Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday

Tetiba!!!... Oppsss

Monday, September 26, 2011

Aksi yang semputkan ibu

Assalam. Hari ni ibu seharian sibuk. Pagi kalut siapkan report. Tengahari sampai ke petang, ibu busy latih anak murid bersajak. Esok ada pertandingan di Ledang, tapi ibu tak dapat ikut sebab ibu ada miting di Putrajaya. Harap ada kejayaan yang dibawa pulang walaupun latihan memang disaat-saat akhir.

Ibu nak kongsi kisah kembar ibu yang makin lasak ni. Ya allahhh...memang sentap nafas mintak nyawa kalau tengok depa main. Semua ala-ala atas kayangan. Tak jejak tanah ok. Ibu pulak kena ikut jadi tukang sambut sebab sesuka hati depa nak lompat terjun.



Tempat paling favourite adalah atas meja. Kemudian langsung seberang ke sofa sebelah. Sambung lagi ke sofa yang besaq tepi tu. Ibu dah terpaksa rapatkan sofa ke dinding sebab dah ada cubaan nak memanjat dan jenguk kepala ke belakang sofa.



Tengok tu. Berdiri tak berapa nak stabil lagi, tapi hati besaq. Bukan main dia agah-agah nak terjun atas ibu. Bantal kat bawah tu dah bersusun backup kot-kot ibu tak dan nak tangkap!



Ni aksi malam hari. Tak pernah rasa jemu lagi. Paling best depa main chuk-chak dengan curtain ibu tu. Kadang-kadang abang, kadang-kadang adik. Pastu gelak mengekek-ngekek.



Aksi terjun tiruk adik. Biasa tu. Terguling bergolek. Abang standby, lepas tu dia follow. Cuba angkat letak kat bawah, mau meraung marah! Takpa lah, praktik panjat-memanjat dari awal, nanti boleh join ibu kita panjat Kinabalu......

Waaa.....Kinabalu! Agak-agak, time tu ibu mampu lagi tak ekkk.....hehehe

Sunday, September 25, 2011

Sunday blues!

Selalunya, asal hujung minggu, ibu sekeluarga mesti berada di Singapore. Tapi minggu ni ibu sekeluarga lepak kat rumah saja sebab nenek dah balik Melaka.

Ayah dah pi work. Tinggallah ibu dan anak-anak kat rumah. Perut kenyang lagi sarapan lempeng. Kat dapur, ibu tengah masak bubur ayam untuk anak-anak. Nanti ibu tumpangla. Tak padan nak beria-ia masak untuk ibu sorang makan. Ibu tumpang rezeki anak-anak dah la....




Abang dah nyenyak tido. Adik pun! Tinggal kakak yang masih dok berlakon sembang kawan dia kot handphone.



Aksi adik sebelum dia tido. Time ni abang dah bobok. Kalau tak, dua-dua ada atas meja ni. Now, kembar dah makin lasak. Dah tak layan main-main atas lantai ni. Semua atas meja, atas sofa, panjat gril. Fuhhh..memang anak jate kan :p

Dah masuk petang. Suasana sunyi. Di luar langit cerah. Panas terik. Tetiba hati terasa blues pulak....eceehh!!

Lena pun sodap nih!

Berderai dah....

Baby memang sangat suka 'tolong' ibu kat dapur. Asal ibu masuk dapur, depa pun berebut-rebut tolong kemaskan kabinet ibu. Bersepah-sepah tupperware ibu.

Macam biasa, pagi tadi ibu masuk dapur nak buat sarapan. Balance tepung yang dah siap bancuh buat roti jala masih ada. Ibu keluarkan dari peti sejuk. Nak 'menjala' macam malas, ibu pun buat la 'peknga' atau lempeng.

Baru sekeping ibu tempek kat belanga.. "prangggggg"....aduih! Betis ibu terasa pedih. Abang yang dok meruntun kat kaki seluar ibu terus menangis sambil peluk kaki ibu lagi kuat.



Inilah hasil bunyi yang kuat tu. Adik punya hasil kerja. Nasib baik mangkuk tu ibu beli IKEA, takla ralat sangat. Tapi, sayang jugakla. Terpaksalah pi IKEA lagi lepas ni ngeh..ngeh..ngeh...



