Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Saturday, April 30, 2011

Sangat mengidam

Masa ibu gastrik hari tu, ibu sangat mengidam.
Rasa nak makan itu, nak makan ini, nak yang masam-masam..
semua nak.

Salah satu hari yang ibu cuti tu, tetiba ibu teringat ayaq asam mak Kedah.
Ohh...sangat sedap dan mengecurkan air liur.
Tengh kemas rumah terus stop.
Pi dapur masak nasi, potong kobis buat sayur goreng.
Paling menyemarakkan lagi nafsu makan, bila goreng ikan gelama kering.
Lapau..lapau..lapau..
Capai mangkuk bubur baby. Isi bahan-bahan macam kat bawah ni.

Belacan adalah candu dan wajib.
Cili padi, asam jawa dan garam kasar (tiada dalam gambar)
Lepas tu, masukkan sedikit air, picit-picit dan gaul semua tu.
Cili padi tu patah-patahkan sambil tenyeh-tenyeh bagi sebati dengan belacan dan asam.
Ibu suka masam-masam.
Ibu potong limau kasturi 2 biji, perah nak bagi lebih masam.
Dan hasilnya...

Sungguh syurga, bila suap ke mulut rasanya seperti yang lidah dan tekak nak!
Ohhhh!!! speecless!

Friday, April 29, 2011

Siri drama swasta - Part 1

ya..ibu nak gunakan blog ibu ni nak luahkan perasaan.
Ibu tak pasti perasaan ibu ketika ini apa.
Adakah ibu marah? Ibu sedih?
Yang pasti ibu tak gembira.
Atau mungkin lebih tepat, ibu sedang berasa sangat keciwa!
Ya..keciwa lebih tepat rasanya.

Biarlah ibu ceritakan dari mula.
Sapa yang nak baca silakan. sapa yang tak nak baca pun ibu tak kisah.
Ibu nak juga catatkannya di sini sebagai sejarah!

Ibu mula bekerja di kolej komuniti sejak Jun 2002.
Dulu ibu di sebuah kolej komuniti di utara Semenanjung Malaysia.
Lepas berkahwin, dek kerana cinta, ibu kembara!
Permohonan pindah ibu ke Pasir Gudang diterima. Bermulalah episod baru ibu di sini.
Di sini ibu kenal akwan-kawan baru. Ada jugak kawan yang dah lama ibu kenal.
Mulanya ibu sangat gembira sebab ada juga yang ibu kenal di sini.
Tapi jangkaan ibu meleset. Sekejap saja gembiranya.
Bila kita bekerjasama, baru kita akan kenal seseorang itu dengan lebih.

Di kolej baru, ibu diterima dengan baik.
Bos ibu yang pertama di sini, menerima ibu dan nampak memberikan kepercayaan pada ibu.
Ibu kadang-kadnag betah juga dengan arahan yang tak kena gaya, tapi akhirnya mengikut juga.

Ibu sungguh tak sangka bila bos lama ibu melantik ibu menjadi orang kedua penting di kolej.
Ibu pun tak yakin yang ibu boleh memimpin dengan begitu baik.
Macamana ibu nak jadi seorang ketua.
Mujur ada cadangan lain,
Wizni setuju menjadi KJ dan ibu menggantikannya menguruskan hal kemasukan pelajar.
Beberapa kali struktur pengurusan dirombak, selepas kedatangan bos baru,
ibu masih diberi kepercayaan untuk menjadi pegawai kanan.
Ibu tak suka sebenarnya! Bukan naik gaji pun.
Tapi bila diberi kepercayaan ibu terima dan cuba menjalankan tanggungjawab itu.

Ibu juga manusia biasa.
Entah macamana, ibu berselisih faham dengan seorang kawan, F.
Entah apa yang tak kena, F begitu marah sekali dengan ibu.
Kalau mengikut apa yang ibu kenal pasti puncanya, ianya bermula ibu bertanyakan tentang K.
Ini yang ibu kenal pasti laa...sebab ibu pun tak pasti sebab utamanya!

Dialognya lebih kurang macam ni laa...

"Kenapa K nampak seperti mengelak kerja akhir2 ini", tanya ibu.
"Kau jangan senang-senang nak tuduh orang tak buat kerja" - terus F melenting.
"Eh...aku tanya? bukan aku tuduh" ibu masih bernada biasa.
"Dia ada masalah".
"Yaka...apa masalah dia, ceritala..baru boleh faham" - ibu meminta.
F pun bercerita. Akhir ceritanya dia masih marahkan ibu kerana menuduh K.
"Yang kau nak emo ni pasai apa? Aku tanya. Kalau dah macam tu cerita nya ok laa.."
Ibu pun mula nak sentap jugak la.
Terus dia melenting lagi
"terima kasih che kiyah..terima kasih"- dengan nada bergetar menahan marah.
Lah..pompuan ni! Mungkin datang bulan kot!
"sudah lah F...ko blah la..." ibu pun mula la nak jadi rockers!
Beberapa staff yang ada bersama ibu turut terpinga-pinga.

Kemudian, timbul beberapa lagi siri kisah yang ibu pun dah lupa.
Disebabkan ibu ni jenis yang suka bersemuka kalau ada masalah, ibu memanggil F bersemuka.
Dia cuba mengelak pada mulanya.
Tapi ibu kata, ini soal kerja dan mesti diselesaikan segera.
F sudi juga bersemuka walaupun dia nampak sangat nak mengelak.

"F..aku nak tanya ni...aku ada buat salah ka?" ibu memulakan bicara.
"Kau jangan tanya aku, patutnya ko tahu apa salah kau pada aku" - ayat F, sungguh berbahasa.
"Ok, sekarang aku tak tau apa salah aku. Bagitau la" kata ibu.
F pun bertanya "sapa yang bagitau KJ dan pengarah pasai ..... (ibu pun lupa pasai apa)?
"Demi Allah..aku tak pernah pun mengadu apa-apa kat pengarah atau KJ"

Oh!!rupanya, dia menuduh ibu mengadu hal kat pengarah dan KJ.
Ibu pun dah lupa kes apa, tapi ibu memang bukan jenis mengadu pada boss.
Paling-paling pun, ibu akan bercakap pada kawan-kawan makan ibu saja.
Mungkin dia ingat ibu yang mengadu sebab dia nampak ibu rapat dengan pengarah dan kenal dia sebelum dia jadi boss ibu lagi dan ibu memang mesra dengan KJ.

Disebabkan F yang macam tak boleh nak jelaskan apa salah ibu padanya,
ibu pun kata lebih kurang macam ni.

"Okla F..kalau aku ada buat salah..aku mintak maaf. Kalau ada perkara yang aku buat tak sedaq..aku minta maaf sangat-sangat."
Ibu pun pegang bahu dia untuk lebih comfort (pada ibu la)
"Tolong jangan body contact aku", sambil dia mengelakkan bahunya dari di pegang ibu.
Fuhhh!!!! berderau darah ibu. Drama pulak!

"F..aku kenai kau dari maktab lagi. Kau budak baik. memang aku jahat tapi aku tak kacau orang yang baik macam kau ni", ibu masih bersuara.
Ibu pun dah lupa apa yang ibu cakap, tapi alih-alih F berdialog macam ni..
"biar la aku yang jahat, biarlah aku yang dipandang hina, biarlah nampak korang saja yang buat kerja, aku tak kisah", sambil menangis dan
terus berlari meninggalkan ibu yang masih cuba nak selesaikan masalah.
Jadi, masalah tak selesaikan kalau salah seorang bersikap macam tu?

Ok la..later ibu sambung!

