Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Monday, October 31, 2011

idola dan minat

Ibu suka menyanyi menghiburkan hati. Memang suara ibu tak merdu bila menyanyi. Bukan bidang ibu pun. Ibu ada artis yang ibu minat tapi tidaklah sampai minat tahap 'gaban'. Sekadar minat pada karya seninya.

Bila beranjak dewasa, minat itu ibu rasa lebih kepada menjadi idola. Masih lagi dalam nada yang sama, tidak terlalu taksub tetapi apa yang dibuatnya menjadi ikutan dalam kehidupan ibu kini terutamanya dalam hal mendidik anak-anak.

Terkini, kolej ibu akan mengadakan hari terbuka. Dan ada slot untuk ceramah. Terus ibu teringatkan dia yang ibu jadikan sebagai idola. Ibu berjaya menjejaki beliau. Tapi sayang, jadualnya sudah penuh. Ibu kecewa!



Yup! Dia adalah wanita itu, Wardina. Ibu tak pasti sejak bila ibu meminatinya. Ibu tonton lakonannya sejak di Spanar Jaya. Mungkin sebab kami sebaya (rasanya), ibu terus mengikuti perkembangannya tanpa sedar.

Bila dia berhijab, menjadi ibu, speaker dan penulis bercirikan keibubapaan dan keluarga, ibu lebih mengikuti tulisan dan tak langsung perkembangannya. Hingga kesnya dengan tuduhan menyokong pembangkang pun ibu ikuti. Dan ibu terus suka kelantangannya bersuara dan menyatakan pendapat.

Apakan daya, hajat hati nak bertentang mata, berkenal mesra, tapi tiada jodoh kami. Namun takala seketika dapat berbual di telefon dengan beliau, aura positif itu telah tumbuh seolah-olah ada di depan mata hehehe

Perbualan ibu dengan wardina singkat sahaja. Tapi dari nadanya, ibu seperti sudah kenal dengan dia. Kasyaf kot ibu ni....

Hidup perlu diteruskan

Suka atau tak, marah, gembira, benci, sakit hati, geram atau apa saja perasaan di tempat kerja, hidup perlu diteruskan. Kerja tetap perlu dilaksanakan. Perlu profesional.

Bila sebut profesional, ibu pernah sebut ni dulu. Ibu tak tahu ibu ni profesional atau tak. Tapi ibu sangat tak bersetuju dengan orang yang suka mengaku diri profesional, tapi dalam ucapan dan perlakuan...hampeh! Mendabik dada diri tidak emotional dalam menjalankan tugas tapi hhhmmmm..setiap solution dan tindakan jelas melepaskan rasa.

Ok! Cukup disini. Moga ibu tabah dengan apa saja yang berlaku. Yang pasti, ibu perlu menjalankan tugas dengan sejujur dan seamanahnya. Biar Allah yang menilai amanah dan jujur ibu. Siapa ibu untuk berkata :
" Saya amanah dalam tugas, saya profesional, saya tidak emosi " -
Dan seangkatan dengannya sedangkan nilai-nilai itu adalah terlalu subjektif untuk dinilai oleh kita, seorang manusia!

Saya yang menurut perintah

Akur pada arahan. Mesti pakai nametag tapi masing-masing dah tak tau letak kat mana sejak pakai kad kerja.

Jadi, sebagai tanda pekerja yang akur, maka inilah hasilnya.

Gelak jahat skit - muahahahaha opppsss!

Friday, October 28, 2011

Duta drypers

Assalam.
Lama ibu tak update blog. Mood yang bercampur-campur dan kesannya blog ibu sedikit terabai.

Sebagai update terbaru terimalah duta drypers yang baru.



Ibu suka design special edition drypers kali ni. Biasanya ibu suka borong pet-pet tapi bulan ni pet-pet mahal, ibu bertukar kepada drypers. Sekali beli 4 beg size M84.

Cashier mesti tanya " stok berapa lama tu kak?".

Ibu jawab sambil senyum " sebulan"

Dia akan balas " banyaknya.."

Terpaksa ibu cakap " anak saya kembar"

OoooooOOoo....

