Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, March 31, 2011

Acara kemas rumah

Isnin hari tu, pagi-pagi buta cousin ibu sms bagitau nak datang rumah petang ni.
Ibu pun ok saja. Mai la. Dia nak bawa mak dia a.k.a makngah pada ibu.
Sepupu ibu tu yang ibu kisahkan anak dia kena e-coli tu.

Dalam kepala dok pikiaq dah "bila nak kemas rumah ni?"adoiiiii...
tak pa hantar dulu baby. Satgi pikiaq macamana.
Siap hantar baby, masuk balik opis.
Masa sarapan dengan kawan-kawan, ibu dah bagitau satgi nak balik kemas rumah.
Malu la...rumah dah macam dilanggar garuda.
Dah seminggu rasanya tak bersapu dan mop.
Tapak kaki memang hitam kekdahnya!

Pukul 12++, ibu dah berangkat dulu balik ke rumah yang hanya 2.7km dari pejabat.
Mujurkan rumah ibu dekat dengan opis.
Sampai rumah terus lipat baju. Angkut masuk almari yang dah siap dibuat tu.
Baju baby ibu susun saja atas rak tv yang tak dak tv lagi tu :P

Dalam proses mengemas. Sangat bersepah kan!?

Ibu tolak sofa segala, sapu sampah, siap mop lantai sambil mata dok jeling tengok jam.
Tiktok-tiktok, sat saja dah pukul 2.
Lipat toto, susun bantal masuk dalam baby court yang dah jadi pusat simpanan barang.
Kemas dapur sikit. Tengok-tengok jam dah nak pukul 3.
Mak aiiii...cepat betui masa berlalu.

Sebelum balik opis, basuh beras. Masak nasi dulu.
Guna rice cooker kan senang! Tinggai saja kang masak la.
Nak balik ke opis singgah sat kat KipMart nak beli bahan nak masak nanti.
Hari Isnin pulak. Ibu lupa yang hari Isnin, gerai ikan banyak yang tutup!
Beli ayam dan sayur. Ikan dah ada kat rumah.
Oklah...berdesup ke opis sebab dapat call mintak peraku pulak!

Petang balikkerja, memang macam chef hebat ibu masak adanya.
Goreng ayam buat masak merah ala-ala ibu (pakai cili merah saja)
Ikan kembung goreng. Tumbuk sambal belacan + ulam timun.
Sup ayam campur kentang dan karot.
Sayur bayam.

Pukul 730 malam, rombongan makngan sampai.
Lepas solat Maghrib. dah boleh makan.
Mujur makngah nak mai rumah ibu, kalau dak sampai hari ni tak kemas lagi rumah tu rasanya.
Ada sapa-sapa lagi ka nak mai rumah ibu?
Sila bagitau dulu no...
Satgi terkejut depa tengok rumah ibu yang macam apa pun tak tau nak kata.
Tapi pada ibu, rumah itu tetap syurga ku!
ecehhhh....

masak cabai vs asam pedas

Seperti biasa, bila datang hujung minggu dan tanpa ada halangan,
kami sekeluarga akan pulang ke Singapura.
Minggu lepas sama juga adanya.

Terkini, mak mertua (selepas ini disebut mak) sangat suka akan satu masakan ibu ni.
Satu saja ok hehehehehe yang kena dengan selera diam mungkin!
Kalau kat Kedah, ibu namakan masakan ni masak cabai.
Sebab bahan utamanya adalah cabai atau cili kering @ cili boh.
Kalau kat kampung, ibu suka gunakan ikan kembung.
Kat Johor ni, ikan kembung yang ibu suka tu dipanggil ikan kembung batu.
Sebab ibu dah terbiasa dengan ikan tu, sampai ke sini ibu akan cari ikan itu saja.
Dan akhirnya, mak pun dah tersuka dengan ikan kembung.
Sebelum ni memang mak 'layan' ikan-ikan besar macam siakap, kerapu, bawal dan yang seangkatan dengannya.

Balik sana minggu lepas, mak minta ibu masakkan masak cabai tu.
Tapi mak namakannya asam pedas.
Mungkin sebab rasanya yang masam-masam dan pedas macam asam pedas, maka mak menamakannya sebegitu.
Belasah la, janji ibu tau masakan apa yang mak nak ibu masakan tu.

Sekali, mak keluarkan kepala ikan kerapu.
Mak aaaiii...cabaran ni. Selalu masak ikan kecik² saja dan kuantiti pun tak banyak.
Pandai la agak bahan-bahannya sebab ibu memang masak main campak saja.
Ini kepala ikan. Besau pulak tu.
Argghhh..belasah la.
Gunakan gerak hati saja la. Campak saja macam biasa!

Ibu pun tumis la bawang merah dan halba.
Masukkan cili boh dan masak sampai cili tu betul² masak.
Masukkan asam keping dan garam.
Tambah air then masukkan kepala ikan kerapu tu.
Dah mendidih, baru masukkan bendi.
Harap mak berselera la makan masakan ibu ni sebab mak memang choosy bab-bab makan ni.

Taraaaa....masak cabai @ asam pedas kepala ikan kerapu tengah mendidih.
Macam kuah kari pun ada nampaknya.
Effect cahaya kot. Lagipun camera handphone murahan.
Dok tunggu bila en.suami nak belikan Iphone 4 yang boleh fuction macam DSLR tu
ngeh...ngeh...ngeh...

Dah mak berjaya makan dengan banyaknya.
Alhamdulillah, mujur kena dengan selera dia. Kalau idak, sedih jugak la kan.
Tak dapat memenuhi keinginan mak kita.

Wednesday, March 30, 2011

Ahli baru geng Kampung Baru

Dalam keluarga, saya seorang yang berkelulusan IT.
Adik-adik dan abang, berkelulusan agama dan seorang ahli sains adanya!
Kami 6 beradik.
Abang yang sulung, saya yang kedua, adik Zuhaida di Mesir.
Adik Zahir di UM, Adik Mah di UniKl dan yang paling bongsu Adik Izzah, darjah 6.
Abang saya 'agak' buta IT tapi dia yang terawal membeli laptop atau gadget² canggih
dan kami adik beradik yang mem'belasah' hartanya.
hehehehe

Secara tak dirancang, kami berempat mempunyai blog masing-masing.
Dapatlah kami berkongsi kisah walaupun masing-masing berjauhan.
Terkini, adik saya yang bongsu pun dah buat blog.
Nampaknya Geng Kampung Baru dah menjadi 5 orang.
Tapi kisah adik saya ni sedikit kebudak-budakkan.
Yer lah..budak darjah 6.
Itu la kisah dan kehidupan mereka kan?!

Sudah lama dia meminta izin dari saya untuk memiliki blog sendiri. Tapi saya diamkan saja.
Facebook pun dia dah ada dalam diam-diam.
Kena 'basuh' jugak la bila dia upload gambar tanpa pertimbangan dan penilaian.

Kenapa dia minta izin dari saya?
Sebab sayalah yang membayar bil internet di kampung.
itu line internet, ana yang punya!
Kalau tak kena gaya, wa potong saja! habis cerita.
So, hati-hati ya menggunakannya...

Misteri ibu menghilang...


Adaka yang tercari-cari ke manakah ibu menghilang?
Seharian blog ibu ni tak berupdate.
Ibu tak sempat nak buat entry pada malamnya yang selalunya ibu akan set autopublish.
Malam Isnin, makngah dan anakcucunya bertandang ke rumah ibu. Kelam kabut ibu kemas rumah dan memasak.
Malamnya dah flat nak mengadap blog.
Esoknya, Selasa pagi-pagi lagi ibu dah
terkocoh-kocoh bangun (lewat bangun) sebab ibu ada miting di Segamat.