Kisah masjid dan kolam di belakangnya

Ini sambungan kisah ibu melawat student ibu yang warded mingu lepas.
Sham dah kembali ke kelas. Alhamdulillah.
Katanya, risiko operate matanya sangat besar.
Kalau buat dia mungkin boleh lumpuh. Kalau tak buat, dia mungkin buta.
Ibu tak tau apa pilihan dia.

ibu dan ahli rombongan singgah solat Zohor di masjid ini.
Masjid ini ibu lupa nak tengok namanya apa. Tapi dekat dekat padang TMJ.
Ibu selalu lalu depan masjid ni kalau nak balik Singapura tapi tak pernah dapat singgah.

Melangkah masuk ke masjid sangat mendamaikan.
Masjid ini dijaga rapi memandangkan ianya adalah masjid yang selalu dikunjungi sultan.
Bersih, kemas dan teratur walaupun bangunannya sudah usang.

Usai solat, ibu menjengokkan kepala di tingkap yang terbuka.
Terpandang kolam yang luas terbentang di belakang masjid ini.
Ibu sempat ronda-ronda sekitar ruang solat.
Ibu bertemu dengan seorang pemuda yang sedang membuka lampu memandangkan
waktu Asar dah hampir tiba.
"Adik, kolam tu kolam apa?".
"Kolam buaya kak".
"Ha? Buaya..sultan punya ka?"
"A'ah"
"Ada banyak tak buaya nya"
"eermmm...banyak la jugak"
Perrghhh...sungguh hebatkan hobi sultan Johor.
Kita takat bela kucing, elmo, iguana atau ular sawa.
Tuanku bela buaya!

"Orang awam boleh masuk tak" - soalan yang ibu dah tau jawapannya. Saja nak tanya.
"Tak boleh kak..ada penjaga. Tu rumah dia".

Ni la kolam buaya milik Sultan Johor.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!
Memang air kolamnya sangat tenang.


Thursday, April 28, 2011

Van Der Wijck

Ada sesiapa yang seusia ibu, pernah tak baca buku ni?
Ibu pernah baca buku ini suatu masa dulu, buku biru milik abah.
Ejaan dalam buku yang ibu baca tu masih ejaan melayu yang lama, chenta!
Buku ni ditulis bukan zaman ibu dilahirkan. Sangat lama usia karyanya.
Mungkin karyanya lebih tua dari umur ibu sendiri, tua lagi dari umur abah barangkali.

Kisah cinta mereka cinta yang sangat syahdu.
Kisah cinta terhalang Zainudin dan Hayati. Cinta yang tidak sekufu dipandangan keluarga.
Cinta yang penuh duka lara. Zainudin yang setia menunggu Hayati.
Akhirnya bertemu kembali dengan kekasih hati.
Tapi Hayati yang parah ditemui akibat kemalangan Kapal Van Der Wijck akhirnya pergi.
Zainudin yang lara kehilangan kekasih hati, akhirnya turut 'kembali'.

Itu intipati ceritanya.
Tapi karangan Hamka memang menyentuh jiwa.
Sambil membacanya dulu, ibu dapat membayangkan suasana Zainudin dan Hayati
berutus surat tika bercinta.
Terbayang tentang damai suasana cinta di desa.
Sungguh nyaman dan indah.

Pada kawan-kawan yang berminat, carilah buku ini. Sangat klasik ok!
Kalau orang puteh bangga dengan Romeo dan Juliet,
sebagai seorang melayu, nah! inilah masterpiece-nya!
Penuh pengajaran dan dendam cinta yang membawa kejayaan dan juga derita jiwa.

Tuesday, April 26, 2011

Abang cirit birit

Minggu lepas ibu gastrik. Muntah dan cirit birit.
Dalam minggu yang sama, anak-anak ibu pun turut tak sihat.
Mula dengan kakak yang muntah dan esoknya demam.
Selesai kakak, abang pun selsema juga.
Abang kalau selsema, kahaknya kembali meyerang dan akan terus mengakibatkan
dia muntah-muntah dan batuk.
Esoknya adik pun berjangkit selsema.
Bayangkan, dalam ibu yang lemah akibat cirit birit dan muntah,
ibu kena jaga anak-anak yang turut tak sihat.
Sebab tu la minggu lepas, 3 hari ibu cuti!

Lepas abang berkahak dan selsema, dia pun cirit birit.
Mula ibu ok lagi sebab ingatkan depa 'tukaq bulan' kata orang tua-tua.
2 hari cirit. Berak air. Toto berganti-ganti basuh.
Asal berak, terus lencun!
Masuk hari ke 3, berak-beraknya dah kurang. Tapi abang nampak lemah.
Baring saja. Buat tepuk amai-amai pun ala-ala saja.
Dengar ibu nyanyi 'tepuk amai-amai', terus tepuk tangan tapi lesu saja nampaknya.
Ahad, lepas majlis konvo ibu bawa abang ke Hospital Waqaf.
Mama yang dah cuak-cuak tengok keadaan abang, call suruh bawak abang ke klinik.

Turn abang jumpa doktor, terus ibu kena marah.
"Apasal dah 4 hari baru bawa?"
Alamak!
Terpaksala ibu bercerita yang semalam dia dah tak berak sangat,2 kali saja.
Tapi dia nampak lemah. Hari ni pun 2 kali saja dia berak.
Tapi sebab masih lemah, tu yang ibu bawa dia ke klinik.
"Tak kira. lain kali kalau berak-berak air, kena bawa terus jumpa doktor.
Baby bukan macam orang dewasa."
Iyer lah. Ibu akur lah! Memang ibu salah!
uhuk!

Doktor cadangkan ibu tukar susu baby buat sementara waktu.
Dia bagi 2 pek susu sampel. Lebihnya ibu beli sendiri (ingat nak bagi setin!)
Doktor bagi ORS, ubat cirit birit dan ubat selsema.
Dengan pesanan, kalau masih tak berubah, esok bawa ke sini lagi!
Baik tuan doktor!

Bershopping pulak ibu susu baby!
900g = RM62 hengget!
Parakkkk....tapi sebab anak..redha segalanya...


Balik rumah, ibu bancuh ORS. Bagi abang makan ubat cirit-birit.
Petang abang muntah juga. Berak dah tak dak.
Tapi nampak ok sikit.
Ibu banyak bagi dia minum ORS.
Susu, ibu bancuh cair (2 scoops) dan bagi sikit-sikit saja sebab tak nak abang muntah.
Lendir kat tekak dia tu yang sebabkan apa abang makan akan muntah.
Kesian anak ibu. Dah nampak kurus. Harap lepas ni, abang chubby balik ok!

Oklah..dipersembahkan duta Isomil yang dah slim!
Mata nampak buntang!


Monday, April 25, 2011

Part ayam yang ibu suka

Ibu bukan lah penggemar ayam yang tegar!
Ibu lebih suka ikan sebenarnya, tak kisah ikan darat atau ikan laut.
Kalau makan ayam, ibu suka part-part yang isi sikit-sikit saja.
Ibu suka makan isi-isi di celah tulang-tulang. Suka kunyah-kunyah tulang.
Isi yang tebal dan kenyal memang ibu tak suka.

Tapi ada satu part pada ayam yang sangat ibu suka.
Masa mengandung kakak, ibu suka makan bahagian ni.
Kalau kawan-kawan ibu yang makan ayam tertinggal part ni, ibu siap ambik heehehe
Sangat terliur rasanya.
Sekarang, kalau ayah dapat part tu, ibu tanpa segan silu akan mintak!
hehehehe

Inilah bahagiannya....sapa tau part mana tu?
Ibu panggil lutut ayam :P

Friday, April 22, 2011

Yang membahagiakan


Walaupun rumah macam tongkang pecah,
tapi bila ada anak-anak bergelimpangan kat sisi,
mendamaikan dan membahagiakan.
Sungguh 'syurga' rumah itu!

