Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, June 30, 2011

Aksi mendebarkan...

Suatu pagi yang hening, seperti biasa ibu memandu kereta dengan muatan
anak-anak di belakang.
Sambil memandu ibu akan menjeling anak-anak - adik di depan, abang dan kakak di belakang.
Sambil mulut melagukan alunan zikir dari CD, ibu mengagah adik di sebelah.
Adik akan gelak terkekeh-kekeh, nanti abang pun akan ikut ketawa.

Ibu meneruskan pemanduan dengan tenang, sekali sekala menjeling kelakuan mereka.
Tiba-tiba, adik telah membuat aksi yang membuatkan jantung ibu berdebar.
Oh adik, orang tua-tua kata aksi adik ni ada maknanya tau!
Adik jangan buat selalu ok.
Kang termakhbul pulak permintaan adik..jenuh ibu!
Ibu ni belum ready sepenuhnya lagi.
Tunggu la 3-4 tahun lagi, baru la adik buat aksi macam ni ok.

Cuba tengok adik buat apa? Pastu siap jeling tgk ibu lagi.
Harus la ibu snap!
.

.

.

.

.


Friday, June 24, 2011

Kisah bulan Jun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak kena lap lagi ka blog ni?
Ada ka yang dok buka blog ibu ni menantikan entry yang baru?
pada yang menunggu entry jawapan balas untuk F, hehehe
nanti la, akan ibu tulis tapi ambik masa sikit.
Tengah sibuk ni, malas nak layan perasaan orang-orang yang meroyan :P
Kang ibu meroyan sama, sapa nak tolong siapkan kerja ibu ni.
iya dak?

Oklah, actually bulan Jun adalah bulan yang banyak peristiwa pada ibu.
3 Jun 2002 adalah tarikh ibu melapor diri ke jawatan sekarang.
10 Jun 2006, ibu telah selamat bertunang dengan en suami.
Dan pada 22 Jun 1979, ibu telah dilahirkan ke dunia.
Alhamdulillah, ibu masih diberi Allah hayat untuk menikmati udara pada usia 32 tahun ini.
Oh..sudah 32 rupanya!

Terima kasih pada saudara mara, sahabat handai, anak-anak murid
yang wish Happy Birthday melalui hp atau FB.
Sungguh penuh FB ibu dengan ucapan yang mencecah ratusan itu.
Terima kasih sebab nama ibu masih di hati korang.
Walaupun hanya sekadar bait-bait perkataan yang ditaip,
tetapi ingatan itu yang penting.

Lately, memang ibu tersangat sibuk.
Banyak program yang akan berjalan dalam masa terdekat ini.
Walaupun pelajar tengah cuti semester, jangan harap cikgunya boleh relax.
Sapa yang kata kerja gomen senang, hehehehehe..
Kalau kerja kat jabatan lain ibu tak tau, tapi kalau nak tau senang ke tak,
mai la kerja di Kolej Komuniti.
Baru tau kami ni makan gaji buta ke idak?

Oklah..kerja banyak ni!
Tak tau bila boleh buat entry banyak2 macam dulu pastu set autopublish.
Nak edit gambo pun macam tak cukup time rasanya!
hehehehehe

Sebagai penyeri entri,
gambar ibu bertunang pada 10 Jun 2006 yang lalu..eceh!
daaa......

Thursday, June 16, 2011

Malaysia oh Tanah air ku

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku.....(dah lupa, sila sambung sapa yang tau ya)

Siapa punya kerja ek?
Nak kata TAHNIAH, entah la..
Nak kata SALAH, ada jugak betulnya...
Laman web yang sepatutnya dan paling awal disekat, tak pulak di ambil tindakan.
Tu yang ada geng² meroyan ni mula mengganas!

Kadang-kadang, tindakan orang-orang atas kayangan ni ada jugak yang biulnya!
Yang tak masuk akan dan tak berapa nak ada logiknya.
Yang baik untuk rakyat, baguslah. Terima kasih dan tahniah!
Itu memang tugas anda, menjaga dan membela nasib rakyat.
Bela dan bela ok!