Ibu ada mesyuarat bersama kawan ibu ni, Siti.
Dia seawal 630 pagi dah sampai kat opis. Ibu?? hehehe pukul 7 baru sampai.
Mulanya ibu dah jaga pukul 5 pagi, terasa awal sangat + mata masih mengantuk dan letih.
Pejam mata balik. Sekali jaga..toinggggg!!! dah 6.15 pagi!!!
Macam lipas kudung ibu jadinya. Mujur ibu tengah kibar bendera merah.
Dalam masa 15 minit ibu siap berpakaian dan dah buka pintu rumah.
Mula la ibu angkut sorang-sorang anak-anak ibu masuk kereta.
Ayah tak dak nak tolong. Dia keja shift malam.
Gigih la ibu senaman sorang-sorang. Berpeluh beb!

Siap dan kunci pintu rumah dan bukak gate. Masuk kereta.
Alamakkkk! Botol air kakak terlupa pulak!
Mengamuk kakak nanti kalau dia sedaq bekas air dia tak dak.
Turun kereta, buka pintu rumah,cepat-cepat capai botol tu dan terus keluar kunci pintu.
Takut sebab gate semua dah ternganga. Enjin kereta dok hidup.
Kang ada pulak penyangak bawak lari kereta sekali dengan anak-anak!

Pukul 7++ pagi kami bertolak ke KK Segamat.
9.08 pagi sampai la kat sana. Bos dari jabatan tak sampai lagi.
Dan la kami berborak-borak isi masa lapang sebelum perbicangan serius bermula.
Tapi tak la serius sangat hehehe

Ibu dalam miting dan lagi snap gambar sendiri.
Siti yang kat sebelah ibu mesti tak perasan aktiviti ibu ni hehehehe

Gambar kat bawah adalah antara ahli mesyuarat yang hadir.
Tudung pepel tu Kak Aida dari HQ bersama Encik Azman yang kat tengah tu.
Banyak maklumat yang ibu dan Siti dapat dan baru tau.
Maklumla, ibu baru dapat tugas baru ni. Tapi tak dak alasan kami tak boleh siapkan kerja.
kan siti kan...?

Pukul 3++, mesyuarat tamat.
Lepas salam peluk cium dengan kawan² , kami pun bergerak balik ke Pasir Gudang.
Sambil teman driver, kami bertiga (ibu, siti & driver) bergosip-gosip dalam kereta.
Buat hilang mengantuk katanya :P
Pukul 530 kami selamat sampai ke pejabat.
Dan malamnya ibu mendapat habuan - migrain menyerang!
Sampai la ke pagi ini...

Monday, March 28, 2011

TTM ku sayang....ecehhhhh!

TTM ada buat contest best, click dan menang!
Sangat mudah dan menarik.
Jadi, hari-hari mesti jengah blog dia sebab nak hadiah yang sangat menarik.
Di samping hadiah, syok tengok presentation masakan dia yang mengganggu diet ibu!
Tak pa..tengok dia masak, bayangkan saja makan masakan tu!
Rajin tak henggat dia bab masak-masak ni. Ibu kagum sangat.
Ibu ni, oven canggih (pada ibu la) dah nak masuk 2 tahun. Baru guna 2-3 kali saja.
Kalau TTM dapat oven ibu ni buat bisnes, dah balik modal lama dah rasanya.

Kisah click dan menang TTM.
Dia bagi dua nombor 265 000 dan 265 265.
Sapa dapat nombor tu, print screen dan email dia. Dapat hadiah!
Pagi tadi ibu masuk blog dia sebelum sarapan...dalam 200++ lagi nak sampai nombor bertuah 265 ooo.
Balik sarapan, ibu bukak lagi! 264 8++. Sekali lagi ibu klik 264 999!!!
uwarrgghhhh...harusla ibu tak dapat nombor bertuah tu!
*nangesss!

Bukti kat TTM..manala tau..kalau tak dak orang yang tuntut, boleh bagi kat pemegang nombor yang terhampir muahahahahahaaha
Saja ja TTM, tapi kalau betui2 pun tak salah!
ngeh..ngeh..ngeh


Ramai ok masa tu, visitor time tu around 40++. Ibu click lagi untuk hadiah seterusnya 265 265.
Dengan penuh tawakal dan berdoa..moga-moga ibu dapat.
Click sambil pejam mata.
Sekali buka mata. See.....ini la hasilnya!
.

.

.

.

.

.

.



Tapi, ada ramai pulak yang dapat nombor yang sama.
Adakah TTM perlu bagi hadiah pada semua?
hehehehehe

So, ibu serahkan pada kebijaksanaan penganjur. Mesti TTD akan jadi hakim jugak kan?kan?
Ibu dah email TTM, ibu serahkan keputusan pada pihak penganjur.
Kalau ada rezeki, dapat laa...

p/s:
pantas update kat blog! Semangat la katakan!

belajar oh belajar


Hari Jumaat lepas, ibu jalan-jalan kat blog ummi, rakan sekerja dan setaman dengan ibu.
Terkedu ibu baca blog dia sebenarnya.
Gembira, sedih, jeles semua ada., bercampur baur membuatkan tetiba ibu sayu.

Gembira sebab dia dapat job offer yang lebih baik. Tahniah!
Sedih sebab kalau dia terima hilanglah sorang geng setaman dan sepejabat.
Jeles sebab dia dapat peluang untuk meningkatkan diri dan kerjaya dia. Kalau dia ambik offer tu, mesti dia akan dapat peluang sambung PHD.
Ibu dah dapat membayangkan..bestnyaaa!

Ibu? Masih lagi kat sini.
Masih lagi takut dengan bayang-bayang sendiri.
Bestfriend ibu, Nadia dah sambung master. Sekarang dah dapat sambung PHD.
Tunggu time saja nak sambung..tempat semua dah dapat.

hhhmmmm
ibu?? uwarrghhhhh
Ibu sangat takut dan tak yakin dengan diri sendiri sebenarnya.
Boleh ka aku belajaq balik? Macamana dengan anak-anak?
Sempatkan nak buat assignment? nak siapkan research? Mampukan aku?
Macamana aku nak mula? Dapatkan sponsor?
Aduh...aduhh..lagi banyak pkiaq, mau biul jadinya.
Keinginan ada, meronta-ronta tapi ketakutan dan kebimbangan yang melampau-lampau
memang membantutkan semua keinginan yang ada.


Kawan-kawan ibu yang dah berjaya dapat biasiswa KPT memang paksa ibu apply master.
"Ko mohon saja. Jangan fikir banyak-banyak. Dapat dulu nanti baru ko rancang macamana"
"Mohon...jom la! Hang mesti boleh punya"
Semua orang memberi keyakinan pada ibu cuma ibu saja yang tak yakin dengan diri ibu.
Toloooooooooooooooonggg!
haihhh..boleh ka ibu belajar balik ni? Boleh ka?? Boleh ka??
Serabut!

Sunday, March 27, 2011

Pukul 4 pagi

Ini kisah pukul 4 pagi lagi.
Adalah biasa dua beradik kembar ni bangun dan bergelak ketawa.
Berak adalah aktiviti wajib depa. Sorang berak, tengok la pampers lagi sorang.
Mesti ada isi juga.

Abang bangun, adik pun jaga.
Adik dah tukar baju sebab dah lencun dengan kencing tapi pampers tak penuh.
Abang landing atas ibu yang terpaksa bangun kalau dua-dua tak lena.
Abang tu lali-lali lagi sebenarnya.
Adik pun mengantuk, dok menguap tak berenti tapi boleh dok bergelak ceria.