Tuesday, October 18, 2011

Bimbang seorang guru dan ibu

Tugas ibu menguruskan pelajar yang menjalani praktikal secara langsung. Oleh itu dari sekecil masalah hingga ke sebesar-besar masalah, majikan akan menghubungi ibu mengadu hal. Ibu terima segala komen yang diberikan dan kemudian akan menilai kembali aduan itu. Selalunya, majikan benar tapi ada juga kes majikan mengada-adakan cerita untuk menyelamatkan diri.

Terbaru, seorang pelajar dihentikan majikan kerana kesalahan berulang. Pertama membawa lelaki ke apartment (disediakan majikan) dan kedua menipu mc. Ibu tunggu pelajar melapor diri selepas di terminate, tapi tiada. Pelajar dikesan dan akhirnya terpaksa berdepan dengan 'serigala jadian' ini.

Paksa dia call dan bagitau penjaga. Bila hp ditangan ibu, terserlah segalanya. Gambar bercium bibir dengan boofren memenuhi skrin. Ibu tekan dan soal, akhirnya mengaku sudah terlanjur. Mula katanya sekali. Ha!! Ibu ketawa dan kata kepadanya -

" 10 tahun saya sudah menjadi guru, saya tengok hidung, kening dan mulut, saya sudah tahu keadaan di dalam seluar awak. Sebelum awak lebih jauh menipu, berapa kali sudah berlaku?"

Dan jawapannya, lupa. 3-4 kali. Percaya? Sila jangan! Sudah lebih barangkali!!

Ini bukan kes pertama yang ibu hadapi, berkali-kali sampai ibu tak tahu apa tindakan yang perlu ibu buat? Hati seorang guru sangat bimbang,apatah lagi kalau dari sudut hati seorang ibu yang punya anak dara! Terasa berpeluh badan walaupun bilik beraircon memikirkan masa depan yang akan anak-anak ibu lalui.

Selepas penat bersoal siasat, bersilat menepuk meja, berjegil mata, menjerit, merayu dan menasihati, ibu keluar mendamaikan hati. Luahkan perasaan pada yang setia disisi sambil mengisi perut yang kenyang dengan 'masalah-masalah' ngeri.



Ya Allah.....peliharalah keturunan kami! Ibu takut!!

Thursday, October 13, 2011

Bukti buat kerja!

Ibu berkhidmat di kolej komuniti (kk) sejak 2002 sebagai GSTT. Tahun 2005 ibu dilantik ke jawatan tetap DG. Tahun 2008, skim DH untuk pensyarah kk dan dipindah dibawah kementerian pengajian tinggi.

Julai 2008 ibu berpindah ke kolej baru. Kerja rencam! Mengajar saja pernah, pegawai pengambilan pernah dan kini pegawai perhubungan dan latihan industri. Bayangkan, dalam sibuk mengajar, tugas mengurus tetap dipikul.

Julai 2010 ibu menerima tugas pegawai LI. Mula kerja biasa. Kini kk mula berkembang dengan program smk dan kebolehpasaran graduan.

Seminggu balik lewat siapkan bukti ibu buat kerja. Cakap mulut tak aci ok. Ini hasilnya dan ibu divalidasi hari ni.



Panel tanya itu ini.
Ibu tunjukkan kerja yang ibu buat.
Oh! Itu tak boleh! Tu memang kerja awak sebagai pegawai li! Tugas lain yang awak buat selain itu.

Ibu bagi lagi.

Tak boleh, itu awak dijemput. Lain-lain taklimat/tugas yang selain tugas sebagai pegawai li?

Ha?? Oklah.. Next time, surat lantikan ibu pegawai li, ibu buat kerja pengarah la..terus naik 52!!!

Deyyy....macam ni punya skrip validasi pun ada ka???

Pasrah! Ada rezeki adala, kalau semua kerja ibu buat selama ni tak dikira sebagai kerja...i makan gaji buta la ekkk.....

Saturday, October 8, 2011

Pembantu ibu

Minggu ni, tiada baju yang dibasuh berlipat. Semua longgok atas sofa. Hajat hati, cuti ni nak mula la lipat baju. Pembantu terbaek sedia memberi khidmatnya.



Memang terbaek! Ibu lipat depa ambik buka balik. Lipat lagi, depa tarik tak bagi. Oklah..ambiklah! Abang dengan adik lipatla ekkk....

Thursday, October 6, 2011

Setelah penat mengejar pangkat...