Yang tak berapa logik tu, contohnya kontrak selenggara FB sampai berjuta²..apa cer?
Adik i darjah 5 pun pandai buat FB sendiri.

Portal 1pengguna sampai berjuta² tapi guna templet sedia ada..apa kes?
Bergunakan portal macam tu untuk seluruh rakyat Malaysia.
Makcik Leha kat kampung, ada internet ka?
Nak on komputer pun tak tau nak tekan tang mana!

Ada Giant dan tesco ka kat Kampung Cerok Ketiak nak compare harga barang.
Takat shopping kat Kedai Tok Mat, ada ke perbandingan harga dengan kedai kampung sebelah.
Itu yang pada saya tak masuk akal dan sedikit biul.

Kang kalau tulis banyak², katanya pembangkang hehehehe
Tapi kalau tak dak pembangkang, payah jugak.
Kang dirasakan semua yang dilakukan tu betul dan tak salah.
Kurang-kurangnya, selagi ada yang menegur, bermakna masih ada yang sayang kan?

Jom berubah!! Ada berani?

Friday, June 3, 2011

Hari ini dalam Sejarah - 9 Tahun sudah

Pada tarikh ini, 3 Jun, 9 tahun yang lalu,
ibu melaporkan diri sebagai seorang pendidik di sebuah kolej milik kerajaan yang baru ditubuhkan pada ketika itu.
Penubuhan kolej itu pada 1 Julai 2001, dan ibu melaporkan diri pada 3 Jun 2002.
Dengan tawaran gaji RM1588.70...cukup mengujakan!

Masih lagi ibu ingat, abah yang menghantar ibu dengan motorsikal.
Anak orang biasa, kereta pun tak ada. Punya motorsikal sudah cukup baik.
Abah balik setelah menghantar ibu dan petangnya ibu balik dengan
menumpang kereta Ustazah Umi - staf di situ. Selepas itu, ibu terus menumpang
Ustazah Umi pergi dan balik
Sehinggalah ibu memiliki kereta sendiri - Kancil 2nd hand.
Kadang-kadang, ibu menumpang Kak Mawar yang juga rakan sepejabat ibu.

Tiada niat untuk membanggakan diri, tapi ibu sempat mendidik
keluaran pertama sejak KK ditubuhkan.
1st batch masa itu, hanya 2 kelas.
Ibu merasa susah getirnya mengajar tanpa alatan yang lengkap.
Tiada bangunan sendiri dan menumpang di sekolah.
Dengan keperluan yang ada, ala kadar saja.
Tapi itu semua tak menjadi masalah, ilmu tetap kami sampaikan sebaiknya.
Lebih berbangga semasa majlis konvokesyen, melihat anak didik naik ke pentas.
Terasa penat selama ini berbalas.

Sebahagian anak-anak didik, rasanya ni 2nd @ 3rd batch kot.

Mula bekerja, ibu pun mula outstation ke sana sini.
Tinggal dan makan di hotel-hotel yang sebelum ini tak pernah ibu rasakan.
Naik kapal terbang yang sebelum ini ibu hanya pandang dan dengar cerita orang.
Berjalan hampir ke seluruh negara menghadiri mesyuarat, kursus dan seminar.
Memang sangat teruja dan menggembirakan. Tapi selepas beberapa tahun, ibu mula bosan.
Kalau dapat surat kena outstation, aduhhh....sangat malas.
Mula teringat kelas yang terpaksa ditinggalkan dan perlu diganti.
Tapi dek kerana tugas, ibu gagahkan diri.

Senimar di Sarawak yang memberi peluang ibu naik bot di Sungai Sarawak bersama rakan-rakan

9 tahun ini juga ibu berpeluang melakukan aktiviti yang ibu suka buat masa remaja dulu.
Ada kursus yang memberi peluang ibu mendaki gunung. Ini memang mengujakan.
Mendaki adalah kegilaan ibu semasa di universiti dulu.
Berpeluang menggalas kembali beg ibu dan menjejakkan kaki ke hutan adalah nikmat pada ibu.

