Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, August 30, 2011

Pagi raya

Assalam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Pagi raya, ibu bangun awal. Lepas solat subuh, cuci baju sambil tu panaskan rendang dan kemas dapur. Adik dan bangun. Buat susu, langsung ibu pulun jahit baju dan seluar adik, kasik pendek sikit, labuh bebenau.



Baju dan seluar kembar yang berjaya direpair oleh ibu. Kotak bawah tu kueh raya ok! Kotak je gempak, isi sikit saja hehehe kueh buat syarat. Kang orang datang rumah tak dak kueh pulak kan...

Dan aksi penghuni di rumah no 3 di pagi raya....
Taraaaa......



Adik yang seawal 6 pagi dah bangun. Dok dalam baby court baik saja, main sorang-sorang. Eh!! Semalam adik dah mula bangun nak jalan hehehe



Dan pasangan tidur yang tak bangun lagi. Semalam kakak tidur lewat layan drama sedih kat Suria. Abang pun sejak 2-3 menjak ni, susah nak nyenyak lena. Tu yang sampai pukul 830 tak bangun lagi ni tapi biasa memang tak bangun lagi time gini!

Sekian laporan di pagi raya. Mungkin 4-5 hari blog ni tak berupdate kot. Jap lagi dah nak balik Melaka tunggu ayah yang tak sampai lagi ni. Ibu pun nak sambung kemas beg!

Daaa.....

Monday, August 29, 2011

Malam Raya

Ramadhan tahun ini sudah berakhir. Tetiba ibu terasa syahdu. Syahdu sebab Ramadhan ni ibu hanya sempat beberapa kali saja terawikh. Itu pun pukul 3-4 pagi. Syahdu juga sebab pertama kali raya di rumah sendiri, jauh dari keluarga. Kalau tak, ibu dah ada kat Kedah atau Melaka tapi tahun ni hari raya baru bergerak ke Melaka. Ayah kerja.

Untuk menghidupkan rasa hari raya, petang tadi ibu buat rendang daging. Rebus nasi himpit. Berbuka tadi, ibu dan ayah sudah makan rendang dan nasi himpit. Pertama kali buat rendang tanpa bantuan yang pakar. Alhamdulillah, menjadi dah ayah suka. Itu yang penting hehe terasa terror pulak bila cukup rasa rendang tu walaupun masak tanpa merasa :p

Malam raya ni banyak cerita. Ntah macamana ayah tertekan tv9, ada pulak upin ipin. Kakak terus menjerit nak tengok. Upin ipin ibu pun dok bergolek depan tv dengan kakak sambil pegang susu sorang sebotoi. Moga upin ipin dan kak ros ibu cepat lena. Ibu nak pack barang, alter seluar abang dan adik dan kemas apa yang patut sebelum tinggalkan rumah esok.

Dan saksikan aksi upin, ipin dan kak ros ibu sedang menghayati upin ipin di tv9.



Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

HLP di hari cuti

Tika ini ibu berada di opis.
Sunyi sepi pejabat ibu di hari terakhir Ramadhan.
Ibu sepatutnya datang bekerja, tapi bila mama dah nak cuti balik ke Pahang,
terpaksalah ibu pun bercuti.
Masa ibu keluar tadi, adik dah tido. Abang masih gagah walaupun dah lali2.
Kakak mula2 nak ikut ibu, tapi ibu berkeras tak nak bawak dia.
Akhirnya dengan sendiri "Kakak tak nak lah ikut ibu. Tapi nanti ibu beli belon kat kakak kan?"
Tetap ada permintaan yang perlu ditunaikan buat kakak.

Kenapa ibu gigih ke opis di hari yang indah ini?
Sebab kat bawah ni haaaa...

Semalam ibu dah submit segala kehendak bahagian Biasiswa.
Lepas tu nak print, printer tak dak pulak kat rumah.
Terpaksalah ibu melarikan diri seketika.
Semua dah submit. Tunggu dan berdoa!

TQ buat kawan baik ibu, Nadia yang tak putus-putus memberi bantuan dan galakan buat ibu.
Kawan baik ibu sekarang dah mula cuti belajar peringkat PHD.
Ibu ni masih kelam dan serabut lagi.
Asalnya dah give up. Dipendekkan cerita, ibu dah settlekan semuanya.
Tunggu saja keputusan tahun depan!
TQ juga buat Ashraf yang menjadi tempat perbincangan dan rujukan ibu sekali sekala.
Moga ada rezeki kita nanti.

Lepas ni kita pulun dokumen validasi kenaikan pangkat pulak!
Opsss...PROSISMA dan UPEK 4 jangan di lupa.
Chayuk!!

Sunday, August 28, 2011

Perasaan yang tak tau nak kata apa!

Entry tadi baru saja ibu kata dah lama tak update kot pc sejak dok
meng'update' blog via iphone.
Malam ni, ibu dok menggodek email.
Lepas ter'check' email kot iphone, ibu dapat satu email yang ibu dok tunggu selama ni.
Terus tengok kot pc. Biar jelas sikit.
Ingatkan dah tak dapat dah. Rupanya semua main online.
Dari application sampaila ke offer letter.
Mulanya ibu dah rasa sedih dah, tak layak rupanya aku ni nak ke sana.
Namun, sejak dapat email tu tadi, masih ada sinar harapan di hujung sana.

Sebenarnya, ibu saja apply dulu nak try test power konon.
Sambil tunggu iklan HLP, ibu saja mohon tempat dulu. Dah plan, kalau dapat, ibu postpone.
Kalau tak dapat, ibu pohon lagi tahun depan.
So, perasaan lepas dapat email ni - tak tau nak kata apa.
Yang pasti ibu dah klik butang postpone tadi.
Tengah pulun HLP dulu. Kalau ibu dapat HLP, ibu dah ada tempat, insyaAllah.

Kadang-kadang rasa nak kerja, kadang-kadang rasa tak suka kerja.
Nak cuti sat dan jadi student balik.
Tapi takut pun ada, masih mampukah ibu nak baca buku dan buat assigment
bila dah menjadi isteri dan ibu beranak 3!
Moga Allah tunjukkan jalan yang sebaiknya....

p/s:
Rasa macam hadiah hari raya pulak. Register 5 Sept.
Nak gelak pun ada!

Menjelang raya

Assalam.

Dah beberapa hari ibu tak update blog. Iphone ibu yang crack ni, ayah bawa balik ke Singapore untuk dibaiki. Sejak update via iphone ni, dah malas nak menaip kot pc hehe lagipun kalau ngadap pc, banyak lagi kerja yang dok menunggu turn untuk disiapkan.

Pejam celik pejam celik raya dah menjelang tiba. Raya kali ni ibu beraya di Melaka, kampung nenek. Tapi pagi raya baru bertolak ke sana. Pagi raya ayah baru habis shift. Beginilah nasib orang jauh dari kampung halaman kekdahnya. Cari rezeki...

Pagi raya, kalau ayah dapat balik awal, dapatlah bergerak awal ke Pengkalan Balak. Hajat hati nak masak rendang, ayam ke, daging ke, kerang ke, ecehhh! Hajat la, tak tau sempat ke tak dengan bantuan 3 staf sokongan yang sentiasa kelam kabutkan ceruk dapor ibu ni.

Oklah! Sempena hari mulia yang bakal tiba 2-3 hari lagi ni, ibu seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sanak saudara di Kedah, Melaka, Singapura, Brunei, Australia serta kepada semua sahabat handai, anak-anak murid, pembaca blog ibu yang silent atau tak, dan tidak dilupakan pada yang menganggap ibu musuh (jika ada), mengenali ibu secara langsung atau melalui alam cyber ni...maaf zahir dan batin. Semoga dengan kedatangan Aidilfitri ini akan memberikan sinar dalam hati dan kehidupan kita hendaknya.

Korang baju raya tahun ni, tema apa? Ibu dan seisi keluarga warna hijau. Nenek sponsor baju meletup! Tapi ibu tak pakai raya nenek tu.Entah kat mana nak pakai pun tak sure hehehe penuh bersulam dan manik koran. Orang ada anak kecik ni, harap simpan la dulu angan-angan nak melaram, apatah lagi ibu ni memang bukan kaki melaram hahaha.