Ibu pun capai camera. Jom kita bergambar. Nanti ibu masuk blog kita!
Pukul 4-5 pagi adalah masa biasa depa berjaga.
Esok ibu ada kelas, tapi dah alah bisa tegal biasa.
Kalau esoknya ibu mengantuk, harusla ibu terjah surau kekdahnya!

Saturday, March 26, 2011

Adik - 8 bulan sudah

Pejam celik-pejam celik, anak kembaq ibu dan 8 bulan.
Adik, badan tetap slim. Pinggang dah makin tegap. Kalau sihat, sangat ceria.
Adik dah boleh duduk versi timpuh katak. Dah pandai jerit. Gelak..mengekek-ngekek.
Gigi bawah 2 batang tu makin panjang nampaknya.
Gusi atas dah nampak putih-putih tanda akan muncul lagi 2 gigi.
Lepas ni, banyak la mangsa yang kena gigit.
Sekarang ni asyik nak berdiri.
Kalau ibu duduk, dia datang pastu me'rhabat' ibu nak berdiri.
Makan makin kuat. Berak pun sangat kerap. Susu, seminggu sekilo!
Asal pukul 4 pagi, mesti berak berduet pulak tu dengan abang.
Tak pe la..janji sihat!

Friday, March 25, 2011

Kelas dan pelakon montaj.

Semalam ibu ada kelas.
Oh ya! Ibu mengajar untuk program IT.
Subjek yang ibu kena ajar adalah Sistem Digital. Ibu pasrah dan terima seadanya.
Ibu masa kat uni tak pernah belajar sistem digital secara detail.
Tak ingat dalam subjek apa, adalah disentuh sikit-sikit tentang get dan sistem nombor
secara ringkas.
Tapi bila ibu kerja, ibu kena mengajar subjek ni dengan sangat detail.
Sampai ke flip flop yang memang ibu pun flip-flop fahamnya!
Tapi dek kerana tugas, ibu pun belajar sendiri subjek ni.
Berguru la ibu dengan buku dan kawan-kawan yang berkelulusan elektrik/elektronik yang memang terror dalam bidang ni.

Banyak sebenarnya hal-hal IT yang ibu tak mahir.
Yer la,bidang IT ni sangat luas dan sentiasa berkembang dan berubah.
Bulan ni belajar yang ni, bulan depan dah keluar yang baru.
Tak terkejor yoep!

Semalam dalam kelas digital ibu, ibu ajar pasal K-Mapping.
Tengah best² pot-pet, handphone bergegar sebab ibu dah silent mode.
Ibu jarang bawak hp ke kelas, malah henbeg sekalipun.
Tapi hari tu ibu bawa sebab ada acara yang ibu tau kawan seopis ibu mesti call punya.
Ibu pun jawab telefon. "ok..ok..ok"

"ok pelajar semua, hari ni awak kena jadi pelakon" - tetiba!
Students ibu semua dah bising-bising, suka!

"Ok, sila buat amali yang kita buat minggu lepas. Ambil semua alatan kat belakang"
"jap lagi cik aznan nak shooting kat sini. Awak kena jadi pelakon yer. Tahniah"
Suka budak-budak ni jadi pelakon. Sampai ada yang ketar-ketar tangan.
Nak cucuk jumper pun tak masuk masa camera tengah rakam.

Shooting ni adalah untuk pembikinan montaj Kolej Komuniti yang akan ditayangkan masa
Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Johor, April nanti.
Geng-geng multimedia PJB membantu dalam pembikinan montaj ni.
Sapa yang ada kelas masa shooting ni dijalankan, ada la peluang jadi pelakon.
Selain dalam kelas, depa shoot juga di Lecture Hall.
Lama jugak la. Sampai dekat 1230 tgh baru habis penggambaran.

Bila habis shooting, ibu pun dah hilang mood nak sambung. Masa ada 1/2jam lagi.
Meja yang disepahkan dengan alatan tadi tak kemas lagi.
"oklah...kita dismiss la. Minggu depan saya habiskan topik ni. Khamis ada ujian"

Baju dari Maktok dan E-Coli

Maktok(mak ibu) telah selasai menjalani ibadat umrah.
Dan selamat sampai pun ke rumah. Dah seminggu rasanya.
Weken hari tu (tak salah ibu), mak tok ada telefon bagitau dia kirim barang kat makngah ibu.
Makngah (adik maktok) pun pi umrah sama dengan maktok jugak.
Makngah yang masih tak cukup rehat terus ke Johor sebab cucunya (anak sepupu ibu) warded dah hampir seminggu sebab demam tak kebah-kebah.
Dek kerana cucu, walaupun tak cukup rehat, makngah gigihkan diri ke Johor.
Dan ibu pun dapatla kiriman maktok tu masa melawat anak buah ibu tu kat hospital.
Maktok kirim kurma, kacang cerdik, baju untuk kembar dan jubah ibu.

Baju maktok beli untuk kembaq kecik hehehe
Maktok kata dah tak dak size sebab nak beli bagi sama untuk depa.
Satu size M satu size L. Padahal, ibu pakaikan depa baju size 1Y dah.
Tapi boleh laa...ala-ala incredible hulk la skit. Kalau size L tu adik masih boleh pakai.

Ni ha, baju yang maktok belikan.
Ibu pakaikan abang L dan adik M.

Ni kat rumah pengasuh.
♥ merah tu cover lutut pengasuh. Dia lipat seluar tidur dia.
Baru lepas kemas rumah katanya.

Ibu nak kongsi sikit kisah anak sepupu ibu, Mira yang demam tak kebah-kebah tu.
2 minggu Mira demam. Last², di tengah malam ayahnya angkut ke hospital.
Doktor check sana, cucuk sini ambik darah. Berjarum-jarum.
Kesian, budak kecikkan, baru darjah 1, dan baru mak dia dapat tau yang Mira mabuk darah!
Tiap-tiap kali doktor ambik darah, dia tumbang hahahaha
Macam paklong dia! Eh! Lupa nak bagitau, ayah Mira adalah sepupu ibu.
Dan ayah Mira adalah kembar. Tu la kembar generasi ibu.
Tepi generasi anak, ibu yang dapat baka kembaq nya :P

Ok back to the story yang ibu nak khabarkan!
Result darah ok. Tak dak denggi. Organ dalaman baik.
Doktor check sampai ke tahap sakit tibi, tapi ok. Last-last doktor detect ada e-coli dalam najis.
Siasat apa makanan kegemaran dia. Rupanya dia suka makan sosej kat sekolah.
Beli kat kantin. So, doktor nasihatkan elakkan makan sosej lagi.

Malas pulak ibu nak type panjang-panjang bagi nasihat.
Kesimpulannya, sama-samalah kita fikirkan!
Jagalah makanan untuk kesihatan yek!
hehehehehe

Thursday, March 24, 2011

Senaman pagi

Apasal ekk...baby kan memang suka main kat tempat-tempat yang pelik.
Tempat yang kita tak nak dia pi, situ la faveret dia.
Kawasan yang ibu lindung dengan segala bantal dan toto, situ la dia nak terjah.
Heran bin pelik ibu jadinya.
Tu pasal, kadang-kadang ibu biarkan saja depa meneroka tempat-tempat yang depa suka.
Kalau dah menangis mohon bantuan, ibu akan pi selamatkan.
Agak-agak dia main ok (tak menangis), ibu pun biarkan la.
(tak kena pulak tajuk dengan cerita ekk...belasah!)