Kenangan masak stim ikan siakap dalam mangkuk ibu yang dah berderai ni....

Ayah, IKEA ekkk lepas ni...! Hehehe

Thursday, September 22, 2011

Marhaban dan ziarah raya

Ibu tengah 'nebes' ni. Malam ni marhaban dan ziarah kat lorong rumah ibu. Tahun lepas lorong rumah ibu giliran nombor 1, tahun ni giliran last sekali. Mesti ramai datang sebab malam last ada makan-makan. Khemah dah siap pasang. Nebes! Nebes!

Bila ada ziarah maka rumah perlu kemas dan suci bersihkan? Mujur ayah cuti hari ni. Segunung baju ayah dah lipat tanpa perlu ibu suruh. Itu yang ibu nak hehehe...
Rumah memang dah siap sapu dan mop sejak adik selsema. Makesure tak berabuk. Balik kerja tadi, kemas meja makan, top up kuih raya dan bancuh air tambahan walaupun air kotak ibu dah sediakan. Takut tak cukup. Nebes! Nebes!



Ni ha curtain sponsor nenek. Tali sangkut tu main sangkut kat grill hahaha belasah! Ibu panggil curtain mak datin sebab ada ropol-ropol. Kalau taste ibu hehe simple, jahit tegak, sudah! Habis cun dah tu...

Ok! Sambung nebes balik. Adik dah bobok. Abang dok main-main tepi ibu. Kakak dan ayah dah pi berkumpul depan rumah ketua lorong.

Ibu nak tunggu depan gate! Kang orang tak masuk kalau tuan rumah tak jemput. Nebes! Nebes!

Pecel lele

Assalam.
Semalam, ibu, kak yani dan kak y pekena nasi ayam penyet kat Kampung Pasir Putih. Dah lama tak pekena sejak sebelum puasa lagi gamaknya. Dapatlah ibu lepas gian.



Kegemaran ibu adalah lele atau nama glemernya ikan keli. Selain keli, ada ayam dan juga puyuh serta 'dedek'. Sapa tau 'dedek' tu mender? Cer bagitau! Hehehe

Yang special pada menu ni adalah sambal belacannya. Yang lain biasa saja, nasi putih, sup, lauk yang hanya digoreng dan ulam-ulaman. Kalau ibu bawak mak pi makan kat sini, mesti dia kata -
"laaaa....nasi dengan lauk goreng saja pun! Kat rumah pun boleh buat sendiri".

Mudah kan menunya. Tapi kat rumah, asal nak masak mesti pening cari menu. Terpikir pulak ibu, lepas ni masak menu macam gini dah la...

Wednesday, September 21, 2011

Saya Patut Menang Quran Digital Giveaway oleh MIO kerana.....

Saya patut menang!

Sebab no 1:
dah lama saya cari Quran Digital ni.
Masa pesta buku kat PWTC, ada jual tapi bukan yang jenis ni.
Harga agak mahal.
Masa tu ada keperluan lain yang perlu diutamakan, so tangguh dulu.
Kawan saya kata ada yang murah sikit, dalam 300++,
tapi tak berkesempatan nak berjalan-jalan mencari.
Asyik kat opis sepanjang masa.
Kalau dapat percuma...kan syurga!
dok depan pc, masuk contest, menang, dapat hadiah hehehehe


sebab no 2:
Anak saya yang sulung, umo 4 tahun.
Sekarang tengah baca iqra 1.
Dah nak habis pun, tapi patutnya dah lama dia habis iqra 1.
Sebab saya tak berkesempatan nak mengajar dia secara tekun setiap malam.
Tiap-tiap malam, kakak mesti kata " ibu, kakak nak baca iqra'."
Asal buka iqra, adik-adik kembaq dia serbu nak baca sama.
Iqra 1 tak habis lagi, buku dia dah bersepah kulit ke mana-mana.
Saya suruh dia naik atas meja makan, dia pun ikut dan baca iqra di atas meja makan.
Saya lepak kat bawah, menegur dari jauh kalau ada sebutan yang salah.
kadang-kadang, saya berlari sekejap berdiri kat situ, ajar dalam kelam kabut.
Jap lagi adik-adik datang sama meruntun-runtun kaki ibu.
Kalau menang!!!
ya Allahhhh..dah terbayang macamana ia dapat membantu saya mengajar kakak.
Self learning buat kakak. Sebab tu saya patut menang!
hehehehe