Buat orang-orang Kedah, terimalah duta Batu 17 yang jauh diperantauan berposing dengan baju raya tahun ni, siap bertudung ok! Dengan ucapan, jangan lupa tart jem lang na, kak dah order, kirim kat bang ngah yer!



Tataaa.....

Tuesday, August 23, 2011

Kulit mak dara

Sebelum ini ibu ada bagitau yang kulit kat tapak tangan ibu kering bangat, gatal-gatal dan pecah. Sangat pedih dan menggerutu kasar. Pernah sekali tu, ibu wash adik berak, lepas tu dia punya tinja tu melekat pulak kat tangan, paling spesifik kat kulit yang kering tu. Dahla pecah, kena air pedih lepas tu melekat tinja adik yang liat tu baekkk punya kat situ. Perghh..sambil cuci bercinta tahan pedih!

Ni lah rupanya tapak tangan ibu yang menggerutu tu. Tangan kiri.



Lepas tu ibu sapu minyak kelapa darah. Asal kering minyak tu, ibu sapu lagi. Usap-usap sikit kat kulit kering tu. Alhamdulillah, kulit kering tu dah ok. Kulit yang menggerutu tu jadi keruping dan boleh ditarik buang. Lepas tu, kulit baru nak naik. Tempat yang pecah tu pun dah naik isi hari kedua ibu apply minyak kelapa dara.



See! Kulit menggerutu dah hilang berganti dengan kulit pink yang baru. Kulit ibu kembali dara ok! Lepas ni, sapu minyak kelapa dara lah la..murah, asli, tradisional! Kalau minyak kelapa dara habis, minyak masak pun ok, minyak kelapa jugak hehehe...

Monday, August 22, 2011

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Assalam

Lama rasanya ibu tak update blog time lepas sahur menunggu masuk waktu subuh. Pagi ni tetiba noredaline ibu terembes lebih dan sistem simpatatik ibu tengah berfungsi dengan jayanya, ibu pun update blog di pagi hari.

Pagi ni ibu dan ayah bersahur roti jala yang ibu buat untuk nenek berbuka. Nenek pesan suruh bawak balik sebab ayah tak makan lagi. Ibu jamah sekeping saja, berkeping-keping lagi ayah yang habiskan. Ibu sibuk membasuh pinggan mangkuk yang ada kat dalam sinki sambil ayah dok layan roti jala kat belakang ibu. Tetiba, ibu nampak air bergelinangan di atas lantai! Alaaaaaa.....masalah lama berulang kembali! Saluran sinki bawah tanah ni mesti tersumbat lagi! Benci tau...dah la nak raya, memang acara main air besar-besaran akan berlaku, time gini jugakla dia nak tersumbat segala bagai!

Dengan hati penuh bengkek sambil dok bebel kat ayah kes air sinki melimpah, ibu bukak pintu kabinet dapur bawah sinki tu. Kena cuci segera. Dah la minggu lepas baru ibu cuci dapur dan rumah. Lagipun baby suka main tarik-tarik pintu kat situ. Ibu keluarkan barang yang ada kat situ sebab nak mengelap lantainya. Elok saja ibu angkat tong air yang kosong, terkejut beruk ibu.

" Ya Allahhhhh.... Ayahhhh! Tengok tu! " sambil ibu kalut-kalut cari benda nak ketuk benda alah yang menyebabkan noredeline ibu terembes. Ibu punya tindakan refleks ni memang pelik sikit. Terus tangan ibu capai bekas plastik kosong dan tenyeh-tenyeh kepala dia.
" Ya Allahhhh.... bahaya ni. Mujuq tak kena kat baby. Dah la baby suka main kat sini ".

Tau apa benda tu wahai pembaca blogku sekalian!?



Ianya adalah lipan. Lipan bara ka dak ibu tak pasti. Setau ibu lipan bara warna merah tapi ni warna hijau. Lipan bara dah sejuk kot namanya hehehe. Tapi sengat dia kat hujung tu tetap warna merah. Asal nama lipan, dia tetap mengerikan ibu.

Tetiba, terus bersyukur. Terus berfikiran positif sambil dok mengemop air sinki tu. Takpa la air melimpah pun, tetiba ibu redha walaupun tadi bebel segala bagai. Kalau air tak melimpah, tak la ibu tahu yang ada lipan kat situ. Ibu tolak lipan yang dah terputus tu masuk dalam lubang sinki balik, tetiba!!!! Sekali lagi noreadeline ibu terembes lagi.

" Ayangggggg.... Ada lagi satu! Ya Allahhhh.. Besar... Besar.. "
Ayah bangun capai spray ubat nyamuk. Ehh!! Boleh jalan ke ayah? Ayah kata boleh. Ibu pun ambik dan spray kat lipan tu. Tengok dia dok sengap. Mabuk racun kot!

Ibu teruskan aktiviti bersihkan lantai tu. Lepas dah siap, ibu penyek-penyekkan lipan tu. Sori lipan, i terpaksa berlaku kejam sebelum u bertindak kejam kat family i!

Hati ini tak putus-putus bersyukur. Ibu cerita kat ayah, dulu masa ibu camping, harversack ibu penah dengan sendirinya jatuh tanpa ada sapa-sapa sentuh. Beg adalah barang yang perlu cun! Packing mesti cantik dan balance. Kalau terbalik tu kira tak berapa nak balance la. Memang kami akan lawan, beg sapa paling kemas dan tegak dan tak terbalik bila ditegakkan.

Time beg ibu terbalik tu tu tengah dok baca doa sebelum mulakan perjalanan. Ibu pun angkat bila dah nak memulakan perjalanan. Tetiba, sorang senior ibu tahan ibu dari galas beg tu dulu. Dia ambik ranting kayu dan kuis- kuis kat beg ibu. Tau ada apa? Rupanya ada seekor kala jengking kat tali beg ibu. Bahagian pinggang pulak tu! Bayangkan jika kala tu menyepit ibu yang masa tu kat dalam hutan banat yang tak tau koordinat berapa. Kala itu juga ibu tak pasti apa yang akan berlaku.

Walaupun hari tu kiranya ibu kalah bab packing tercun, tapi semua tu ada hikmahnya. Ibu terselamat dari gigitan yang berbisa. Dan ianya seperti hari ini. Dan ibu bertambah yakin, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah-Nya!

Sunday, August 21, 2011

Iphone crack dan adik yang semput

Ibu kat Singapore danYer! Iphone ibu sudah crack. Retak hati ibu bagai cermin cover iphone tu yang retak tu juga. Harap hati ayah yang hadiahkan ibu gadget tu tak turut retak. Kakak dengan sukahati telah mencampak iphone ibu ke lantai sama macam dia campak pampers baby tiap kali ibu suruh dia tolong ambikkan. Dah la ibu kalut dengan adik yang mula nafas pendek-pendek bila selsema, kakak pun buat nafas ibu pendek sama. Semput ibu!

Dan semalam atau tepatnya pukul 2 pagi tadi, ibu dan ayah berduet ke klinik bawa adik yang nafas dah pendek-pendek bila dia selsema. 2 hari kena terus masalah bronkitis adik datang balik. Ibu memang tak boleh tengok adik dok tercungap-cungap ambik nafas lepas tu berguling-guling berpusing dalam buai tak boleh lelap. Terus ajak ayah yang baru nak baring lepas balik kerja ke klinik. Area Sengkang takdak 24hours klinik, nun kat Pasir Ris sana ibu dan ayah pi, dekat dengan rumah member ayah.

Kalau kat Johor, paling mahal ibu pernah kena untuk charge tengah malam 85 hengget masa gastrik dulu. Kali ni, consultation saja dah 80 dollar.
" hundred and eight dollar sir" lembut je bunyinya! muahaaahahahaaa.... Demi anak-anak katanya! Pejam mata sambil hulur duit. Ayah yang hulur, ibu dukung adik so tak boleh bukak beg duit.

Lepas ambik gas, terus bergegas balik ke rumah sebab risaukan abang yang ditinggalkan dengan nenek. Kang semput nenek kalau abang mula mengamuk.

3 kali dah cuba upload gambar tapi hp ayah ni macam tak mesra alam bila nak update blog. Entri ini kosong tak diserikan dengan gambar bagai hati ibu yang tak berseri tengok adik yang tak sihat dan iphone ibu yang crack!