Hidup ibu sedikit kalut mengejar dunia. Sejak permohonan ibu untuk memohon naik pangkat diterima (mohon untuk mohon..faham tak?), ibu perlu bersedia untuk validasi. Kalau lulus validasi barulah ibu betul-betul naik pangkat. Doakan ekk...moga usaha ibu ni berjaya. Moga Allah murahkan rezeki ibu untuk anak-anak ibu ni...

Dek kerana itu juga, sejak seminggu ni ibu balik malam. Sampai rumah dalam pukul 9. Mujur mama tak kisah tolong jagakan babies lebih masa. Ini akan berlarutan sampailah tarikh ibu validasi dan akan bersambung lagi untuk program penutup UPEK. Ibu kena jadi mc untuk 2 acara, malam kebudayaan dan majlis penutup. Skrip tak ready lagi. Buat masa sekarang, ibu pasrah. Buat yang mana mai dulu. Biarlah masa yang menentukan...eceh!

Penat seharian bekerja, kejar pangkat, kejar dunia, bila balik rumah, inilah 'tongkat ali' ibu...terbaek!!! Kalah alicafe 5 in 1



Buat kawan-kawan ibu yang sama-sama akan divalidasi nanti, selamat maju jaya! Buat yang bakal memohon, simpan segala dokumen arahan kerja anda sebaiknya. Bukan senang nak buktikan kita buat kerja walaupun memang banyak saksi yang tengok kita kerja siang malam untuk jayakan sesebuah acara!

Pemandangan terindah di pagi hari



Wednesday, October 5, 2011

Singgah sat

Assalam.

Sekarang adalah masa-masa kritikal. Minggu depan validasi untuk naik pangkat. Persediaan baru 10% kot...Doakan ibu berjaya ya semua...

Hari ni ada miting di Bandar Penawar dengan bos. Tengah tunggu bos kat lobi.

Ok..sekadar singgah.
Sebagai halua mata, ibu persembahkan kasut baru yang dirasmikan hari ni. Beli kat Jusco RM59...

Saturday, October 1, 2011

Kos utama kalau masuk Singapore

Assalam.
Dah 2 hari ibu tak update blog. Agak busy. Tarikh validasi untuk naik pangkat dah dapat. Bertembung dengan program kebangsaan UPEK dan PROSISMA. Tabahkanlah hati ibu mengharungi segalanya ya allahhh....

Pagi ni, sekejap lagi ibu sekeluarga akan masuk Singapore. Boleh kata tiap-tiap minggu mesti ke sana. Minggu lepas tak sebab nenek balik Melaka. Minggu ni hantar nenek balik sana sebab nenek singgah rumah ibu lepas balik Melaka.

Masuk Singapore, kos yang paling ibu tak tahan adalah kupon parking! Day parking, sejam $1 mula pukul 7 pagi sampai 10.30 malam. Jangan ingat malam free. Nahiiii....untuk malam $4 dollar bermula 10.30 - 7 pagi. Ahad free, lega sikit. Bayangkan kalau ibu masuk Jumaat malam, dan balik pada Ahad malam. Kos hari Sabtu saja untuk parking mau $15 untuk siang sahaja. Darab dengan 2.40, darab dengan dah beratus kali ke sana. Mau boleh buat banglow nih! Hehehe



Kupon siang warna oren dan purple tu. Oren untuk sejam, purple untuk setengah jam. Hijau untuk malam. Dulu parking malam $2, tapi tahun ni dah naik...



Dan jika di susun, beginilah panjangnya. Gambar ni adalah kos untuk ibu masuk hari Sabtu, kira dah tengahari sikit la. Dah penuhkan. Bayangkan kalau Jumaat malam ibu masuk, susun bertingkat ok!

Sekarang ibu dah buat undang-undang paksa untuk ayah, TANGGUNG KOS PARKING! Hehehe sebenarnya ada kupon parking yang murah sikit, $10/day, dah berbuih ibu paksa ayah pi beli sebab kupon tu tak dak jual kat stesen minyak, kena beli kat opis apa ntah. Sampai ke sudah ayah tak pi beli, so sampai ke sudah ayah tanggung. Hahaha

Time nak buang kupon yang dah guna tu, macam nak nangus rasanya. Rasa macam campak duit! Seminggu, busuk-busuk 50 hengget ibu buang dalam tong sampah. Kayakan? Uhuk..
Related Posts with Thumbnails