Tempat faveret depa kat rumah ni adalah sama.
Kat mana abang pi, adik akan ikut. Kat mana adik parking, abang akan mengikut.
Tu kalau dua-dua berjaga la. Kalau sorang jaga, sorang tidur kat bawah (atas toto),
yang jaga ni akan mengesot pada yang tido tu ala-ala nak kejutkan suruh bangun pun ada.
Dia langgar-langgar suruh bangun, siap parking atas badan tu.
Sebab tu ibu selalu 'selamat'kan yang tidur tu masuk dalam buai.

Si, bila dia sorang-sorang kat atas toto, pandai la dia main.
Langgar kakak, kakak memang tak akan sedaq pun.
Jadi dia mula la merayap ke mana yang dia suka.
Ni adalah salah satu tempat yang sangat digemari kembaq.
Tapi masa ni abang saja yang jaga, adik selamat ibu dah masukkan dalam buai.

See..muka ala-ala komando masa latihan mengesot berhalangan (yer je ibu bagi nama!)
Nampak segala bola dan mainan kat bawah kerusi tu.
Bersepah-sepah kat bawah kerusi tu.
Bila dan boring dia akan keluar dengan sendirinya.
Kalau ter'cepit', dia jerit la minta bantuan.
Gambar kat atas tu masa abang tengah senaman pagi. Sangat pagi ok.
6 pagi dan mula bersenam!

Bersyukurlah

Bersyukurlah! Nak kena kata apa yer?
Alhamdulillah, tanda bersyukur atas nikmat Allah.
Syukur sebab masih bernafas hari ini.
Syukur sebab masih dapat merasai nikmat Allah yang sangat banyak ni.
Tak ter'list' rasanya dengan nikmat yang Allah bagi.
Apa nikmat yang paling 'agung' yang ada pada pembaca blog ibu sekalian?
Mungkin berbeza-beza kan jawapan masing-masing?
Mungkin ada yang sama.

Pada ibu, anugerah yang paling agung yang ibu dapat adalah lahir sebagai seorang Islam.
Alhamdulillah, ibu dilahirkan dan dibesarkan oleh sebuah keluarga
yang turun temurun beragama Islam.
Bersyukur sebab ibu dididik dengan ajaran Islam seadanya.
Cuma, ibu yang kadang-kadang nak jugak jadi sekular skit-skit. Terpeleot!
Tapi bila ditenung dengan mendalam,
tak pa laa..biarla kalau ada yang masih berpandangan
' ikut aturan Islam nampak kolot dan kekampungan', ibu tak kisah.
Ibu akan terus didik hati ibu dan anak-anak ibu untuk terus mendekati Islam.
Alhamdulillah, ibu dikurniakan adik-beradik dan saudara-mara yang ramai
bergelar ustaz dan ustazah. Boleh la nak buat rujukan bila ada masalah.
Kalau ada masalah $, boleh rujuk jugak ka? hahahahaha

Sebenarnya, ibu sekadar nak berkongsi gambar kat bawah ni.
Gambar ni gambar lama. Masa maal Hijrah hari tu.
Gambar dalam surat khabar tu adalah cikgu ibu masa di sekolah menengah dulu.
Cikgu tu tak la mengajar ibu directly, tapi ibu kenal dia di sekolah.
Walaupun tak mengajar ibu, dia tetap cikgu ibu jugak kan.

Dia berbangsa Cina. Dilahirkan dalam keluarga yang bukan beragama Islam.
Ibu sangat bersyukur sebab dia menerima hidayah Islam dari Allah.
Tak salah ibu, dia menjadi Muslim masa ibu masih kat sekolah tu lagi.
Dan tahun lepas, dia menerima Tokoh Maal Hijrah (saudara baru) dari Sultan Kedah.

Kat sekolah ibu tu juga, ada sorang cikgu cina (bukan cikgu kat atas) juga.
Dia ajar ibu English.
Cikgu lelaki, beragama Buddha dan tidak berkahwin.
Tapi yang menarik tentang cikgu ibu yang sorang ni, dia sangat berminat dengan Islam.
Dia akan hadir ke ceramah-ceramah agama yang diadakan di sekolah dan yang
paling best dia akan bertanya soalan.
Tapi sampai ibu tamat sekolah tingkatan 5, hidayah Allah masih belum sampai padanya.
Sekarang ni tak tau la macamana kisahnya.
Ibu rasa kalau dia menjadi seorang muslim, mesti dia sangat taat dan patuh.
Lebih baik dari ibu yang dilahirkan sebagai orang Islam.

Itu lah kan...ibu sangat bersyukur sebab lahir sebagai orang Islam.
Patutnya, kita kena lebih baik dari contoh yang ibu berikan tadi.
Tapi sekarang ni, entah lah.
Ibu takut nak cakap. Takut ter'ludah' batang hidung sendiri.
Cuma, yang boleh ibu buat, ibu akan berusaha mendidik anak-anak ibu,
bekalkan mereka dengan ilmu dan didikan agama.
Agar ke mana saja depa pi, dengan sapa depa berkawan, hati depa tetap sama.
Iman masih di dada, takkan berganjak dengan godaan dunia!
Dunia ke depan lagi mencabar adanya!

Dan sekali lagi, ibu bersyukur..kerana ibu seorang yang beragama Islam!
Bukan 'selam' semata-mata!
Alhamdulilah...

Wednesday, March 23, 2011

Gambar panas

Pertama kalinya, tahniah Malaysia.
Terus menggemparkan rakyatnya dan dengan kisah panas video adegan seks yang
dikatakan pelakunya adalah pemimpin tertinggi sebuah parti pembangkang.
Memang hebat Malaysia ni...sungguh hebat dan dasyat!
Lebih hebat bila polis pun tak ambik apa-apa tindakan (setakat entri ini ditaip)
pada yang menyimpan video tu yang hanya dikenali Datuk T.
T = Tenuk? Tengkorak? Tipu? Taik?
Whatever!

Pada ibu, tindakan menayangkan video tu pada wartawan adalah sangat salah dan
satu tindakan yang sangat jijik dan keji!
Pada hemat ibu, patutnya serahkan video itu pada polis,
kalau pelakunya beragama Islam, turut laporkannya pada Pejabat Agama.
Tangkap, bicara dan jatuhkan hukuman - biar kena macam kes Ariel Peterpan.
Apa hak Datuk T nak dedahkan sampai macam tu?
Pada ibu, rakyat dah celik tapi masih ada yang buta dalam terang.
Masing-masing tenung dan tilik dengan mata hati, dengan iman, pasti ada jawapan.
Allah maha Mengetahui segalanya!

Lepas ni apa lagi kisah panas, kisah salahlaku seks, liwat, DNA, mani, bulu yang nak diselongkarkan. Seronok baca kisahnya sambil gelak-gelak dan senyum sendiri.
Kalau kisah-kisah besar macam ni dah keluar,
maknanya PRU akan tiba tak lama lagi.
Yeehaaaa..boleh mengundi lagi.
Ibu sangat suka.
Masuk ni dah 3 kali ibu dapat peluang mengundi.
Sapa tak daftar lagi, sila bawak ic ke Pejabat Pos, dan daftar kat sana.
Ehh...masih boleh ke daftar kat Pejabat Pos? Sebab dulu ibu daftar kat sana saja.

Oklah...kalau depa sibuk dengan video panas, ibu pun ada gambar panas.
Polis, sila jangan tangkap saya atas kesalahan mengedar gambar lucah dan panas.
Tangkap Datuk T dulu hehehehe

.

.

.

.

.

.

.

.