Saturday, August 20, 2011

Puasa selepas 15 Ramadhan

Mood masak memasak ni dah mula menurun. Hari tu bersemangat masak spageti la, makaroni bakar la, plan nak buat lasagna! Tapi plan itu terbantut. Hari yang sepatutnya ibu masak lasagna tu, bertukar jadi nasi. Sebabnya, mama bagitau petang tu dia tak suap babies nasi lagi. Balik rumah, ibu pun masak nasi lembik skit, boleh suap babies.

Semalam, khamis malam jumaat, ibu ajak adik-adik opis berbuka kat rumah. Geng-geng penyelaras ibu bersama geng yang suka lepak kat unit ibu. Khalis, Awa, Daus, Fadzli dan Faris. Ajak Elis dan Izzati, tapi si Izzati tu malu dengan ibu sebab jarang-jarang sembang dengan dia. Lagipun dia agak baru kat kolej ibu. Si Elis nak datang, tapi dah kawan baiknya malu, dia temankan la Izzati. Kang berbuka sorang pula.

Ibu masak pecal pari bakar, ikan kembung masak cabai, sayur lemak kobis, sambal belacan dan ulam-ulaman. Tetiba, ibu terbuat laksa dek sebab sayangkan ikan yang membeku dalam freezer. Roti jala pun ada. Khalis dengan Awa tolong jalakan. Ibu bancuh tepung, suruh depa buat. Lulus! Partner roti jala adalah kari ayam nenek yang dah sebulan beku. Nak buat sebelum ni, tukang makannya tak ramai. Time gini, baru berbaloi.

Punya excited berbuka, sampai terlupa nak snap gambar hidangan yang penuh bersusun di atas meja!

Dan pagi ni, ibu bersahur simple saja. Nasi goreng. Balance nasi putih berbuka beramai-ramai tu banyak lagi dan masih elok, nasi goreng sajalah. Goreng telur kat ayah, settle! Ayah lagi suka makan gitu. Ibu pun suka masak yang simple macam tu, tapi sesekali, nak jugak test skill memasak hehehe



Nasi goreng pagi ni. Sebesen hehehe. Ada sikit saja balance. Ayah bertambah sampai 3 kali. Ada balance sikit, kakak bangun 540 tadi dan minta nak makan. Habissss....

Thursday, August 18, 2011

the making of rumah raya

Hari ni ibu cuti, ambik cuti sebenarnya untuk cuci rumah sempena nak raya. Azam nak gantung curtain sambut puasa tak kesampaian. Sebab? Macam-macam alasan, tak larat nak list. Oh ya, anak-anak ibu hantar kat rumah mama. Kalau idak, mana bisa ibu kerja dengan senang lenang tanpa gangguan yer!

Ibu tengah rest jap. Lantai hall dah basuh, lantai luar dah, dapur dah. Sekarang ayah tengah pasang tirai kebabom ibu yang nenek hadiahkan tu. Tak siap sepenuhnya lagi.


Askar kerahan paksa rela yang ditugaskan pasang curtain. Ibu mandor besar kat tepi..sana sana, sini sikit..arah-arah gitu hehehe

Ok, nak sambung kerja. Petang ni jemput adik-adik bujang kat opis datang berbuka kat rumah. Pasar tak pi lagi ni.

Chow!

Wednesday, August 17, 2011

Sambutan Nuzul Quran



Hari ni 17 Ramadhan.
Cepat betul masa berlalu, separuh ramadhan telah kita lalui
Alhamdulillah atas nikmat merasai Ramadhan ini.

17 Ramadhan adalah Nuzul Quran.
Sejak tahun lepas, aktiviti keluarga ibu di Kedah telah ditambah dengan
Nampaknya tahun ini aktiviti ini diteruskan lagi.
Ibu yang jauh ni pun dapat sms dari abang.
Sanak saudara dijemput berkampung di rumah tok pada 19 dan 20 Ogos ini untuk majlis tersebut.
Tahun lepas, ibu dapat merasai kemeriahannya sebab tengah berpantang di sana.
Tahun ni, ibu tunggu report dari blog adik-adik saja.
Selalunya bermula dengan sahur, siangnya akan diadakan tadarus quran langsung dengan khatam.
Malamnya akan bertarawikh bersama dan langsung dengan jamuan keluarga.

Next time plan beranak bulan puasa lagi la.
Motif: Berpantang kat Kedah, boleh raya kat Kedah.
ayang, boleh dak plan macam ni? hehehehe

Makaroni bakar

Akhirnya, makaroni bakar berjaya dihasilkan dalam kelam kabut. Seperti biasa, sampai saja ibu di rumah, ayah sedia mengangkut anak-anak. Ibu terus meluru masuk opis kat rumah pulak.

Jarang masak makaroni, jadi ibu tak pandai nak mengagak. Sepeket la rebus, hambik kau! Sebelanga hasilnya. Nasib baik dah ada belanga besaq, so tak dak la masalah nak menggoreng nanti.

Siap rebus, sambil tunggu makaroni kembang, ibu siapkan bahan untuk menggoreng nanti. Agak-agak dah nak angkat makaroni tu, ibu tumis bahan-bahan. Kasik cili masak, daging empuk. Elok je bahan menggoreng masak, makaroni pun dah selamat direbus dan ditoskan. Terus masuk dalam kuali, kacau kasi rata.

Sambil menggoreng, oven siap dipanaskan. Habis goreng masuk dalam bekas, tuang telur yang dah di mix dengan susu, tabur cheese, masuk oven.

Dan hasilnya.....



Cheese nampak hangus. Ada dua bekas yang dibakar. Yang satu lagi kecik sikit dan makan time berbuka. Yang bekas ni overcook ni sebab ibu biarkan dalam oven walaupun dah habis bakar konon nak simpan sahur dan keep it hot. Panas oven yang berbaki tu buatkan makaroni bakar ibu terus dibakar. Tapi memang sampai pagi masih ada suam-suam panasnya.



Bila sejuk baru senang potong. Yang makan time berbuka tu memang fresh from oven, so berderai la makaroninya tak melekat lagi dengan telur.

Hari ni nak masak lasagna pulak. Peti ais dah full of cheese hehehe...montel la lepas ni hari-hari makan cheese...

Tuesday, August 16, 2011

Minyak kelapa dara dan kulit mak dara

Kulit ibu adalah jenis yang tak banyak songeh. Tak cuci muka seminggu pun ok lagi. Pakai barang kemas tipu pun tak gatal, tak naik bintik-bintik merah. Senang cakap, kulit murahan, tak banyak kos nak menjaganya.

Tapi sejak tak berapa menjak ni, part tapak tangan ibu bukan main sensetipnya! Bukan keseluruhan, satu bahagian kecik saja kat ibu jari. Dia jadi kering, gatal dan bila digaru pecah dan pedih sangat rasanya.

Dok sapu lotion everyday. Tapi tetap kulitnya keras dan menggerutu. Yerlah kan, hari-hari buat kerja rumah, mana la kulit tak kematu kan? Hehehe saja statement nak kata diri rajin :p

Masa kursus refleks kat UTM tu, tetiba kulit ni jadi ok dan luka pulih. Dalam masa 2 hari kulit kembali lembut. Rasanya sebab tangan time tu dok main minyak saja kan, so terover moisture kot.

Tapi balik saja kursus, part yang sama kembali menggerutu. Kembali kering, pecah dan ohhh...sangat pedih bila terkena air.



Burukkan rupa jari yang kematu menggerutu. Sangat pedih bila kena air. Sapu lotion pun dan tak jalan.



Kat opis, ibu ada beli minyak kelapa dara. Dah lama beli tapi dok simpan saja dalam drawer. Isnin sampai je opis terus sapu minyak kelapa dara kat bahagian yang kering dan sakit tu. Asal nampak kering, ibu sapu balik minyak tu.




Alhamdulillah, lepas sapu minyak tu, kulit makin ok nampaknya. Malam tadi dah tak pedih lagi. Pagi ni still continue sapu minyak yang sama and it is look better!

Baguskan minyak kelapa dara ni!

Belanga baru

Hahaha...beli belanga baru pun nak masuk blog ka?

