Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, July 29, 2011

Trip ke Wak Rado

Ibu dah selesai kursus di UTM. Paginya ibu exam teori refleksology dan lepas tu terus exam amali. Markah dah lulus dan sijil dah dapat. Alhamdulillah....


Ni kertas exam tadi pagi.

Oh! Tajuk entry lain sibuk cerita lain kan! Hehehehe... Sebenarnya dah lama ibu mendengar akan kehebatan rasa satay wak rado ni. Dengar cerita, katanya beratur orang kat kedainya nak beli satay. Ibu tak tau mana kedainya cuma tahu kawasan saja. Dan memang tiap-tiap hari ibu akan melalui kawasan tu bila balik dari kursus cuma tak dapat la nak singgah sebab dah malam.

Kesempatan habis kursus awal ni ibu gunakan sepenuhnya. Lepas lunch kat UTM, ibu, siti dan KJ (bukan Khairy Jamaludin ok!) ke Jakel untuk sesi beli-beli persiapan raya. Tapi ibu kena pi lagi sebab curtain readymade yang ibu nak beli tu tak sampai lagi stoknya! Lepas sejam lebih kami pun decide nak balik ke PG. Tetiba ibu teringat pula kat satay wak rado ni. Terus KJ tukar arah jalan kami ke rumah kakaknya yang memang dekat dengan satu lagi cawangan satay wak rado.



Memang terbaik. Kami tapau sebab Siti puasa. Lagipun time tu dah dekat pukul 5. Sementara siap order dah 530 petang. Lewat nanti sangkut jem! Ibu order 2 set satay ayam 10, satay daging 10, dan soto nasi untuk anak-anak. 1 set satay tu ibu bagi kat mama, pengasuh anak-anak buat buah tangan.

Oklah, nak type lagi tapi kakak dah merajuk sebab ibu dok ngadap iphone. Tengah ibu nak blogging dia pula rajin nak baca buku. Terpaksa la layan dia kan....

Jumpa lagi.....

Thursday, July 28, 2011

Entry santai

Assalam
Hari ni ibu masih berkursus di UTM tapi ketila entri ni ditaip ibu dah ada kat rumah. Hari ni kursus habis awal sebab petang tadi ada majlis penutup kursus yang ibu ikuti ini.
Habis saja majlis, terus minum petang dan berdesup balik ke Pasir Gudang sebelum jalan sesak. Sampai rumah awal sangat, dalam 530 gitu! Ibu decide nak balik rumah terus sebab nak kemaskan toto yang kakak buat hal malam tadi!

Alkisah, semalam sampai je rumah ibu letak kembar dalam babycourt. Terus angkat toto yang dah berhari-hari tak lipat dan ketuk. Sapu sampah terus mop lantai yang dah naik geli ibu nak pijak! Melekit, dah tak tahan sangat terpaksa la ibu bersihkan juga! Dekat pukul 10mlm baru selesai. Adik dah mengamuk mata dah merah sebab dah ngantuk!
Lepas berjaya bagi anak-anak tido, ibu pun baring sambil melayan kisah-kisah dunia di iphone ni. Tetiba, kakak yg tengah nyenyak bangun. Buka seluar separuh terus mencangkung dan uwarghhhhh.....dia kencing!!!! Mata pejam ok! Ibu terus tadah tangan sambil jerit " kakakkkkkk...awat kencing kat sini???"
Baru kakak buka mata dan terus menagis sambil terus mengencing di atas tangan ibu. Uwarrrghhhhhh......

Oh kakak... Lain kali ngigau la yang best skit. Ngigau bangun mop lantai ka, lipat baju yang dah menggunung balik ka....ni kakak ngigau kencing!

Pagi tadi memamg tak sempat nak kemas. Ibu sorang-sorang. Ayah minggu ni tak balik. Kesempatan balik awal ni, ibu selesaikan urusan pembersihan dan pembasuhan 2 keping toto yang hancing! Dah setel bentang toto baru. Jap lagi nak pi jemput anak-anak.

Penat mengemas, pekena manggi kari! Sedap juga sekali sekala makan macam ni.



