Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, January 31, 2012

Kisah balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ibu nak kongsi suka duka ibu balik bercuti ke Kedah hari tu. Perrgghhh...pada ibu, perjalanan nak balik ke kampung memang sangat mencabar mental dan fizikal. Terasa macam mendaki gunung dulu-dulu, walaupun mencabar, penat, busuk, letih namun tetapi di hujung sana tetap ada kemanisan bila berada di puncak menyaksikan indah luas ciptaan Allah.

Seawalnya, ibu plan nak bertolak pada petang Jumaat 20 Januari, sesudah adik ibu (co-driver) sampai dari Kedah. Tapi disebabkan bas yang dia naik tu bas tambahan yang berpusing masuk seluruh stesen bas, maka dia pun dah sampai tengahari. Dan petang nya pula, hujan turun dengan lebatnya. Maka, plan terus berubah. Kita bertolak esok pagi, jam 4 pagi!

Jam 4.10 pagi

Perjalanan bermula. Cabaran pertama muncul. Aircon kereta tak sejuk! Punahhhhh...yang 2 hari ibu ambik cuti servis kereta, cuci kereta, tukar tayar, tak dak pulak aircon buat hal. Tetiba pagi ni nak bertolak, saja kan nak menguji ibu. Memang betui-betui macam kisah Rombongan Che Kiah ke Sukan Komenwel! Perjalanan diteruskan jua. Awal pagi, suasana masih dingin dan anak-anak ibu pun masih nyenyak dengan lena mereka.

Perjalanan lancar walaupun banyak kereta. Rupanya ramai yang memulakan perjalanan awal pagi macam ibu juga. Dipertengahan jalan, kakak pulak buat hal! Kakak yang duduk di seat depan dengan Pak Njangnya telah terkencing di dalam seluar. Ya Allahhh! Kalau kat atas toto boleh ibu angkut toto masuk mesin basuh sayang oiii... ni dalam kereta, time travel jauh pulak tu. Oklah..kalau ibu marah pun, dah tak berguna walaupun kakak awal-awal dah nangis. Berlonggoklah anak-anak di seta belakang bersama ibu. Berhenti di Hentian Ayer keroh, untuk solat subuh dan ibu setelkan hal anak-anak apa yang patut!


Jam 8.00 pagi

Rombongan ibu tiba di Bangi. Menjemput adik ibu yang belajar di UniKL. Dah dasar budak-budak 'makngot', dok tunggu dia setengah jam baru nak siap. Padahal masa kat Seremban, adik ibu dah siap sms dia suruh siap! Sementara tunggu, adik ibu pi beli roti dan air untuk dibuat alas perut. Anak-anak pun makan dengan suka hati sambil buat sampah lagi dalam kereta yang dah macam rumah adanya.

Lepas adik ibu sampai, maka duduk lah dia di depan tempat kakak kencing. Mujur dan kering dan ibu bawak towel, lapik la towel buat alas. Perjalanan diteruskan. Driver pulak tetiba buat hal, tersalah jalan, masuk ke KL siap lalu depan Dataran Merdeka bagai. Ok, ibu layan dan akhirnya kami masuk ke pertemuan dua jalan yang memisahkan laluan ke Ipoh dan Kuantan.

Jam 9.20 pagi (lebih kurang)
Kami tiba di persimpangan Ipoh-Kuantan selepas Tol Jalan Duta. Haaa!! Jam sudah bermula. Bersusun-susun kereta. Kaya sungguhkan rakyat-rakyat Malaysia ni. Dan cabaran ibu dan rombongan terus berganda, bila cuaca mula panas di dalam kereta yang tiada aircon bersama anak-anak kecil yang tengah lasak. Hahahahahha...sila bayangkan!

