasa sup ayam. Sup tu sebab ibu rebus dulu ayam tu separuh masak, supaya bakar esok tak payah lama-lama. Tektik tu!

Esoknya, bangun sedikit lewat. Cuti katanya kan! Harus laa....
Bangun terus ke dapur. Siapkan nasi ayam.
Bakar ayam sambil-sambil tu panaskan sup dan buat cili dan kicap.
Pukul 1030 dah siap semua.
Terus brunch kek dahnya!

Mabeles tak ayam panggang i. Lapik ngan timun saja.
Salad tak beli sebab dah kecut yang adonya!.
Tak sia-sia beli oven tu ekk.
Balance bahan marinate tu saya masak sampai mendidih,
pastu tuang atas ayam yang dah siap dipanggang.
Perrghhhh..bangga tetiba tengok hasil masakan sendiri.

Sedap lain kira.
Usaha nak memasak tu yang penting.
Yerlah...dah lama tak masak bagai-bagai macam ni sejak kalut dengan anak kecik!

No lunch. Petang buat jempu-jemput udang geragau.
Malam buat sambal telur puyuh makan dengan balance nasi ayam yang ada.
hahahahaha

Thursday, February 17, 2011

kepala sapa!?


Bujang ibu dah besaq dah. Besaq-besaq ni baru ibu perasan.
Sorang ada 1 pusar rambut, sorang lagi ada 2.
Dulu ingatkan dua-dua ada 1 pusar saja.
Setelah ditenung dan ditilik...
laaahhhh....ada yang ada 2 rupanya!
Kata orang, yang ada 2 tu sikit berangin. ya ka?
Harap tak la...
Dengan izin Allah dan berkat doa yang sering ditiupkan
di telinga dan ubun-ubun depa saban hari.
Amin...

Cuba teka?
Mana satu kepala abang mana satu kepala adik.
mana yang 2 pusar
mana yang 1 pusar.
hehehehehe

p/s:
adik dah naik gigi. kat bawah!
masa entry ni ditype, adik demam suam-suam.
Demam naik gigi gamaknya!

Abang demam

Sejak dilahirkan sehingga 17 Februari,
inilah kali pertama abang demam. Sebelum ni cuma badan suam-suam saja.
Demam pulak di malam hari. Kena pulak ayah kerja shift malam.
Itu yang ibu terpaksa men'tarzan'kan diri.
Kena lagi best, adik pun tak berapa sihat, demam tumbuh gigi.
Adoiiii....ngilu lagi syahdu jiwa ibu ni hadapi semua ni sorang-sorang
di tengah malam yang kelam.
uhuk!

Lepas tampal koolfever (dewasa punya) balance kakak deman hari tu,
ibu bagi abang ubat dan susu.
Lap-lap badan dan basahkan kepala, sat-sat cucuk termometer.
Sampai suhu dan ok ibu letak abang kat bawah nak bagi lena.
Idak mahu yooooo!
Nangis merengek-rengek ala-ala manja mula bergema di malam yang sunyi sepi.
Ibu pun angkat la masuk celah kaki ibu.
Sat saja terus lena.

Dekat pukul 4 baru ibu dapat baring. Sebelum tu lelap 'ala-ala' sambil duduk.
Hari ni terpaksa la EL. Abang tak masih demam.
Adik dah ok.
Kakak dan adik, ibu hantar ke rumah pengasuh.
Type entry ni sambil tunggu ayah balik nak pi hospital.

p/s:
Buat anak agak mudah.
Tapi nak menjaga, mengasuh dan mendidik memang banyak cabarannya.
Sebab tu ada kes 'bapa gila' yang sanggup campak anak sebab anaknya menangis dan bising
padanya!
Memang sewel manusia tu!

Blog Mas Kancil - Mangsa SKMM

Ini salah satu blog yang saya suka terjah.
Seawal blognya mula ditulis dengan ramalan² kartu fizik, saya telah mengikutinya.
Pemiliknya memperkenalkan diri sebagai Maskancil, dan sepanjang pembacaan,
saya dapat mengagak yang beliau seorang wanita.
Tapi, entah la.
Dalam dunia internet ni banyak penipuan. Mungkin betul mungkin tidak.

Cuma sejak seminggu lepas, blognya sudah tidak dapat diterjah lagi secara 'halal'.
Terpaksa menggunakan cara lain untuk masuk ke tanahnya.
Rupanya SKMM telah terbekenan dengan blognya.
Isi blognya memang kadang² agak 'panas'.
Kebanyakkannya berkaitan dengan dunia orang² atasan yang mewah dan kaya.
Mungkin ada tulisannya yang 'menggoncang' seseorang yang berkepentingan,
maka terpaksalah SKMM mem-banned blog nya.

Gaya penulisannya sangat bersahaja.
Kadang², ada entrinya yang macam mak menasihati anak-jangan buat perkara yang sama!
Itu pada pandangan saya la..orang lain mungkin berbeza intepretasinya bila membaca tulisannya.

Apapun, moga blog ni dapat kembali aktif.
Ada juga kebaikan bila dia mendedahkan tentang 'sesuatu'.
Masyarakat sekarang sudah bijak membuat penilaian mana yang betul mana yang salah.
Taklah menerima bulat² apa yang didedahkan.
Tapi, kalau blog yang suka mendedahkan sesuatu hal di 'banned',
pasti masyarakat dapat mengagak - mungkin ada benar pendedahannya itu kan!?
hehehehe

Jadi tarzan (bergambar) - UPDATED!