Daaaa.... Nanti jumpa lagi! Santai tak entri ibu kali ni? Hehehe

Wednesday, July 27, 2011

Refleksology

Minggu ni minggu terakhir ibu kursus kat UTM. Lepas ni ibu dah dapat sijil anatomi, urutan tapak kaki dan tangan dan pengurusan SPA hehehe acana! Cikgu IT tetiba dah tukar bidang jadi tukang urut dan tahun depan insyaAllah ibu akan ikuti kursus urutan holistik pula. Holistik adalah urutan menyeluruh atau satu badan ok! Jadi mak bidan urut pula la ibu hehehe

Sebenarnya, best dapat belajar benda-benda macam ni. Kalau pi mengurut kat pusat refleksologi yang bersepah sekarang ni, at least kita boleh tahu betul atau tak rawatan yang diberikan pada kita. Knowledge tu penting untuk pengguna supaya tak la kita ditipu. Tak le dia main tekan je sebab kaki dan tangan kita ni reflek pada organ yang ada dalam badan kita ni.



Minggu ni full praktikal. Dah naik lenguh lengan dan jari memicit. Tapi seronok sebab lepas tu kita pula diurut. Urut bergilir-gilir.

Oklah, entry ni ibu type di atas katil di dalam bilik latihan takala ibu sedang di urut.

Tq pada yang menyinggah kat blog ibu. Memang ibu tak sempat membuat lawatan singgah dah lama dah ke blog-blog yang selalu ibu buat kunjungan.

Ok, nak menikmati urutan jap ekkk....

Ni terapist i hari ni.. Masih solo, sedang mencari dan lengkap pakej pandai urut..sapa nak masuk line, sila roger ibu ok! Hehe

Tuesday, July 19, 2011

Memori


19 Julai 2010, ibu selamat menjalani pembedahan melahirkan kembar lelaki.
Ibu namakan FAAIQ untuk abang dan FAAID untuk adik.
Nama yang ringkas tapi bermakna.
Ringkas supaya senang ibu nak isi borang.
Untuk abang dan adik juga nanti, tak payah nak tulis panjang-panjang hehehehe

Kita balik ke rumah mak tok. Ibu berpantang di sana.
Abang dan adik sangat baik. Tidur senntiasa nyenyak dan lena.
Sekali sekala bangun di tengah malam nak menyusu.
Tapi abang dan adik pernah juga tidur di wad bersama-sama.
Walaupun adik yang teruk jaundisnya, tapi doktor benarkan dua-dua tidur di hospital bersama.
Mana sanggup ibu nak tinggalkan sorang kat rumah sorang kat wad.
Senang cerita, ibu angkut 2-2!

Bila dah makin besaq, abang dan adik tak selalu tidur bersama.
Abang lebih suka tidur lepak dengan ibu dan kakak.
Tapi adik, mesti kena masukkan dalam buai.
Kalau tak, adik akan selongkaq satu rumah. Sampai dah betul-betul letih, baru adik lena.
Nak jimatkan masa dan tenaga ibu, ibu masukkan adik dalam buai
hehehehe sat saja, adik dah nyenyak!

Pengalaman ibu menyusukan abang dan adik serentak.
Dulu boleh la. Sekarang dah tak sanggup ibu.
Dukung sorang pun dah rasa mengah. Macamana nak peluk 2-2 kiri kanan macam dulu.
Abang dan adik menyusu ibu sampai 6 bulan saja.
Lepas tu dah sepenuhnya susu formula. Sedih jugak ibu. Tapi apakan daya.
Ibu tak tau macamana nak susukan 2-2 bila menangis serentak.
Senang cerita, ibu sumbat botol serentak 2-2.

Kakak sangat sayangkan abang dan adik.
Walaupun kadang-kadang kakak tolak kepala abang dan adik, tapi nanti kakak kata 'sori...sori'.
Masa mula-mula ada adik, kakak sangat teruja.
"banyaknya baby..." hehehehehe
Kakak selalu sebut "kakak ada 2 baby".
Sejak ada adik, kakak mesti nak tidur dengan baby.
Sekali sekala datang angin manja, baru nak peluk ayah dan ibu.
Tapi bila dah hanyut, pusing sini sana, nanti berguling juga dengan abang atau adik.
Tapi bila dah besar ni, abang selalu jadi peneman lena kakak.
Sebab adik tidur dalam buai.