Sebab ke 3;
Memalukan kalau saya nyatakan kat sini.
Tak pa lah, tapi kalau saya menang, memang alat ni dapat
mengatasi masalah yang tak boleh saya nyatakan ni .
memang besar pahala awak,

Sebab ke 4:
Sebab saya memang suka benda-benda yang percuma.
Moga murah rezeki awak lepas ni.
hehehehehe

ehh..dah lebih 360 patah perkataan belum?! banyak reason lagi ni..
hehehehe

Eh..hepi birthday! Ayat2 ni tak termasuk dalam bilangan patah perkataan tau!
Kang awal2 dah kena reject!
chup!! sapa nak join, klik kat sini.
Tarikh tutup malam ni 12 tgh malam.
Chayukk...

Monday, September 19, 2011

Berehat

Semalaman adik tak nyenyak lena. Adik sesak nafas, ibu pun sesak juga, mintak nyawa!

Pagi tadi pukul 6 baru adik lelap. Ibu pun ambik kesempatan pejamkan mata. Pukul 7 ibu jaga, bangun iron baju kakak. Terasa macam berjalan atas angin, tak jejak tanah, pening! Siap iron, ibu baring balik. Sedar-sedar dah pukul 8. Siap-siap, hantar anak-anak ke rumah mama.

Petang, ibu bawa adik ke hospital. Doktor suggest buat xray, check in hospital untuk doktor pantau.



Mula-mula check in, adik bukan main suka. Lepas tu, doktor cucuk tangan ambik darah dan drip air. Bergema sat wad kanak-kanak ni. Lepas tu, adik enjoy balik. Holiday la katakan...



Tangan adik dah berbalut.

Mujur ibu dari awak-awal dah ambik insurans untuk anak-anak. Tak pa lah, bermalam di sini sat. At least ibu puas hati, adik diperiksa sebaik-baiknya.

Karangan pun dah lintang pukang. Ibu dah mula mengantuk ni. Sementara adik lena, ibu pun nak cover balik tidur ibu semalam. Charge balik bateri sebelum guna lagi malam ni.

Sekian laporan dari bilik 207, hospital penawar pasir gudang...

Adik dan semput

Adik semput lagi. Ibu susah hati.

Pukul 6 petang ambik gas, pukul 1030 malam ambik sekali lagi.

Pukul 2 pagi adik guling-guling-mata-pejam-mulut-bising-nafas-pendek.
Ibu sorang-sorang, ayah dah pi keja shift malam.

Alhamdulillah, seketika ni adik dah boleh lena tapi nafas turun naik laju.
Ibu yang risau, mata payah nak pejam!

Adik, sembuh cepat ya sayang. Ibu sengsara tengok adik macam ni...


Adik dalam mood ceria. Ibu nak adik selalu macam ni...

Ya Allah, berilah kesihatan yang baik pada anak-anakku, berilah kesembuhan pada mereka!

Kalaulah ibu dapat ambik dan tukar sakit adik dengan kesihatan ibu sekarang ni, dah lama ibu buat dik....

Sekian, luahan hati seorang ibu pada pukul 3 pagi.

Saturday, September 17, 2011

Rumah Separuh Terbuka

Hari ni ibu buat rumah-separuh-terbuka hehehe

Kat Johor ni terutamanya neighbourhood ibu ni, ibu perasan kalau ada yang buat open house mesti besar-besaran. Siap pasang khemah. Jiran ibu kata memang macam tu style kat sini.

Kalau orang Kedah, bila datang musim raya, setiap hari rumah adalah sentiasa terbuka. Datanglah bila-bila masa pun, pasti dijamu dengan apa yang ada. Kalau mak, paling takdak apa, mesti dijamu dengan nasi berlauk walaupun sekadar ikan pekasam, ulam-ulaman, sambal belacan dan sayur air.