Wednesday, April 20, 2011

Gastrik lagi

Dalam tahun ni, dah 2 kali rasanya ibu gastrik.
Sangat tak suka bila muntah dan cirit-birit yang tak berhenti-henti sampai ibu lembik.
Habis segala sendi yang ada terasa lemah.
Dah la ada baby, kembar lagi tu...oohhhh!sungguh menguji keimanan dan kesabaran ibu.
Mujur pulak time ibu macam ni, ayah ada.
Rezeki ayah la kena take over anak-anak :D

Ibu kena gastrik minggu ni mula Sabtu lepas.
Jumaat, ibu dapat call dari nenek yang dia ke klinik sorang-sorang sebab dia tetiba rasa 'mabuk'.
Mungkin sebab nenek baru tukar ubat.
Dah nangis-nangis nenek call bagitau ibu, sedih sebab tak sihat.
Ayah pulak baru sampai rumah, terus keluar dengan ibu untuk makan dan solat Jumaat.
Akhirnya, nenek di refer ke hospital kat Yishun tempat nenek jumpa doktor.
Nenek kat emergency under observation sampai la malam.
Pukul 9 malam, nenek dah boleh balik. Ibu dah ayah pun elok-elok je sampai hospital.
Mujur ada family pakcik dan paklang yang memang tinggal kat area Woodlands dah lama sampai jenguk nenek.

Sabtu pagi, ibu masak mee sup. Semua makan dengan jayanya.
Lepas tu tengahari ibu masak asam rebus atas permintaan nenek.
Sebab kalut dengan anak-anak, ibu terlewat makan.
Petangnya, tekak dah mual. Perut dah sebu.
Arrgghh....pening dah mari!
Malam, ibu mutah dan mula la kisah berulang ke tandas sampai pagi.
Ibu siap tido bilik lain sebab badan dan seram sejuk nak demam. Ayah on aircond.
TQ ayah sebab sudi layan anak-anak malam tu ;)

Ahad masih sama.
Eng, jiran depan rumah nenek offer macam-macam ubat kat ibu.
Sampai naik malu nak tolak. Dah dia insist sangat nak membantu. ibu terima sajala.
Alhamdulillah, hilangla jugak walau tak sepenuhnya.
Ahad petang ayah kerja. Selalu kami akan balik ke PG lepas habis kerja ayah.
Tapi malam tu memang ibu tak mampu nak drive.
Call ayah, balik Isnin pagi la...

Isnin, bertolak ke PG. Terus hantar anak-anak ke rumah mama.
Ibu balik rehat sepenuhnya kat rumah. Kejam kan!?
Sampai rumah, ayah terus siap-siap nak ke tempat kerja balik.
Lunch ibu keluar ke Kipmart pekena sizzling mee sorang-sorang.

Lepas makan , balik rumah makan ubat tahan muntah dan cirit birit.
Solat, tido!
Petang bangun, solat terus ke rumah mama jemput anak-anak.
Sampai rumah mama, ibu ke longkang dulu, muntah lagi!
"ngandung kot cikgu..abang dengan abdik dok hisap jari je ni"- kata mama melawak.
Isshhhh...tak laa...kalau betul?
Malam ibu pekena tomyam!
Selera orang gastrik yang macam-macam. Hirup sikit-sikit saja takut sakit perut lagi.


Isnin ibu cuti.
Selasa pun cuti sebab kakak pulak muntah di pagi hari dan ibu pun tak baik lagi.
Rabu, sambung cuti.
Ibu masih lemah. Semalam, adik selsema, abang berak-berak + muntah + batuk.
Kakak demam.
Haruslahibu mengumpul tenaga dulu.
Sabtu-Ahad kena kerja kuat!

Adik oh adik

Adik dah makin tegap berdiri.
Dah pandai bergayut kat grill rumah. Pantang pintu terbuka, pasti diterjah.
Ni baru boleh berdiri, kalau dah boleh jalan nanti, mesti dok merayu-rayu ngan ibu,
nak main kat luar.

Nanti la...kalau ibu ada duit lebih, ibu buat awning yang cantik yang macam ibu
dok idam-idamkan tu.
Boleh kakak, abang dan adik main kat depan rumah.
Jiran kita banyak dah buat. Ya la..depa ada rezeki lebih, boleh la.
Ibu kena la himpun duit dulu...dah survey²...siap la 8K
uhukk!


p/s;
Semalam, abang dan adik dah genap 9 bulan...
cepatnya masa berlalu kan!

Tuesday, April 19, 2011

Rombongan Che Kiyah ke IKEA Singapore!

Lawatan ni berlangsung Jumaat minggu yang sudah-sudah.
Bila tarikhnya, ibu malas nak check calender.
Alaa....minggu yang ibu beli saham Bank Rakyat tu.
2-3 hari sebelum tu masa keluar dengan Kak Yani, dia ada tanya ibu singgah IKEA dak?
Ibu kata tak sempat sebab masa habis kat bengkel motor saja.
Ibu terus ajak "Jom, Jumaat ni kita pi. Ambik cuti".
Kak Yani terus ok. Tak pi tak pasti-pasti lagi sebab tak tanya husband dia.
Kena pulak Khamis tu ibu cuti sebab pengasuh ada kematian, Jumaat sambung cuti.
Paginya ke opis macam biasa. Huh! Sungguh banyak kiriman yang diterima.
Yang confirm ikut Kak Yani saja sebab dia ada pasport.
Masa keluar sarapan, Hayah tetiba nak ikut sebab dia ada pasport.
Ibu on saja, asal ada pasport, sapa pun ibu bawa. Dia call hubby dia dan terus apply cuti.
Ok, ini baru la betul-betul rombongan Che Kiyah ok!

Ahli rombongan Che Kiyah termasuk ketua rombongannya.
Ni masa mula-mula jejak kaki kat sana.

Maka mula la kami berpusing-pusing seluruh IKEA.
Kak Yani dengan kyusuknya meneliti tiap-tiap satu barang.
Maklumla, dah lama dok simpan hajat.
Bila dah sampai, harusla diteliti dengan penuh kasih sayang hehehehhe

Ibu terus saja pada section yang ibu suka. Kang tak cukup masa.
Kat IKEA ni satu hari suntuk pun rasa tak cukup.
Kalau boleh, semua benda nak belek satu per satu.
Ayah dah pesan, sila berada di check point sekurang-kurangnya pukul 4 petang.
Kalau lewat, sangkut jem! memang menangis!
Ibu janji dengan ayah, pukul 3 ibu dah ada kat JB :P

Habis tawaf tingkat atas, turun ke market hall pulak. 2 trolley dah penuh dengan pesanan Ina.
Set Antonius tu tebal dengan bekas plastik nya.
Barang ibu lagi, Kak Yani lagi, Hayah sungguh tahan diri tak perabih duit!

Nampak ahli rombongan dok diskas kat section periuk belanga.
Bukan main depa dok memilih. Pilih...pilih...jangan tak pilih hehehehe

Ibu cepat-cepat ingatkan ahli rombongan untuk cepat. Ibu tak terbayang lain, jem saja!
Sungguh ngeri ok! Dah lama tak sangkut jem yang memang gila!
Bayar segala bagai, ibu register jadi member. Masa tu ada offer beli S$180++ dapat voucher makan S$20.
Ambik saja, valid setahun. Nak makan hari tu macam tak dak.
Kesian pulak kat ahli rombongan, janji nak bawak makan kat Changi Village, tapi takut kandas dalam jem terus saja memecut balik.
Hala yer Hayah, ahli rombongan yang sudi 'tuang' minyak untuk kereta ibu.

Ambik! 2 Troley.
Items yang kecik2 tak nampak sebab dah dimasukkan dalam bekas plastik yang besar.
IKEA tak sediakan plastik beg tau. Kalau nak pi, kena bawa beg recycle tu.
Kena cukai ok! Semua barang dapur, besi, plastik ada cukai.
Yang tak kena cukai barang kayu! Hampehh. Tak boleh nak sembunyi kat mana dah,
bekas-bekas plastik tu bersusun-susun kat seat belakang.
Cukai 30% dari resit. Beli dalam dollar tapi bayar 30% dengan RM.
Jimattttt...

