Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Friday, January 13, 2012

Perkongsian di hari Jumaat : Saat ditalkinkan

Ibu berkesempatan hadir semasa arwah bekas pelajar ibu, Rosahizam @ ejam dikebumikan sebentar tadi. Ibu bersama Wizni, Shikin dan Khalis adalah antara pensyarah yang pernah mengajar beliau semasa dia menjadi pelajar kolej dulu.

Destinasi kami terus ke tanah perkuburan kerana dimaklumkan bahawa pengkebumian akan dijalankan pada jam 10 pagi. Harus diingat dengan waktu tentera yang tepat. Semasa ibu tiba, mayat sudah diturunkan ke liang dan rakan-rakan setugasnya sedang bergilir-gilir mencangkul tanah menutup liang kubur.

Usai menimbus, majlis bacaan talkin bermula. Ibu masuk ke khemah sambil mengajak bekas anak-anak murid ibu yang ada di situ sama-sama mendengar bacaan talkin. Sekian lama ibu tidak mendengar bacaan talkin, sesekali ianya amat menginsafkan diri dan membuatkan kita mengingati mati.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa sesungguhnya mati itu benar!
Memasuki liang kubur juga benar!
Soalan mungkar nangkir di dalam kubur juga benar!
Dibangkitkan semula semua manusia untuk diperiksa
amalannya juga adalah benar!
Melalui titian sirat, balasan nikmat syurga dan siksa api neraka,
semuanya adalah benar belaka,
dan tetap akan berlaku dan bahawasanya
hari kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi,
maka Allah akan menghidupkan kita semula sekalian manusia.

Segala urusan pengkebumian di uruskan oleh pihak TUDM. 2 buah bas dan sebiji trak mengiringi van jenazah yang membawanya pulang dari Banting ke Pasir Gudang. Majlis penyerahan bendera Malaysia kepada ayah arwah dijalankan di hadapan pusaranya, diikuti dengan acara penghormatan terakhir oleh pegawai dan rakan-rakannya yang segak berbaju tentera.

Rakan-rakan arwah yang sekelas di kolej dulu kebanyakkannya hadir di situ. Sempat ibu berbual dengan ibu kepada sahabat baiknya, Wahid. Katanya Wahid pernah mengajak dia sama-sama menyambung pengajian ke politeknik, tapi beliau menolak kerana hendak bekerja membantu keluarga dan adik-adiknya yang masih bersekolah kerana Ejam adalah anak sulung.

Penghormatan terakhir rakan sekerja di pusaranya.

Mengikut cerita, Ejam menghadiri ujian untuk naik pangkat. Ketika melakukan terjunan (tak pasti sungai atau laut), kepalanya terkena batu dan terus terapung. Beliau dikatakan koma semasa tiba di hospital dan dalam keadaan kritikal. Dan akhirnya beliau menghembuskan nafasnya kerana telah tertulis perjanjian, itulah detik penamat hidupnya di dunia.

Tenanglah kau di sana... Al-Fatihah!

2 comments:

Fauzan Saizali said...

Maafkan saya kalau saya perbetulkan..saya skot arwah ejam ..beliau lmas ketika mlkukan ltihan renang..bukan lemas ktka terhantuk spt saudari ceritakan

Fauzan Saizali said...

Maafkan saya kalau saya perbetulkan..saya skot arwah ejam ..beliau lmas ketika mlkukan ltihan renang..bukan lemas ktka terhantuk spt saudari ceritakan

Related Posts with Thumbnails