Ibu belum bersedia nak buat rumah terbuka. Ibu buat separuh-terbuka. Siap masak baru sms kawan-kawan dan jiran-jiran yang rapat. Tak berani nak war-warkan awal-awal takut tak sempat nak siapkan masakan sebab Ibu memang se'pesen' dengan mak - suka hidangkan tetamu dengan masakan sendiri.

Dalam kalut, hari ni ibu masak laksa-kuah laksam, rendang kerang dan nasi himpit. Diserikan dengan kuih raya yang baru dibuka.

Terima kasih pada yang sudi datang. Harap tak serik datang lagi walau ada yang terkurang.

Thursday, September 15, 2011

Mari kita berdoa untuknya...


Assalam.
Ibu baru lepas singgah di blog satu-satunya adik lelaki ibu, Adik Zahir.
Ringkas saja. Gurunya sedang menerima rawatan di San Francisco.
Ingin ibu mengajak semua pembaca blog ibu untuk mendoakan
moga Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan pada
guru adik ibu ni.
Guru yang di maksudkan adalah Tuan Guru Ust. Haron Din.
Pada yang ingin mengetahui perkembangan terkini,
singgahlah di sini.


Kenangan adik ibu bergambar dengan gurunya.

Tuesday, September 13, 2011

Hobi

Tetiba ibu nak cerita tentang hobi ibu.

Dulu masa sekolah rendah, suka kumpul setem.

Naik menengah, ibu suka kumpul duit syiling dan kertas lama. Duit baru pun ada. Duit obersea ok!

Masuk uni, ibu suka mengembara. Terasa cool bila galas beg besar dari tuan kat belakang, pakai selipar jepun, seluar dan baju lusuh, jalan dlm butik kat klcc. Ada brani nak buat macam tu? Ibu pernah haha lepas tu salesgirl buat pandang-pandang-jeling-jeling. Dengan tangan calor-balor berselipar jepun, ada hati tanya pasal harga baju dalam butik mewah. Belasah janji rasa cool dijiwa!

Hobi ibu yang nyata tapi jarang ditunjukkan adalah bercucuk tanam. Sila percaya. Memang itu hobi yang selalu berbunga-bunga di jiwa. Masa sekolah rendah, ibu pernah buat kebun sayur dengan mak. Walaupun kerja kat kebun, mak yang lebih banyak buat tapi ibu nak ambik nama juga yang bercucuk tanam adalah hobi ibu hahaha

Dah ada rumah sendiri, bunga dijiwa bab bercucuk tanam ni terus berputik. Berdikit-dikit ibu bercucuk tanam. Lengkuas dah, kunyit dah, karipole dah, pandan dah, limau kasturi dan limau purut dah tapi hidup segan mati tak mau! Oppss...lupa! Daun kesum dan pudina pun ada ok disamping pokok ulam - lemuni.

Kalau perasan, pokok yang ibu tanam semuanya pokok boleh makan. Memang sampai la, rumah ibu belum ada pokok bunga. Sila percaya dan ianya benar. Beza dengan jiran sebelah ibu yang jenuh dengan tumbuhan hiasan sampaikan pokok periuk kera pun ada. Ibu suka sebab teringat nostalgia tika suka 'memberuk'kan diri di belantara. Cool!!

Isnin lepas, ibu bagitau pakcik tukang kebun opis ibu.
"Pakcik, kalau pakcik potong pokol ni saya nak tau!"
"Boleh... Bila puan nak? Petang ni pakcik bagi".
"Eh...bila-bila pakcik potong la. Bukan nak segera pun"

Panjang lagi dialog kami. Pendek cerita, petang pukul 6 masa balik kerja, bungkusan plastik berisi pokok yang ibu minta dah ada kat pos guard. Wahhh....terbaek.

Selasa. Bungkusan masih dalam kereta. Balik kerja bawak masuk dalam rumah letak atas meja.

Rabu. Ibu ada seminar kat Melaka. Seharian kat sana.

Khamis. Kerja 8-5 macam biasa. Jumaat cuti. Harap boleh curik time nak berkebun.


Masih dalam bungkusan saat seperti mula ibu menerimanya. Harap sempat la ibu curik time nak berkebun-bunga. Dah terbayang-bayang laman ibu yang berseri dengan bunga warna warni ni.