Berdesup balik ke Johor. Plan nak makan kat sini..kat situ, semua cancel sebab ibu tengok
keadaan JB yang makin nak jem.
Terus pecut, akhirnya solat dan makan kat Tecso Seri Alam...
hahahahahahaha
tak habis time kerja, kami dah sampai ke pejabat!

Kesian ahli rombongan che kiyah.
Mintak maaf yer, lain kali kita keluar awai lai. Baru puas hati nak dok lama-lama kat sana.


Sunday, April 17, 2011

Mengidam : sayur lemak bayam labu manis

Entah kenapa, tetiba ibu terbayang-bayang isi labu manis yang kuning.
Teringat, kat rumah ada balance bayam untuk bubur baby.
Kalau tak masak hari ni, lecur dan busuk la bayam tu.
Balik, singgah kedai Lee Heng, beli labu manis. Sebiji nok! Tak dak jual separuh-separuh.
Terpaksala ibu ambik sebab malas nak ke KipMart.
Takpa, lepas ni pikir nak buat serawa labu pulak! Ambik sajalaa....

Sampai rumah, terus gegas ke dapur. Ayah urus anak. Ibu nak masak.
Potong labu se'jorong' saja. Potong-potong buh dalam periuk.
Rebus sat dengan ayaq biasa.
'Besiang' ikan kembung buh garam kunyit.

Labu sedikit empuk, masukkan santan dan garam.
Nak mendidih masukkan bayam.
Sambil-sambil goreng ikan dalam pan beli kat IKEA.
Sangat suka sebab minyak guna 2 sudu sahaja.
Sambil-sambil, potong cili padi, buat sambal kicap, perah limau kasturi.
Semua siap serentak.

Taraaaaa....

Ayah makan sampai licin.
Rupanya dia tak pernah makan labu manis masak lemak cam gini.
Orang bandar la katakan!
Sambal kicap ngan ikan goreng tak yah tunjuk laa...:P

Saturday, April 16, 2011

Lawatan ke HSI dan HSA..

Selalunya, setiap kali masuk kelas, ibu akan kira bilangan pelajar yang ada.
Kalau cukup, ibu akan bagi salam dan teruskan sesi P&P.
Kalau tak cukup bilangannya, ibu akan tanya - "sapa yang tak dak ni?"
Students pun akan sebutla nama kawan-kawan yang masih belum masuk @ memang tak hadir.

Rabu hari tu, ibu ada kelas macam biasa. Masuk kemudian kira bilangan. "
Tak cukup 3..sapa yang takdak?"
"Sham, puan. Dia masuk hospital"
"Ha? Awat? Jatuh motor lagi ka?".
Sebelum ni Sham pernah tak hadir kelas ibu sebab jatuh motor.
"Tak puan, mata dia merah. Pastu doktor tahan hospital"
"Merah pasai apa?"
"Tak tau puan..doktor kata ada pendarahan dalam mata ke dalam kepala"
"ntah la saya pun tak faham".
"Kesian dia puan. doktor kata..isshhh..." ada kawan-kawan dia yang cuba buat lawak.
"Awak ni....."
Panjang lagi dialog dengan budak-budak tu, tapi malas nak type sebab banyaknya merapu.

Esoknya Khamis, ibu ada kelas dengan kelas yang sama juga.
Ibu tanya lagi pasal Sham yang tak hadir.
"Ntah la puan, saya pun tak tau dia macamana. HP tak bawak"
"Masa saya hantar pi HSI tu, ic pun dia lupa kat mana. Nombor phone dia pun dia tanya saya"
"Dia memang selalu pening puan". Ramai lagi yang menyampuk.
Banyak pulak cerita-cerita yang keluar bila ibu soal dengan lebih panjang.
Isshhh...bahaya ni.
"Dia tak mau bagitau family dia puan. Dia memang macam tu"
"Hantar hopsital tu pun sebab dah 4 kali saya dok bawa di ke klinik. Last2 pi hospital, doktor tahan. Tu pun dia nak balik"

Lagi syahdu, dia sudah kematian ibu. Ayah sudah tua di Kempas, seorangan.
Hanya ada kakak yang rumahnya setaman dengan rumah sewa Sham.
Tapi kawan-kawannya tak tau yang mana satu rumah kakaknya.
Tu yang depa tak dapat nak bagitau satu-satunya saudara terdekat yang dia ada.
Dalam sistem, semua nombor telefon adalah nombor Sham sendiri.
Dengan bantuan Fazli, kakaknya berjaya ibu hubungi melalui perjanjian rumah sewa.
Kakaknya sedikit 'angin'. "Kenapa tak bagitau awal-awal?"
Eh! ibu pun nak 'hangin' jugak..sabauuuu..
Panjang ibu jelaskan, baru suara kakaknya rendah kembali. Baru dia faham kot.
Apa yang ibu kata, biarlah rahsia. hehehehehe

Ibu cuba dapatkan driver dan kenderaan jabatan, tak berjaya.
Call HSI, bahagian pendaftaran kata masih ada di ward.
Roger Fadzli, jom kita jenguk sat. Naik kereta ibu. Jalan keluar, 'keloi' Khalis,
tunang Fazli ikut sekali. Kami bertiga ke HSI.

Hiway PG jem sebab roadblock kat Johor Jaya.
U-turn ikut jalan Giant Plentong sampai jugak ke HSI dengan 10 minit berbaki masa melawat.
Berdesup naik ke wad TNT, tapi katilnya kosong.

Ibu ke ke kaunter bertanya, dan nurse terus berkata "ha...kakak sham dah sampai".
"Oh...bukan..bukan..kami cikgu dia. Macamana dia?"
Tersenyum simpul nurse tu beramai-ramai.
"Kami dah refer dia ke HSA sebab kat sini tak dak pakar".
"Macamana tu condition dia? Serius ka?"
Nurse tu mengangguk-angguk sambil tersenyum kelat. Faham la kan.

"Mula dia tak mau pi sana, semalam kami pujuk dia. Bagitau kalau tak operate nanti mata dia rosak. Baru dia nak".

Terkedu ibu mendengar. Persetujuan bertiga, jom kita ke HSA pulak.
Alang-alang dah keluar ni, biar nampak hasilnya.
Akhirnya sampai ke wad 4Timur (neuro).
2 kali naik turun juga sebab nurse tak catat nama dekat board depan.
Bila ditanya, depa kata tak dak nama yg dicari di situ.
Tuju ke Kaunter Pendaftaran, kata ada, kat katil 10 wad sama. Naik lagi sekali.
"ada....misi tak tulis nama. Tu kat dalam..masuk tengok betul tak."
Hampeehh!

Tertulis kat pintu, setiap pesakit boleh 2 pelawat saja termasuk penjaga.
Kami bertiga masuk selamba. Ngeri ok. Wad neuro.
Sila bayangkan keadaan pesakit-pesakt kat situ.
Bersyukur sangat dengan nikmat sihat yang Allah bagi.

Lecturer penyayang, Sir Fazli 'skodeng' Sham yang nyenyak tidur.
Ibu ngan Khalis kat depan, ambil gambar :P

Kesian tengok dia, memang dah kurus kering. Tak dak saudara mara yang tau.
Mesti tak dak stok makanan apa pun kan.
Ibu sempat capai air minerel, biskut kering dan chipsmore.
Cari roti tak dak. Capai saja apa kat depan mata, kejar masa.

Ibu suruh Fazli kejutkan Sham lepas nampak dia tersangat nyenyak.
Terkejut dia nampak kami kat situ.
Fazli bebel-bebel kasih sayang. Ibu bebel jugak tapi pesan suruh solat.
Khalis pesan rajin makan ubat :D

Saja ibu tanya, "awak kenal tak ni sapa?" - sebab kawan sekelas kata, de bagitau dia nampak hanya 40% saja.
Lawak sangat jawapannya.
"Kenai...cikgu sistem digital"- sambil pejam celik terkebil² nak mengingat nama ibu.
Nampak sangatkan, ibu ni tak glemer di kalangan pelajar.
Cikgu garang la katakan!
hehehehe

Sekian, lawatan sambil belajar ke Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah.