Ini kursus yang paling ibu suka - Kursus kerja Berpasukan.

Sukan juga adalah kegemaran ibu sejak dari sekolah rendah lagi.
Semasa di sekolah dan universiti, netball dan volleyball adalah bidang ibu.
Dengannya, ibu berpeluang berjalan serata Malaysia hingga ke luar negara.
Bekerja dikolej, ibu berpeluang menjadi pegawai pengiring untuk sukan - sehingga kini pun.
Menjadi jurulatih dan juga pernah sebagai pemain kerana tak cukup pelajar.
Dapat main!!! Wahhh...memang betul-betul ibu lepas gian.

Juara Sukan KK pertama di Kuala Kangsar. Mana ibu?

2nd place Sukan KK ke 2 - ibu dapat lepas gian, posisi C.

Semasa ibu di kolej lama, kami ada menerima kunjungan pelajar kolej dari Thailand.
Petangnya, mereka meminta diadakan perlawanan persahabatan.
Lelaki - Bola sepak. Perempuan - bola tampar.
Menggelupur ibu dapat peluang bermain dengan pelajar-pelajar tu.
Last-last, ibu yang control satu court hehehe

Ibu berbaju biru. Letih cover satu court. Enjoy walaupun kalah.

Jadi cikgu ni ada yang best ada yang tak best. Adatla kerja apapun kan.
Paling best bila ada aktiviti pelajar, ibu dapat ikut sama.
Kena pula kalau aktiviti tu adalah outdoor. Perghhh..memang kena dengan jiwa.
Kena lagi masa tu ibu bujang dan tiada masalah untuk keluar ke sana sini.
Memang tak lepas peluang.

Berkayak di Timah Tasoh.

Lepas gian. Siap urusetia kenakan ibu, saja gantungkan ibu kat tengah2.

Atas bot, Kem JPP di Pulau Pangkor.

BBQ time. Camping di Sg Sedim. Berkain batik semasa camping adalah trademark ibu.

9 tahun ini juga memberikan pengalaman pada ibu berurusan dengan
pelbagai lapisan masyarakat.
Dari orang kampung yang biasa sehinggalah kepada yang bertaraf raja.
Paling beharga, bila ibu berpeluang menjadi mc untuk fashion show tertutup khas untuk
DYTM Raja Muda Perlis yang sudi mencemar duli melawat kolej lama ibu.
Masih ibu ingat, semasa ibu menuturkan skrip ini -

"Mengadap kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuaku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik mohon di ampun.
Patik mohon perkenan ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku untuk memulakan majlis.
Ampun Tuanku"

Takala itu, ibu bertentang mata dengan DYTM Raja Muda yang
duduk tak sampai 5 meter pun dihadapan ibu,
dan dia menganggukkan kepala sambil tersenyum memberi izin.
Berdiri bulu roma rasanya.
Sejak itu barulah ibu terasa aura ungkapan yang selalu ibu ucapkan selama ini dek
kerana ikut-ikutan dari filem-filem melayu hitam putih.

Banyak lagi kenangan yang hendak ibu coretkan di blog ini supaya ibu tak lupa.
Berpindah ke kolej baru, pengalamannya lebih kurang sama.
Rutin kerja ibu tidak banyak berbeza dengan ditempat lama.

Pengalaman sambung belajar bersama rakan-rakan kolej lain
di maktab juga banyak kenangannya.
Ada yang dulunya pahit, tapi kini semua itu sangat indah untuk di kenang.

Ibu berharap 9 tahun ini dan mungkin 20 tahun akan datang,
ibu masih punya semangat dan umur untuk meneruskan kerjaya ini.
Ibu berharap semua ilmu yang ibu sampaikan 9 tahun dulu dan yang akan datang,
adalah ilmu yang bermanafaat kepada semua.