Lepas babai ayah pi keja, ibu dan kakak terus masuk bilik, bobok!
Kakak kena paksa, akhirnya tidur juga dia.
Ibu tak payah paksa, memang sebelum ayah pi keja dah lelap,
so kira sambung balik la. Kena pula babies dah lena. Memang heaven!
Tengah nyenyak-nyenyak tido, macam mimpi gitu dengar suara baby merengek.
Buka mata, abang yang dah jaga.
Tapi merengek cam 'semacam' saja. Terus terjun katil, pegang kepala.
Damn! Panas! Deman. Siang tadi ambil injection.
Capai termometer - 38.7!
Usung masuk toilet, basah kepala.
Time kritikal cam ni, adik pun jaga. Memang ibu jadi tarzan la...
Berdesup turun bawah ambil ubat abang.
Bagi ubat, turun bawah lagi ambil sapu tangan, (tadi lupa, dah kalut).
Celah-celah tu buat susu adik dulu. Tukar pampers dua2. Suhu adik dah ok..angkat masuk buai.
Lap-lap badan abang sambil sebelah tangan lagi enjut buai adik.
Ibu hampir nak jatuh terkan*kang sebab ayaq lap abang menitik atas tiles.
Keep monitoring him. Sampai suhu dah 37, baru letak abang kat bawah.
Main guling2 lagi tu. macam tak demam.
Ibu terus lap badan dia. Tapi dan lagi capai netbook, fb ngan ayah!
'Popok-popok' abang nak bagi dia lena, tapi dia macam tak selesa.
Hidung tersumbat! Sapu vicks kat dada dan belakang, nampak dia ok skit.
Ibu angkat masuk celah kan*kang, sumbat botol susu..
finally...lentok atas peha ibu ni.
Ibu?! Duduk kejung sambil update blog!
Update blog u...tetap!!
Terapi hati gitu!

Sekian, ibu melaporkan langsung dari rumah no 3.
Nampak netbook ibu kat tepi tu. Sedang 'terapi jiwa' tu!

p/s:
Saya memang gabra kalau anak demam tinggi. Takut jadi saw*n tar*k.
Arwah wan saya pesan, mak saya pun tolong pesan lagi sekali,
kalau anak demam, biar anak tidoq atas pangku kita.
Biaq la tidoq sambil duduk pun asal anak atas pangku.
Kot2 jadi saw*n @ t*rik, cempung kepala dan kaki dia
(peluk jgn bagi kepala tertarik ke belakang).

Wednesday, February 16, 2011

Abang dan Adik

Dua orang boyfriend ibu ni memang makin handsome..
Adik makin ceria.
Abang terus cool dan bersahaja.

Aksi di pagi hari cuti.
Apasal baju lain-lain ni? Kata kembar?
Adik ha...kencing dah basah habis baju². Tengah malam tukar baju lain.
Pampers tak penuh tapi boleh bocor.
Itu la dik..adik ramping sangat :P
Bolos air kencing kot celah kangkang dan belakang gamaknya!

Abang punya gaya macam orang belajar asas payung terjun.
Kena belatih angkat kaki tangan.
haa..gitu la aksi yang dia suka buat.
macam..toingg..toingg ada spring gitu bila abang angkat kepala dan kaki serentak.

Moga anak-anak ibu terus sihat hendaknya.
Amin!

Tuesday, February 15, 2011

Kursus pendek bersama bekas pelajar kursus pendek

Tugas pensyarah di Kolej Komuniti selain mengajar pelajar sepenuh masa,
kami perlu berkhidmat untuk komuniti di dalam siri Kursus Pendek pada setiap hujung minggu.
Itu adalah tanggungjawab kami di sini.
Kalau tak nak buat benda tu, sila berpindah keluar dari organisasi kolej komuniti.
Ke sekolah barangkali. Bunyi sedikit kasar tapi itulah hakikat kami di sini.

Kisahnya, saya adalah orang yang memperkenalkan Kursus Pendek - Penulisan Blog Peribadi
di kolej saya setelah bosan dengan kursus² komputer yang sedia ada.
Siri pertama kursus itu cuma 10 orang sahaja anak murid saya.
Bercampur remaja dan orang yang lebih dewasa dari saya.

Kisah itu berlaku semasa saya mengandungkan kembar. Dalam awal tahun 2010 yang lepas.
Minggu lepas, bekas peserta kursus ini menghubungi saya melalui telefon jabatan.
Dia memperkenalkan diri sebagai bekas pelajar kursus saya.
Dia berhajat nak mendalami hal-hal berkaitan blog dengan lebih advance.
Yerla..dulu memang saya cuma ajar perkara-perkara yang basic.
Tetiba terfikir, alamak! jenuh aku! Aku pun bukan la terror mana pun bab² blog ni.
Blog pun biasa² saja..malas nak make up lelebih.

Tetapi permintaannya saya terima untuk membantu setakat terdaya!
temujanji di atur pada hari Jumaat kerana saya tiada kelas. Dia akan ke pejabat saya.