.


hehehehe
Kakak yang tidur tak berbaju sebab panas katanya, padahal hujan semalaman.
Ibu pun layan kan laa....
Abang guling-guling sambil mata pejam, kena kakak terus stop!

p/s:
Selamat Hari Polis yang akan disambut pada 25 Mac ini.
Kepada semua polis (sepupu ibu pun polis), berkhidmatlah dengan 'jujur' dan 'amanah'.
Setiap tindakan anda akan disoal di akhirat kelak!
Tindakan kita yang tak polis pun akan disoal kelak.
Sama-sama la bertanggungjawab atas setiap kata-kata dan tindakan kita di dunia!

Soft toys from IKEA

pssttt...ina, siti..
ni pun hasil belian kat IKEA hehehehe
murah saja....sekoq $1.90
Saja nak habaq, i beli ni kat IKEA.
Nak sebut lagi laa...IKEA

Sila jangan jerit "akakkkkkkkk" yer!
ehh..beli kat IKEA yer!

Tuesday, March 22, 2011

Main-main

Sapa yang ada baby lelaki, mesti tau macamana kelasakkan anak lelaki kan?
Pada sapa yang ada anak kembar lelaki,
mesti lagi faham 'penat semput' menjaga depa kan.
Tambah kalau tak dak bibik macam ibu ni. Dah la tak dak bibik, en suami pun keja shift.
Sedara mara, mak pun jauh nak tolong.
Memang kena tolong diri sendiri sajala. Tak larat pun, kena buat-buat larat juga!

Ibu sangat merasainya.
Kalau ibu dah tak boleh nak handle atau ibu dan penat, ibu biar saja depa nak buat apa.
Tapi ibu dah pastikan area tu tak dak benda-benda yang boleh membahayakan depa.
Kalau ibu ada kerja kat dapur, ibu akan sekali sekala jenguk depa buat apa.

Ni kisah pagi yang ibu bangun masak kuah laksam.
Depa ni kalau tak nampak ibu, depa boleh main sunyi sepi.
Tapi kalau nampak bayang ibu melintas, terus macam nampak garuda,
mintak diselamatkan segera.
Mula la mengesot laju-laju cari ibu.

Sambil-sambil ibu masak, ibu mengendap depa. Ok, main baik.
Lama skit buat keja, ibu pi jenguk balik. Ok lagi kat atas toto.
Sekali, ibu jenguk, tengok-tengok depa dah ketepi.
Abang dah pegang tayar stroller yang parking kat tepi dinding. Macam nak drive dah.
Yang adik, mana abang pi situ la dia ikut.
Tengok, bukan duk kat tepi, atas abang sekali dia parking!
Yang abang, diam saja!

Ibu tengok ok, ibu pun sambung la buat kerja.
Janji depa bahagia!
Seperti biasa, hanya berbaju dan pampers saja ya..
comel pulak :P
(sapa lagi nak puji anak-anak kalau bukan maknyer kan?!)

Jelingan menggoda

Jelingan abang sangat menggoda.
Dengan senyum simpul ala-ala nak senyum tak mau senyum
Kepam-kepam mulut tak mau tunjuk gigi jarang dia t u :P

Aksi abang yang sangat lentok.
Mak tok kata, ibu dulu pun melentok macam tu la.
Masa ibu belajar martial art dulu, coach suruh lentok ke belakang - tangan cecah lantai.
Ibu boleh buat ok! See..sangat lentokkan.
Dan nampaknya abang mewarisi keboleh-lenturan ibu tu!

Tu baru 30% lentok abang.
Kalau kaki dia terangkat, kepala dia akan lantik ke belakang.
Pengasuh baby sampai takut, risau kalau abang patah pinggang.
Ibu kata memang depa lagu tu.
Kalau tidur, melengkung macam udang kena bakaq versi reverse kepala hampir cecah kaki.
Jangan jadi ahli gimnas dah nanti...cekci!
Dosa dedah aurat!

Monday, March 21, 2011

Kuah laksam sambut kakak...

Sempena menyambut kepulangan kakak dan nenek dari holiday sakan,
ibu dengan jayanya telah memasak kuah laksam. Kuah saja ya!
Ke'teringin'an nak makan laksam ni muncul setelah 2 hari ibu berjaya ganti puasa.
Ada lagi 20 hari baki...fuuhhh.
Kerana nafsu nak makan semasa berpuasa tu sangatlah tinggi, balik kerja singgah kedai beli ikan kembung sekilo.
Angkut bunga kantan 3 kuntum, kacang panjang dan lengkuas seketul.
Daum kesum dah beli. Beli bukan sebab nak masak apa-apa.
Ibu beli daun kesum sebab nak ambik batangnya nak tanam hehehehehe

Balik rumah, berjaya tidurkan kembaq awal.
Kalut-kalut siangkan ikan dan rebus sambil-sambil tu masa bubur baby untuk esok.
Malamnya tidur awal, letih puasa.
Dalam hati dan timbul bunga-bunga malas nak buat kuah laksam!

Pukul 5 pagi jaga. Isshhh..sayang ikan sekilo tuh!
Kang busuk kalau tak dibuat apa-apa.
Gagah bangunkan diri, perisi ikan, blend tulang, blend bawang besar dan halia.
Masuk dalam periuk. Panaskan bawang dan halia. Masuk air blend tulang.
Tumbuk lada hitam, campak dalam periuk.
Potong bunga kantan, campak dalam periuk. Ketuk lengkuas, campak dalam periuk.
Dan mendidih, masuk isi ikan yang dihancurkan.
Masuk santan 200ml, cukup la lemak sikit-sikit. Adjust garam gula! Biar mendidih sat.
Sambil-sambil tunggu, blend cabai besaq + nampla buat sambal.

Kuah saja yang ada. Laksamnya non ada.
Lunch hour time Jumaat, ke Kipmart beli laksa segera dan taugeh.
Rezeki ibu mengandung Hidayah dan Kak Yani merasa laksam menyambut kakak dan nenek ni.
Kalut-kalut makan, sebab petang ada miting dengan team observe LI.

Takziah dan Tahniah, Jepun!

Semua orang sudah tahu, Jepun di timpa musibah.
Bermula dengan gempa bumi, diikuti dengan Tsunami dan kemudian loji nuklear bocor.
Datang bertamu juga salji dan gempa-gempa susulan.
Ibu sangat simpati. Dunia juga simpati.
Ujian demi ujian yang datang pada rakyat Jepun.
Takziah untuk itu.

Tapi tahniah juga pada Jepun. Pada semua rakyat Jepun.
Dalam keadaan darurat yang teramat-amat, rakyatnya masih tabah dan beradab.
Masa kalut Tsunami melanda, ibu tengok berita.
Doktor Jepun memuji rakyatnya, walaupun dalam keadaan kucar kacir dan kelam kabut,
rakyatnya masih mengikut peraturan.
Masih beratur menunggu giliran.
Tiada jenayah rompakan sewaktu huru hara menguatkan lagi Jepun sebagai negara beradap.

Cuba tengok rakyat Malaysia macamana?
Lori duit terbalik, pakat pi kutip duit. Lori beras terbabas, pakat pi kutip beras.
Kalau jalan jem pakat memotong belah kiri menyelit nak ke depan.
Kutuk lebih-lebih pun macam meludah atas batang hidung sendiri kan.
Letih nak bercakap.
Letih nak komplen dan komen dalam hati.
Bila la majoriti rakyat Malaysia boleh jadi bangsa yang beradap macam Jepun ekk...

Panorama biasa jalanraya di Malaysia.
Gambar di atas adalah di Jalan Masai-Plentong.
Hiway Pasir Gudang (kanan atas) jem. Jalan bawah jugak jem.
Tengok la sikap rakyat Malaysia yang sangat 'bersopan' dan 'beradap' di jalanraya!
Memang tak dak sapa boleh challenge!
Terbaek dari ladang!

