Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 13, 2012

Khabar duka di Januari 2012

Malam tadi, ibu seperti biasa lepak di depan tv bersama anak-anak. Ibu mendapat panggilan telefon dan nombor itu tiada dalam friend list ibu. Suara di sana memperkenalkan diri. Oh! Bekas pelajar ibu rupanya. Beliau bertanya samada ibu kenal beliau atau tidak. Ibu kata, kenal! Lagipun beliau adalah pelajar dari kelas yang ibu menjadi pensyarah kelasnya.

Beliau membawa khabar duka. Katanya sahabat mereka sudah tiada. Beliau menyampaikan berita, rakan sekelas mereka semasa belajar di kolej dulu, Roshahizam telah meninggal dunia. Lemas semasa latihan di kem tentera.


Arwah yang segak berpakaian istiadat tentera.

Secara peribadi, arwah seorang pelajar yang baik. Disenangi rakan-rakan. Sedikit nakal adalah biasa bagi remaja yang sedang meningkat dewasa. Beliau sering menjadi bahan ketawa rakan-rakan di kelas lantaran arwah mempunyai sifat semulajadi yang agak melucukan. Mukanya yang sering tersengeh dan sikap keanak-anakan membuatkan arwah nampak manja dalam nakal!

Telah tertulis, hayatnya setakat ini. Orang yang baik selalunya awal dijemput Allah. Moga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah....

5 comments:

mala said...

Al fatihah

PaK PiS said...

semoga arwah di cucuri rahmat

shieda zainal said...

sy juga merupakan classmate arwah semasa tingkatan 4 n 5..sgt sdih dgn pmergian beliau..ape2 pun semoga arwah di tmpatkan dlm golongan org yg soleh..amin..

are-feeyz said...

salam..sy x knl arwah tapi sbgi saudara seislam mari kite same2 mendoakan semoga arwah ditempatkan bersame same org2 yg beriman dan beramal soleh al-fatihah..

Zakiyah Zainon said...

Orang yg baik dan menyenangkan ramai orang, pasti ada tempat yang terbaik di sini Allah...

Related Posts with Thumbnails