Dia datang bersama laptopnya. Sembang², katanya dia nak buat bisnes online.
Nak pasarkan homemade coklat, kek lapis dan beberapa lagi barang hasil tangannya.
Sebelum ini, cuma kawan² terdekat yang menempahnya.
Dia terfikir pula nak memasarkan hasil tangannya dengan lebih luas lagi.
Sebaik mungkin saya menunjukkan apa yang dikehendakinya.
Kebanyakkannya tentang gadget² untuk mencantikkan blog dan menambah page pada blog.
Alhamdulillah, berguna juga ilmu yang saya ajarkan dulu ni.

Sebelum balik, dia menghulurkan 2 bungkus kerepek pisang buatannya.
Alhamdulillah...sedap. Rangup!
Sebelum berpisah saya mengucapkan selamat maju jaya dalam bisnes.
Kalau ada apa² tanya, jangan segan² telefon saya. Setakat yang termampu saya boleh tolong.
Yang saya suka, tau apa kata dia???
"Terima kasih banyak². InsyaAllah, mana la tau dekat² nak raya, sampai kek lapis kat cikgu zakiyah"

hahahahahaha
memang suka kalau dapat barang free kan :P
kepada Kak Ida, moga rajin² la menggodek blog tu. Lama² akak terror la!
Jom terjah blognya yang masih dalam try n error - di sini.

Ayat² dalam blog tu adalah copy paste dari blog² bisnes yang ada,
hanya sekadar untuk tunjuk contoh. Kalau ada yang nak order, terus sms dia tau!

Maulidurasul

Kalau ada masa, sila la gogel kisah-kisah kewafatan Rasullullah.
Sungguh menyentuh hati aku sebagai umatnya.
Hingga ke saat-saat akhir hayatnya,
baginda tidak pernah melupakan kita.
Baginda tetap menyebut "ummati..ummati...ummati".

Tapi sangat sedihkan, umat baginda kini.
Ada yang tidak tahu sirah kelahiran baginda.
Berapa orang putera dan puteri baginda.
Ada yang belajar masa kecik-kecik, kemudian lupa bila mula mengijak dewasa.
Lebih tertumpu pada kisah-kisah artis terkini, lagu terhangat, filem terlaris.
Saya tak kata orang lain, saya tujukan pada diri saya!

Sedihkan, bila ada umatnya kini yang tidak tahu berselawat kepada baginda.
Ada yang segan-segan bila nak berselawat, takut dikatakan 'alim'.
tapi tak segan pun menjerit menyanyi lagiu kegemaran.
Entahla...

Hari ini 12 RabiulAwal, ulang tahun kelahiran nabi junjungan kita,
Nabi Muhammad SAW.

Jangan dok nak rai Valentine! heeppppp!

Monday, February 14, 2011

Hang Tuah

Terikut² pulak Kak Azie menulis pasal filem P. Ramlee ni.
Saya suka menonton filem²nya. Tapi tak semua. Cerita komedi dan ringan², saya layan.
Kalau macam Dr. Rushidi, 6 Jahanam...saya kureng skit...

Isnin lepas ada cerita Hang Tuah kat RTM2. Ini memang fouvarite saya!
Paling saya tunggu ialah part dialog Tuah & Tun Teja sebelum lagu Bekorban Apa Saja.
Sweet sangat part tu. Rasa romantik dan sangat berseni dialognya.

" Ya, malam yang indah begini sesuai untuk orang berkasih sayang. Tapi apakah 'arti' kasih sayang. Bolehkah tuan menerangkan"

"Boleh, tapi bukanlah dengan kata² biasa"

Pastu

hmmmm hmmmmm.....
bekorban apa saja
harta atau pun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

suke!!suke!!

Pantun sebelum berpisah - saya sangat suka :P

Burung nuri burung helang,
tidak sama terbang tinggi,
sekarang puteri berangkat pulang,
bila pula berjumpa lagi?

Kain buruk tepi perigi,
Di buat orang pengesat belanga
Esok kita berjumpa lagi
Tunggula Teja di taman bunga.

ecehhhh...

Sunday, February 13, 2011

Kesedaran sivik

Kali ni mai cikgu Zakiyah nak cerita pasai kesedaran sivik.
Ala-ala nak berletiaq pun ada ni.
Penting tau kesedaran ini perlu ada dalam diri setiap manusia kalau nak maju.
Jangan angan-angan nak jadi negara maju kalau sikap kita masih buruk dan busuk!

Sikap yang buruk dan busuk yang saya maksudkan ialah buang sampah merata².
Kalau buang sampah pun, kita tak boleh nak disiplinkan diri,
jangan harap la nak maju!
Kadang² sedih tengok, naik kereta besaq, cantik tapi otak kecik , sempit!
Senang cakap bodoh lagi bangang!
Buang sampah main campak saja keluar dari kereta!
Contoh macam kereta kat bawah ni. Memang menyirap darah makngah!

Kes ni masa saya balik ke Melaka cuti CNY lepas.
Masa ni dah masuk jalan menuju ke simpang Tanjung Bidara - Pengkalan Balak.
Time lebih kurang pukul 630 petang.
Tetiba, penumpang kereta ni campak seplastik sampah dari tingkap. Seplastik ok!
Ewah..ewahh...sesuka hati saja ek!
Terus makngah follow. Sekali destinasi kami hampir sama.
Dia belok ke simpang nak ke Pengkalan Balak, cuma saya berhenti di Padang Kemunting,
kereta tu terus. Rasanya dia ke pantai tu, mungkin ke chalet.