Harusss....ibu nak bagitau mak kat kampung, ibu dah beli belanga besaq. Kalau mak mai ni, nak masak banyak-banyak dah tak dak masalah dah. Belanga ni takla besaq tahap kawah, cukup la nak buat masakan untuk angkatan Starex abang tu.



Ni belanga ibu yang baru. Masa mula pindah Pasir Gudang ni, ibu beli barang dapur berdikit-dikit. Sampai la pun tak berapa nak complete macam orang lain. Takat asas dan cukup untuk ibu memasak kat family kecik ibu ni saja. Bila mai sanak sedara...kalut! Masa semua adik beradik ibu mai sini awal tahun retu, siap kena pi beli pinggan makan tambahan. Tu pun adik-adik bujang lagi. Kalau masing-masing dah ada partner, kena tambah stok lagi.



Ni belanga lama. Baru habis goreng ikan keli masa buat keli berladoo berbuka hari tu. Mak suruh beli periuk nasi besaq jugak. Yang ada ni macam sendat sangat bila masak banyak-banyak. Kang pelan-pelan la anakanda lengkap barang kat rumah ni. Semua yang ada memang ala kadar saja. Sekali family nak mai, menggelupoq pi beli itu ini kasi upgrade hehe ginila gayanya orang baru nak mulakan hidup...

Monday, August 15, 2011

Kanak-kanak strawberi

Assalam....u all berbuka apa tadi. Minggu ni ibu rasa nak buat tema "masakan ala-ala bukan melayu". Tadi dengan jayanya ibu masak spegeti. Esok masak lasagna kot. Perancangan ok. Lasagna dah lama beli dok simpan baik dalam almari stok bahan kering. Tadi memang sengaja ibu masak kuah spageti lebih skit, esok buat white sause saja, wahhhh dah terbayang lasagna panas-panas untuk juadah berbuka. Tapi, tunggu la esok kot lain yang dirancang lain yang jadi.

Panjang pula intro ibu ekk.... Back to topic! Hehehe
Oklah... Nak cerita pasal anak-anak ibu ni.
Selalu kita sebut kanak-kanak ribena tapi untuk anak-anak ibu ni sesuai disebut kanak-kanak strawberi kot. Kalau jumpa buah strawberi, depa punya pulunnnn, tak tau nak cerita. Paling pulun of course la si kakak mulut potpet tu. Lepas ni nenek kena beli yang kotak besaq la hehe



3F bersama sorang sebiji strawberi..Memang kanak-kanak strawberi kerana sejak di dalam perut ibu telah jamu depa dengan strawberi cuma tak cicah coklat macam teman sebaya ibu, ct nurhaliza hahaha

Rambut raya!

Gempak ibu nak beraya siap rambut baru segala bagai macamla free hair hehehe tapi bertudung pun takkan tak boleh nak claim rambut ni dipotong sempena nak sambut raya, iya dak?

Untuk suami katanya. Lagipun ibu memang dah rimas bila dah panjang cecah bahu lepas tu gugur memenuhi segenap lantai rumah. Sakit jiwa nak menyapu rambut gugur ni!
Kalau angin kus-kus ibu mai takala anak-anak memerhap ibu, mula la rasa panas macam nak cabut rambut. Rimaih semua segala macam perasaan ada. Rambut ni la jadi mangsa kerakusan ibu lepaskan perasaan sendiri. Mengamuk sambil ikan rambut kuat-kuat. I tak mengamuk pakai parang, ok!

Ini yang best kat opis ibu ni, nak facial, massage, pedicure, medicure, gunting rambut, make up hatta nak treatment rambut sekalipun boleh. Sebab kat kolej ibu ni ada program kecantikan dan dandanan rambut. Jadi siap dengan spa, saloon, bengkel..complete la. Tak payah susah-susah bayaq mahai-mahai kat luaq, belanja makan pun dah ok dan untuk bahan jika perlu.

Dulu masa kat opis lama, bestnya dapat makan free sebab ada kursus teknologi makanan. Asal ada amali, dapatla makan pizza, kopok lekor, roti dan macam-macam. Pernah ada amali buat laksa, order kuah laksa saja. Siap amali, boleh buat jamuan makan laksa. Berkilo beb hasil 30 orang pelajar. Kalau amali buat satay pun ibu suka. Sambil bakar-bakar sambil makan satay, lepak tepi longkang. Amali, pelajar akan buat sorang-sorang. Sila bayangkan hasilnya. Memang makan tak habis. Oh...tiba-tiba rindukan suasana kat kolej lama.



Ni haa, tukang gunting atau lebih sedapnya pendandan rambut ibu lulusan Lim Kok Weng tau. Jangan main-main haaa..... Taraf gunting rambut macam kat saloon 5star. Siap cuci, urut-urut...sedapppp



Ibu sedang menikmati layanan cik Awa. Punya teliti dia dok belek rambut ibu nak bagi sama dan cun, siap blow bagai padahal lepas tu ibu pakai serkup dan bertudung. Ibu kata biasa-biasa dah la tak payah teliti sangat. Dia kata tak boleh buat cepat-cepat, nanti tak cantik. Kena buat betul-betul, tu kerja dia. Sungguh baguskan! Ibu dok belek jam kat iphone takut tak sempat masak hehehe

Oh, nama fashion rambut yang ibu tunjuk gambar saja kat Awa, katanya nama Long Bob! entah betui ke idak ejaannya, idak le teman tau tapi bunyinyer cam gitu la..long bob!

Friday, August 12, 2011

Penyambung legasi ibu

Assalam dan salam sejahtera

Tajuk kali ni, ibu main type saja. Memang betui kata blogger TTM, mencari tajuk entry lagi susah dari menaip entry. Nak type cerita merapu merepek meraban memang syok..

Oklah, ibu akan cuba menyampaikan maksud tajuk entry ibu. Biarlah tajuknya seiring dengan isinyer, iye dok?

Gini ha...pada siapa yang kurang mengenali ibu, i ni adalah seorang yang gemarkan aktiviti outdoor. Bersukan, meghabat gunung, kayak, camping atau senang kata aktiviti 'galaih bewak hidup' (istilah maktok bagi aktiviti kegemaran ibu) adalah kegemaran ibu masa muda remaja belia. Sekarang pun remaja lagi sebab masih suka lagi aktiviti outdoor. Tapi ibu kena sedar diri sikit sebab dah ada 'handbag besaq' yang perlu ibu fikirkan.

Walaupun sudah kurang beraktiviti 'galaih bewak hidup', barang-barang camping ibu tetap ibu angkut bersama ibu. Paling sentimental ada beg camping ibu! Memang itu harta camping ibu yang paling ibu sayang dan penuh makna. Beg tu lah teman ibu susah senang masa dalam hutan.

Takala 12 hari berkampung di banjaran Titiwangsa, beg itu setia dibelakang ibu. Kala ibu jatuh gaung di puncak Inas, dialah yang menjadi kusyen empuk buat ibu sebelum ibu diselamatkan pakcik guide. Banyak lagi kenangan ibu dengan beg tu kalau nak diceritakan dan kini ibu sudah nampak penyambung legasinya dan ibu juga.

Bakatnya sudah terserlah sejak kecil. Nampaknya penyambung minat ibu sudah ditemui.



Sebelum ni aksi panjat kerusi, ini panjat meja pula. Kejadian adalah pada hari yang sama tapi ni sebelah petangnya. Nampak tu, makin besaq bukaan kakinya.



Sekali lonjak dah lepas. Memang hebatlah abang ni bab rhabat merhabat ni.



Yeahhhh....abang dah berjaya kat atas meja. Mesti kena senyum kat ibu yang tak henti-henti support abang.

Kaki kakak tu. Kemain hebat lagi kakak, sambil hisap susu kaki menyilang kat atas meja.

Berbuka 11 Ramadhan.

Berbuka semalam, ibu memang dah tau nak masak apa. Semalam dah masak ikan keli berladoo, hari ni ibu masak kari kepala ikan merah...baekk punyaa!

Petang tadi ibu balik lambat juga. Alkisah, ibu minta si anak dara cik Awa tolong guntingkan rambut ibu yang dah ala-ala gadis melayu panjang mengurai tu. Dah berzaman asyik tertangguh, tadi terus ajak dan jadi. Dah potong, cuci pastu blow pulak sambil-sambil trim lagi.