Saat abang dan adik sakit adalah saat yang paling mencabar.
Sorang demam, ibu boleh tahan. Abang baik, adik pula demam.
Adik baik kakak pula ambik turn.
Bila 2-2 demam, ibu dah mula gerun.
Alhamdulillah, ibu berjaya harunginya setakat ini sambil berlinangan air mata.
Jadi ibu kena tabah. Kena kuat,
Walaupun menangis tapi tak bermakna ibu lemah.
Dan ibu yakin, Allah hanya menguji pada hambanya yang mampu mengharungi.
Bila datang ujian, ibu hadapi saja dengan tenang walaupun sekali sekala kelam kabut
hehehehehe standard arrr...

Bila dah makin besar, dah makin bijak, dah pandai main chuk-chak, dah pandai pungah2.
Memang rumah ibu dah macam tongkang pecah.
Tak pa, janji anak-anak ibu ada dengan ibu.
Daoat tengok abang dan adik senyum, dapat dengar kakak yang dok pot-pet,
hati ibu dah tenang dan lega.
Walau macamana penat balik kerja, hilang semuanya!

Hari ni 19 Julai 2011, abang dan adik dah setahun.
Pejam celik-pejam celik, ibu dah berjaya membesarkan kembar ibu yang dulu comey lotey.
Tapi la ni pun tetap comel jugak! Dah makin hensem pun!

Ayah mc hari ni. Nanti malam ayah beli kek.
Kita makan sama-sama.
Tapi abang dengan adik boleh makan sikit saja sebab manis!
Yang lain ibu, ayah dan kakak la yang habis kan!
heheheheh

Happy Birthday FAAIQ dan FAAID.
Melahir dan membesarkan kalian adalah pengalaman yang tak ternilai.
Kalau orang tanya macamana ibu jaga sorang, memang tak boleh ibu nak ceritakan.
Ada perit, ada pahit, ada perit! Tapi semuanya tetap manis!

Syukur, alhamdulillah kerana Allah memberikan ibu merasai pengalaman indah ini!

Thursday, July 14, 2011

Hormon marah tengah merembes

Tajuk!!!! Sangat meletup. Sama seperti hati ibu yang nak meletup ni.

Kisahnya, ibu dalam proses nak mohon naik pangkat. Dah la banyak dokumen kena siapkan, penulisan, pembuktiaan kerja, pendek kata banyak la.... Kadang2 rasa macam nak bagi tak bagi je kan!

Dah tu adala bab2 perkhidmatan yang perlu disediakan oleh admin. Bila cakap kat admin ada saja alasan. Pusing pi pusing mai, pensyarah sendiri yang kena buat bab2 perkhidmatan. Ishhhhh...tetiba hormon ibu terembes melebihi hadnya!

Terus ibu email EO meluahkan rasa. Come on la....kalau semua benda perkhidmatan kami yang kena buat, baik tak yah ada admin. Ini yang orang marah dengan perkhidmatan kerajaan.
Lembab! Lambat! Kalau hal yang libatkan birokrasi, memang la tak boleh elak. Ini nak isi borang yang perlukan nama, ic, tarikh lantikan dan pengesahan, markah skt, tangga gaji terkini...semua tu suruh pensyarah buat, apa hal???
Adoiiiiii....dah lama rasanya beralah buat sendiri semua benda2 ni... Kang suruh admin mengajar pula....nak!?

Oklah!! Marah ni...marah! Kurang pahala puasa i tau!

Mencikkkkk!!!!!!

Wednesday, July 13, 2011

Laporan harian

Day 3 di UTM.

Pagi tadi nak bangun rasa sangat malas. Letih sangat rasanya. Baru 2 hari berulang alik Skudai-Pasir Gudang pun. Yang letih bukannya ulang alik, tapi kelas dari pagi sampai malam. Malam dah pukul 10. Nak drive time2 kritikal tu yang buatkan badan rasa sangat lemah bila dah sampai rumah. Sebelum sampai rumah, kena jemput anak2 dulu kat rumah mama. Busuk2 pukul 11 malam baru sampai rumah. Lepas angkut anak2, guling2 main sekejap, pastu bagi depa tidur balik, ibu pun tertidur. Semalam rasanya dengan ayah pun ibu bercakap tak sampai 10 patah, terus tertidur dengan baju siangnya hahaha

Hari ni belajar sistem otot. Oklah, kelas dah nak mula. Ibu stop dulu kena tumpukan perhatian kat ilmu yang nak disampaikan ni.