Friday, April 15, 2011

Confuse: Jual ke sedekah?


Ibu nak share pengalaman ibu.
Rasanya, ramai yang kat luar sana pun ada pengalaman macam ibu ni.
Kejadian macam ni selalunya berlaku di kawasan parking atau stesen minyak.
Kejadian kali ni berlaku di stesen minyak kat kawasan kediaman ibu.

Begini kisahnya..
Pada suatu hari yang tenang, ibu ke stesen minyak tersebut untuk keluarkan duit.
Ibu dah lama tak isi minyak kat situ. Ibu dah tukar brand minyak sekarang ni.
Rupanya kat stesen tu sekarang dah boleh order gas.
Ibu pun order se-tong gas untuk gantikan tong yang dah kosong kat rumah.
Selalu memang ibu akan buat back-up, simpan extra.
Kot-kot tengah syok-syok masak, gas habis, dah ada spare kan?!

Ok, berbalik la pada kisah yang ibu nak cerita.

Lepas setel bayar, ibu kembali ke kereta. Ibu didatangi seorang pakcik pakistan.
Dia memberi salam dan ibu menjawabnya, wajib kan!
Kemudian dalam bahasa melayu slang pakistan diamerayu ibu membeli barangannya.
Kebanyakkanya hiasan dengan ayat al-Quran untuk digantung dalam kereta.
Ibu menolak dengan baik dengan alasan ibu ada anak kecik.
lagipun, ayat quran tak boleh sepah rata-rata, berdosa.
Dia terus merayu...saya cari makan untuk anak-anak, tolong la...beli la satu.
Bila saya tanya harga, 'seploh' ringgit sahaja.
Saya kata yang murah tak dak ka?
Dia tunjukkan barangnya yang pada ibu memang membazir kalau ibu membelinya.

Dek kerana kasihan, ibu memilih hiasan ini.
Tapi, ibu meminta dia mengurangkan harga, sebab ibu tau modal benda itu tak seberapa pun.
Tak boleh kauuuu! Saya cari makan...tolong la...banyak berkat ni..ya allah..
Tak habis-habis ayat-ayat tu kat mulut dia sambil terus merayu-rayu minta ibu beli.

"Ok...kalau pakcik bagi 7 ringgit saya ambil. Saya pun tak dak duit tapi sebab nak tolong pakcik saya beli"
Muka dia berubah. Kemudian dia 'geleng-geleng' kepala ala-ala mamak selalu buat tu.
Itu tanda ok kan tapi muka masam kelat. Terus diam.

"Ikhlas ke tak ni? kalau tak ikhlas bagi harga ni saya tak beli" ibu mula tegas.
Dia diam. Ibu hulur balik benda tu.

"Saya nampak pakcik tak ikhlas, jadi pakcik ambil balik"
Terus dia tolak benda tu sambil buat ayat - "ambil saja percuma, ikhlas...ikhlas".
Ehhh!! hang ni! Aku nak beli sebab nak tolong dia, dia nak buat drama pulak!
Terus dia blah. Ibu pun keluar kereta, bagi balik benda tu kat dia.
Terus dia ikut ibu ke kereta. "Boleh la...7 ringgit laaa"
Drama sangat hang!!

"Tak pa, saya tak mau beli sebab pakcik tak ikhlas bagi saya harga yang saya minta"
"Saya dah cakap, saya tak mau tapi pakcik paksa, kesian, cari makan untuk anak-anak, sebab tu saya nak beli. Tapi saya pun tak banyak duit. Ini yang saya mampu. Pakcik dah buat macam ni"
Ambik kau kena lecture dengan cik kiyah!
Baru sikit tu.

"Kalau ikhlas, ini 50 ringgit pun orang bagi", dia menjawab sambil tunjuk biji tasbih.
"Itu orang kaya, dia ada duit, dia ikhlas 50..dia bagila. Saya ni kerani, saya ikhlas banyak ni saja, sebab tu saya mintak itu saja. kalau saya bagi lebih pun saya tak redha, buat apa?"
"Saya nak gantung kat mana benda ni? Tapi sebab saya kesian saya beli juga"
panjang lagi ibu nak 'bagi' dia tapi mamat bangla stesen minyak tu dok pi mai-pi mai
sebab salah bagi resit gas.
Lepas ibu bagi duit, pakcik tu pun blah!

Sangat *&^$#% kan!
Dia jual ke dia minta sedekah ekk!?

Thursday, April 14, 2011

Adik cedera

Kisah ni minggu lepas sebenarnya.
Ibu seperti biasa kat opis dan anak-anak dengan pengasuh (mama).
Dalam pukul 11 cam gitu, ibu dapat sms dari mama suruh call sebab credit dia nak habis.
Ibu pun call la..mesti penting tu, kalau takkan dia sms ibu cam tu.

Bila mama angkat, terus dia mintak maaf kat ibu, bertalu-talu

"cikgu...emi mintak maaf sangat-sangat ni" - cikgu panggilan rasmi untuk saya kat area tu.
"awat?" - saya selamba saja, sambil dah boleh agak hehehe
"baby adik jatuh..benjol kepala ni. bercalor skit kena tikar buluh emi ni..emi takut cikgu marah"
hehehehehe takut benau mama ekk kalau ibu marah.
Padahal ibu tak pernah pun marah atau bagi warning sekalipun.
"cikgu mai la tengok..benjol besor ni" - katanya dalam slang orang Pahang.
"berdarah ka? dia nangis ka?"
"tak berdarah tapi calor la...panjang, tadi nangis ni dah dok main dah"
"tak pa...ok la tuh..biasa la tu budak2..."
"emi dok b*rak tadi..tuptup dengor dia nangis. masa emi tinggal semua tido"
"tak pa..takpa"
"emi mintak maaf sangat-sangat...tak sangka bla..bla.." panjang lagi dialognya.
"tak pa..satgi saya pi tengok. Tak dak apa ala tu"

Tengaharinya saya ke sana dengan Kak Yani, meninjau ala-ala lawatan tapak.
Memang benjol besar. Mujur mama dah 'demah' dengan ais.
Lebam kehijauan pun ada nampak bersama garis calar kena tikar.
Tak pa....ibu tak kisah! Asalkan tak patah riuk dah la.

Petangnya, lebam sudah hilang cuma calar yang masih tinggal.
Ntah la, ibu memang jenis yang tak melenting kalau anak-anak luka macam ni.
Ibu faham sebab kembar tengah dapat angin nak berjalan. Sedang sangat gigih belajar berdiri.
Ibu pun kadang-kadang terbabas kawal depa, 'gedegang' jugak jatuh ke lantai!
Marah kat diri sendiri. Kalau ayah yang buat, ayah pun kena marah :p

Ibu yakin, mama berusaha sebaik mungkin menjaga anak-anak ibu.
Kejadian macam ni pada ibu biasa, tak sengaja.
Bukan kes derakan.

Dulu masa mula-mula mama nak jaga baby, dia ada berkata;
"kalau cikgu percaya emi laa...emi jaga la anak-anak cikgu"
Jawapan saya mudah "percaya atau tak, cuma harap emi jaga macam anak sendiri, tu saja".
Alhamdulillah, setakat sekarang ibu berpuas hati.
Takkan kerana satu kejadian macam ni, ibu mesti melupakan banyak lagi kebaikan lain yang
telah mama berikan pada ibu sekeluarga.
Ini jugak tidak bermakna ibu tak sayangkan anak-anak, tak ambik kisah apayang berlaku.
Terpulang pada persepsi sendiri.
Cuma pada ibu kita jangan cepat 'melatah' bila berhadapan dengan situasi sebegini.
Ibu pernah mendengar kata-kata -"tak dak pengasuh yang boleh jaga anak macam aku jaga".
Of course la..kalau macam tu, berhenti la kerja, jaga la anak sendiri.