"Awa, nanti lepas raya akak belanja kat Lina Dollah ya!" hehehe

Sampai rumah dah pukul 610 petang. Solat asar belum lagi. Selalu dah siap-siap solat kat opis. Hari ni sebab gunting rambut, terus balik sebab dah lewat.

As usual, ibu terus masuk rumah dan ayah setelkan anak-anak. Terus ke dapur siapkan bahan nak masak kari. Keletang keletung, 640 petang siap kari kepala ikan dan telur goreng kentang. Solat asar lepas tu sambung bersihkan stok dalam sinki dan siapkan air kopi.



Kepala ikan tenggelam dek kuah dan dilitupi bendi dan bunga kobis. Lagipun kepalanya di kerat 2 bagi kecik sikit, senang nak masuk tupperware nak buat bekal untuk ayah.



Dan telur goreng kentang resepi pakteh Nafeq. Memang suka buat telur dadar berkentang ni sejak dapat resepinya dari makteh. Ada yang nak ke? Telur goreng saja pun......

Sekian, laporan berbuka ibu.
Meriahkan dapur anda sepanjang Ramadhan ini dan selepasnya juga.

Thursday, August 11, 2011

Berbuka 10 Ramadhan

Semalam ibu punya blank nak masak apa untuk berbuka merangkap bekalan untuk ayah bawa pi kerja buat sahur. Last-last ibu start kereta ke pasar jap dengan anak dara, cik Khalis. Dalam kereta mula mai macam-macam akai, beli ikan keli, kari kepala ikan, buat masak cabai ikan kembung...Apa nak masak ni. Banyak pula nafsu nak masak macam-macam.

Telefon ayah, bagitau ibu punya hasil beliaan - ikan keli, kepala ikan merah, ikan kembung. Ayah nak menu apa. Ayah fikir punya fikir punya fikir, ikan keli berlado! Ok set! Tetiba ayah request, beli murtabak 2 ketul nak buat sahur. Wahhh...ini sudah bagus. Ibu punya pening nak masak sebab dok fikirkan bekalan untuk ayah. Sekali dia nak ubah selera pula.



Keli berlado 4 ekor. Murah je ikan keli ni ekk.. Kalau beli siap masak kat kedai sekor mau 1.50 sen ke 2 hengget. Tapi beli mentah 4 ekor baru RM 3.50, pastu cili merah, serai, bawang plus extra bahan lain untuk masaknya, berapa ringgit sangatkan. Rajin dengan malas saja kan!

Petang ni mungkin kari kepala ikan......tengok update esok ek...kot bertukar menu tetiba! Unpredictable la katakan

Wednesday, August 10, 2011

Berbuka 9 Ramadhan

Berbuka semalam, ibu mula gelut-gelut masak. Sampai rumah dah pukul 6, terus turun kereta. Sambil jalan masuk rumah "Ayang, tolong angkut baby ekkk... Ibu nak mula masak".
Tanpa tukar uniform hatta duduk sekejap pun terus menonong masuk dapur. Dah pesan kat ayah, daging dan ikan keluarkan awal-awal. Mula siang ikan cencaru dan potong daging. Sambil-sambil tanak nasi. Tanak pakai dapur letrik, senang!

Siap basuh ikan, lumur garam dan ke tepi sat kamu. Pulun bab nak masak kurma daging pulak. Kupas bawang, halia, kentang dan siapkan bahan tumis. Cheawwww.....siap tumis. Tetiba rasa sikit pulak daging ni. Kang tak cukup ayah nak bawak bekal ni. Korek ayam dalam freezer, belasah! Kurma daging dan ayam...



Cencaru bakar, cepat je membakonya kat atas pan roti canai tu. 10 minit siap! Sambil-sambil potong cili buat cili potong kicap!



Cili potong, kicap, limau kasturi dan bawang buat pencicah ikan bako!



Masak kurma yang asalnya daging tapi lepas daging dipotong dan nampak macam sikit, ibu mix dengan ayam.

Sekian menu berbuka semalam. Malam ni apa pulak?
Oh! Ibu masih menggaru kepala kat surau ni sambil cari idea!

Sepi..sepi dan sendiri aku benci!

Tetiba bersajak pulak! Pagi ni adalah kali pertama ibu bersahur sendiri. Esok, lusa, tulat, tungging, tergolek dan seterusnya, ibu akan bersahur sendiri juga. Ayah dah mula shift malam.

Time berbuka dapatlah ibu berbuka seisi keluarga. Riuh rendah dengan suara kakak dan twin yang menjerit-jerit. Telan tak pi, kata orang Kedah. Macamana nak 'telan pi', abang dok buli tarik rambut adik. Dengan muka 'selamber' tanpa rasa bersalah macam tak apa-apa berlaku, abang dok ulang tarik rambut adik. Adik pulak, meraung gamat satu rumah. Lepas tu berguling-guling dalam babycourt sambil meleleh-leleh ayaq mata menagis marah dan geram gamaknya. Tapi tak pa, ibu suka suasana macam tu, meriah!

Sahur sendirian, ibu makan pun ala kadar, apa yang ada saja! Pagi ni ibu sahur nasi balance berbuka dan ibu tinggal sikit lepas bekalkan untuk ayah. Cabai tumih ibu masih ada buat peneman telur dadar.



Syahdu tengok menu ibu pagi tadi. Mujur ada cabai tumis ibu tapi makan tak habis jugak. Tetiba baby abang bangun dan terus nangis cari ibu. Cuci tangan, buat susu untuk abang dan pok-pok dia bagi tido balik. Dah tak berahi nak sambung makan balik. Terus buang dan cuci pinggan.

Tak bestkan!

Tuesday, August 9, 2011

Abang merhabat dah!

Kalau adik manja dan ramah (macam ibu..eceh!), abang pula lebih takutkan orang. Tapi abang tak takut mencuba dan berani. Budakkan..mana ada istilah takut dalam diri. Segala mak nenek nak dicubanya.

Perkembangan abang agak aktif berbanding adik walaupun adik yang mula meniarap dan merangkak dulu. Bila sampai umur 'dapat kaki' ni, nampak abang dulu berdiri. Adik macam buat2 dunno lagi tapi ada juga sekali sekala dia acah-acah berdiri lepas tangan.

Dalam tak berapa nak boleh berjalan lagi tu, abang dah mula tunjukkan bakat yang lain. Sejak Ahad lepas, dia dah mula memanjat atau merhabat kata orang Kedah. Tak putus asa tu. Sofa dan meja kopi sudah berkali-kalu berjaya ditawan. Lepas tu suka-suka hati julur kepala dulu ke bawah. Sangat bahaya ok. Dah ibu pulak yang tak berani nak tinggalkan abang sendiri!

Ini aksi ntah yang kali ke berapa. Lepas ni bahu ibu berketul-ketul la sebab dok rescue angkat abang. Ni belum cekap berjalan lagi. Nanti dah betul2 lulus, serentak adik abang berjalan, mau slim ibu. Tak payah pi Slim World ka Marie France Bodyline ka. Jaga kembaq saja.


Step1 : Buka kaki luas2 macam contoh kat atas.


Step 2 : lonjakkan badan. Tangan perlu ada tempat yang nak dipaut.


Step 3: Angkat 2-2 kali dan anda sudah berjaya.



Step 4: Lambai kat ibu yang dok tunggu dan tepuk tangan sambil tersenyum suka.

Sahur 9 Ogos

Seperti biasa, ibu tengah tunggu subuh sambil layan radio Sinar fm. Lagu Jujur dari Radja tengah berkumandang dari radio yang ibu dah letak kat dapur. Peneman memasak pagi-pagi buta ni.

Hari ni birthday mak ibu a.k.a maktok yang ke 58. Tarikhnya terbalik dengan birthday kakak. Maktok 9.8 dan kakak 8.9. Kalau tak birthday kakak yang terkena di bulan ramadhan, kali ni birthday maktok pulak. Tadi ibu dah call maktok wish birthday. Moga maktok terus sihat untuk melihat cucu-cucu maktok ni membesar dan 'menjadi' macam yang maktok dok harap-harapkan, insyaAllah!