Saya seru, pada semua termasuk la diri saya. Janganla ada sikap macam ni kat kita.
Apa salahnya, kumpul dulu dalam plastik tu. Nanti dah sampai destinasi,
buang la plastik tu dalam tong sampah.

Satu lagi yang saya nak bebel sikap pemandu² kat hiway ni.
Tak payah la nak ops Sikap ke 8 ribu pun, kemalangan memang akan tinggi.
Kalau dah gaya bawak kereta nak cepat sokmo.
Memotong sesuka hati..disiplin yilek! Memang tak maju la kita!
Line kecemasan tu main redah saja nak cepat!
Memotong cilok kiri (line kecemasan) - kanan sesuka hati, tu yang macam² jadi tu.
Memang geram! Kita ni dah berhati² bawa kereta, ikut peraturan.
Kang jadi juga mangsa kemalangan dengan orang² yang perangai buruk dan busuk macam ni.
Kalau dia tergolek kemalangan sorang² tak pa jugak, ni dengan orang² yang tak bersalah
terlibat sama.
Itu yang sakit hati tu!

Stop la.
Asal saya bebel, saya yang lagi sakit hati!
Benci tau!!!

Saturday, February 12, 2011

Abang dan Mickey

Abang yang makin montel dan berketul² badannya.
Mata sepet ala korea yang bisa meruntun hati ibu.
Kalau menangis, aduhaiiii....syahdu dan sayu.
Tetap berbunyi cool!

Abang masih bergerak 'reverse'. Masih mengangkat bontot tinggi.
Mungkin sebab badan abang sedikit berisi berbanding adik. Sebab tu adik dan melutut kot.
Makan bubur boleh tahan. Suap - telan - suap - telan - licin!
Cuma abang masih berkahak.
Geram ibu dengaq bunyi kahak tu kalau abang batuk sesekali.
Mungkin gatal tekak dek kerana kahak yang banyak tu.

Kawan² ibu suruh bawah pi klinik untuk sedut kahak tu.
Boleh ke bawak je pi klinik, suruh doktor sedutkan.
Takut nanti, dia bagi ubat cair kahak lagi.

Sapa ada pengalaman, boleh sharing skit tak?

Friday, February 11, 2011

Aksi adik kini

Adik sekarang dah pandai macam².
Terkini, dah pandai menyembang bahasa bayi tu - "ba-ba-ba-ba-ba-ba".
Menjerit, ketawa mengekek² tu lagi la.
Adik dah boleh 'meyuluq' - kata orang Kedah.
Ke sana sini dia jelajah. Jenuh nak tangkap dia la ni.
Dah mula melutut - ala² nak merangkak tapi gedebuk jatuh meniarap balik!

Adik beraksi di bawah meja kopi.
Captured masa balik Padang Kemunting cuti CNY lepas.
Laju di kayuh. Sangat aktif dan agresif nampaknya si adik ni.
Asal nampak benda yang menarik, laju berdesup dia kayuh.

Now, kalau kat rumah sendiri dah takut nak tinggal adik sorang² kat atas.
Siap pesan kakak, panggil ibu cepat² kalau adik nak ke tangga.
Susun atur kerusi pun saya dan ubah menghalang jaring² tangga yang memang boleh bolos size anak-anak saya ni.
Tengah mencari solution nak tutup lubang² yang sangat membahayakan ini.

Stoning Of Soraya

Sapa pernah tengok movie ni?
Movie ni dah lama sebenarnya..rasanya dalam tahun 2008 (hasil google).
Al kisah encik suami saya sangat suka meng-download cerita.
Dan ini lah kisah yang terkini yang saya tonton.
Memang saya sakit hati masa menonton cerita ni.

Ini sebuah kisah benar di Iran yang menimpa seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu yang bernama Soraya!
Geram dan benci dengan sikap lelaki yang memperlekehkan darjat dan maruah isteri.
Sanggup memfitnah isteri sendiri semata-mata hendak berkahwin lain.
Sanggup menuduh isteri curang dengan orang lain padahal isterinya bekerja untuk keluarga.
Dan paling geram...mudahnya menjatuhkan hukuman yang kononnya menegakkan Islam.

Menyirap darah tau!
Rasa macam depa ni mudah jatuhkan hukuman yang berat walhal dalam Islam,
nak jalankan hudud tu bukannya boleh sebarangan.
Punya la banyak siasatan, saksi dan perkara-perkara yang mesti di nilai,
barulah sesuatu hukuman itu boleh di jatuhkan.
Saksi pulak bukannya saksi yang ala-ala.
Ada ciri² saksi yang baru boleh diterima kesaksiannya!
Ini tak...main dengar pengakuan saja...terus jatuh hukum rejam!
Adussss!
Kalau orang yang baru nak berjinak-jinak dengan islam tengok filem ini
dan tak merujuk pada orang yang betul² arif tentang Islam,
memang dia akan takut dengan Islam.

Rasanya darah saya memang naik tengok filem ni.
Suami saya sampai ubah tempat duduk sebab asyik kena penampar dari saya!