Sunday, March 20, 2011

Kisah pukul 4 pagi

Setiap hari, bila sampai di rumah, ibu akan main-main dulu dengan kembar dan kakak.
Kalau dalam kereta, adik/abang dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk, ibu akan
masukkan abang/adik dalam buai.
Buai ada satu, jadi sorang akan lepak atas toto dengan ibu.

Selalunya pukul 9 malam, depa dah lena.
Pernah jugak sampai pukul 12, salah sorang dari kembaq tak lena.
Bukan pernah, memang selalu pun :P
Padahal dah mengantuk sangat. Kalau 2-2 lena awai, ibu la yang seronok.
Boleh update blog ngeh..ngeh..ngeh...
Type entry banyak-banyak, set auto publish!

Tapikan, tiap-tiap pagi dalam pukul 3 - 4 pagi depa mesti jaga, dua-dua pulak tu.
Lebih parah bila jaga serentak..memang kembaq betui depa ni.
Bukan setakat jaga, bangun merayap siap main-main lagi.
Time tu la ibu sangat seronok membuai lena, depa pula jaga.
Terpaksala ibu buka mata, ala-ala garfield adanya.
Pejam celik..pejam celik tengok kelaku depa.

Agak-agak habis sorang sebotoi susu tu, depa lena dak? Mata nampak kuyu kan?
Macam dah lali sangat adanya.
hehehehe..idok adonyaaa depa nak terus lena!
Sorang kena tangkap masuk buai, sorang kena tepuk tidur gaya manja.
Kadang-kadang kalau dah mengantuk sangat, depa lelap jugak la sambil minum susu tu.
Tapi amat jarang sekali.
Ibu dan pejam mata dengan harapan depa lena sambil minum susu.
Bila buka mata, tengok-tengok, nun dok hujung kaki dok main sorang-sorang!
Sementara nak besaq kan! Sabau aja laaaa...

Melutut

Dua-dua beradik ni dah melutut macam ni.
Bangun nak memapah dinding, kerusi atau rak tv.
Sambil-sambil tu, dia selongkaq dan capai apa saja yang ada kat depan mata.


Ibu menyandar saja sambil tengok apa dia nak buat.
Tapi keliling dah letak bantal baik punya. Siap-siap cover takut dia jatuh.
Ada bola, pink panther dan macam-macam lagi mainan kakak dulu
tapi kertas juga yang manarik hatinya.
Rak tv, nampak kotak kuning tu...dalam tu semua dah kosong.
Dibersihkan oleh adik dan abang.

Apalagi la yang adik nak selongkaq tu?
Kipas angin terpaksa di letakkan di belakang dan dicover dengan sofa.
Langkah-langkah keselamatan ok!

Saturday, March 19, 2011

Tidur gaya manja

Sejak baik demam ni, abang dan adik bertambah manja.
Adik terutamanya..manjanya mengalahkan abang dah.
Abang sekarang nampak makin matang dalam sinar-sinar kemanjaan yang belum hilang.
Kalau adik nangis nampak ibu, abang cuma senyum dengan penuh cool.
Senyum senget pulak tu sambil jeling² dengan mata sepetnya.
Memang penggoda!

Ibu suka anak-anak manja dengan ibu.
Suka akan 'rasa' sangat² diperlukan anak-anak.
Nampak ibu mesti merengek nak kan kita. Nampak ibu mesti nak peluk dan duduk atas riba.
Seronok bila adik dan abang berebut-rebut nak naik atas pangku ibu.
Seronok dapat peluk dua-dua anak ibu yang 'renyeh' tak berenti bila ibu dekat depa.
Kalau boleh, nak anak-anak manja dan terus rasa memerlukan kita sampai bila-bila.
Memerlukankan tidak bemakna bergantung harap, ok.

Contoh gaya tidur terkini. Model adalah adik.

Sejak baik deman, abang atau adik, asal nak tidur gini la gayanya.
Kalau sorang masuk buai, sorang lagi akan ibu tidurkan macam ni, lena atas dada ok.
Tangan sebelah peluk yang kat atas badan.
Tangan kiri ( lagi sebelah) enjut buai.
Oh..buai tu ibu dah ikat tudung kat hanger-nya, jadi senang la nak enjut buai sambil baring.
Kreatif kan!? hehehehehe

Awat ibu buat macam tu?
Nak buat lagu mana cik kiyah oiiii...kalau ibu letak saja dia atas bantal, bukan dia lena.
Padahal matanya dah mengantuk sangat.
Sebelum dia dapat lena sendiri, habis satu hall dia jelajah. Silap² sampai ke dapur.
Untuk senangkan ibu, ibu tangkap, peluk letak atas dada.
Tepuk-tepuk bontot, dia pusing kepala kiri kanan, mata terus pejam kekdahnya.

Selalunya aksi macam ni bila depa bangun tengah malam la.
Time tidur pukul 9 pun kadang-kadang macam ni jugak.
Yang bestnya, ibu pun siap terlena sama sambil² tidurkan anak macam ni
hehehehehe

Tapi kalau ada kakak, kesian dia.
Sebab dia nak jugak peluk ibu. Selalu ibu pujuk dia
"sekejap ekk...ibu sleep baby dulu. Nanti ibu kawan dengan kakak pulak"
Lepas baby dah lena, ibu letak baby dan akan panggil kakak tidur bawah ketiak ibu.
Peluk-peluk, cium-cium pastu tepuk bontot dia pulak.
Kena pujuk la kan.
Nanti dia rasa terabai dan tak adil pulak. Bukan nak abaikan dia tapi terpaksa.
Terpaksa dahulukan adik-adiknya yang kecik tu.
Ibu tau, kakak mesti faham kan! Kakak kan dah besauuuuu....

p/s:
Kakak dah balik bercuti. Semalam ibu jemput kakak dan nenek di Larkin!

Sekadar berkongsi

Pertama, sila baca pada gambar yang ibu upload tu.
Ibu adalah insan biasa yang belajar di aliran agama dari form 1 - 3,
kemudian masuk science stream, memang kurang arif pasal agama, hukum dan hadis.

Ibu sekadar berkongsi info yang ibu dapat dari FB adik ibu yang sedang
belajar Usuluddin di Lembah Nil.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang patuh dan taat
demi jannah yang diidam-idamkan!

Wallau'alam...

Friday, March 18, 2011

Kata-kata yang sungguh berhikmat!

Jalan-jalan jenguk-jenguk FB kawan-kawan (banyak pula kata ganda kan!)
terjumpa satu gambar yang kawan ibu upload ni.
Kat opis mana la gamaknya yang lekatkan kata-kata yang penuh hikmah.

Kalau ada yang berkelakuan macam dalam kata-kata ni,
memang tertusuk terus ke jantung.
Tajam menikan menusuk kalbu.
Sila jangan touching ok!
Ini adalah pesanan semata-mata supaya rezeki yang kita dapat,
yang dibuat beli barang-barang makanan keluarga dan anak-anak berkat dan halal.

Sama-samalah kita saling berpesan-pesan untuk kebaikan.
Jika saya mengingati orang lain, saya juga sebenarnya mengingati diri saya sendiri.
Nah, ini lah kata-kata yang penuh berhikmah, tajam menikam
dan menyentap perasaan
hehehehe

.

.

.

.

.

.

.

.

Sekian, pesanan di hari Jumaat.
Sama-samalah kita menginsafi diri kita, insyaAllah!

Ya Allah, panasnya api dunia...api neraka macamana la ????

Tajuk entry tak boleh 'blah'. Insaf sangatkan!