Birthday maktok sama dengan Singapore National Day. Happy National Day untuk Singapura. Majulah Singapura! Moga rezeki ayah pun akan terus melimpah seiring dengan kejayaan dan kemajuan Singapore! Ibu tumpang gumbira...

Pagi ni sahur dengan ayah. Esok ibu akan sahur sendiri sebab ayah dah mula shift malam. Lepas ni sahur ibu mungkin kurma dan susu (kalau rajin nak bancuh). Silap-silap minum ayaq masak saja. Tamatlah kerajinan ibu memasak time sahur. Kena rajin masak time berbuka sebab nak bekalkan ayah nasi dan lauk ke tempat kerja.

Dan menu pagi ini.



Sambal telur. Ayah suka sambal telur yang hancur tapi ibu buat versi yang ibu suka. Next time ibu buat versi kegemaran ayah pula ok!



Kacang buncis goreng udang. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan!

Monday, August 8, 2011

Adik yang manja dan ganas juga!

Adik adalah sangat manja dan ceria. Sejak newborn lagi, adik dah ada ramai peminat. Masa kena warded kat hospital pasal jaundice, nurses yang praktikal kat situ siap datang nak bergambar. Siap bagitau "saya sudah falling in love dengan baby ini". Siap guard hospital pun dok kat tepi katil ibu nak tengok baby. Bukan sekejap, terus parking kerusi kat situ.

Sekarang kat rumah pengasuh, jiran-jiran sekeliling pun selalu datang rumah mama sebab suka main dengan twin. Adik la yang jadi tumpuan sebab dia memang peramah. Asal nampak orang dia tenung. Lepas tu adik akan berbunyi " uuummmp....uummpppk". Kalau orang panggil nama dia, dia akan tersengeh sambil telengkan kepala dia.

Abang bukan tak mesra tapi abang ni jenis penakut dengan orang yang dia jarang jumpa. Asal ada orang datang, dia dah duduk atas riba ibu!

Abang dengan adik sekarang boleh tahan. Kadang2 nampak macam abang suka buli adik. Time makan, kalau ibu nak suapkan adik, nanti abang akan tolak sudu lepas tu lepuk2 kepala adik, tarik rambut adik. Adik pun bergulingla menangis meleleh2 air mata. Kadang2 nampak macam adik pun suka buli abang. Kalau abang merap ibu, nanti adik merangkak dekat dengan abang lepas tu dia tampar muka abang. Meraung lagi la abang. Satu lagi, depa ni suka berebut botol susu. Kalau abang hisap susu then adik nampak, adik datang terus ambik. Baring dan hisap tanpa rasa bersalah. Kadang2 abang pula yang buat macam tu padahal dua-dua botol ada. Saja nak berebut jugak!



Aksi adik bersama hasil rampasan susu abang. Abang kat tepi berguling-guling menangis marah. Adoiiii.....riuh rendah!

Sunday, August 7, 2011

Sambal belacan ibu

Pagi ni bersahur di Singapura. Masa berbuka, ibu masak bawal sweet and sour tapi tak dimakan pun. Bukan tak sedap tau, tapi ibu dan nenek pekena nasi beriyani yang nenek tapau dari Geylang. Sebungkus share berdua dengan nenek. Ehh! Berempat sebenarnya! Twin pun ibu suap jugak! Belasah hehehe

Waktu sahur, ikan bawal sweet sour tu menjadi santapan. Nasib baik jadi sweet sour nya walaupun masak time berpuasa ni. Takut jugak kang sweet sour jadi salt sour ke salt sweet ka...

Nenek siap request suruh ibu buatkan sambal belacan untuk dia time nak berbuka tu. Ibu terlupa nak tumbuk sebab kalut dengan twin tu. Nenek kempunan la pulak nak merasa sambal belacan buatan ibu dengan buah binjal jeruk yang dia dah prepare nak campur dalam sambal belacan tu. Nenek kata dah terasa rasa masam sambal belacan kat lidah dia. Adehhhh...bersalah la pulak! Tapi nenek kata tak pa, sebab berbuka dengan nasi beriyani tak kena pulak makan dengan sambal belacan.

Sahur time, pukul 4 ibu dah cerah mata sebab kat rumah pun time tu juga ibu selalu terjaga. Kena pula, abang dok merengek nangis sambil mata pejam. Angkut abang ke hall tepuk-tepuk sikit terus lena. Sejuk sangat kot dalam bilik tadi.

Lepas abang dah lena, ibu ke dapur panaskan lauk. Nampak cili merah yang nenek dah keluarkan. Pagi-pagi buta, ibu pun mulakan operasi menumbuk. Bila nenek masuk dapur terkejut dia tengok ibu buatkan sambal belacan pagi-pagi buta. Ibu kata takut nenek ngidam esok, rasalah sikit time sahur ni. Banyak2 kang takut sakit perut pulak esok.

Maka, berseleralah nenek makan nasi dengan sambal belacan buah binjal yang diidam-idamkan tu. Nak ambik gambar tapi nenek dah simpan dalam fridge. Takut rosak katanya. Itulah stok dia untuk dibuat peneman nasi supaya makan lebih berselera.

Ibu terasa happy bila air tangan ibu disukai oleh nenek. Bukan senang tau nak masak kena dengan selera nenek yang memang particular bab-bab masakan dan makanan ni. Nak masak yang hebat-hebat, nenek bab memasak lagi hebat. Pandai buat sambal belacan pun kira hebat jugak la kan! Hehehe

Picture tak boleh upload pulak....!! Oklah, jom subuh!

Saturday, August 6, 2011

Operasi BERSIH 2.0

Ibu sekeluarga dah sampai di rumah nenek kat Singapore. Adik masih nyenyak dalam buai. Tinggai abang lagi ni dok guling-guling tepi ibu!

Ok, back to the topic! BERSIH 2.0

Jangan salah sangka ok. Ibu bukan peserta perhimpunan BERSIH. Terkena pula update hari Sabtu, tajuk pula ada bersih hehehe saja buat tajuk kontroversi.

Ini kisah operasi bersih yang diketuai oleh dua kembar ibu ni. Abang dan adik dah pandai 'bersih'kan rumah. Lepas ni ibu kena ikat semua pintu kabinet dapur sebab twin dah tau yang papan selama ni depa dok pegang dan bergayut adalah pintu.



Ini gaya abang yang sedang membuat tinjauan "apa yang boleh abang selongkaq ni". Pintu sebelah tu ibu dah ikat. Cari tali tak tau tang mana, plastik pun ok lah! Janji ikat. Kreatif kan ibu? Hahaha



Kemudian depa berdua berduet bersihkan kabinet ibu. Bersepah tupperware yang ibu susun dalam tu. Sebenarnya stool kayu tu ibu letak kat depan pintu untuk halang depa buka pintu. Tengok-tengok dok kat tepi dah. Kuat juga tenaga twin ibu ni rupanya!




Bersemangat tuh! Siap angkat stool plastik tu ke tepi. Lepak bukan main depan kabinet ibu ekkk... Nak kena pasang pagaq jugak ni, tapi kang memang riuh rendah la depa dua ni bernyanyi nak masuk dapoq. Sebelum ni letak dalam babycourt pun bukan main bebai. Siap hempas-hempas badan lagi. Tapi ok la, ada tilam dalam babycourt tu. Tadah telinga saja la kan!

Aksi ni berlaku pagi tadi. Dua-dua berpampers saja. Adik dah mandi, abang belum lagi. Ibu baru lepas suapkan depa nasi, tu yang saja bogelkan dulu. Siap operasi bersih tu, ibu bau masam. Adik 'yak-yak' rupanya. Sambil operasi pun adik buat projek lain ekk....

Daging goreng kunyit

Assalam....
Nak masuk subuh ada lagi lebih kurang 20 minit lagi, so as usual ibu gunakan waktu yang tenang ni untuk update blog ibu ni. Kalau malam, jangan harap ibu dapat pegang hp ni lama-lama, kang kakak yang mulut potpet tu akan sound ibu " ibu ni lamanya main hp, bg la kakak pula. Dah lama ni kakak tunggu" sambil buat muka terkerut-kerut dahi kat ibu. Padahal ibu baru je pegang.
" ni kan telefon ibu, biarla ibu guna dulu. Ibu nak baca berita ni"
"kakak tahu la telefon ibu, tapi bagila kakak pula. Tidak masuk syurga orang yang kedekut" sambil angkat jari telunjuk tunjuk2 kat ibu.
Ewahhh...baca hadis pulak ek. Ada saja la kakak ni. Tak faham lagi konsep hak milik, asal dia nak, dia suka, ada sajala cara untuk dia dapatkan benda tu. Kakak...kakak!