Sedikit sinopsis :

Kisah ini adalah flashback.
Zahra (makcik Soraya) berjumpa dengan seorang journalist Iran tetapi tinggal di Perancis. Journalist ni singgah di kampung tersebut sebab keretanya rosak.
Kiranya, Zahra menceritakan kisah Soraya supaya semua orang tahu akan ketidakadilan dan kekejaman terhadap wanita yang berlaku di daerahnya.

*********************************************************************
Soraya difitnah oleh suaminya, Ali (kaki dera bini) yang hendak berkahwin lain
dengan mengugut majikan isterinya, Hasan untuk mengaku berlaku curang bersama Soraya.
Ali berusaha untuk membuatkan Soraya yang minta cerai tapi Soraya tetap tak buat macam yang dia nak.
Kerana takut dengan ugutan Ali, Hasan mengikut arahan Ali
Dalam masa yang sama, mullah (macam hakim) kat situ pun berkenan dengan Soraya tapi Soraya reject dan dia jugak turut berse'tongkol' dengan Ali.

Pendek cerita, dia dijatuhkan hukuman rejam.
Hasan, dia dilepaskan sebab Ali mengampunkan nya. (Ada kah lagu tuh!)
Bapa Soraya, anak lelaki nya turut membenci Soraya akibat hasutan Ali (memang lahanat!!)
Berjalanlah hukuman tu sampailah dia mati..uhuk!

**********************************************************
Ending filem ini menunjukkan yang pemimpin daerah tu takut bila nampak
Zahra bersama journalist tu.
Habis barangnya diselongkar. Tape rakaman dimusnahkan.
Kemudian, Ali pulang dengan hampa bila pernikahan dengan perempuan yang diidam²nya
dibatalkan oleh bapa perempuan tu.
Hasan, majikan Soraya terus bersuara menyesal kerana bersekutu dengan Ali.
Mayor dan mullah saling bertuduhan menyalahkan masing² sebab menjatuhkan hukuman pada Soraya (podaahhhh!)
Journalist tu dihalau dari daerah tu dan dapat membawa tape rakaman tu keluar dengan bantuan Zahra.

Bagaimana? Anda saksikan sendiri kisah yang sangat mengguris hati perempuan saya.
Tak pa Soraya, kau tuntut keadilan di Padang Mahsyar nanti!

Akhirnya,
kisah itu telah dibukukan oleh journalist tadi dan menjadi hits tetapi di banned di Iran.

p/s:
sekian, perkongsian di hari Jumaat!

Saturday, February 5, 2011

Kisah Gadget Baru - Part 3

Sebak hati bila tengok duit yang tokey tu return kat i..uhuk.
Bagi kat dia punya tebai...dia bagi balik 2 keping saja.
Tokey Samsung tu namanya Sam.
Sambil tunggu technician format 2 netbook tu kami sembang-sembang.
Saja i buat cerita kat dia kononya habis duit TH nak pi haji sebab beli netbook ni.
Dan lagi dia tanya i - kenapa nak pi muda-muda.
Selalu dia tengok kat tv yang pi haji tu orang yang dah tua.
Saya kata, itu mentaliti orang dulu-dulu. Tua baru nak pi Mekah. Saya kata kalalu boleh, saya nak pi time muda.
Masih kuat, nak tawaf nak saei..kalau dah tua, sakit sana sini..nanti tak feel.
Tak tau la dia tau apa saei tu..tawaf dia tau - pusing Kaabah.
Banyak juga kami sembang-sembang. Dari hal Mekah sampaila hal keluarga.
Terkagum dia dengan i bila dia dapat tau i drive ke KL bawak anak kembar.
Dia kata saya ni superwoman youuuu.. :P
Sebagai tanda terharu dia tambah free gift kat saya....alat pengurut USB.
Katanya buat urut kalau letih jaga anak. Dia jaga anak sorang pun dah tak larat sambil dia dok bayangkan macamana saya jaga twin.. :P
Eh..entry ni cerita pasal apa sebenarnya hahahaha
nak kata out of topics tapi memang kisah ni terjadi masa saya beli netbook ni.
Tak pala..just nak sharing kemesraan Sam di kedai Samsung kat Plaza Low Yat tu.
Ni cash yang saya terketaq-ketaq nak bagi kat Sam.
Dan lagi ambik gambar!

Balik kolej, my superior bayar balik kos netbook yang saya belikan tu.
Saya suruh dia bank in terus. Tak mau cash. Takut ada duit kat tangan, kang habis :P
Yang seronoknya, dia bayar lebih!!
Dia kata hadiah untuk saya untuk pi haji sebab duit yang saya gunakan tu duit TH.
Katanya,moga dia pun dapat pahala membantu saya ;)
ada lagi yang nak bantu saya pi haji?
nak bagi no akaun ni
hehehehehe

Friday, February 4, 2011

Monitor - murah rezeki!

Monitor baru encik suami. Monitor lama dah ala-ala kena ketuk baru menyala elok.
Satgi kelip-kelip balik. Ketuk lagi. Silap ketuk, gelap terus. Dah nazak dah.
Tapi sampai saat entry ni ditulis (malam CNY - autopublish) masih belum pasang lagi.
Tak dak masa nak pasang. Dia kerja shift pelik. 1 am sampai 10 am.
Asal sampai rumah dah letih..mandi, makan lepak jap..tido!
Ada ka kat Malaysia shift macam tu?
Ok...back to cerita asal.
Monitor ni saya beli bersama-sama dengan gadget baru saya tu.
18.5 inci dengan harga rm322.
Saya minta kurang lagi dengan salesman tu, dia kata tak boleh...dah murah dah!
Minta free gift dia kata ada, kabel! Buat lawak pulak dia..
Sekali dia check buku, harga sebenar rm355
hahahahaha
dia dah salah bagitau harga, terpaksala dia bagi saya harga yang dia sebut tadi.