Nak masuk gambar, picasa problem pula! Daaaaaaaaa....

Tuesday, July 12, 2011

kursus urut tapak kaki

Bermula semalam, ibu akan berkursus di IBD, UTM Skudai sehingga 30 Julai 2011. Ambik!!! Cukup kursus untuk berapa tahun tuh.. Kalau boleh carry forward la...

Baru 2 hari dah muak dengan istilah saintifik. Sungguh rasa macam nak jadi doktor. Walaupun kursus untuk urut tapak kaki, tapi mesti belajar semua yang berkaitan dengan tubuh badan. Dari sel, darah, jantung, tulang, saraf, pembiakan, ginjal, jantung dan segala-galanya la yang ada dalam tubuh badan manusia.

Kelas sampai pukul 10 malam. Kesian anak-anak dan ayah. Sabar ekk...3 minggu saja ok. Lepas ni ibu boleh praktis urut kat ayah hehe


Muka poyo dalam kelas malam.


Buku nota yang perlu ditelaah sampai muntah!

Ok..update blog dalam kelas ni hehe
Wifi tahap superb!!

Wednesday, July 6, 2011

Sesi ganti mengganti

Sekarang dah bulan Syaaban. Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma.. Oh sungguh ibu tak sabar nak menyambut dan bertemu Ramadhan.

Sebelum datangnya bulan yang penuh rahmat itu, ibu sekarang dalam proses menggantikan puasa. Ada 25 hari hutang. Ibu bersalinkan kembar hampir dengan bulan Ramadhan, jadi ibu cuma dapat puasa dihujung2 Ramadhan saja.

Setelah sekian lama berusaha, ada lagi 8 hari. Nak kena cepat ni..rasanya minggu depan selesailah kot segala hutang ibu ni.

Oh..bila berpuasa mesti berbuka itu penting!
Ibu akan masak kalau ayah ada di rumah. Kalau tak, ibu beli saja. Tak kuasa nak gigih2 masak pastu makan sorang2...

Menu hari ini...





Paprik ayam dan temannya, bendi goreng udang!

BERSIH itu penting!


Oh..saja jer ibu guna tajuk yang hangat disebut² sekarang ni.
Tapi kisah bersih yang ibu nak cerita ni, bukan pasal perhimpunan BERSIH 2.0 ok.
Ini pasal bersihkan telinga adik dan abang. Memang kasik bersih kaw-kaw punya.
Nak bersihkan telinga anak-anak ni, wallet ibu ngan ayah pun agak bersih!
Tak pa la, janji anak-anak sihat kan!

Alkisah, pada suatu masa dahulu, abang dan adik kan demam tak berhenti-henti.
Hari ni abang deman, esok baik. Esok adik pulak demam.
Esok gilir pula abang yang demam hingga last² sekali 2-2 demam.
Demam yang bukan suam-suam dedar badannya.
Ini dah tahap mencecah 39.5 degree.
Mau tak gelabah ibu dan ayah.
Ibu kot yang gelabah lebih sebab ayah lena berdengkur juga hehehe

Bila 2-2 demam, ibu dah pening nak buat macamana.
Sebab sebelum ni, kalau anak-anak demam, memang ibu akan pangku dan tidur sambil duduk.
Ini 2 serentak. Macamana nak pangku!?
Last², mak tok bagi idea, sorang kat tangan, sorang kat celah kaki.
hahahahaha..sila bayangkan ok!

Demam yang lama dan berulang serta selsema yang tak baik².
Pada suatu hari, ibu spot ada cecair keluar kat telinga abang.
Cuak dah ibu takut telinga abang bernanah!
Ibu cium cecair tu, tak berbau.
Ibu bawa abang ke klinik biasa. Doktor bagi ubat titik dan ubat selsema.
2 hari selepas tu, adik pulak keluar cecair yang sama kot telinga!
Adoiii..kembar la katakan. Semua nak sama!

Ibu gogel, jumpa banyak info.
Ada yang kata, cecair tu adalah selsema.
Jangan guna ubat titik dalam telinga sebab itu akan memburukkan keadaan.
Untuk kepuasan hati, ibu dan ayah bawak twin ke Hospital Penawar, jumpa ENT terus.
Senang, puas hati walaupun bayaran agak mahal.