Berbalik kepada tajuk entry pagi ni, ya! Ibu dengan semangatnya bersahur nasi pagi ni. Lauknya adalah daging goreng kunyit, cabai 'tumih' dan sayur taugeh masak lemak! Semalam mode teringat masakan mak kat Kedah. Teringat daging goreng kunyit mak yang yummy mak buat masa mak mai rumah ibu cuti sekolah yang lepas. Pukul 430 ptg, ibu dan Kak Y, opismate ibu ke Kipmart yang dekat dengan opis ibu ni. Terus serbu gerai daging. Beli setengah kilo saja. Dah lama tak beli daging, sekilo 22 hengget rupanya sekarang ni. Beli barang dapur sikit, terus balik semula ke opis sebelum jalan mula jem!

Lepas berbuka, ibu teringat pula cabai 'tumih' yang mak selalu buat kalau ada balance sambal belacan. Tak pun memang mak akan buat cabai tumis ni untuk stok makan nasi sebab dia tahan lama. Dulu masa ibu dok asrama pun, mak akan masakkan ni sebagai bekal kat asrama time bulan puasa. Inilah menu penambah selera time nak bersahur.




Inilah rupanya cabai tumih yang dah siap dimasak. Simpan dalam tupperware sebab buat stok. Makan dengan nasi panaih....uiiihhhhh..mabelessss!

Misi utama menu bersahur adalah daging goreng kunyit! Potong daging kecik-kecik, kupaih bawang besar, bawang putih, halia, cabai besaq, masuk dalam fridge. Esok bangun tinggai nak masak saja.

Pukul 4 terjaga, masak nasi, gaul garam kunyit kat daging dan ibu setelkan sedikit ibadah di awal pagi. 430 baru mula menumis bawang. Sambil tu masak taugeh masak lemak. Kang kering tak berkuah, tercekik pulak ayah!



Taraaaa....lauk sahur ibu dan ayah pagi ni. Tak dilupakan juga sayur taugeh masak lemak...



Pukul 5 kejut ayah. Berselera ayah makan sampai bertambah-tambah. Ingatkan dia tak layan cabai tumis ibu, sekali bersudu-sudu dia cedok gaul dengan nasi panas. Kena buat stok baru kalau macam ni. Minggu depan ayah kerja malam, bolehla buat stok untuk ayah bersahur kat opis.

Itulah kisah sahur ibu pagi ni. Siang nanti nak balik Singapore. Nenek dah call bagitau dia tak selera berbuka dan sahur sorang-sorang. Balik la kan teman dia.

Friday, August 5, 2011

Resepi Mee Siam version Che Kiyah

Memandangkan ada yang dah hampir pecah kepala menghantukkan kepala
masing-masing ke dinding sebab nakkan resepi mee siam ni,
nah, ibu perturunkannya kepada kalian yang dah kecur air liur tu.
Tapi resepi ni adalah version ibu.
Ibu ni nak kata terror bebenau memasak tu idak le,
tapi alhamdulillah selama dok memasak dari time zaman camping sampai sekarang ni,
masih sedap dah habis licin dimakan.
Boleh kira terror tak tu?
hahahahahha

Sekali lagi di ulang, resepi ini adalah versi che kiyah setelah di edit-edit dengan
resepi yang di gogel.

Ada 2 bahagian, satu kuah dan satu lagi mee nya.
Hidangan untuk 3-4 orang makan.

Resepi Kuah:

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering @ 4 sudu besar cili boh - nak pedas, tambah lagi
Segenggam udang kering - rendam (lagi banyak lagi sedap)
8 sudu besar taucu - basuh sebab terlalu masin dan picit kasi hancur sikit
Segenggam Kacang tanah
(lebih pun ok..kuah lebih sedap tapi jangan over banyak dah kang jadi kuah kacang pulak)
Air asam
Gula dan garam jika perlu sebab taucu dah masin ok!


Cara-caranya:

Bawang besar, bawang putih, cili di blender.
Kemudian tumis hingga naik minyak yakni cili masak.
Tapi ibu blend bawang dan cili serentak dengan kacang tanah.
Pastu tumis sekali dalam minyak yang agak-agakla dengan bahan - 6 sudu besar ok kot.
Kalau yang blend kacang asing tu, lepas bahan tumis naik minyak, masukkan kacang tanah yang di blend.
Lepas tu masukkan air asam, taucu dan gula. Tambah air jika terlalu pekat.
Rasa dulu ok baru tambah garam sebab taucu adalah tersangat masin.
Sila basuh taucu untuk elakkan masin yang berlebihan.
Rasa kuah perlu masam dan manis.
Adjust le air asam tu ekk
Untuk dapatkan masam yang ibu suka, ibu tambah
pati ais limau nipis yang dah siap dalam botol tu disamping air asam jawa juga.
Masak kasik mendidih, rasa kena dengan selera, siap la kuahnya!

Resepi mee;
Sebungkus bihun di rendam.

Bahan menumis bihun;

Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam udang kering
cili kering @ cili boh (ikut tahap ketahan pedas masing-masing)
10 ekor udang saiz besar di kopek kulit
Taugeh dan kucai (jika suka)

Cara-cara;
Blender bawang besar, bawang putih, cili dan udang kering kemudian tumiskan.
Bila cili dah masak, masukkan udang diikuti dengan bihun.
Kacau bagi sebati kemudian masukkan taugeh dan kucai.
Masak hingga bihun masak.

Cara makan:
Masukkan bihun yang siap digoreng dalam pinggan.
Masukkan kuah.

Aksesori tambahan:
telur rebus, limau kasturi, tauhu goreng dipotong halus, kucai.

Pada ibu, hidangan ini sihat sebab kurang minyak dan tidak menggunakan santan.
Pada yang nak diet, boleh la cuba.
Satu lagi, kulit udang yang dikopek jangan buang. Basuh dan rebus.
Ambik air rebusan tu masukkan dalam kuah.

Ibu memasak ni menggunakan instict. Ibu memang tak pandai nak bagi resepi
berapa sudu, berapa biji, berapa liter..sangat tak pandai.
Selama ibu masak ni memang ibu agak-agak mengikut perasaan ibu.
Jiwa dan menjiwai gitew... :p


Ok. Selamat mencuba.

Sahur pagi ini

Assalam....
Petang semalam masa kat opis, tetiba lidah ibu terasa macam nak makan mee siam. Selalunya, kalau balik Singapore, nenek suka beli mee siam buat sarapan. Dulu ibu memang tak gemar. Tengok ke rupanya saja ibu langsung tak berahi nak menikmatinya. Makan pun kena rasa berahi ka? Of course la kan...kalau idak makan tu tak rasa nikmatnya. Bila terasa nak sangat, suka sangat baru la kita akan menikmati setiap suapan tu...eceh!!

Masa dulu-dulu bila nenek offer mee siam, ibu menolak saja. Nenek kata rasa dulu, sedap tapi ibu buat 'derk' saja. Lagipun time tu ibu mengandungkan kakak kot. Apa saja makanan memang ibu tak layan, dok layan mabuk pening saja!

Bila dah pindah ke Johor dan selalu ke sana, ibu akhirnya mula menerima pelawaan nenek merasa mee siam. Wahhhh....memang sedap rasanya! Ada masam manis yang so-so tu yang membuatkan ibu makan hingga ke titisan kuah yang terakhir.

Disebabkan minat dan suka sangat makan mee siam, ibu pun meng'gogel' resepinya. Ada macam-macam style. Ibu cari yang paling mudah dan ringkas. Lepas berbuka, mulala ibu menyiapkan kuahnya dulu. Bihun dah siap rendam. Esok pagi la goreng.


Lihatlah dunia, kuah mee siam ibu yang tengah menggelegak tu. Sesi memasak ni diselangi dengan tangis tawa anak-anak. Kakak nak berak, nak roti, nak main game kat hp ibu, abang adik dok menjerit, tarik kaki ibu..segalanya la. Berkat kesabaran siap juga kuahnya malam tadi.