Sekali bos dia lalu, depa cakap la cina depan saya.
Terus saya kata " cakapla bahasa yang i faham..baru 1malaysia"
Bos dia kata " i kata boleh bagi 322 tapi kena bagi pelempang sama dia"
"oklah...u bagi banyak2 skit..boleh i dapat murah lagi"
Gelak besaq cina tu..
Ni le rupa monitor tu. Display punya. Snap ni untuk mms kat encik suami.
Terus dia kata angkut bawak balik.
Isteri mithali, ikut le arahan suami.
RM322, tapi encik suami bayar rm350...okla tuh, beda penat usung!
:P

Kisah Gadget Baru - Part 2

Fuhhh! Saat mata bertentang dengan netbook ni, hati ini terus terpikat.
Asalnya masuk kedai Samsung ni sebab nak belikan monitor untuk encik suami.
Dah siap beli monitor, saja-saja jenguk netbook jenama yang sama.
Sekali...terpesona pula dengan rupa bentuknya.
Asalnya nak cari netbook yang besar skit - 12 inci.
Tapi sebab dah terbekenan dengan netbook samsung ni, 10 inci pun 10 inci la..
Untuk info, spesifikasi terkini netbook:
harga : 1299 - 1399 (bergantung pada jenama dan spec)
processor : N550 (latest) N450(lama skit)
RAM : 1Gb terkini 2Gb
hard disk : latest 320 Gb, biasa 250 Gb

Masa miting kat Kajang saya tak bawa laptop. Pastu kerja nak kena buat dan present.
Apa lagi, nekad saja pi Low Yat nak beli netbook untuk buat kerja.
Habis kerja boleh guna untuk surfing pula :P
On the way nak ke Low Yat, my superior call nak pesan sebiji netbook untuk dia.
Macam pesan suruh beli ikan pun ada. Later dia bayar.
Dia tak kisah macamana, cantik pada mata saya, dia pun cantik juga la.
Nasib baik kat Low Yat ada ATM Bank Rakyat. Terpaksala i keluarkan duit tabung haji dulu.
Tu yang tak best bila link-kan TH dengan ATM, senang saja nak cucuk-cucuk kan?
Balik menggalas 2 plastik besar free gift dan netbook serta sekotak monitor.
Nasib baik kawan saya ni gagah perkasa tolong usungkan sama.
Sampai kat hotel, semua pakat serbu tengok hasil borongan.
Terasa macam orang kaya pun ya.
Borong tak henggat-hengat!

Hujan

Semua mesti tau Johor dilanda banjir teruk.
Kawasan Pasir Gudang, alhamdulillah selamat. Yang teruk Segamat.
Kawasan yang hampir dengan Pasir Gudang yang terkena musibah adalah Sg Tiram di kawasan Ulu Tiram dan Kota Tinggi.
Dulu, Kota Tinggi hampir tenggelam. Tahun ni Segamat nampaknya yang lebih teruk.
Takziah untuk semua bangsa banjir.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah!
Hujan terus membasahi bumi pasir Gudang. Semalam baru nampak matahari.
Tapi malam kemabali hujan.
Sejak hujan malam-malam, babies memang nyenyak tido.
ehek-ehek time lapaq. Sumbat botoi, lena sambil nyonyot susu. Habis sebotol, diam!
Sebab tiap2 malam mesti berpampers saja, ibu selimut depa dengan comforter.
lagi nyenyak la lena hehehehe
sejuk-sejuk panas gitu kan.

Kakak peluk-peluk dengan ibu atas katil. Ayah kerja malam. Kesian ayah kena redah hujan. Apa nak buat kan? cari makann...

Thursday, February 3, 2011

Buah Strawberi & Strawberi Mark

Masa dia dilahirkan, dahinya ada tanda merah.
Ingatkan kesan kena 'apa-apa' semasa proses kelahirannya.
Sekali, tanda di dahi tu tak hilang-hilang. Rupa-rupanyanya, itu lah strawberry mark.
Tanda tu kadang-kadang cerah, ada ketikanya menjadi gelap.
Kalau bulan mengambang, tanda itu sedikit terang berbanding biasa.
Kalau nak demam tu, merahnya akan lebih sedikit.
Ada yang perasan kewujudannya, ada ketika ianya tidak kelihatan.
Itulah tanda yang ada pada dahi anak dara saya.

Semasa saya mengandungkannya, saya sangat gemar akan strawberi.Suka yang amat-amat. Masa mengandungkan kembar pun sama jugak. Kakak sehingga kini sangat suka akan strawberi. Sekotak tu boleh habis sekali harung kalau tak control.

Nasib baik nenek suka belikan stok buah-buahan ni. Penuh peti ais kat rumah kalau dia belikan buah. Oren, epal, anggur, strawberi..macam-macam lagi la. Selamat ibu! hahaha


Tengok dia makan strawberi di pagi hari. Siap dengan Vitagen segala bagai. Nenek la suka sangat melayan cucu girl dia yang sorang ni. Tapi ibu tak kisah, as long as makanan tu semua berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Mungkin sebab kegemaran ibu yang melampau akan strawberi semasa mengandung menyebabkan anak daraku ini turut menggemari buah ini.