Gamak-gamak, impian berbunga ibu ni telaksana tak? Mak, sila bagi semangat boleh!?

Opsss...buat adik bongsu ibu - Zatil Izzah (gila glemer nama dia), sila jawab exam UPSR dengan baik. Jangan pelik dah tua-tua ni, ibu ada adik umur cam gitu. Mak bersalin umur dia 47 tahun masa tu dan ibu dah first year kat uni. Ibu dukung dia orang kata cucu mak. Sentap!!!
Sambung balik pesanan buat adik bongsuku - Harap dapat meneruskan rekod cemerlang-gemilang-terbilang kakak-kakak mu ini. Hadiah? Tunggu result keluaq nanti baru kita cerita panjang!

Hari ni anak-anak pukul 8 dah pengsan, tapi pukul 1130 ibu tak tido lagi pehal? Selalu, ibu yang lalok awal siap paksa depa lena. Tutup lampu biar kelam. Tektik keji nak suruh depa tidor awal dan ibu pun dapat beradu dengan jayanya.

Ok, dah lewat. Ibu cuba pejam mata. Esok janji pukul 530 pagi nak bertolak ke Melaka.

Adakah .....?

Suasana beraya

Raya! Raya!
Raya kali ni ibu tak sempat nak posing gambar dalam pakaian raya dengan banyaknya. Tahun-tahun dulu pun sama juga adanya. Kalau time bujang, baju raya dipakai semasa nak pi solat raya, balik masjid terus tukar uniform sebab nak kena kerah tenaga kat dapor. Lepas dah kahwin ni, solat sunat raya di masjid dah terstop. Tahun ni lagi hebat, pagi raya baru bertolak balik kampung!

Raya tahun ni, makteh anak beranak balik ke kampung. Esoknya, atok Din (bapa mertuaku) datang melawat cucu-cucunya. Celah-celah tu ada lagi saudara mara biras ibu yang tak henti-henti bertandang. Lusanya, mak ndak dari Perak balik ke kampung. Kiranya, rumah nenek kat kampung tak sunyi sampailah raya ke 5 bila ibu sekeluarga dah balik ke PG.



Atok Din (2 dari kiri) bergambar dgn anak cucunya. Baju pink kat tengah tu nenek yakni mak atok din. Sebelah nenek adalah makcik mertua ibu hehehe boleh pakai istilah gitu? Serba oren tu mak busu, adik atok din. Yang hujung sekali biras ibu a.k.a mak ngah dan sebelahnya adalah nenek kembaq. Harmoni tak keluarga ibu? Walaupun nenek kembaq dan atok din dah lama berpisah tapi hubungan anak dan cucu tetap akrab. Bertambah akrab sejak Akhmal, adik ipar ibu meninggal tahun 2009. Mungkin itu hikmahnya dari kehilangan yang terjadi.

Ada juga sesi jalan-jalan raya. Ke rumah saudara-mara biras ibu di Paya Luboh. Kat situ, tak raya pun mesti singgah kalau balik Melaka. Dah macam rumah keluarga sendiri dah rasanya walaupun hanyalah saudara kepada biras ibu saja pun. Dah jauh dengan keluarga sendiri, sapa yang sayang dan terima kita, itulah keluarga kita tempat tumpang kasih sayang..




Kembar yang pulun makan biskut bekalan. Lepas tu belasah lemang, mee dan kueh raya.



Baju raya pink hadiah Kak Suzie owner bengkel jahit baju kat Shah Alam. Ibu order kot FB sebab dah tak sempat nak pi shopping. Elok-elok je muat dengan baby. TQ kak. Nanti hadiah kat ibu kembaq pulak ekkk...hahaha! Melampau!!

Friday, September 9, 2011

Raya dan birthday

Janji nak cerita raya ibu sekeluarga, lambat lagi la nampaknya. Sebetulnya, ibu tak dak posing sekeluarga, sedondon. Nantilah, apa yang ada akan ibu sajikan ekkk...

