Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Sunday, January 8, 2012

Kasih sayang

Sedari kecil, maktok dah ajar ibu cara untuk membahasakan diri dengan adik beradik dan saudara mara. Tiada perkataan AKU - HANG. Maktok sering berpesan, cakap biar bahasakan diri dengan pangkat dalam keluarga. Contohnya, ibu dikenali sebagai Kak Muteh, jadi bila bercakap gunakan Kak Muteh sebagai ganti saya.

Alhamdulillah, berkat didikan generasi tua, semua generasi ibu bercakap dalam bahasa yang baik. Walaupun bergaduh, tiada hang-aku hehehe tetap guna nama dan pangkat yang dimiliki dalam keluarga.

Bila dewasa dan sudah memiliki keluarga sendiri, ibu terus menurunkan didikan dan pesanan maktok pada anak-anak. Alhamdulillah, kakak sudah menampakkan hasil. Walau dengan siapa dia bercakap, dia akan membahasakan dirinya sebagai kakak hatta dengan cikgu tadikanya sekalipun hehehehe

Dengan adik-adik kembarnya pun sama. Dia akan membahasakan kakak - adik - abang. Harap sampai dewasa anak- anak ibu akan menggunakan istilah yang sama sesama mereka dan di dalam keluarga.



Kakak sedang berkongsi ayam goreng dengan upin dan ipin-nya!
Moga kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga akan berkekalan dan semakin utuh.

Sedikit lucu, selalu ibu ditegur kakak bila berbual ditelefon dengan kawan-kawan. Katanya - " ibu, tadikan kakak dengar ibu cakap aku kat telefon. Tak baik tau...". Deng!!! Ibu kena tembak!

Dan ibu mengakui salah ibu itu sambil menerangkan padanya dengan siapa ibu bercakap tadi. Walaupun kakak beza 27 tahun dengan ibu, tapi jika tegurannya benar, tak salahkan jika kita mengakui dan membetulkannya kembali!


1 comment:

Juraimee said...

sokong.. sokong.. dan sokong lagi...

Related Posts with Thumbnails