Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Thursday, January 5, 2012

Islam itu mudah dan memudahkan!

Ibu tak ingat sejak bila hal ini mula dibualkan oleh ibu dan seorang rakan sekerja. Biar ibu kenalkan dia sebagai Nor (bukan nama sebenar). Kebetulan kami berdua mempunyai adik yang sedang belajar di Mesir, maka bermacam-macam kisah kehidupan adik-adik yang kami bualkan bersama apatah lagi ketika isu semua pelajar Malaysia diterbangkan pulang ke Malaysia semasa tanah Mesir bergolak dulu.

Suatu hari, Nor bercerita kepada ibu tentang adik lelakinya Ahmad (bukan nama sebenar) balik ke Malaysia dan memaklumkan kepada keluarga yang beliau hendak bernikah. Ok, itu bukan masalah yang besar pada keluarga walaupun Ahmad masih lagi belajar dalam bidang Usuluddin di bumi anbiya sana. Namun hal yang sedikit memeningkan mereka apabila Ahmad sendiri masih belum pernah bertemu secara nyata dengan gadis yang hendak dinikahinya itu. Menarik bukan?

Saudara mara dan kenalan ibu, ramai yang menyambung pelajaran di sana. Dari perkongsian pengalaman mereka di sana, ibu boleh membuat kesimpulan sendiri - kehidupun di sana adalah unpredictable. Hanya yang tabah dan cekal hati saja dapat meneruskan dan menghabiskan pengajian dengan jayanya. Sistem pengajiannya yang lain sama sekali dengan sistem kita di Malaysia. Jika gagal subjek Al-Quran, seseorang pelajar itu tidak boleh naik tahun. Maka mengulanglah semula subjek itu hingga berjaya.

Pakcik ibu juga pernah bercerita tentang kenalannya yang kami panggil PakLang yang sama-sama ke Mesir. Setelah 5 tahun di sana, pakcik ibu kembali ke Malaysia dengan ijazah dari universiti tertua itu. Sedangkan PakLang masih di sana, mengulang tahun dan subjek kerana terkandas. Sehinggalah, setelah 8 tahun berlalu, pakcik ibu yang sudah beranak pinak ini memaklumkan kepada ibu yang PakLang akan kembali ke Malaysia kerana sudah tamat pengajiannya di sana. Pakcik ibu mengatakan yang PakLang bersedih hati bila tahu yang dia sudah lulus. Sedih kerana lulus exam? Pelikkan bukan? Ya, dia bersedih kerana bila lulus exam, dia perlu kembali ke Malaysia!

Ok. Bersambung kembali dengan kisah Nor dan adiknya, Ahmad.

Disember yang lepas, adiknya telah melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya yang itu, Dila (bukan nama sebenar). Setelah Nor kembali ke pejabat selepas bercuti panjang menguruskan majlis adiknya, dia berkongsi cerita dan kelucuannya. Lawak katanya mengenangkan majlis pernikahan adiknya itu. Ibu berkata padanya bahawa inilah sejarah terbesar keluarga, bukan semua orang dapat merasainya. Bayangkan, sebuah pernikahan yang dilangsungkan di mana pengantin lelaki menerima akad nikah daripada bapa seorang gadis yang menjadi pengantinya sedangkan pengantin perempuan itu berada beribu-ribu batu jauhnya! dan belum pernah bertentang mata di alam nyata!

Pernikahan yang unik dan jarang berlaku. Mereka diperkenalkan dan berkenalan melalui internet dan akhirnya bersetuju untuk bernikah. Dengan restu dari kedua-dua belah pihak, mereka telah selamat dinikahkan.

Rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan seperti kebiasaan adat melayu yang berlaku. Namun ketika majlis akad berlangsung, mereka diper'temu'kan di internet dengan menggunakan Skype. Pengantin perempuan indah berbaju pengantin di bumi Amerika, dipancarkan di dinding rumah, riuh rendah dengan di kelilingi rakan-rakannya yang sudah seperti keluarga sendiri barangkali, membantu itu dan ini. Sedangkan pengantin lelaki berdebar sendiri menyambut akad nikahnya...hehehehehe

Menarikkan? Bukan semua orang boleh menerima keadaan pernikahan seperti ini apatah lagi kehidupan kita yang sudah sebati dengan adat dan budaya. Islam itu mudah tetapi adat yang terlebih dijunjung itu yang membuatkan kita terbatas dalam sesuatu perkara.

Nor berkata, majlis seperti biasa. Ada hantaran dan maskahwinnya. Cincin turut disarungkan di jari Ahmad. Semua ahli keluarga Nor diberikan hadiah oleh pengantin perempuan sebagai tanda berkenalan barangkali. Indah bukan? Selepas ini Ahmad dan Dila akan betul-betul bercinta dan berkenalan dan boleh melakukan apa saja dengan status 'halal' yang dimiliki mereka. Boleh ber'ombak rindu' sepuasnya hehehehehe...

Di akhir cerita, Nor berkata - kesian tengok adiknya itu. Orang lain lepas kahwin bergembira, tapi adiknya bermenung saja hahahaha...agak-agak korang semua, sebab apa??

p/s:
TQ kepada Nor yang sudi membenarkan kisah ini di'internet'kan dan berkongsi gambar.
Buat Ahmad dan Dila, selamat bercinta!
Sesungguhnya, bercinta selepas nikah itu tersangatlah indahnya!

Ibu juga bertemu dan berkenalan di internet..ahaks


2 comments:

Zaher said...

fuuu...best tu......

Zakiyah Zainon said...

haaaa...nak buat ka??

Related Posts with Thumbnails