Ini sambungan kisah ibu masak ayam goreng kunyit tu.
kan ibu ada bagitau yang ibu kemalangan.
ha...ini la kisahnya!

Siap goreng ayam, ibu buang sikit minyak goreng ayam tu dalam mangkuk melamine.
Letak balik kuali, mula tumis bawang dan jintan yang dah ditumbuk.
Ibu angkat mangkuk berisi minyak tu nak letak kat tepi sikit.
Sekali, arrggghhh.....panassssssssss!!!!!
Terus saraf ibu bertindak dan otak set lepaskan mangkuk tu (istilah sangat tak saintifik kan?).
Maka terlepaslah mangkuk tu dan minyak panas tu dan terkena tangan ibu.
Mujur ibu sempat mengelak ala-ala jurus ke 8 dari kena baju ibu.
Mau me'rhekot' baju opel (opel murah saja) ibu kalau kena minyak panas
pastu melekat pula kat isi kaki ibu (ni bayangan saja tau!)
ohhh! sangat ngeri ok.

Dalam kelam kabut, terus ibu bukak air paip lalukan air
kat jari ibu yang terkena minyak panas tu.
Lama ibu buat macam tu tapi bila tarik jari dari ayaq,
pedihnya....perrgghhh..tak terungkap dengan kata-kata.
Yang mampu disebut "ayang...sakittttt"
Pedih tak hilang-hilang. Sambil terlompat-lompat tahan sakit.
Dah tak tahan sangat, suruh ayah ambik ketul ais yang ibu buat guna bekas plastik air McD.
Masukkan ketul ais tu dalam bekas. Isi ayaq sikit. Rendam tangan yang sakit tu.
Dalam ais hilang sakit. Angkat saja, berdenyut-denyut sakit.

Sampai 'cayaq' seketul ais, ayah pun sapukan ubat gigi Colgate.
Tapi pedihnya tak hilang-hilang. Berdenyut-denyut..nyut-nyut...nyut-nyut.
Cepat² ibu rendam balik tangan yang dah disapu Colgate tu dalam bekas ais tadi.
Habis ubat gigi tu hilang lebur dalam ayaq.
Cuba tengok bekas ibu remdam tangan tu, periuk yang ibu gunakan.
Mana yang dan capai, ibu guna saja.
Dah sakit-sakit ni, saraf otak bertindak saja mana yang dan :P

Sakit tak hilang jugak. Ibu ambik lagi seketul ais.
Rendam macam tadi. Sakit tak hilang-hilang. Dalam ais, ok. Angkat..tak boleh tahan!
Terbayang kes budak yang kena letrik kat Klang tu.
Macamana la sakit pedih yang dia rasa. Ibu kena 3 jari pun dah tak keruan.
Pastu teringat pulak...
Ya Allah, ni kifarah kat ibu kot.
Sebab malam minggu haritu, ibu tak solat Isyak.
Lena keletihan masa baby adik yang demam panas mengamuk bersama-sama abang sampai pukul 2 pagi. Jaga-jaga dah pukul 6 pagi. Berdosa sangat rasa.
Ni baru panas kat dunia...

Tangan ibu dalam ketulan ais kedua. Ni dah guna mangkuk cantik sikit.
Masa ni saraf otak dah kembali normal.
Habis ketul ais tu, ayah sapu ubat gigi lagi sekali. Sebab ketul ais dalam peti dah habis.
Kalau tak ibu rendam lagi rasanya. Ayah kata tahan la sikit.
Ibu pun tahan la. Mujur ayah ada uruskan baby.
Semua ayah buat. Ibu arah-arah saja ala-ala boss gitu.
Tangan sangat sakit ok. Makan pun hilang nikmat!

Last-last ibu tertidur dengan tangan yang pedih tu. Sedaq-sedaq dah pukul 1 pagi.
Pedih dah hilang tapi macam bengkak sikit, tak boleh nak genggam.
Mintak ayah sapu minyak gamat. Sambung tidur.
Esok pagi bangun tangan dah ok. Tapi ada sikit merah kat celah-celah jari.
Mujur kulit tak mengelembung sebab ibu cepat-cepat lalukan air.
Lepas ni kena lebih hati-hati!

Thursday, March 17, 2011

Bila ibu tak dak geng di rumah...

Seminggu ni ibu bertiga saja kat rumah. Ayah shift pukul 4petang - 12 atau 1 pagi.
Balik kerja, hanya ibu, abang dan adik kat rumah.
Abang dan adik tidur, ibu mengadap blog!

Kalau biasa, bila ayah keja petang ibu akan beli sebungkus makanan untuk kakak.
Ibu tumpang saja bihun @ kotiew goreng @ soto yang dibeli untuk kakak.
Tapi minggu ni kakak ikut nenek jalan-jalan.
Ibu pun tak beli apa-apa untuk makan. Makan saja apa yang ada.

Menu pertama, sayur sawi goreng bertelur. Sayur saja ok.
Sawi ada banyak sebab ibu beli untuk campur dalam bubur baby.
Cilok sepokok buat makan malam. Sangat sihat rasanya makan sayur-sayur ni.

Menu ke2, baked bean cicah dengan roti. Memang stok ada kat rumah.
Simpan kalau rindu nak makan macam masa camping dulu-dulu.
Bukak tin, masuk dalam kuali, panaskan dulu.
Cicah dengan 2 keping roti, pastu meratah macam tu saja sambil update blog.
Type entry ni pun sambil makan baked bean hehehehe...

Aktiviti kembar

Seperti yang ibu maklumkan, rumah nenek biasanya sangat kemas dan teratur.
Tapi demi menyambut kedatangan cucu-cucunya pada hujung minggu,
nenek dengan rela hati menolak meja, pokok bunga dan kerusi ke tepi.
Memberi ruang untuk cucu kembarnya buat 'operasi'.

Walau macamana lindung dan sembunyi majalah-majalan nenek,
kembaq tetap boleh selongkaq dan capai.
hehehehe

Yang berterabog bawah meja tu, keja depa dua ni la.
Usung letak atas toto (hijau) kat tepi tu, satgi depa ronda-ronda balik.
Bantal besaq kat bawah tepi tu, untuk halang depa keluar dari kubu yang telah di bina.
Maka mereka pun merayap-rayap la di bawah meja dan kerusi.

Buatla..janji anak-anak ibu sihat sudah!
Kalau demam, duduk diam, ibu pulak yang resah gelisah!

Seperti biasa, ini adalah kes sorang mandi, sorang belum lagi.
Yang berpampers tanpa seluar tu adalah adik ya!

Wednesday, March 16, 2011

Gigi oh gigi

Punya susah nak capture gigi kembaq. Duduk tak penah diam.
Ibu pulak guna camera handphone bukan camera yang canggih-canggih.
Hasilnya pun ala-ala saja la...
Sebab gigi juga la anak-anak ibu demam yang sangat.
Muka 'mandom' tak mau senyum.
Orang dewasa sakit gigi nak tumbuh 'gigi bongsu' pun tak tahan.
Ni kan pulak anak kecik!

Tengok muka adik yang monyok demam sakit gusi nak tumbuh gigi.
Ayaq liuq meleleh 'merhamu'..kesian ibu tengok.
2 hari tak minum susu ikut botol. 'Serhoh' badan dia.
Ibu suap susu guna syringe dan sudu.
Tu pun sikit saja dia nak.

Adik mula naik gigi dulu.
Masuk 7 bulan (19.2), gigi adik mula nampak.
Sebatang saja kat bawah. Tak lama lepas tu keluaq lagi satu.
Hadiah umur 7 bulan. Demam masa tu suam-suam saja.
Yang teruknya, hujung minggu lepas.
Merengek tak berenti. Tapi tak nampak lagi gigi adik yang terbaru tu.