Rupanya telinga abang dan adik ada jangkitan kulat.
Camna boleh naik kulat!?
Doktor kata mungkin susu atau air masuk.
Abang kalau nangis memang laju je air mata masuk ke telinga.
Adik pula sebab selalu tidur dalam buai sambil minum susu,
kadang² puting tu termasuk ke dalam, susu tumpah, habis basah mukanya.

Pergi ke ENT. Doktor India yang sangat baik dan polite sekali.
Doktor Raj Krishnan Lal, suka sangat puji mata abang dan adik yang besar.
Mata ibu yang besau ni doktor tak nak puji pulak hahahaha
" Matanya sangat cantik. Sangat besar. Bijak ni"
Berulang-ulang kami dia sebut.
Trima kasih dokte!

Doktor pun memulakan operasinya.
Di masukkan camera ke dalam telinga abang, kiri dan kanan.
Abang pun terus memulakan nyanyian mesra sehingga satu hospital boleh dengar.
Adik pandang-pandang saja abangnya yang tengah berperang.
Memang sangat lembab dan berkulat.
Doktor kata, kena cuci. Cuci la doktor, janji baik.
Lepas abang, adik punya turn pulak. Sama saja nyanyiannya.
Gini la rupa telinga abang dan adik hasil tangkapan ibu dari tv doktor.


Yang putih-putih tu adalah fungus yang memenuhi salur telinga.
Rupa yang lebih clear macam kat bawah ni.


Doktor kata telinga yang dijangkiti fungus atau kulat ni susah nak diubati.
Susah bermakna ianya ianya memerlukan rawatan yang berterusan.
Perlu ulang rawatan yang sama sehingga doktor betul² sahkan bebas dari fungus.
Fungus ni juga merbahaya kalau dibiarkan sebab
fungus boleh merebak sehingga ke gegendang telinga dan boleh 'makan' gegendang telinga.
Bahaya ok.
Kalau dah dimakan fungus, maka kemungkinan pekak boleh terjadi.
Ada juga kes yang berlaku lelehan hingus dan itu adalah bakteria.
Kata doktor, bakteria senang diubati. Cuci dan boleh masukkan ubat.
Cuma perlu pastikan selsema baik, maka telinga akan baik dengan sendirinya.

Jadi kalau ada lelehan yang keluar dari telinga anak-anak kita,
sila jangan biarkan dan buat andaian sendiri.
Bawaklah berjumpa dengan pakar dengar segera.
Bukan tak boleh doktor biasa, tapi kalau jumpa pakar ni alatan dan kelengkapannnya cukup.
Siap dengan camera segala bagai.
Kita pun boleh nampak dengan jelas apa yang terjadi kat dalam lubang yang sempit tu.
Kalau ada kelebihan la. Kalau tak dak pun, korek² lah simpanan kita tu.
Biarlah berhabis untuk anak-anak kan?!

Hasilnya, telinga abang dan adik kiri-kanan bertampal.
Lepas doktor cuci, dia masukkan ubat kulat dan sumbat kapas, siap plaster.
Sebulan tak boleh kena walaupun setitik air.
Maka bermulalah edisi abang dan adik mandi aci lap-lap dan basuh-basuh badan saja.
Baliknya, terus lena dengan nyenyak.
Penat dan letih gamaknya berperang dengan doktor.


Sebab abang dan adik masih baby,
hanya itu sajalah rawatan yang boleh dilakukan.
Cuci telinga dengan air, masukkan ubat kulat untuk matikan spora,
sumbat kapas, tampal plaster.
Untuk baby, tak ada ubat makan untuk matikan kulat dan spora.
5 kali juga appointment dengan doktor.
Alhamdulillah, akhirnya telinga baby abang dan adik bebas dari jangkitan kulat.

Sunday, July 3, 2011

updating via iphone

Testing.
Jakun lagi. Ibu baru nak belajar cara update blog guna iphone.
Application banyak tapi masih mencuba untuk mencari yang terbaik, termudah dan paling penting free hehehe
Terima kasih pada ayah yang menghadiahkan ibu gadget ni. Kalau ibu beli sendiri, yang harga 100 saja hahaha
Janji boleh call, sms. Ibu memang kedekut bab2 nak beli handphone yang mahal2 ni.

Oklah..ini cubaan pertama.


Related Posts with Thumbnails