Kisahnya, sekolah kakak buat jamuan raya dan ibu tumpang buat celebration kakak's birthday! Double joys for her. Pagi tadi ibu tak payah kejutkan dia bangun mandi. Ibu keluar toilet, kakak dah terpacak tunggu ibu. Tak sabar sangat la tu nak potong kek, pakai baju raya dan nak agihkan jajan kat kawan-kawan dia.


Time packing jajan, abang bangun tolong sama. Nasib dah nak siap!

Pagi tadi, hantar baby rumah mama terus terjah rumah kak nasha. Angkut kek. Berdesup ke sekolah kakak. Ala...lorong belakang saja pun. Gate dah tutup hehe mujur sekolah tadika. Kalau idak pengawas dah ambik nama. Usung jajan, usung kek. Kawan-kawan kakak bertepuk tangan seronok. Rupanya cikgu dah briefing depa ada kek birthday hari ni. Riuh rendah. Suka ibu tengok kakak gumbira tersenyum simpul.



Ibu balik sekejap lapor diri kat opis. Pukul 9 datang balik sekolah kakak sebab nak ambik gambar kakak potong kek. Bagus cikgu, dah siap latih nyanyi - Allah selamatkan kamu.

Ibu ada rekod video. Nanti malam tunjuk ayah dan nenek. Ni rupa kek kakak hari ni....



Dan ni rupa kakak hari ni yang ceria senyum sampai ke telinga...

Thursday, September 8, 2011

8 September 2011

Hari ni adalah birthday kakak yang ke 4. Anak dara ibu semakin besar, semakin pandai cakap. Sampaikan cikgu kat sekolah kakak panggil kakak 'makcik' disebabkan ke'potpet'kan kakak. Semua cikgu yang pernah mengajar kakak bagitau ibu hal yang sama-kakak bercakap macam orang tua. Tak padan dengan kecik tapi cikgu-cikgu suka layan sembang dengan dia. Kadang-kadang, ibu dan ayah pun mati kutu nak balas cakap dengan dia, nak explain lebih-lebih terfikir pulak, ishhhh...budak ni kecik lagi. Tapi kalau dengar dia cakap....errmmm, tak padan dengan tuan!



Wajah anak dara ibu yang sangat suka possing ala model.

Hari ni ibu tak sempat nak beli kek untuk kakak sebab ibu kena outstation ke Putrajaya. Petang tadi sampai PG, terus ke kedai borong beli jajan.



Esok sekolah kakak buat jamuan raya campur sekali budak pagi. Ibu ambik kesempatan tumpang nak buat sambutan birthday kakak kat sekolah. Masa ontheway balik dari Putrajaya, ibu call mama suruh order kek kat Kak Nasha, jiran lama ibu yang selang 3 buah rumah dari rumah mama.

Jap lagi ibu nak packing goodies untuk kawan-kawan kakak. Tunggu heroes ibu yang tengah lasak ni bobok dulu, baru boleh buat operasi. Biar depa main kasik puas dulu, jap lagi depa letih nyenyak le tido.

Sebagai penutup, sekali lagi ibu tampilkan 'makcik' yang cute ni. Moga makcik ibu yang sorang ni terus sihat, bijak dan menjadi anak yanh menyenangkan dan disayangi semua orang. Amin!

Wednesday, September 7, 2011

Tart gulung terbaek!

Masih dalam mood raya lagi nampaknya. Pada yang tertunggu kisah raya ibu, baju raya, kembar beraya atau seangkatannya, tunggu ekk...

Kali ni ibu nak story pasal kuih raya favourite ibu ni, tart gulung! Ehhh..ayah pun 'hantu' tart gulung. Dan tart gulung terbaek pada ibu adalah tart gulung buatan maklang ibu ni. Setakat la ibu tak pernah jumpa lagi tart gulung sesedap buatan maklang. Ibu pernah beli tart gulung buatan orang lain, tapi buatan maklang ibu ni tetap di hati. Dah sedari azali dibesarkan dengan tart buatannya, apa nak kata lagi..iya dak?

Masa ibu tinggal di Kedah, tiap-tiap kali raya mesti order tart gulung maklang ni. Tidak terkecuali tahun ni walaupun ibu jauh di selatan. Bang ngah, sepupu ibu yang kembar, balik beraya. Call maklang order dah suruh kirim kat bang ngah. Isnin malam lepas, ibu pi beraya ke rumah dia di JB, dapatlah tart gulung ibu ni.