Sebenarnya, twin pun ada tanda merah yang sama kat dahi macam kakak. Tapi tak obvious sangat. Very light! Semua gara-gara strawberi gamaknya ekk..

My New Gadget

Cantik tak netbook baru i ni? Dah lama bekenan sebenarnya.
Dok simpan dalam hati je bila tengok orang dok guna netbook ni masa baru-baru keluar dulu.
Tak pa, himpun duit dulu. Orang tak mampu kena buat cara tak mampu.
Lagipun benda-benda teknologi ni tak rugi pun kalau lewat beli skit,.
Sebab, sekejap saja akan ada yang lebih baru dan terkini.
Dulu saya ada laptop. Dah bagi hadiah kat adik saya yang dok belajar kat UniKL.
Kesian pula tengok dia tak dak pc. Lagipun saya jarang guna laptop tu.
Beli dulu sebab kat opis lama dok berebut pc.
Bila pindah ke Johor ni, dapat pc sorang sebiji. Jakun sat kata orang Kedah.
Dari laptop tu jadi tukun, baik saya bagi kat adik saya.
Ada juga faedahnya!
Tapi kisah membeli netbook ni memang ...... tak henggat!
Tak tau nak kata best ka..bangang ka...membuta tuli ka...tak betui ka..
Main redah pi beli ala-ala borang gitu.
Saya sorang, beli 2 netbook dengan 1 monitor untuk suami.
Kawan saya yang ikut saya akhirnya beli juga sebiji netbook sebab terbekenan tengok saya beli.
Next entry ok untuk kisah selanjutnya!
p/s:
sangat seronok guna netbook ni sebab handy. Sebelah tangan tangguk (hayun) buai anak, sebelah lagi boleh dok ber FB.
sebelah dukung anak, sebelah lagi boleh peluk netbook ni sekali.
Memang kemaruk ke aku ni? hahahahahahaha

Selamat Tahun Baru Cina

Kata 1Malaysia. Harusla ke wish kan?
Pada yang meraikannya..Gong Xi Fa Chai.
Pada yang tumpang cuti (macam saya ni) - selamat bangun tidoq lewat!
heehehehehe
Jumaat ni kami sekeluarga akan pulang bercuti di Pengkalan Balak.
Encik suami punya off day ter'jatuh' pada hari ke 2 CNY.
Saya sambung cuti sampai Isnin.
Lebih-lebih pulak i ni kan? Macam i pulak yang sambut raya :P

Wednesday, February 2, 2011

Rak TV

Beginilah cara orang tak mampu.
Sikit demi sedikit saya cuba menambah aksesori rumah.
Ini rak tv yang saya tempah. Simple saja.
Memang akan tetap di sini. Dah tak boleh ubah.
Kalau anda yang jenis suka ubah sana, ubah sini susunan rumah, rak macam ni
memang tak sesuai untuk anda.
Sebabnya, cara pasangnya memang 'ganas' dan terus melekat kat dinding tu.

Masa dia nak pasang panel kayu kat atas dan kiri kanan tu memang membuatkan jantung saya nak luruh.
Bayangkan lah..dinding tu saya cat cantik-cantik.
Masa nak pasang rak tu, dia punya gerudi..mak aaiiiii..
luluh hati saya melihatnya bila dinding cantik tu dinodai.
Rasa macam nak stopkan saja. Jangan terus mencacatkan dinding rumah saya.
Lepas dah gerudi, dia masukkan besi. Dia punya ketuk..uhuk! Mau tambah sakit jantung!

Tapi, bila dia siap pasang..eh! cantik pulak!
Pada mata saya, cantiklaa...orang lain saya tak tau.

Tapi kalau nak buat rak macam ni memang kena plan betul-betul.
Kalau dah rasa tak nak ubah, buat la.
Kalau nak ubah, memang buruk la dinding tu.
Kena plaster balik dinding yang berlubang tu. Cat semula.

Rasanya, itu dulu kot untuk tahun ini.
Yang seterusnya, kenala himpun duit balik!

p/s:
Tiap2 kali isi minyak kat Shell mesti isi peraduan tu.
Kalau la murah rezeki dapat RM30k tu...
pergghhh.....angan-angan dah penuh dalam kepala ni.
Angan-angan saja laa..kalauuuu..!

Saya dan Mesir



Saya bukanlah lulusan dari mana-mana universiti di Mesir.
Langsung belum pernah menjejakkan kaki ke sana lagi.
Tapi Mesir, namanya selalu ada di bibir saya sejak dari kecil rasanya.
Kerana ramai saudara-mara saya adalah bekas pelajar dari Universiti Al Azhar.


Bermula dengan maklang yang belajar di sana dan akhirnya berkahwin dengan paklang di Mesir.
Kembali ke Malaysia setelah beranak 2.
Kemudian paktam juga ke sana, dan seterusnya ke Jordan.
Dari saya bersekolah rendah, dia pulang semasa saya mengambil ijazah. Lamakan?