Masuk bulan Mac, abang pulak tumbuh gigi.
4 batang (betuika penjodoh bilangan ni?) sekali harung.
Mulanya ibu nampak 2 batang di bawah. Malam bibir abang luka, ter'cium' lantai.
Paginya, ibu belek bibir atas abang yang luka tu sekali
ehhh!!! ada lagi 2 batang kat atas.
Jatuh terus terkeluaq gigi kot.
Suker...suker...

Bukti abang dah ada 4 batang gigi. Nampak bibir atas tu macam ber'keruping' sikit.
Tu kesan 'cium' lantai yang terbaru.
Lasak bebenau anak-anak ibu ni, itu le hadiahnya.
Tak pa la...anak lelaki kena tahan lasak!

Ayam Goreng Minyak @ goreng kunyit.

Isnin lepas, ibu tetiba teringin nak
makan ayam goreng minyak a.k.a ayam goreng kunyit.
Tetiba terbayang-bayang masakan mak angkat ibu, Makcik Naemah
(my bestfren's mom - Nadia) yang dihidangkan masa ibu mengandungkan kembar dulu.
Time tu ibu dah balik Kedah , cuti awal untuk melahirkan kembar.
Tapi ibu sempat lagi jalan-jalan ke rumah dia.
Makcik Naemah ni sangat baik. Dia cikgu besar pencen.
Arwah suaminya, Pak Wahab pun sangat baik hati.
Pak Wahab ni orang senang dan kaya tapi sangat tak sombong. Selalu tolong ibu.
Hulurkan wang belanja buat ibu. Dapat RM50 dalam tahun 90-an adalah sangat besar nilainya.
Bukan sekali dia bagi, tapi berkali-kali sampai naik malu, segan kata orang Kedah.
Makcik Naemah kata ambik, tak baik tolak. Ibu pun malu-malu kucing terima hadiahnya.
Tapi dia pergi dulu. Tahun 2002 tak salah ibu.
Al fatihah untuk Pak Wahab.

Asalnya ibu kawan baik dengan anaknya, Nadia, last² ibu dah macam sebahagian keluarga depa.
Sampai ada yang kata ibu dengan Nadia kembaq,
sebab Nadia memang ada kembaq tapi meninggal masa dilahirkan.
Kami sekelas dengan dari tingkatan 1 sampai ke universiti.
Masa SPM, ibu tumpang tidur di rumahnya dengan sorang lagi kawan ibu, Gee.
Takut lambat sampai sekolah, Pak Wahab suruh kami duduk di rumah dia.
Pagi-pagi dia akan hantar kami ke sekolah.

Melalut pulak ekk...
oklah back to kisah yang ibu nak tulis ni.
Dek kerana terlalu nak makan ayam goreng kunyit tu, balik kerja ibu sanggup keluar balik ke KipMart. Tinggal baby dengan ayah. Beli kepak ayam (tak suka isi tebal), terus balik.
Baby adik dah nangis bila nampak ibu. Abang dah selamat bobok dalam buai.
Kalut-kalut ibu siapkan ayam, lumur garam kunyit, goreng.
Sambil-sambil tu potong bawang besar dan carrot, siapkan bahan tumis dan potong sayur sawi.

Lupa nak snap hasil masakan sebab ibu kemalangan di dapur..uhuk!
Dan lepas makan baru ingat nak ambik buat kenangan.
Dalam sakit-sakit, ibu gagah juga siapkan masakan yang ibu kepingin sangat tu.
Nanti la ibu story kemalangan ibu tu.
Sangat sakit ok!
Kifarat barangkali...insaf..insaf..

Asal nak buat sayur sawi. Sekali dah kemalangan menimpa diri, ibu bagitau ayah-
"Yang, satu menu saja ok ek...tangan ibu dah sakit ni"
Encik suami ok saja!
Bertuah ibu dapat suami yang tak banyak songeh dan simple ni!

Tuesday, March 15, 2011

Mencari ilham...

Ini 2 budak makin notti. Makin lasak dan makin ligat.
Adik dah tahap melutut merabat dinding..ala-ala nak berdiri.
Abang pun ada tunjuk-tunjuk gaya tapi abang macam lembik-lembik lagi.

Cuba tengok gaya depa dua tu..
Maca tengah mencari ilham..."apa kita nak selongkaq hari ni?".
Masa gambar ni di ambil, dua-dua hero ibu ni kat rumah nenek.
Asal hujung minggu, rumah nenek yang sentiasa kemas dan teratur akan tunggang langgang.
Ini adalah angkara cucu kembar nenek la.
Kadang-kadang sebelum sampai rumah nenek, nenek dah siap-siap tolak meja ke tepi,
nenek dah bentang toto dan tilam depan tv sebab ibu dan baby akan tidur kat situ.
Ibu tak berani dan tidur atas katil dalam bilik macam dulu sebab
abang dan adik suka merayap tengah-tengah malam.
Kang jatuh katil tak pasal-pasal.
Kalau tidur atas lantai, mana kamu nak merayap silakan.
Ibu tak risau abang dan adik nak jatuh.
Paling-paling pun, nanti depa akan tersangkut bawah meja atau kerusi.
Masuk boleh nak keluaq tak reti!
Ala-ala komando terkandas giteww hehehe

Shopping kat LITTLEWHIZ

Minggu lepas sja BW. Pastu jumpa la kedai baby yang best ni - littlewhiz.com.
Linknya ibu dah buat kat belah kanan blog ni - Kedai Baby Best!

Jengok-jengok apa yang best kat dalam tu.
Waa....barang-barangnya semua yang branded hehehe
Ibu ni beli barang baby yang murah-murah saja. Baju pakai Baby J saja.
Mainan pun yang ala-ala saja adanya.
Kalau beli barang yang mahal pun cuma untuk hadiah birthday anak.

Jengok punya jengok, jumpa mainan yang ni. Dulu penah tengok kat rumah Shikin.
Dia beli untuk Arif. Tapi tak salah harganya RM99.
Kali ni ibu jumpa dia tengah buat offer.
Tinggai RM59.90.
Lepas pikiaq panjang (59 hengget pun pikiaq berjam!), ibu pun beli 'ter'beli jugak!
Okla tu...anak ibu 3 orang boleh main sama-sama sebab mainan ni adalah sangat besaq.

Rabu order, Jumaat sampai.
taaraaa...kotaknya! hantaq by KTM. Berat jugak laa

Balik rumah, paksa ayah angkat. Ibu buka balutannya. Ini la rupa mainan tu nanti.
Tapi tu gambaq kat kotak. Yang betuinya belum snap lagi.
Nanti la ibu publishkan oey!
Ayah dah berjaya kembangkan gym ni. Berjam jugak la...

Siti..macamana laki hang tiup dengan mulut dia?
Aku tiup yang tangkai dia pun dah naik semput, macam nak keluaq isi perut.
Pakai pump pun dekat sejam baru kembang sepenuhnya!

So, sapa-sapa yang mencari barangan bayi hatta barangan ibu sekali pun,
littlewhiz ada menyediakan semuanya.
Sila la jengok dan pastikan duit dalam akaun ada.
Nak pi beli kat mall pun boleh, tapi dengan anak-anak kecik ni,
nak drive lagi, nak parking lagi, panas lagi, kang anak mengamuk lagi...
isshhh...beli online la senang.
Lebih kurang saja.
Senang, dok depan pc melangut, klik sana sini, order, bayaq.
Tunggu 2-3 hari, sampaila...tak penat pun!
Related Posts with Thumbnails