Kalau ikut hati, ibu pun nak jaga anak sendiri macam kawan ibu, Mimi.
tapi, itu kalau laa...kalau...
heheheheh

Wednesday, April 13, 2011

Ahli baru dalam rumah bertambah..

Pertama kalinya, ibu bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang dikurniakanNya.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Sekarang, ahli keluarga dalam rumah no 3 terus bertambah.
Ibu terima anugerahnya dengan redha.
Biar pun ibu masih kalut dengan kembar yang baru boleh berdiri dan
kakak yang baru mula mengenal a, ba, ta..(apa kaitan pun tak tau! belasah)
ibu menerima kehadiran ahli baru dalam hidup kami.
Rezeki tak boleh ditolak kan?
Kang Allah tarik balik...haaa..baru tau!

Sejak seminggu lepas, ahli baru ini mula tidur bersama ibu, kakak dan kembar.
Ayah, seperti biasa menjadi raja tidur di bilik sebab ayah sakit pinggang.
Badan ayah tak tahan tidur di lantai macam ibu.
Ayah tinggalkan kami berlima di bawah.
Dan diperkenalkan ahli baru di rumah no 3

.

.

.

.

.

.


Honda CB400 ayah. Parking baik punya!
Walaupun dah pasang alarm tetap masuk dalam rumah setiap malam.
Ibu redha....
Ayah..sila bayar duit parking ok! Sejam 1 dollar!
muahaahahahaha

Sunday, April 10, 2011

Lawatan sambil habiskan duit ke bengkel motor

Hai all ( gaya diva lambai-lambai² kat peminat hahahaa)
Week end ni ibu berkurung kat rumah saja. Memang sangat busy bila dok rumah
Sabtu, pukul 5 pagi dah mula kemas rumah yang memang sakit mata dan hati memandang.
Rumah bawah tak sempat lagi nak kemas. Anak-anak semua bergelimpangan kat hall.
Macamana nak kemas 'pulun-pulun', berdebu kan.Ala-ala kadar saja laa...
Kalau selalu balik Singapore, ibu relaks la jugak..sangat sebenarnya.

Oklah...ni ibu nak story kisah bershopping barang-barang motor ayah yang telah di rompak.
Sabtu minggu lepas kisah ni. Sabtu ni baru nak update!
Ayah, ibu dan kakak ke kedai motor kesukaan ayah tu kat Ubi Road.
Order-order, taokey tu call distributor.
Kira-kira...uhukk! S$1700++.

Tu kedai motor kegemaran ayah.
Motor² yang beratur kar depan tu untuk dijual - 2nd hand kot.
Sederet jalan ni adalah kedai motor.
Ibu kata kat ayah kiranya kawasan tu adalah kawasan mat rempit la.
Ayah kata, kat Singapore takdak mat rempit tapi mat motor.
Lain kan mat rempit dan mat motor?

Kat dalam kedai tu ada sebijik superbike color hitam.
Fuhhhh...memang mantap!
Ayah kata tu la motor yang terlaju kat dunia. Haah! Ya ka?'Ibu mana tau bab-bab motor ni.
Ni meter motor tu. Sampai 300 km/j tu..

Kereta ibu pun meter baru 240 km/j kot.
Namanya Suziku Hayabusa! Dan duta kecik Hayabusa adalah kakak yang comot!

Sementara tunggu parts motor ayah yang di order tu nak sampai, kami ke Beach Road tu beli sup tulang merah.
Yerlah, duit dah habis beli barang motor, makan tulang sajalaaa..
nak beli daging dah tak mampu!
hehehehe

Saturday, April 9, 2011

Apa lagi kita nak bongkar ni?

Cerita minggu lepas baru nak update hehehe

Minggu ni sedikit busy walaupun students sedang cuti sem.

Rabu ke Seri Kembangan ada mesyuarat. Khamis EL sebab pengasuh ada kematian.

Jumaat sambung cuti sebab nak nak bawak kawan-kawan 'merendek' kat IKEA Singapore.

Asyik pesan saja, den bukannya selalu dapat ke sana walaupun dekat.

Plan tergempaq. Sapa ada pasport, jom!

Yang lain-lain tu, kalau nak ikut lagi rombongan chekiyah, sila adakan pasport anda.

Cakap banyak tak mau ok :P . Nanti ibu buat entry kisah ke sana ;)



Gambar kat bawah ni adalah koleksi minggu lepas masa di rumah nenek.

Semasa sesi memporak-perandakan rumah nenek.

Habis lintang pukang segala harta benda.

Kerusi meja semua ditolak ke tepi untuk 2 maharaja ni mudah bergerak.

Pokok bunga tiruan nenek kena letak hujung situ ha..

pastu letak kerusi supaya depa 2 ni tak tarik daunnya yang melambai-lambai ditiup angin dari kipas angin siling.

Tu pun depa tetap dapat 'kueh' skit-skit hujung-hujung daun.

Sampai terjinjat-jinjat adanya nak capai daun tu


Alamak! Ibu ambik gambar la...

Adik memang cepat perasan kalau ibu nak snap gambaq depa.

Dia akan posse baik punya, idak pun dia terenyeh mensepetkan mata.

Abang..besala. Ala-ala 'juey' mahai skit.

Ibu sebut 'abangggg..', baru nak senyum-senyum, tapi muka tak paling tengok ibu lagi.

Tapi kalau kat rumah pengasuh, asal nampak ibu sampai,

dia punya serbu macam pelari 100m pecut lepas bunyi pistol.

Tapi abang tak lari la...dia mengesot punya laju sampai tertungin-tungin.

hehehehehe


Abang merenung jauh ke bawah. Depan depa tu cermin yang terus nampak playground.

Kecik-kecik ni boleh la tak mintak lagi nak ke sana,

nanti dah boleh jalan, harus la me'leding-leding' nak pi melompat- terjun kat situ.

Thursday, April 7, 2011

panas..panas..saham bank rakyat kembali mengganas!

Ok..untuk makluman semua, Bank Rakyat (BR) tengah membuka sahamnya sekarang.
Sapa yang berminat boleh beli dengan segera.
Serius! Dividen tahun lepas 15%. Banding dengan ASB yang 8% memanjang.

Ibu dah lama dok tunggu benda ni. Dulu ibu ada call BR tanya bila saham ni nak di buka.
Officer BR cakap, "dah lama tutup puan"
Ibu tanya " bila lagi saham BR ni nak dibuka?"
Officer tu pelan-pelan bisik kot telefon,
"sebenarnya saham ni ikut kelulusan Bank Negara. Kalau kerajaan nak dana, Bank Negara keluar arahan baru saham-saham ni boleh dijual"
Oh...."bila Bank Negara nak arah?" - tetap tanya soalan ntah apa-apa ntah
"Selalunya dekat pilihanraya, kerajaan nak duit, saham akan dibuka"-pelan saja dia bisik.
Macamana ibu tau dia bisik? hehehehe
Sebab tetiba nada dia berubah dan cakap lebih rendah nadanya
dari mula-mula ibu cakap dengan dia.

So, pagi tadi ibu terus ke BR dengan kawan ibu, Kak Yani.
Kena pula ibu terpaksa EL hari ni sebab pengasuh EL, makciknya meninggal dunia.
Kak Yani jemput ibu kat rumah, berdesup kami ke BR seawal 9.30 pagi.

Taraaaa.....RM500 saja pun!

Pada yang berminat, bawa salinan ic. Kalau tak dak akaun BR kena buka akaun BR dulu.
Pi BR, minta borang saham dekat guard (selalu guard yang jaga borang).
Boleh juga masuk Q untuk tambah pelaburan lepas mendaftar macam ibu ni.
Kalau nak tambah kena, ada lagi satu salinan ic.
Kalau tak bawak, BR boleh buat cuma bayo 50 sen saja.