Adik nak isi minyak di Hentian Rawang. Tadi masa di Tol Sg Besi ibu dan suruh dia isi, dia kata takpa, kat Rawang. Hambikk! Nak masuk RNR pun tak lepas. Kereta berduyun-duyun berhenti kat tepi jalan sebelum Hentian Rawang tu, berjalan kaki jauh ke dalam untuk ke tandas atau beli makan barangkali. Memang padat dan sendat!


Jam 12 (lebih kurang)

Kami masih tersangkut. Belum lepas Tanjung Malim pun. Adik ibu pusing stereng masuk Lembah Beringin. Stop di tandas dekat tol dan kami memulakan perjalanan yang sangat advanturesssss! Kami melalui kawasan golf club yang berguard. Siap pakcik guard tu angkat barrier dan bagitau "jalan lama ke Ipoh, jalan lama ke Ipoh, ikut kereta depan". Memang sangat jalan lama. Tetiba teringat kat cerita Aflin Shauki, Misteri Jalan Lama.

Jalan yang tiada sign board langsung, ikut saja jalan yang ada. Kiri kanan belukar, dan jumpa kawasan perumahan terbengkalai hinggalah kami masuk ke kawasan felda (ibu lupa nama) di kawasan Ulu Selangor. Memang jalan kampung habis. Lepas tu baru jumpa pekan yang ada sign board dan tetap jammed! Jumpa lah kawasan-kawasan yang bernama unik yang tak pernah ibu dengar sebelum ini.

Panas membara! Anak-anak dah menggaru sana sini, melompat tak henti-henti, ibu dah macam minah senget adanya! Perut pulak mendidih mintak di isi! Berhenti makan? Nope... makan roti tadi pagi...

Abang dan adik yang nyenyak dalam kepanasan.


Jam 4 petang.

Kami tiba di Gopeng (jalan lama) setelah mengharungi jalan yang jam bila memasuki kawasan pekan. Mujur ada polis jaga trafic so, bergerak jugak lah. Singgah di masjid, ahli rombongan bersolat dan berehat. Sejam lebih juga kami di situ dan baru lah kami memulakan perjalanan. Abang ibu sms bagitau yang info trafic kata laluan lebuhraya dah ok.

Ibu pula memegang stereng dan masuk di simpang pulai. Lancar cuma sedikit perlahan di kawasan terowong Menora. dan tiba-tiba hujan pula turun dengan lebatnya. Oh...kereta tak beraircon, dan memandu di dalam hujan yang lebat! sangat terbaik kan??

Cabaran terus di sahut. Mulut berkumit-kumit ibu berzikir. Adik kat sebelah tolong lap cermin! Belasah...dan akhirnya hampir maghrib kami kita di rumah abang di bandar Baharu Kulim. Hajat hati nak balik malam tu juga ke rumah maktok, tapi bila dah baring atas toto, mata dah tak boleh angkat!


21 Januari 2012

Esok pagi, barulah kami meneruskan perjalanan balik ke Jitra. Perjalanan lancar walaupun kereta masih tidak beraircon. Anak-anak sangat gumbira bermain dengan angin. Alhamdulillah, dengan izin Allah, walaupun bermacam cabaran dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, kami semua selamat tiba dah berpeluk-peluk dengan maktok dan kaum keluarga!


Adik, menghayati perjalanan yang lancar. Sila jangan tiru ok!

Kakak dan abang di belakang menghirup angin utara yang segar!

3 comments:

Nurul said...

ehehe..mencabar sungguh...kalo tak sabar, mau senget benget tudung yg dipakai..bagus la ko lip..

Anonymous said...

Dlm diam ketabahanmu ku kagumi,coz sstgah pompuan dh merengek it ini, lg2 xda aircond,fuhhh mgada2 beb, bru pns dunia. Respect Lu beb

min said...

dh penah kena jgk mcm tu..tp sib baik dkt ja kt penang..anak2 dh buka bj dlm keta..n penah temperature naik on the way ke t'ganu..betul2 tgh hutan..sat2 behenti tmbah ayaq..hanya Allah yg tahu..:)

Related Posts with Thumbnails