Pagi ni, ibu bangun pukul 4. Buat solat apa yang patut, pukul 430 ibu melangkahkan kaki ke dapur. Nak goreng meenya pulak. Bahan-bahan nak tumis ibu dah siapkan malam tadi. Cepatlah kerja ibu. Sambil-sambil tu panaskan kuah dan buat kopi untuk ayah. Hampir pukul 5 semua dah ready. Ibu kejut ayah yang mamai-mamai lagi sebab baru tido. Dia sampai rumah pukul 250 pagi, pukul 5 dah kena kejut, harusla beratkan nak buka mata.



Tara.... Inilah mee siam hasil air tangan ibu! Masa ayah balik kerja tu, ibu dah bagitau dia yang ibu masak mee siam untuk sahur.
" Iya!!! Wah...sedapnya " - ayah tak sabar separuh tak percaya kot bila ibu bagitau ibu buat mee siam.
Mungkin ibu kena bagi lebih manis skit sebab kuah yang ibu masak semalam tu hilang manis bila limau kasturi diperah. Oklah kan...first attempt katanya! Lepas ni, ibu buat lagi.....kalau rajin hahaha

Sekian, kisah sahur ibu pagi ini..Eh ada yang nak resepi ka? Bukan tak nak letakkan tapi ibu ni jenis masak main campak-campak, tak dak sukatan yang betul dan tepat. Tu yang payah tu. Tapi kalau ada yang nak juga sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, bagitau ekkk...nanti ibu bagi! Ok

p/s : nama mee siam tapi guna bihun. Kenapa? Entah la... Janji boleh makan sudahla!

Thursday, August 4, 2011

Matematik mencari mukasurat juzuk dalam Al-Quran

Sempena Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini,
ibu nak share something dengan semua pembaca blog ibu.
Info ini ibu dapat dari FB maksu ibu yang dia pun ambik dari FB kawan dia kot gamaknya.
Tapi tak kisah la kan..yang penting info dan ilmu yang nak ibu share ni.

Ok..begini.
Cara-cara untuk mencari mukasurat mulanya juzuk di dalam Al-Quran.
Kaedah yang sangat simple dan menunjukkan betapa Al-Quran itu penuh dengan ilmu yang tak terjangkau dek akal.
Gedung segala ilmu ada di dalamnya...

Contoh...
Ibu nak cari juzuk 18
(Al Quran ada 30 juzuk saja ok. Jangan tetiba nak cari juzuk 38 pulak)

Kaedahnya (3 step sahaja) :
1. Juzuk yang nak di cari tolak 1 ---> 18-1 = 17
2. 17 (hasil tolak tadi) darab dengan 2 ---> 17 x 2 = 34
3. Letakkan nombor 2 selepas jawapan tadi ---> 342

Jadi, juzuk 18 berada di mukasurat 342. Sila semak..betul tak?

Cuba try test tengok untuk juzuk-juzuk yang lain? Betul tak?
Sekian, perkongsian hari ni.
Sila panjangkan dalam blog anda jika berminat. Tuan dia izinkan, moga ilmu yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.
InsyaAllah

Ma'assalamah!

Kisah Nuffnang

Assalamualaikum dan Hi..
Saya Che Zakiyah Zainon atau lebih mesranya dengan panggilan Che Kiyah.
Terima kasih Nuffnang kerana memilih saya sebagai featured blogger untuk bulan ini.

Hahahahahah...sila gelak ok!
Ayat intro berangan ibu nak jadi Nuffnang featured blogger :P
Impian kekdahnya!

Lama ekk ibu tak kisahkan apa-apa pasal nuffnang ni.
Actually ibu dah lama tahu yang blogging ni boleh dapat duit.
Ibu mula dengan fotopages dan kemudian ke blogger tapi time tu malas nak explore nuffnang ni.
Lepas tu masa tahun lepas, time mengandungkan kembar,
ibu buat blog yang baru (sebab blog lama dah bersawang) dan terus ibu pun register nuffnang.
Jadi mulalah blog ibu dapat earning dari nuffnang.
Asal keluar iklan baru je..."yeahhh..suka..suka. Nuffnang pilih aku"
Tapi lama-lama dah makin kurang dan pernah terus tak dak iklan..uhuk!
Berdikit-dikit sangat. Yerlah...blog yang gitu-gitu aja kan.
Nak update entry baru pun ikut mood.

Sebab dah give up lambat dan jarang dapat buffered earning,
ibu pun dah lama gila tak buka website nuffnang.
Nuffnang kan syarikat yang uruskan iklan-iklan dari syarikat-syarikat yang gah dan besar,
So iklan pun mesti dia akan letak dekat blog yang ramai visitors
Takat blog ibu yang disinggah oleh kawan-kawan opis ni, apa la sangat kan?

Kadang-kadang memang terasa yang Nuffnang ni memilih kan?
(sori nuffang... luahan rasa yang ikhlas dari blogger picisan macam i ni hehe)
Tapi yerlah, kena la sedar diri kan, kalau tak boleh nak bagi komitmen untuk join event,
hatta meng'update' blog pun tak selalu, tak payah la mengharap lebih-lebih kan?

Bukanla tujuan utama ibu berblog ni nak kumpul duit,
tapi kalau boleh dapat sambil-sambil duduk saja, apa salahnya kan.
Iya dak?

Tapikan...betul ke Nuffnang ni memang pilih 'bulu'?

(Berdoa lepas ni Nuffnang baca luahan hati ibu ni, pastu dia pun letak banyak iklan hahahahaha)

Kesan urutan pertama

Seperti yang sedia maklum, ibu kan baru tamat belajar refleksology. Ayah adalah orang yang tak sabar-sabar nak ibu aplikasikan apa yang ibu dah belajar. So, weekend lepas, ayah off dan ibu pun mula la menunjukkan skill yang ada. Kalau masa kursus, siap ada katil dan kerusi. Client baring siap boleh lena lagi. Tapi kat rumah ni, ayah baring atas lantai, ibu duduk bersila sambil hold kaki ayah yang berat tu kat atas peha.

Mula ayah ok saja. Relaks lagi sambil ibu bagitau bahagian-bahagian yang tengah ibu picit. Mana yang refleks jantung, otak, peparu, kelenjar dan lain-lain.
Bila sampai part jari kaki yang refleks pada bahu hahaha mengerang-ngerang ayah! Baru dia tau tangan yang saiz separuh tangan dia ni bisa membuatkan ayah terkial-kial menahan sakit. Bukan sebab ibu picit kuat, tapi memang akan sakit kalau bahagian yang diurut tu ada masalah. Itu yang bestnya refleksogy. Bahu yang sakit, urut je sekeliling pangkal kaki, insyaAllah, sakit akan kurang dan mungkin akan hilang jika dibuat berulang kali.

Siap mengurut 2 kaki ayah tangan ibu yang sakit. Sekali tengok jari telunjuk...melecet! Dah naik gelembung. Bila lenguh picit dengan ibu jari ibu guna ruas pada jari telunjuk. Tenyeh punya tenyeh, naik melecet kulit jari ibu sebab kulit kaki ayah yang kasau gedegau tu! Patutla ada terapist yang guna kayu untuk ganti jari. Mau dapat 10 clients sehari hat tapak kaki kasaq, boleh luruh kulit jari hehehe



Nampak tu jari jemari ibu yang langsung tak runcing! Ruas jari telunjuk ibu yang melecet tapi time gambar ni di snap, jari ibu dah makin ok cuma masih hitam lagi. Dah keras kulit bahagian tu, macam nak kematu! Habisla jari gebu mulus ibu ni hehehe

Seperti biasa, entry ini ditaip ketika selesai bersahur sambil menunggu masuknya waktu subuh. Baby abang pun bangun sahur siap dok main guling-guling atas perut ibu dalam kelam pagi buta nih!

You all sahur apa tadi? Ibu dan ayah sahur sangat simple - murtabak as requested by ayah. Petang tadi beli kat pasar ramadhan, masuk fridge, pagi ni panaskan balik....
Esok nak sahur apa?- tanya ibu pada ayah.
"Ntah...tak tahu" jawab ayah sambil gelak-gelak.
Sudah!!!
Related Posts with Thumbnails