Ibu order 100 biji. Sekotak tu ada 50 biji. Dah maju nampaknya, siap ada kad ditampal kat atas kotak tu. Siap muka lang sekali ada kat kad tu.



Sapa nak order, sila la. Maklang ibu ni memang pakar buat tart gulung. Dia hanya buat tart sahaja, kuih lagi dia tak buat ok. Sekali raya, mau 5000 biji jugak tart gulung yang dia buat.

Apa best tart gulung ni? Sangat lembut dan halus teksturnya tapi bila dipegang tak berderai, tapi bila masuk dalam mulut terasa tepungnya cair.....errmmmmm dan paling penting, intinya banyak!

Mandi raya

Kisah mandi raya yang ibu nak ceritakan ni bukanlah mandi sunat di pagi raya hehehe Alkisah, pertama kali ibu bawa kembar mandi swimming pool di hari raya tapi bukan raya pertama ye kawan-kawan...raya ke berapa ntah ibu tak ingat. Itupun dah petang bila biras ibu a.k.a makngah bawak kakak dan dikna ke kolam. Terus ibu ajak ayah bawak baby ke sana sebab baby tak pernah lagi berenang-renang sejak dilahirkan.

Dah lama berangan nak beli kolam plastik nak letak kat rumah tapi asyik tak jadi beli saja hehehe ini dah alang-alang balik kampung yang dikelilingi resort dan chalet dan sepelaung saja dari laut, apa lagi! Bukan senang nak dapat peluang begini.



Abang yang mula-mula cuak. Memang abang ni penakut air pun. Kalau mandi biasa pun, lencun ibu sebab abang akan peluk ibu time dimandikan.



Adik yang memang terrrrrrsangat suka air. Siap tak nak keluar dari pelampung. Bila dah siap tukar baju pun, nampak je kolam meronta-ronta nak turun dari dukung nak masuk kolam hehehe



Bodyguard kembar bergambar di dalam kolam. Awal-awal ni, nampak tak muka abang yang takut hehehe
Tengok pulak aksi adik yang tak sabar macam nak terjun kolam. Pelampung lanun tu ibu dah beli, lepas ni ayah beli kolam ekkk....

Gaya tido paling cute

Assalam.
Dah seminggu ibu tak update blog ni. Kat kampung tak dak tenet dan iphone ibu pun bukan datang bersama pakej data. Tak berbaloi rasanya ibu nak ambik plan data untuk iphone ibu ni sebab kat rumah dah ada streamyx wifi, kat opis dah ada leased line. Kalau takat kat luar-luar sekali sekala saja tu, takpa lah..tunggulah satu masa kelak kot terbuka hati ibu ni nak tukar ambik pakej data plan punya. Plan yang ibu guna ni family plan yang 50 saja.

Mula minggu ni, hidup ibu sekeluarga kembali seperti biasa. Ibu pi kerja, anak-anak kat rumah mama. Balik rumah 'berperang' perasaan dengan rumah yang tunggang langgang. Kalau la tetiba ada jiran mai nak beraya, huhhh.....mampuss!

Oklah...macamana raya korang? Rasanya mesti la meriahkan? Ibu pun meriah juga sambut kat Melaka. Tak berenti-renti saudara mara datang. Sedih tu tetap ada sebab tak dapat bersama keluarga sendiri tapi yerlah, perubahan itu perlu dilalui bila kita sudah mempunyai keluarga sendiri dan telah dimiliki..eceh!

Cerita ke lain pulak ek.. Ibu nak tunjuk aksi cute adik tido dalam buai. Owh...sekarang dia dah boleh bangun dan duduk dalam buai. Tetiba ja, terjenguk kepala dia. InsyaAllah, adik selamat sebab ibu dah selit hujung buai tu ke atas jadi macam 'gate' untuk adik.



Aksi adik ni ayah yang perasan. Adik memang suka guling-guling dalam buai. Semalam tido meniarap lepas tu tongkat dagu.
Related Posts with Thumbnails