So, kawan-kawan ibu yang ada kat Malaysia (mcm ramai pulak kawan obersea yek!),
cepat..jangan lepaskan peluang ini.
Boleh melabur RM500 saja, untuk tambahan kena Q. Tunggu kelulusan Bank Negara (BN) dulu.
Isi la amaun yang agak-agak nak ditambah 10K,20K - semampu anda1
Kalau (BN) lulus, BR akan akan hantar surat minta dimasukkan bayaran kita mohon tu.
Kalau nak tambah lebih dari yang diisi di dalam borang Q tak boleh ya.
Kalau kurang takpa...so masing-masing tamakla tulis amaun yang besar².
Kalau tak dak duit time nak bayar nanti, boleh kurang. :P

Satu lagi info, saham ni tak dak buku ok macam ASB. Nanti BR akan hantar penyata.
Pastu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
Cuma duitnya takkan dapat immediately macam ASB.
Dalam tempoh 3 bulan, amaun akan dimasukkan dalam akaun anda.
Sapa yang berminat, serbulah BR yang berhampiran.
cepatttttt............

Wednesday, April 6, 2011

Adik berdiri

Wahai orang-orang kampung, adik dah tersangat pandai berdiri ni.
Adik suka lepas tangan bila berdiri. Lepas tu adik jatuh tergolek-golek.
Setakat la ni, kepala adik selamat lagi. Ibu selalu sambut adik.
Tak pun ibu akan letak bantal keliling adik masa adik berdiri.
Abang berdiri jugak tapi tak berapa nak cekap lagi.
Adik lagi tegap berdiri kalau dibandingkan dengan abang.

Nanti jangan lupa beli kasut kat adik tau. Kat abang sama.
Beli yang sama tau sebab adik ngan abang kan kembaq. Kalau sama baru cun!
Nanti abang pun terror la macam adik.
Selain tu, adik pun dah pandai merangkak...yeahh...yeah...yeah...

Hensem tak adik bergambar sambil berdiri. Asyik baring saja.
Sekarang adik dah boleh buat posse yang istimewa.

Pasangan bahagia

Dua beradik ni asal jumpa mesti gelak ketawa.
Adik bila-bila masa pun gelak.
Panggil saja 'adik...', teruih dia renyeh sampai sepet mata dia.
Abang ni ada orang-orang yang dia akan gelak ketawa.
Kalau dengan kakak, memang kenala! Kakak pulak suka agah-agah.
Jadi lagi sepet mata dia bergelak ketawa siap keluar ayaq mata.
Meleleh-leleh ayaq liur bila bergelak ketawa.
Nampakla gigi abang yang sangat besaq tu.
cute...cute..

Tuesday, April 5, 2011

hati-hati..aksi panas anda dirakam

Zaman sekarang ni sangat bahaya.
Aksi panas anda, bila-bila pun boleh dirakam oleh mereka yang tak dikenali.
hehehehehe...hati-hati ok!

Kat rumah memang ibu sangat suka merakamkan aksi panas kembaq.
Handphone ibu memang dah penuh dengan gambar separuh b*gel depa.
Ibu suka buat koleksi gambar-gambar panas.
Hobi! hehehehehe

Gambar terkini. Awas..banyak lagi yang akan ibu dedahkan!
Baik mengaku sapa yang ada gambar panas macam ni..kang kantoi dengan ibu.
Eh..sila letak jawatan!

p/s:
paham kan cerita ibu dengan gambar tu?

Cuba la buat kalau boleh!

Agak-agak anda boleh dak buat aksi macam gambar adik kat bawah ni.
Ibu dulu boleh buat tau. Dulu laa..
Masa sekolah menengah, ibu suka menari rap dengan kawan-kawan kat asrama!
hahahahaha..zaman tu zaman 4U2C..zaman KRU.
Kalau menari mesti sampai split-split kat depan koridor asrama.
Lawak betui kalau ingat balik...kui..kui..kui

Masa ibu belajar martial art pun, ibu boleh lagi buat aksi ganas ni.
Tapi sekarang ni rasanya dah sedikit keras kot. Dah lama ibu tak prektis. Keras la kot.
Tapi baru-baru ni nampak adik buat aksi ni.
Hebat arrr...
kalau berani, cuba la gaya adik ni.
Dia buat relax saja..kalau ibu buat la ni mau tercabut tulang peha gamaknya!

Adik duduk dalam gaya split!

Monday, April 4, 2011

We are the choosen one!

Seperti biasa, jika Jumaat en suami off day, maka ibu akan keluar berdating dengan ayah.
Jemput ayah dengan kereta kemudian kami akan lunch together-gather,
Time solat Jumaat, ayah go for it and ibu menunggu sambil lepak² kat bookstore
looking for interesting books untuk anak-anak.

Same thing happened on last Friday.
Ibu fetch ayah then me'nyeget' ke Kompleks Pasir Gudang.
Masa tu around 12.40 tghari kot. Sampai sana tanya ayah nak makan apa.
Dia kata jemu makan nasi. Sekali dia tarik tangan ibu ke Pizza Hut. ON!

Sambil makan, mata jeling kat depan Pizza tu. Dah ramai jemaah kat luar tu.
hari Jumaat, time solat Jumaat, koridor tu akan dijadikan kawasan solat sebab ruang solat yang ada dah tak cukup. Sampai la kat depan pintu Pizza.

Lepas makan, ayah bergegas ke ruang wudhuk dan ibu keluar ke kedai buku.
Habis solat, menonong dua-dua orang jalan ke parking.
"Ayah tukar duit tak? Barang rumah dah nak habis"
"Tak...tak sempat"
"Ayah ni...potpet..potpet...(ibu mula bebel)"
Hajat nak ajak ayah pi shoping barang rumah.
Bukan senang nak pi sama² lantaran jadual kerja en. suami yang ntah apa-apa ntah tu.
Punya lama ibu potpet sampai la kat depan gate rumah.
Tapi tak la lama sangat pun.

moreless 2.30 petang sampai depan gate rumah.

"Aik..pasal gate terbuka?"- ayah suspen.
" Ayang...pasal pasu ibu ada kat situ", ibu pun ikut suspen sama.
"Ya Allah...motor ayang!", ibu terus jadi kesian tengok muka en suami.
Tadi bukan main bebel, tetiba sayu la pulak tengok muka ayah.
hahahahahaha

Mangsa yang terkedu tengok motor dia masuk statistik mangsa curi motor.
Sangat jahat manusia zaman sekarang ni kan?
Dan sungguh cekap pencuri tu meng'kopak' motor ayah dalam masa 2 jam.
Time tengahari buta pulak tu!

Memang ayah pernah cerita kat ibu, barang-barang kat motor dia
tu memang idaman mat2 rempit. Tapi manala ibu nak ambik port sangat kan.
Mahai camna pun, kalau hujan basah jugak
hehehehehe
Benda yang kena curi tu adalah exsober motor ayah, brand Showa.
Ayah kata benda tu saja sepasang S$600 - 700. Darab la RM2.36 (tukaran semasa).
Pastu break pad ke apa ntah bebudak tu cilok. Siap dengan liver break dan cluth pun depa sapu.
Side mirror pun dua² biji hilang. Adoiii...bengong la manusia zaman la ni kan.

Seat motor tu depa kopak sebab ayah lock exsober tu. Buka seat baru boleh buka padlock tu.
Depa hentak dengan screwdriver kat kunci bawah seat, kopak la benda tu.
Screw bertaburan kat lantai. Dengan minyak-minyak break penuh lantai.
Pandai pulak depa tongkat dengan pasu bunga ibu!
Adooiii..sakit jiwa i tau!

