Nuffnang

Tempah hadiah istimewa

Tuesday, January 10, 2012

Tak wajib pakai tudung tapi...

Hari ni hari pendaftaran pelajar baru kat kolej ibu. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan. Seperti biasa, muda-mudi yang ingin meningkatkan kemahiran diri datang mendaftar pengajian. Namun ada pelajar yang menarik - ibu dan anak sama-sama mendaftar untuk sambung belajar!



Ibu ditugaskan menjaga kaunter pendaftaran online tapi disebabkan sistem ada masalah, pendaftaran dilakukan secara manual. Memang dah siap sedia pun sebab selalunya server akan down kerana pendaftaran adalah serentak di seluruh negara.

Pendaftaran berjalan lancar. Ibu jaga untuk program fesyen. Ada dua program ditawarkan untuk semester ini, jahitan pakaian tradisional wanita dan jahitan pakaian lelaki. Ibu nak promote ni, sapa masuk, confirm 5 bulan terror jahit baju!

Selesai tugas sebelah pagi, ibu lepak di kaunter sambil sembang-sembang dengan rakan setugas. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan cantik lengkap berbaju kurung dan tudung menghampiri meja ibu.

Dia bertanya - "kak, kat sini wajib ke pakai tudung atau boleh free hair?".

Oh! Ibu sedikit tergamam mencari jawapan terbaik.
"Digalakkan pakai tudung. Saya tak boleh kata wajib sebab tak dak dalam peraturan tapi saya tak boleh kata boleh sebab Allah kata wajib pakai ", jelas ibu sambil tersenyum.

"Jadi boleh la tak pakai tudung", tambah pelajar tu.

"Beginilah, bak kata Ustaz Azhar Idrus, tak wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat. Macamana awak nak buat tak kisah, janji tutup aurat ", tambah ibu sambil tersenyum!

Beliau berlalu selepas mengucapkan terima kasih. Harap-harap pelajar itu teruslah bertudung...amin!

6 comments:

azieazah said...

Wahh macam tu punya soklan pun ada eh?

Tapi best jer baca statement pesanan Ustaz Azhar tuh... Flexible, dan mudah jer kita faham.

Zakiyah Zainon said...

hehehe..lebih dari tu pun ada kak...:P

statement ust azhar memang mudah dan direct, senang orang nak faham..saya la ni dok dgr kuliah dia dan sesi jawab soalan kat youtube..:D

Zaher said...

kuang3....

Juraimee said...

hang memang baguih la CK.. gua tabik!!!
kalau gua mungkin jawap dengan mintak no tepon @ fb akaun.. lalalalalaaaa..
errr betoi ka cantek?
hahahhahahhaha

Nora Bridal Creation said...

Allah x kata pun wajib pakai tudung tapi wajib tutup aurat ~ begitu yg di huraikan oleh Ustaz Azhar Idrus ~ lebih baik tutup hati juga elakkan mengata org yg tak bertudung ~ :) siapa lah kita utk membidas para ulama yg tinggi pengajiannya ~ wallah hualam ~

Zakiyah Zainon said...

TQ nora.. inysaAllah, sama-samalah kita berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari.

Bukan mengata, tapi mendorong ke arah kebaikan bersama-sama ;)mungkin ada cara yang tidak kena membuatkan orang rasa terhina.

Maafkan saya, hamba yang serba kekurangan ni...

Related Posts with Thumbnails