Ohh...lambat lagi nak pencen! :P

Wednesday, June 1, 2011

Kembali bersama Seth Tan ♥



Fuh..fuh...fuh...lap-lap cermin, sapu-sapu skit.
bersawang dan berdebu blog ibu, hampir seminggu ibu tak buat apa-apa entry.
Sibuk siapkan markah PB pelajar.
Lepas tu meeting..meeting..meeting..meeting, PB tak siap-siap jugak :P
Now, tengah exam!

Dalam kesibukan kerja dan melayan anak-anak kat rumah,
ibu dah lama tak layan tv.
Kena pulak tv kat hall atas, ibu asal balik rumah terus berkampung kat hall bawah.
Hall bawah yang dah jadik tempat tidur rasmi ibu dan anak-anak.
Ibu memang dah lama tak update dengan drama kat tv.

Satu petang, mama (pengasuh baby) tanya "cikgu tengok dak nora elena?"
"rumah saya tak dak astro", ibu jawab tanpa ilmu langsung.
"tak laa..kat tv3, petang-petang, pukul 7"
"oh..ya ka..ermmm..dah balik rumah memang tak tengok tv."
"best tau cikgu drama tu", mama dok cerita tapi ibu layan-layan gitu je sebab ibu tak tau hujung pangkalnya.

Lepas tu kat FB penuh wall kawan-kawan dok tak sabaq nak balik rumah tengok Nora Elena.
Asal isnin - khamis, mesti ada wall kawan-kawan pasal nora elena.
ishh...best sangat ka?

Satu malam, sambil melayan baby yang demam, ibu on notebook.
Jap nak bagitau..baby abang dan adik dah 2 minggu demam
bergilir-gilir.
Adik dah ok. Abang yang masih tak ok-ok lagi.
Asal siang kat rumah mama, sihat. Malam demam.
Siang sihat, malam demam. Sampai ibu dah rasa trauma bila nak balik kerja.
Takut, malam kang mesti baby demam.
Ada satu masa tu, adik dan abang deman serentak....
Adusss..camna ibu layan depa sorang diri??
Tak payah la ibu cerita hehehe..korang sila lah bayangkan sendiri ekkk :P

Ok..sambung balik hal sebenarnya. Apa ibu nak buat sambil jaga baby deman ni?
Apa nak buat?? FB dah bosan?
Haaa...tonton! Tengok nora elena...
Dah episod 13 dah pun. Tertinggal kapal rupanya ibu.
Layan episod 1...oklaa...
Episod 2..isshhhh..best jugak.
Episod 3....waaaaahhhh...camna ni? Esok kerja, kena tidur..
Oh!

Esok malam, sambung lagi.
Sambil layan anak demam, ibu melayan jiwa sendiri.
Oh...kembang kuncup jantung tengok episod-episod yang seterusnya.
Oh tidak!
Ibu sudah terpikat dengan keromantikan-comelan hero, Ahmad Seth Tan.

Muka Seth Tan yang ala-ala cute-sedih
Time ni dia kat ofis Elena tanya tentang pertunangan depa.

Romantik-cute gitu!
Ibu senyum simpul tengok gelagat heronya.
Sungguh pandai Aaron Aziz memainkan peranan dan watak.
ngeh..ngeh..ngeh..
Sampai ke subuh kau!
Mujur esoknya sabtu!Ayah pun join sekali hehehe

Pada yang gadis yang single, anda masih boleh mencari suami seromantik watak Seth Tan.
Ada..tapi mungkin 1/100 barangkali.
Ibu dapat yang seperti ayah pun dah ok.
Tapi kalau tetiba ayah lebih romantik seperti Seth Tan melayan Elena,
ibu lagi ok! hahahahahaha

Ayah..boleh tak dukung ibu sampai ke Puncak Kinabalu?
hehehehe
Apapun, luv u sayang...;)

Related Posts with Thumbnails