Kemudian, pakcik saya ke sana.
Lebih kurang 5 tahun dia kembali dan kami melangsungkan perkahwinan
dengan pasangan masing-masing bersama-sama.
Adik lelaki saya, Adik Zahir juga mendapat peluang ke melanjutkan pelajaran di sana.
Namun saya dan abang banyak menasihatinya untuk belajar di Malaysia.
Nanti, kalau nak buat master, sambung la di sana - pesan saya.
Tapi rezekinya tetap murah, ketika masih menjadi pelajar UM, dia mendapat peluang ke sana selama sebulan di bawah program tajaan UM.
Dan sehingga kini adik perempuan saya, Adik Zuhaida masih menuntut di sana - di Iskandariah.
Alhamdulillah, dia pulang ke Malaysia bercuti semasa raya puasa tahun lepas.
Tidak terbayang kalau detik ini dia masih di sana.
Rasanya kami di Malaysia mungkin tak senang duduk.
Yang pasti akan lebih runsing adalah tok saya.
Bayangkanlah, tok saya tak lena malam dan sampai sakit-sakit bila dapat tau
yang abang saya nak bawa semua ke rumah saya Disember lepas.
Dengan situasi darurat di Mesir sekarang,
mau dia yang masuk hospital sebab sakit jadi lembik dan tak larat dia
pasti meyerang jika terlebih risau!
Dan terkini, sepupu saya masih berada di sana.
Anak paklang dan maklang yang juga dulu belajar di sana.
Saya pasti maklang memang tak senang duduk sekarang.
Saya juga merasa sedikit tempiasnya. Resah dan risau bila memikirkan situasi di sana.
Menerusi bacaan di blog, ada khabar katanya ada pelajar dirogol - nauzubillah!
Mintalah itu hanya khabar angin sahaja.
Moga kerajaan Malaysia akan cepat bertindak menyelamatkan lebih 11ribu pelajar di sana.
Masalah semakin meruncing. Makanan semakin kurang. Musim sejuk menghampiri.
Mereka tidak dapat berhubung dengan dunia luar.
Tapi kita masih boleh menghubungi mereka dan menyampaikan tindakan yang boleh mereka lakukan.
Dapatkan info terkini dari blog ini Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat!

Tuesday, February 1, 2011

Aksi seksi di pagi hari

26 - 28 Januari saya berada di Kajang. Meeting di Residence Hotel.
Malamnya tumpang berteduh di rumah makteh (adik mak mentua) di Desa Pinggiran Putra.
Alhamdulillah, dapatlah menangkut anak-anak bersama.
Kesian rasanya nak tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh.
Selagi terdaya saya mengangkut mereka dan ada rumah saudara-mara di kawasan yang terbabit, akan saya bawa mereka bersama, insyaAllah!
Pagi, terpaksalah saya kejutkan depa awal. Mandikan mereka pagi-pagi.
Kalau tak sapa nak buatkan. Mak dan makteh dah sakit lutut nak bongkok2 uruskan depa.
Mujur ada sepupu, Atikah yang sampai merajuk-rajuk sebab terpaksa ponteng class.
Tikah tak merajuk sebab jagakan anak2 kak zakiyah kan?
hehehehe

Walau di mana berada, mereka tetap beraksi seksi di pagi hari,
Mesti tinggai pampers saja.
Kesian makteh dan mak yang berhempas pulas tolong jagakan baby.
Kalau Atikah tak dak, mau pengsan depa dua sebab darah tinggi!
Apapun, terima kasih pada mereka yang sudi membantu.
Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Aminnn...

39000

eh! meter kereta pun nak buat entry ka?
Ini moment yang saya nak abadikan dalam blog saya.
Bolehla kan? Blog saya, sapa nak marah kan?
Kereta saya terkini (sehingga kini) adalah MyV.
Dibeli pada Julai 2008 setelah saya berpindah ke Pasir Gudang.
Dulu, saya pakai kancil. Beli pun secondhand saja.
Masa kat tempat kerja lama, semua orang pakai kereta cantik dan baru.
Kancil saya saja yang buruk dan bertampung - bonet colour lain dari colour body.
Ada aku kesah?? Memang saya tak kisah.
Sampaikan driver pun pernah suruh saya tukar kereta baru.
Saya kata " tak palaa..saya tak mampu. Ni kereta cari makan".
Memang saya guna kereta tu sampai habis bayar. Sampai saya dapat tukar ke Johor.
Dan saya tinggalkan kereta tu kat kampung untuk mak abah saya guna.
Kalau tak kerana pindah, rasanya saya masih pakai kancil tu lagi.
Banyak jasa tu!
Alhamdulillah, now dengan MyV ni saya guna untuk cari makan lagi.
Balik kampung Kedah dengan kereta ni rasanya adalah 4 kali kot.
Banyaknya mengangkut kami sekeluarga balik ke Singapura.
Bulan Julai ni genapla 3 tahun dia dengan saya.
Dua tahun setengah ni baru 39000 km perjalanan dia bersama saya.
Sepupu saya yang beli kereta ni sama dengan saya pun dah lebih 60000km jauh berjalannya.
Dah tukar tayar pun!
Dalam hati "ada hati" nak tukar MPV. Tapi, dalam hati sajala!
Tunggu dulu, lagi boleh guna, guna dulu.
Kalau ikut hati, mati.
So, ikutla kemampuan duit sendiri, iye dak?
Related Posts with Thumbnails