Lepas belek-belek motor, ibu pun call 999.
Panjang dialog dengan awek 999 tu tapi ibu bagitau rumah saya kena pecah.
Bagi alamat, dia terus sambungkan ke Balai Polis.
"ok, kami hantar peronda. Sekajap lagi peronda sampai"

Seketika kemudian (ayat sastera skit), sampai la 2 polis dengan motor masing-masing.
Meluru polis tu masuk tengok motor ayah.
"Uhhh...showa ka bang?" Ayah angguk.
"Ni memang feberet budak2 rempit ni"
Pungpang-pungpang sembang dengan polis, depa suruh pi buat repot kat balai.


Ke balai la pulak mengangkut ayah membuat report polis.
Baru ibu tau Balai Polis Pasir Gudang kat mana sebab jalan tu memang ibu tak pernah lalu.
Sampai sana kena la tunggu pulak sebab depa tengah tukar shift.
Mula ibu nak hangin jugak la..sabauu...sabauuu...


Ibu suruh ayah action buat muka sedih nak masuk blog.
Macam suka pulak kan bila musibah menimpa?
Bukan suka, tapi benda dah berlaku, kalau melalak 4 hari 4 malam,
mengamuk pecah dinding pun apa faedahnya kan?
Silap-silap rugi lagi sebab benda lain pun mungkin rosak sama.

So, ibu dan ayah take this as ujian Allah dan redha sajala.
Ibu pesan kat ayah, mungkin ada benda yang kita terlepas pandang, kita buat salah
dan Allah bagi ingatan kat kita.
Sama-samala kita muhasabah diri kan...
Tapi Allah takkan menduga kalau kita tak dapat menghadapinya!
so, we are the choosen one!
clap..clap..clap

p/s:
Sabtunya adalah hari mengembara ke kedai motor shoping spareparts!

Mengganas di rumah nenek

Hujung minggu rumah nenek akan serabut.
Nenek pun mesti serabut tengok rumah dia kan? Tapi sebab cucu, mesti dia relakan saja.
Tilam, toto, bantal akan bersepah-sepah dekat hall.
Siang pun masih sama bersepahnya.
Bantal dan tilam tu adalah protection sebab kembaq la sudah suka berdiri.
Seluruh hall rumah nenek akan dijelajah depa.
Semua benda depa nak capai. Kerusi meja adalah tempat permainan.
Berguling bergolek jatuh, depa bangun balik.
Tak pernah nampak mengalah. Bagus kan sifat baby ni.
Tak macam kita orang dewasa, mudah sangat putus asa!

Sunday, April 3, 2011

Kembar kontra?

Kembar ibu adalah sedikit kontra. Dah memang pun sebab kembar tak seiras.
Lahir dengan dua uri dan kantung yang berbeza.
Rupa pun langsung tak sama.
Sekali saja ibu pandang, ibu dah boleh bezakan depa since newborn lagi.

Bila dah makin besaq ni, makin nampak perbezaan depa.
Abang seorang yang sungguh cool dan sekarang lebih manja.
Tapi dalam manja-manja tu nampak la sifat ke'abang'an tu.
Kalau dia bergerak ke depan, adik masih di belakang, abang akan pusing
dan bunyi² macam panggil adik dia.
Ibu sangat suka tengok adegan macam tu.
Abang bermata sepet ala-ala korea.
Muka bujur berhidung sedikit pesek macam ibu la :P


Adik sungguh ceria. Asal nampak orang yang dia kenal,
tersengeh sampai sepet matanya yang bulat tu.
Mulut ramah menyembang. Muka 4 segi berhidung mancung macam kakak.
Macam ayah la jugak.. :P
Adik pun manja jugak. Tapi sejak abang makin manja ni, adik macam mengalah.
Tapi ada time² yang dia nak jugak ibu.
Nanti, dua² berebut nak duduk atas riba ibu. Celah² tu kakak pun sama jadi manja jugak.

Setakat la, persamaan yang ibu nampak sama pada ketiga² anak ibu ini adalah
mereka berdahi luas macam ibu!
Ala-ala boleh landing concorde gitu hehehehe
Tapi trademark depa juga adalah strawberry mark kat dahi.
Cuba tenung lama skit, mesti nampak tandanya yang samar-samar tu!

Saturday, April 2, 2011

Setelah berjaya dikembangkan

Ibu kembang? Tak la kembang sangat tapi kembang la jugak :P
Bukan nak story pasai ibu yang agak kembang,
tapi pasal mainan yang telah berjaya di kembangkan ini.

Ibu pernah janji nak letakkan gambar mainan yang ibu beli kat Kedai Baby Best.
Inilah rupanya setelah berjaya dikembangkan oleh ayah.
Bukan ayah tiup dengan mulut ok. Ayah pakai pump kaki.
Mau kempis perut ayah kalau berjaya kembangkan mainan ini.
Tapi suami Siti tiup dengan mulut ok.
Ibu sungguh kagum!

Dah siap kembangkan mainan ni, masukkan baby abang dan adik.
Terus meraung, menangis mendayu-dayu.
Lahhhh...penat ibu beli tau!
Mungkin sebab benda ni agak dalam, dan bila masukkan depa, mungkin depa rasa macam nak kena tinggai.
Lama juga diparking antara sofa sebagai gate tak bagi depa keluar malam-malam.
Lepas kakak balik bercuti dengan nenek, kakak yang main lebih.
Kalau kakak ada kat dalam tu, masukkan baby ok la!
Ada geng kan, mau la jugak dia main-main dalam tu.
Tunggu depa besaq sikit, nanti okla tu!

Abang bergelak gembira dengan kakak. Nampak ibu nak snap, lagi dia suka!
Tapi disebabkan camera handphone ibu yang terlebih canggih, maka itu sajalah hasilnya!

Friday, April 1, 2011

Jiwang - Puisi Cinta

Hari ni ibu nak jiwang sikit.
Menyusur kembali denai kenangan masa kesik2 dulu. Tapi tak la kecik sangat.
Dah sekolah menengah la, dah pandai 'minat-minat' kat orang.
Tapi orang yang ibu minat tu tak suka ibu.
Sebabnya ibu ni tak 'cun' lagi comot :P
Tapi ibu tak kisah pun sebab ibu suka-suka saja minat-minat dia.

Kalau kenang kisah-kisah lama, memang lawak rasanya.
Macam-macam kes terjadi. Bila pikiaq balik la ni, macam bangang pulak rasanya!
Tak pa..tu semua kenangan, penyeri hidup adanya..kan?

Tetiba ibu teringat lagu yang sangat ibu suka satu masa dulu.
Sebenarnya ibu sendiri dah lupa akan lagu ni.
Tak dak pun dalam list lagu yang ibu download. Ibu dah lupa padanya.
Tapi Nadia, kawan baik ibu sms beberapa minggu lepas.
Katanya dia dengar lagu ni dan terus teringatkan ibu. Dulu ibu sangat suka nyanyi lagu ni.
Tersangat suka walaupun suara ibu memang sumbang, ke laut adanya.
Tak kesah laa...:P

Jom nyanyi.....

Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan, Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan, Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata, Seindah bahasa
Nak ku huraikan, Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu, Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu, Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna, Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan, Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...

Menjadi hiasan hidupku...

Lagu ni kumpulan ILUSI yang nanyikan, Ayai dia punya vokalis.
Masa lagu ni di produce, ibu baru darjah 3 kot.

Sebab tu masa sekolah menengah baru layan. Tapi memang sampai la ibu pendengar setia
Sinar FM. Layan lagu-lagu lama.
Itu yang kena dengan jiwa ibu. Klasik gitew...tapi ayah lagi klasik jiwanya.
Lagu klasik filem hitam putih tu dia boleh hafal.
Dengar lagu dah boleh teka lagu tu dalam filem apa. Hebatkan?
hehehehe

p/s:
Tetiba jiwang di hari Jumaat!
Related Posts with Thumbnails